Oleh Ruhaiza Rusmin (Petikan daripada Harian Metro, 9 Ogos 2004)
Universiti Teknologi Mara (UiTM) sekali lagi melakar sejarah apabila menjadi universiti pertama di dunia menerima sijil pengiktirafan ISO 9001:2000 daripada badan pensijilan antarabangsa, Llyoyds Register of Quality Assurance (LQRA) yang berpengkalan di London, baru-baru ini.
Pengiktirafan itu dianugerahkan kepada syarikat ternama termasuk Shell, Ford, Phillips dan Rolls Royce yang melanggani khidmatnya.
LQRA yang menjalankan khidmat pensijilan dan latihan di 160 negara membantu organisasi dan perniagaan dengan memantapkan sistem pengurusan melalui peningkatan prestasi berterusan.
UiTM adalah pelanggan ulung institut pengajian tinggi yang ditauliahkan dalam semua aspek pengajaran, pembelajaran, pengurusan korporat dan khidmat sokongan.
Naib Canselor UiTM, Datuk Seri Profesor Dr. Ibrahim Abu Shah, berkata pengiktirafan itu membuktikan UiTM mampu mempertahankan kecemerlangannya sama ada dalam bidang akademik mahupun pentadbiran bagi merealisasikan hasrat menjadi universiti bertaraf dunia menjelang 2006.
"Pengiktirafan yang diterima adalah hasil usaha keras semua pihak yang bersungguh-sungguh menjadikan UiTM universiti awam berprestij dan terbaik di negara ini."
"Sesuai dengan matlamat UiTM untuk bergelar universiti bertaraf dunia, pengiktirafan yang diterima bakal menjadi titik-tolak UiTM untuk merealisasikan impiannya dalam tempoh dua tahun lagi," katanya ketika majlis penerimaan sijil pengiktirafan di kampus induk UiTM, Shah Alam.
Dalam usaha mendapat pengiktirafan pensijilan berkenaan, UiTM terpaksa melalui piawaian ketat seperti yang ditetapkan LQRA. Bagi memenuhi kriteria yang diperlukan, UiTM menjana pelbagai usaha berterusan yang membabitkan pihak pengurusan dan sistem akademik.
Dr. Ibrahim berkata, pengiktirafan berkenaan adalah bukti UiTM begitu komited dalam usaha memartabatkan keupayaan ilmu dan perkhidmatan sejajar dengan matlamat dasar pendidikan negara.
"Walaupun banyak komentar sama ada positif mahupun negatif yang dilemparkan kepada UiTM sebelum ini, ia bukanlah penghalang UiTM daripada terus berusaha meletakkannya di tempat terbaik. Anugerah LQRA adalah jawapan kepada segala usaha keras itu," katanya.
Penyerahan sijil berkenaan dilakukan oleh Pengurus Perkhidmatan LQRA Malaysia, DR. Oii Cheng Lee, sambil disaksikan oleh dekan mewakili fakulti masing-masing.
Semua 23 fakulti yang menawarkan lebih 200 program sudah menerima pensijilan berkenaan, bermula April lalu dengan didahului oleh fakulti Kejuruteraan Kimia dan Pusat Pemikiran dan Pemahaman Islam (Citu) selain 20 bahagian pengurusan seperti Canselori, Perpustakaan dan Institut Penyelidikan.
Dr. Ibrahim berkata, kecemerlangan yang dicapai UiTM dapat dilihat sejak penubuhannya 48 tahun lalu apabila Dewan Latihan Rida yang menjadi tapak pertama penubuhan UiTM mengeluarkan graduan berkemahiran tinggi yang menepati pasaran kerjaya.
"Dengan menjadikan kecemerlangan lalu sebagai aspirasi utama, UiTM terus bangkit untuk melakarkan kecemerlangan terutama aspek pendidikan yang diberi penekanan paling utama selain kegiatan luaran yang turut diberi penekanan serius.
"Ini adalah antara usaha berterusan UiTM memartabatkan ilmu yang menjadi tunjang kejayaan gemilang UiTM selama ini. UiTM tidak berniat untuk bersaing dengan mana-mana universiti berikutan pengiktirafan sijil berkenaan, namun ia adalah langkah untuk meningkatkan mutu dan kualiti UiTM yang mempunyai pelajar teramai di negara ini," katanya.
* Sebagai salah seorang warga UiTM, aku tumpang bangga dengan pengiktirafan ini. Tapi apalah yang ada pada sekeping sijil pengiktirafan itu jika sikap dan semangat pelajar dan kakitangannya masih di takuk lama. Renungkanlah...
Slot Online Dengan RTP Tertinggi
-
Kala tiba ke slot online https: atau atau hoki99. vip atau, pemeran mau
membenarkan kalau mereka memperoleh ijab yang baik.…
4 days ago
0 comments on "UiTM Universiti Pertama Terima ISO 9001:2000"
Post a Comment