Thursday, August 05, 2004

Sindrom Apa Pulak Ni?

Posted by Mar at 9:07 AM
Korang pernah tak mengalami apa yang aku alami ni? Sejak hari Isnin hari tu kat kepala otak aku macam/asyik terngiang-ngiang lagu Laukku Cukup Masin (Spider). Part yang asyik berulang-ulang kat kepala aku ni ialah part, "Ayatmu ayat sekerat, Ayatmu tak cukup sifat, Ayatmu boleh buat orang sesat, Laukku dah cukup cukup masin, Laukku cukup masin, Tak perlu engkau tambah garam". Almost 24 hours. Masa mandi, tengah makan, tengah tunggu bas, dalam kelas..kat mana-mana aje la. Aku rasa sindrom lagu meng"capture" otak dan minda dah lama bertapak kat diri aku. Aku rasa bukan aku sorang dilanda sindrom ni. Dan aku juga dapat rasakan yang sindrom ni jugalah yang menyebabkan aku sakit kepala semalam kot. Entahlah, aku main agak jer, rasanya la kot.

Sebab apa aku cakap sindrom ni bukan melanda aku sorang? Sebabnya, dulu ada sorang lecturer aku ni..nama dia Encik Azlaini (sekarang tengah buat PhD kat oversea, kat mana ntah), dia pernah cerita kat aku yang dulu zaman dia belajar kat ITM dulu dia pernah dapat sindrom ni. Yang bestnya masa tu masa final exam. Korang bayangkanlah kalau masa nak jawab exam diganggu dengan sindrom ni. Tak ke naya. Silap-silap jawapan exam tu kita tulis lirik lagu tu. Simpang malaikat 44. Korang nak tau lagu apa yang keluar kat kepala dia masa tu? Kalau yang sezaman dengan aku mungkin tau lagu ni. Lagu tu lagu iklan "sumi jelly".....lagu dia macam ni.." sumi jelly manis, sumi jelly manis, rasa sedap agar-agar buah". Lagu tu berulang-ulang bermain kat kepala otak Encik Azlaini sampai dia rasa blur dan bengang. At last dia terpaksa keluar dari exam hall, pergi hisap rokok (rasanya la...Encik Azlaini hisap rokok ke?), tenangkan fikiran, lepas tu baru dia boleh hilangkan gangguan lagu tu.

La ni, sindrom tu melanda aku la pulak. Semester ni aku diganggu dengan lagu "Laukku Cukup Masin". Tiga semester yang lepas aku diganggu dengan lagu "Cinta" (Flop Poppy). Bahagian mana tau? Bahagian, "Cintaku, Hampir setiap kalinya tak jemu-jemu, Cintaku, Nyanyikan lagu ini, Cintaku, Hampir setiap kalinya tak jemu-jemu, Cintaku, Nyanyikan lagu ini penawar rindu". This syndrome keep bugging me again and again. Oh My God, please stop it. Pukul 2.30 nanti aku ada test ni. Takkan aku nak jawab dengan lagu Spider tu pulak kang.

Laukku Cukup Masin

Makin lama kukunyah
Makin tawar
Macam manis perasa gula getah
Bunyi tajuk sikitlah punya besar
Isinya kosong bercampur sifar
Dalam diam diam
Senyuman menyulamkan dendam
Nasi yang engkau sajikan
Penuhi tulang ikan
Mana benar baik mana pula tidak
Baik bodoh atau jahat bijak
Sudah pipi kanan kena sepak
Kepala kasi orang pijak
Dalam diam diam
Senyuman menyulamkan dendam
Nasi yang engkau sajikan
Penuhi tulang ikan
Ayatmu ayat sekerat
Ayatmu tak cukup sifat
Ayatmu boleh buat orang sesat
Laukku dah dah cukup masin
Laukku cukup masin
Tak perlu engkau tambah garam
Laukku dah cukup cukup masin
Laukku cukup masin
Tak perlu engkau tambah garam
Ayatmu ayat sekerat
Ayatmu tak cukup sifat
Ayatmu boleh buat orang sesat
Laukku dah dah cukup masin
Laukku cukup masin
Tak perlu engkau tambah garam
Laukku dah cukup cukup masin
Laukku cukup masin
Tak perlu engkau tambah garam
Peluru sesat tak kenal siapa tuannya
Peluru sesatmu

Vokal : Tam Spider
Lagu : Tam
Lirik : Loloq

p/s Lirik lagu kalau Loloq yang tulis memang dalam maknanya...


Cinta

Dan kunyayikan kau lagu cinta
Seindahnya sinar mentari
Seanggunnya sinar rembulan
Dan kunyayikan kau lagu rindu
Kerna sesungguhnya hati ini masih lagi
Lemas dalam kerinduan
Cintaku
Hampir setiap kalinya tak jemu-jemu
Cintaku
Nyanyikan lagu ini
Cintaku
Hampir setiap kalinya tak jemu-jemu
Cintaku
Nyanyikan lagu ini penawar rindu
Dan kusebutkan namamu
Dalam doaku setiap kalinya
Agar kau kembali
Menenangkan hati dan perasaan
Dan kusebutkan namamu
Dalam doaku setiap kalinya
Agar kau kembali
Menenangkan hati dan perasaan
Ini bukan yang pertama kalinya
Cinta kupergi (jauh)


Vokal : Andy Flop Poppy
Lagu : Fatullah & Baby
Lirik : Baby

0 comments on "Sindrom Apa Pulak Ni?"

 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal