We are always being told that time is running out; it is, and getting things done won't stop it - Joan Silber
Semalam masa tengah belek-belek nota dan latihan tutorial subjek management accounting, aku terjumpa catatan ni. Aku tak tau masa bila dan di mana aku dapat. Tapi yang pasti lepas aku tengok quote ni, tiba-tiba semangat aku yang berkobar-kobar nak siapkan latihan tutorial terus mencanak-canak turun. Ciss. Aku terus malas nak buat latihan tu. Tapi aku bukannya pemalas tau (walaupun sebenarnya tahap kemalasan aku dah sampai tahap maksimum..hehehe).
Sebenarnya, hari ni aku ada Mid Term Test. So, aku sibuk nak baca buku sebenarnya (kononnya la) bukannya sebab aku malas. Tapi disebabkan quote Joan Silber yang bodoh atau dengan ayat sopannya tak berapa pandai ni (dia yang bodoh atau aku yang bodoh sebenarnya?) telah mempengaruhi minda aku yang sememangnya cepat terpengaruh. Kalau macam ni la gayanya bila la aku nak pandai. Cik Mar, sila insaf dan sedar diri cepat sikit. Dah pertengahan semester dah ni. Takkan nak tunggu nyawa paras hidung baru nak insaf?
p/s Mr. A, Encik Lecturerku, janganlah marah aku kalau aku tak buat latihan tutorial tu...tapi sila salahkan Encik Joan Silber tu ,ok.
Slot Online Dengan RTP Tertinggi
-
Kala tiba ke slot online https: atau atau hoki99. vip atau, pemeran mau
membenarkan kalau mereka memperoleh ijab yang baik.…
4 days ago
0 comments on "Sindrom "M" Melanda Aku"
Post a Comment