Sunday, August 01, 2004

Posted by Mar at 1:04 AM
Selalunya bila kita dengar orang cakap yang dia tak puas hati dengan sesuatu perkara kita akan nasihatkan orang tu dan cakap, “Bersyukurlah dengan apa yang kita ada, ada orang yang nasib dia lebih teruk daripada kita." Aku memang tak nafikan yang memang kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang kita ada sebagai tanda terima kasih pada Allah Yang Maha Esa. Tapi yang jadi masalahnya kalau ada yang menyalahtafsirkan maksud bersyukur itu.

Apabila kita puas hati dengan apa yang kita lakukan kita bersyukur dan kemudian menganggap itulah pencapaian yang terbaik kita boleh buat. Kemudian kita akan hanyut dengan pencapaian yang hebat itu tanpa ada langkah-langkah susulan agar dapat mencapai kejayaan yang lebih hebat daripada itu. Mencapai kejayaan yang berterusan,sentiasa terus berusaha menjadi lebih baik, sentiasa tidak puas dengan pencapaian yang telah dikecapi tidak bererti kita tidak mahu bersyukur, riak dan hanya memikirkan soal duniawi.

Mari kita lihat sikap tidak puas ini dalam aspek yang positif. Contohnya seorang pencipta seterika mula mencipta seterika dengan hanya menggunakan arang sebagai bahan api. Jika dia berpuas hati dengan pencapaian tersebut mungkin sampai hari ini kita akan terpaksa menggunakan arang sebagai bahan api ketika menggunakan seterika. Baju putih akan jadi kuning, terpaksa bangun pukul 4 pagi nak sediakan arang semata-mata nak gosok baju, muka dan tangan naik hitam sebab asyik main dengan arang dan sebagainya. Alangkah sukarnya hidup kita kalaulah ia terjadi begitu. Ada kemungkinan pakaian kita berkedut seribu tak bergosok kerana malas hendak melalui perkara-perkara tersebut.

Tetapi, hari ini kita sepatutnya berterima kasih pada pencipta seterika itu kerana atas rasa tidak puas dengan apa yang adalah kita dapat menikmati kemudahan seterika yang lebih praktikal dan mudah dengan hanya menggunakan kuasa elektrik. Hanya cucuk plug dan tekan suis, seterika terus panas dan kita terus boleh menggosok pakaian tanpa perlu bersusah-payah mencari arang lagi. Kelihatan cantik dan segaklah kita dengan pakaian yang digosok rapi tanpa perlu bangun di awal pagi semata-mata nak menyediakan arang atau bercomot di muka dan tangan bermain arang.

Nah, kemudahan dan teknologi yang terdapat pada masa kini terhasil kerana rasa tidak puas hati penciptanya terhadap ciptaan terdahulu. Betul tak?


Do not offer me things.
Do not offer me clothes. Offer me attractive looks.
Do not offer me shoes. Offer me comfort for my feet and the pleasure of walking.
Do not offer me house. Offer me security, comfort and a place that is clean and happy.
Do not offer me books. Offer me hours of pleasure and the benefit of knowledge.
Do not offer me records. Offer me leisure and the sound of music.
Do not offer me tools. Offer me the benefits and the pleasure that come from making beautiful things.
Do not offer me furniture. Offer me comfort and the quietness of a cozy place.
Do not offer me things. Offer me ideas, emotions, ambience, feelings and benefits.
Please do not offer me things.

(Fred R.David)

0 comments on " "

 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal