Friday, August 27, 2004

Sesi Cakap-cakap bersama U-Wei Haji Saari

Posted by Mar at 4:05 PM 0 comments
Aku bukan penulis hebat seperti Kak Sri Diah. Aku bukan penulis maha agung. So, aku taknak menulis benda yang aku tak tau. Berikut adalah catatan-catatan daripada buku nota yang aku bawa semalam semasa sesi cakap-cakap bersama U-Wei Haji Saari. Just want to share it with all of you.

Pengarah yang bagus akan memilih pelakon yang tepat.

Methaphysically, space is very important. Ia memberi nafas dalam bentuk atau hasil kerja itu.

Proses membikin filem bermula dengan mengenal naskhah itu terlebih dahulu. Kemudian kita mesti sedar perkaitan ruang antara pengarah, pelakon dan pekerja. Semua pembikin filem bekerja dengan ruang. U-Wei sangat concious tentang ruang (space). (Nota:Ruang adalah fokus utama yang paling penting dalam senibina dan rekabentuk)

Landscape define society...Houses define people.

U-Wei hanya akan membuat filem yang latarnya tentang alam beliau sendiri, apa yang beliau biasa lalui, apa yang beliau kenali. Not beyond his capability and limitation. Contohnya, tiada cerita tentang spaceship yang dia sendiri tidak tahu kewujudannya.

Tema adalah masalah utama dalam menghasilkan sesuatu filem itu. Masalahnya ialah bagaimana hendak melakukan penegasan ke atas tema itu. Jika terlalu menekankan tema, mungkin propaganda akan berlaku. U-Wei lebih selesa bergerak melalui naluri dan NIAT (perkataan yang beliau sering ulang sepanjang sesi ini). Beliau lebih gemar menggunakan "character driven".

Biasanya, dalam filem atau pementasan, sekurang-kurangnya kita ada "3 act play" (normal) atau "2 act play" (pembikin yang hebat). Untuk mewujudkan unsur drama di dalamnya, pengarah atau penulis skrip akan mewujudkan perselisihan dalam watak-watak itu. Jika tidak, plot filem itu akan mendatar dan bosan atau tiada cabaran.

NIAT U-Wei membikin filem, pertama, sebab beliau ingin mengenali ramai perempuan (ketawa) dan, kedua, kerana ingin melafazkan kemarahan dan emosi terhadap wanita. Kerana itulah kita dapat lihat dalam filem-filem U-Wei sering memfokuskan kepada kisah wanita.

Satu soalan sempoi daripada seorang pelajar lelaki : Mengapa banyak filem Melayu, contohnya seperti Perempuan, Isteri & Jalang dan Pontianak Harum Sundal Malam gemar menggunakan tajuk-tajuk yang kontroversi sedangkan setelah ditonton filem tersebut tidaklah sesundal mana pun

Ada 2 jenis filem pada pandangan U-Wei iaitu :

1. Filem yang mengajak penontonnya bermimpi.

2. Filem yang menggambarkan kehidupan sendiri. Ia seolah-olah menanyakan pada penonton "Hidup aku macam ni, hidup kau?"

Tajuk filem yang bagus mampu menangkap zat filem dalam suku kata ayatnya itu. Pandangan peribadi U-Wei tentang tajuk-tajuk filem Melayu :

BERLARI KE LANGIT - Waaahhh, tajuk filem paling hebat (aku tak pasti sama ada ia dalam nada perli atau puji). Sambil bertanya kepada kami apakah lagi tajuk filem yang boleh menandingi kehebatan tajuk filem itu. U-Wei juga mempersoalkan, ada ke yang berlari ke langit? Kalau terbang ke langit mungkin masih relevan dan saya boleh terima.

AKU NO. 1 - Filem Melayu paling yakin. :)

MEMBAKAR MALAIKAT - Tajuk yang paling hebat dan menandingi Berlari Ke Langit. Malaikat dibakarnya? (sambil ketawa).

U-Wei kini sedang menyiapkan skrip PENAT JADI MELAYU.

Tajuk adalah pembayang maksud. Konsepnya sama seperti pantun Melayu. Dua pembayang maksud itu menggambarkan keistimewaan Melayu itu sendiri.

Kesenian itu kehidupan atau kehidupan itu kesenian? Yang mana datang dulu? Pemikiran atau perkataan? Naik tangga rumah Melayu dan kaki kanan akan sampai di muka pintu, muzik atau bunyi-bunyian asalnya adalah untuk salah satu bentuk komunikasi seperti orang Islam di kampung-kampung memukul tabuh bagi memberitahu berita kematian. Dengan pukulan itu sahaja kita boleh mengetahui sama ada yang meninggal dunia itu lelaki atau wanita. Maka, jelaslah bahawa kehidupan kita itulah kesenian. Contohnya, kesenian Melayu itu ialah tekun, tertib, ikhlas dan fungsi (functional).

Seni itu keindahan.

Pendapat tentang "censorship". Untuk melahirkan filem yang hebat memerlukan penapis filem yang hebat. Untuk melahirkan filem yang bijak memerlukan penapis filem yang bijak. Beliau kecewa kerana kerja-kerjanya selama 2 tahun dihakimi dalam masa 2 jam sahaja. Bagaimanapun, beliau tidak pernah kesal tetapi cuma sedikit marah.

Artist lies to get to the truth. Tapi keikhlasan masih wujud kerana baginya manusia takkan sesat sebab dunia ini bulat.

Percintaan yang berakhir dengan perkahwinan itu bukan cerita yang menarik - Hishamuddin Rais

Perkahwinan adalah seperti menempah tiket ke neraka dunia - Hishamuddin Rais

Pengakhiran cerita penting untuk santapan batin berbanding cerita yang tergantung penghujungnya.

Warna dalam filem hanyalah kosmetik.

Why you keep on working? Because a good director is a working director + that is all i can do to survive.

Mencari wang adalah kerja yang lebih kreatif daripada mengarah.

U-Wei menyerahkan tubuh badan untuk kemurahan hati orang asing (rentetan mengapa orang asing yang menaja filemnya).

Karya U-Wei banyak memfokus pada subjek wanita kerana beliau ingin mengenali diri dan sifat wanita itu sendiri.

Proses dalam membikin filem...NIAT...idea..skrip..

Apa yang membunuh saya akan menguatkan saya - U-Wei haji Saari.

Pengarah bukan sekadar mengarah pekerja dan pelakonnya tapi juga mengarah cahaya, props penulis dan dirinya sendiri.

Filem itu hiburan kerana fungsi sebenar filem pada masyarakat adalah sebagai penghibur.

JOGHO adalah filem yang dibuat untuk membuktikan bahawa belum hebat lelaki kalau belum kalah pada isteri kerana lelaki Melayu sangat mementingkan isterinya. Perjalanan cerita dan plot dalam Jogho masih licin walau telah dipotong beberapa adengan yang tidak diluluskan kerana U-Wei sendiri yang melakukan pemotongannya untuk mengelakkan ke"hancur"an.

Yang penting, "Less is More".

PENUTUP : Biarkan filem itu berjalan sendiri, tanpa propaganda kerana ilmu itu bukan bijaksana, bijaksana itu bukan kebenaran, kebenaran itu bukan yang terbaik. Yang terbaik itu adalah filem :D

Filem terbaru U-Wei Haji Saari, BUAI LAJU-LAJU

Antara penyertaan filem ini di festival filem asing ialah di Singapore Film Festival 2004, Cinemanila Film Festival, Filipina 2004 dan Cinemaya Film Festival, India 2004.

Dari Penerbit Filem Afghanistan Osama (Anugerah BFI Sutherland Award London, Special Mention Camera D'Or Cannes, Anugerah Filem Asing Terbaik Golden Globe 2004).

Dari Pengarah U-Wei bin haji Saari (Perempuan, Isteri dan Jalang, Kaki Bakar, Jogho).

Pelakon :

KHALID SALLEH (Pelakon Lelaki Terbaik Festival Film Asia Pasifik 1998)

EMAN MANAN (Pelakon Lelaki Terbaik Festival Film Malaysia ke-17 2004)

BETTY BANAFE

"Godaan Betty" - Harian Metro

"Lakonan hebat....Eman Manan" - Metro Ahad

"Buai Laju-laju" akan ditayangkan di pawagam bermula 9 September 2004.

GAMBAR-GAMBAR SILA KLIK DI SINI


Thursday, August 26, 2004

Posted by Mar at 7:47 PM 0 comments
26 Ogos 2004.

6.00 petang.

Bertempat di Dewan Kuliah Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, UiTM Shah Alam.

Menghadiri "talk" bersama U-Wei Haji Shaari.

Berbicara tentang filem, senibina, ruang dan masyarakat.

Anjuran Jabatan Senibina, Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, UiTM Shah Alam.

7.45 malam...sesi tamat.

Review bakal menyusul kemudian.. (kalau aku rajin..)



Wednesday, August 25, 2004

Pak Cik Bas yang Sengal

Posted by Mar at 9:28 AM 0 comments
Sekarang kat U**M musim konvo. Bas untuk student kurang (baca:semakin-makin-makin-makin kurang) sebab depa guna bas untuk mengangkut (baca:membawa) ibu bapa, sedara-mara, kaum kerabat, jiran-jiran, cucu cicit, sepupu sepapat, aweks, balaks etc..para graduan dari P****g K***d ke D*B. Kalau ada pun bas untuk student padat macam tin sardin especially masa peak hours. Tin sardin pun aku rasa ada ruang ventilation lagi. Ni nak bernafas pun terpaksa curi-curi di celah-celah ketiak manusia yang dok pegang segala menatang yang boleh dipegang sebagai langkah berjaga-jaga supaya tak terhumban bila pak cik bas tekan brek mengejut. Kalau ketiak tu wangi macam bau Lavender sedap gak. Boleh dapat ketenangan abadi. Ini tak. Bau “macam-macam ada” tu boleh bikin aku migrain/mereng/sengal/lupa ingatan etc. Lain la kalau aku tinggi seperti galah macam Mat Jan idolaku…mungkin aku akan dapat udara segar lagi bersih dalam bas tu.

Tang itu semua aku tolak tepi la kan. Mungkin tu semua cabaran nak pegi menuntut ilmu. So, sabar, Mar…Anggaplah itu semua sebagai latihan ala komander + latihan mengkebalkan hidung kau dari anasir-anasir/bendasing yang mungkin mendatang di kemudian hari. Relax yer Mar sayang…

Bila bas datang dah tak ikut jadual..dah tu asyik padat jer pulak..laluan pun jadi dah bercelaru la. Bas yang selalu dok lalu tempat yang patut dilalu tak lalu tempat yang patut dilalu tu (banyak benor perkataan lalunya…:). Jadi, untuk mengelakkan kemengongan kepala aku ni..aku pun tanya la kat pak cik bas tu.."Pakcik, bas ni lalu kat A******* tak?”. Pakcik bas diam…pakcik bas statik..kepala pakcik bas tegak ke depan…mata pakcik bas merenung ke cermin depan tanpa berkedip..pakcik bas jadi patung cendana. Aku naik gak bas tu. Tawakal jer la.

Lagi sorang student naik bas tu. Dia tanya kat pakcik bas.. “Pakcik, bas ni lalu H** tak?” Pakcik bas diam (lagi)…pakcik bas statik (lagi)..kepala pakcik bas tegak ke depan (lagi)…mata pakcik bas merenung ke cermin depan tanpa berkedip(lagi)..pakcik bas jadi patung cendana (lagi). Mamat tu pun tawakal gak macam aku. Belasah jer la naik bang oii.

Nasib aku baik sebab bas tu lalu kat tempat yang aku nak berhenti. Nasib mamat tadi tu aku tak tau ler camner. Masa nak turun, akak kat depan aku cakap kat pakcik bas…"Terima kasih, pakcik.” Pakcik bas diam (lagi dan lagi)…pakcik bas statik (lagi dan lagi)..kepala pakcik bas tegak ke depan (lagi dan lagi)…mata pakcik bas merenung ke cermin depan tanpa berkedip(lagi dan lagi)..pakcik bas jadi patung cendana (lagi dan lagi).

Aku ke’confuse’an. Pakcik bas ni pekak ke sengal? Pakcik bas U**M ada yang pekak ke? Ada sesiapa yang tahu?

Monday, August 23, 2004

Tak Malu Kerr?

Posted by Mar at 5:27 PM 0 comments
Perbualan SMS antara aku dan Mak malam tadi...

Mak : Zahid nak belanja pengAFUNDI-AFUNDI dia makan roti canai

Aku : Dia nak belanja betul-betul ke? Bila? Kat mana?

Mak : Betul. Dia bagitau dalam suratkhabar. Nanti Mak tunjuk surat khabar tu

Aku : Ye la..tapi..bila? Kat mana? Orang pun nak gak makan roti canai Zahid belanja

Mak : Ok. Nanti kita pegi sama-sama. Tapi kan...tu untuk pengAFUNDI Zahid jer tau. Tak malu ke nak join jugak?

Aku (dalam hati) : Sabor jer la Mak aku ni. Perli tak ingat. Tau la aku AFUNDI Zahid guna handphone dia :(

Thursday, August 19, 2004

Posted by Mar at 8:59 PM 0 comments
Gambar-gambar sekitar Laman Seni Kuala Lumpur, sila klik di sini

La ni semua dok berteka-teki gambar sapa yang kat atas tu. Gambar akukah itu?Aku taknak jawap. Kalau korang alert korang akan jumpa gambar aku yang sejelas-jelasnya (bukan gambar aku masa dolu-dolu tu tau) dalam fotopages aku tu berdasarkan klu dalam entry-entry terdahulu. So, teruskan jejak anda. Ala-ala treasure hunt la ni kira-kiranya.hehehe. Kalau rasa dah jumpa nanti, korang bandingkan la. Sama ada gambar kat atas tu gambar aku atau bukan. Cepat..mari mencari Mar.hehehehe...Kalo rajin la. Kalo malas takyah la cari :)

Cecair Pemadam

Posted by Mar at 2:11 PM 0 comments
Malam tadi di dalam bilik bersama roomate aku, Kak K yang perasan jelita dari aku konon...

Kak K : Mar, pinjam liquid paper jap.

Aku : Sibuk la..orang tengah busy ni, tak nampak ke?

Kak K : Pinjam la kejap.

Aku : Mana boleh.Liquid ni nak simpan sampai grad tahun depan. Kang habis kang. Takleh, takleh

Kak K : Kedekut taik idung masin la budak ni. Nyampah betul.Bukan boleh bawak masuk kubur pun sok kalau mati. Pinjam la.

Aku : Sapa kata tak boleh?Sukati orang la nak bawak sekali liquid paper masuk kubur..hehehe

Kak K : Oooo..nak bawak liquid paper masuk kubur..Apsal ek?Oh yer..nak padam semua dosa-dosa yang banyak tu ek.huhuuu

Aku : Ambik la..Nah (dengan muka penuh keinsafan selepas diperli dengan kaw-kaw)

Wednesday, August 18, 2004

Nak hisap rokok tengok-tengok tempat la jugak beb..

Posted by Mar at 9:18 AM 0 comments
Semalam bertempat di sebuah tempat berhawa dingin (exact tempat dan masa dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan hehe :), risau wooo sekarang banyak kes bunuh, kang tak sempat aku nak kahwin huhuuu), aku dah buat dosa yang aku sendiri tak pasti dosa kering atau dosa basah. Masa kat sana aku dah memaki-hamun satu mamat ni (dalam hati jer la, nak mampus maki-hamun dia betul-betul, silap-silap aku dah arwah di tempat kejadian semalam). Yang aku bengang tahap cipan / tapir / cimpanzi / orang utan etc bila dia yang macam tak ada otak pi hisap rokok kat dalam tempat air-cond yang bertutup tanpa ada rasa bersalah sampai asap dah berkepul-kepul dalam bilik yang sekangkang kera tu. Siap semua orang dok terbatuk-batuk macam orang sakit tibi atau batuk kering, dia still buat muka pandai (baca: bodoh).

Geram betul aku tengok muka dia yang tak handsome langsung tu. Tak guna common sense langsung. Dah tahu tempat tu kecik sekangkang kera jer, bertutup, berhawa dingin, tak ada air ventilation, circulation dan macam-macam menatang lagi tuh, ko pandai-pandai la fikir sure la tempat tu tak boleh merokok walaupun tak ada signboard “Dilarang Merokok”. Budus betul la. Tak respect kat orang langsung. Bila orang dah hint tak selesa dengan perbuatan ko, pi la berambus kat luar. Haa, kat luar tu ko hisap la rokok sampai hitam paru-paru ko tu, tak ada sapa nak kisah atau bengang.

Aku bukanlah anti sangat dengan orang yang hisap rokok ni tapi tengok tempat la kan. Kengkawan aku pun ada jugak yang hisap rokok, aku taklah bermasam muka dengan diorang. Kamceng jugak. Bakal suami aku tak jadi dulu pun hisap rokok gak. Kalau kat luar, tempat yang ada ventilation, ok la kan. Tak ada la sesak sangat nafas aku dan orang-orang di sekeliling. Aku pantang betul kalau orang hisap rokok dalam tempat berhawa dingin ni. Selain asap dia yang berlegar-legar kat dalam tu jer dan boleh menyebabkan aku mengalami kesesakan nafas sampai boleh arwah, bau asap tu jugak buat baju aku melekat dengan bau rokok seolah-olah macam aku pulak yang hisap rokok.

Dulu masa aku kerja, officemate aku pun jenis suka hisap rokok dalam office. Sesuka hati jer diorang tanpa rasa bersalah. Memang sahlah diorang tak rasa bersalah sebab boss aku pun dua kali lima hisap rokok macam makan nasi. 24 jam (macam kedai tujuh sebelas) rokok tak lekang daripada tangan. Biar tak makan tak minum asal rokok dalam genggaman (macam bunyi peribahasa baru la pulak :)). Sampaikan Mak aku boleh bising dan merungut sebab bila aku balik rumah sure baju dan badan aku melekat bau rokok. Silap-silap Mak aku ingat aku yang hisap rokok. Tapi disebabkan aku ni anak yang baik, sopan, ayu, comel, cute, jelita dan sewaktu denganya..hehe..maka Mak aku tak la syak aku yang merokok. Kalau tak mungkin Mak aku dah buat immediate report kat Abah aku dan aku dah kena sembelih dengan Abah aku walaupun Raya Korban lambat lagi. Dan mungkin aku juga...

Takkan menulis blog

Tak dapat berkenalan dengan korang semua yang best dan hebat ni

Tak dapat baca blog Mat Jan idolaku yang suka merapek meraban, tinggi macam galah, perasan handsome, yang belajar law untuk isi masa lapang, tulis lawak yang sungguh dalam maknanya, yang glamer tahap agung, yang minat Juliana Banos (kenapa ek Mat Jan minat Juliana Banos?) - statement untuk Mat Jan panjang sikit la ek sebab dia idolaku..huhuuuu...

Tak dapat baca kisah cinta Mal (Detik Jantung Waktu) dan Yun

Tak dapat kenal orang yang kongsi nama dengan aku (Am - Marliza’s Heart Beat)

Tak dapat kenal geng 3 serangkai UTM Skudai (Ateh, Achik & Rakel)

Tak dapat usik Wawa yang perasan comel daripada aku konon

Tak dapat ahli gebang paling aktif kat shoutbox aku + sifu Junaidix

Tak dapat kenal Mydinz yang kesunyian tapi happy sebab jadi weekend husband + weekdays bachelor

Tak dapat kenal Petz yang asyik cakap pasal nasi lemak tapi tak pernah nak belanja aku nasi lemak

Tak dapat kenal AyAres yang perasan Superman

Tak dapat kenal Mr. Lapan yang bijak pandai AUTOCAD

Tak dapat kenal Airiz yang senasib dengan aku

Tak dapat ajak Ana pi lunch or high-tea walaupun sekadar ajak di angin lalu (puasa lagi ke hari ni Ana?)

Tak dapat kenal Jerung yang kaki skodeng

Tak dapat jumpa balik kawan sekolah menengah yang satu kelas dengan aku, Cik Nana, yang makin vogue & sexy

Tak dapat kenal Wizurai yang update blog 10 tahun sekali

Tak dapat kenal Iwan yang dilanda “sindrom tak dapat dikenal pasti” (cuba tengok blog dia yang tiba-tiba jadi putih bersih tu - dia pakai whitening cream kot)

Tak dapat kenal loving couple yang macam Tokei Pajak - Kak P-Nut & Op - Mulan

Tak dapat baca kisah hidup Mak Andeh walaupun hikayat awal dia aku dah terlepas

Tak dapat baca kisah hikayat dan lipurlara D’arkampo

Tak dapat baca kisah hidup seorang Gynaecologist (Dr. Max) yang kini menyepi

Tak dapat kenal kenalan dari seberang seperti Muring-Wien

Tak dapat kenal Cik Lebah yang mula-mula aku ingat sejantina dengan aku

Tak dapat kenal Zam yang ke”jepun”an

Tak dapat kenal Aiza yang kerja sebumbung dengan cousin aku ropanya (kecik sungguh dunia ni)

Tak dapat kenal Adreen @ Kudin yang brutal (pada pandangan aku la :))

Tak dapat kenal Purbe yang classic namanya (bila nak siap rumahnya?)

Tak dapat kenal Shahadah yang berdarah manis menunggu hari bahagia

Tak dapat kenal Basri dan Geng Mak Itamnya

Tak dapat kenal Idham yang dah menyepikan diri

Tak dapat baca blog favourite pelakon aku Ako Mustapha

Dan juga yang lain-lain macam Jiwarasa, HE, SultanMuzaffar, Nizam Zakaria, Dobot, Budak Tembam, Paichowan, Mimi, Amy, Hilmy, Ilah, Faizall, Bro Naz, Mat, Sync, Brother Big, Oyen serta semua la yang baca blog aku... :)

Apa yang aku merapek meraban ni? Habih dah sesi penghargaan pada member-member blog yang gempak.Tadi asal-asalnya aku cakap pasal apa ek? Haaa, pasal rokok. So, kesimpulannya...orang-orang yang merokok, tolonglah jangan heret aku untuk jadi arwah sebelum waktunya dengan korang sebab aku masih sayang untuk bersama kengkawan aku tuh. Kasihanilah aku wahai perokok-perokok sekalian. Kalau kamu wahai perokok-perokok masih tak mahu insaf, tak sayang pada nyawa sendiri, nak memendekkan jangka hayat, sila baca fakta di bawah ni :

RESEPI SEBATANG ROKOK

Acetone - bahan yang digunakan dalam penanggal varnish kuku.
Ammonia - boleh didapati dalam bahan penyental lantai.
Arsenik - ada dalam racun pembunuh semut.
Methylamine - bahan aktif losyen penggelap kulit
Methanal - cecair dalam minyak kapal terbang
Kadmium - bahan cecair dalam bateri
Mercury atau Raksa - bahan dalam termometer

(Fakta dipetik daripada artikel dalam majalah EH! keluaran Ogos 2004)

Tuesday, August 17, 2004

Posted by Mar at 9:51 AM 0 comments
SEPI ITU MENYAKITKAN...

Monday, August 16, 2004

Posted by Mar at 12:23 PM 0 comments
No female wants a one-minute man; and no man should wanna be a one-minute man - Missy Elliot

Aku :
Pengalaman aku, selalu sangat bertemu dengan 'one-minute man' ni. Depa ingat kita ni penglipurlara ke hanya menghiburkan dia di kala duka. Bila kita berduka...nak cari diorang punya la susah. Nak kata kawan macam bukan kawan, nak kata kekasih macam bukan kekasih, nak kata bukan kawan macam kawan, nak kata bukan kekasih macam kekasih...Aku keliru..buntu..

Sunday, August 15, 2004

Rindu Datang Lagi

Posted by Mar at 12:42 AM 0 comments
Kau muncul tanpa kupinta

Kau pergi tanpa kurela

Kini kau kembali tanpa kuduga

Namun apalah gunanya

Kau bukan milikku lagi

Kau kini miliknya

Kau kembali....

Haruskah kugembira?

Haruskah kutangisi?

Yang pasti...

Rinduku datang lagi...

Saturday, August 14, 2004

Seksi

Posted by Mar at 12:26 PM 0 comments
Semalam petang aku ke rumah nenek. Mak balik office terus ambik Abah dan aku pergi rumah Nenek di Ampang. Nenek nampak happy nampak muka aku yang comel ni.huhuuuu :D. Dia kata badan aku dah makin kecik.huhuuu lagi. Mata nenek aku dah makin kabur atau aku memang makin slim (kihkihkih..perasaannya aku). Mak aku cakap tekak dia tetiba loya dengar statement superb Nenek aku tu. Mak aku jealous la tu takde orang nak cakap badan dia dah kecik.hehehe. Takpe, Mak. Keep on dieting.

Mak aku tu selalu sangat aku bila aku call (baca:aku miss call dan dia call aku balik) tanya dah makan ke belum. Selalunya sangat dia jawab belum. Aku tanya kenapa tak makan lagi? Diet ke? Dia mesti menafikan. Alaaaa..malu-malu pulak Mak ni. Tersipu-sipu pulak kat situ.hehehe.

Cakap pasal diet ni, teringat nenek aku. Nenek aku ni selalu tak sihat. Maklumlah dah tua-tua ni memang selalu sakit. So, dia selalu tak berselera nak makan. Kadang-kadang tu sampai pengsan sebab orang yang ada kencing manis ni tak boleh kurang sangat gula dalam darah (lebih gula pun tak boleh). Kalau kurang tu yang buat dia pengsan tu. Sebab selalu sangat masuk hospital sebab masalah tu, semalam aku pun sakat la Nenek aku. "Nek, apsal Nenek selalu tak nak makan? Diet ke?" Nenek aku buat muka malas nak layan gila aku. Dalam hati gamaknya dia nak lepuk kepala aku. hehehe. Sorry la Nek. Gurau-gurau kan membawa bahagia :).

Yang paling best sangat semalam ialah sepupu aku, Athirah yang perasan cantik, kurus macam model tu (tengok gambar dia kat fotopages aku) dah puji aku (tak tau la aku puji ke perli). Dia ni memang susah sangat nak puji orang. Dia nak orang puji dia jer. Statement tak ada insuran yang dia selalu bagi kat aku ialah "Kak Long ni gemuk la." Asam kedut betul la budak ni. Dia tak sedar badan dia tu penuh dengan gitar jer. Cheh. Dia ingat cantik sangat la tulang-temulang dia tu. Yang menghairankan aku, semalam masa dia balik sekolah dia nampak muka aku dia terus cakap, "Waaahhhh...seksi nampak ari ni" sambil angkat-angkat kening kat aku. Aku tanya balik, "Seksi jer? Cantik ke tak?". Dia jawab, "Cantiiiikk". Taktau la aku dia jawab ikhlas ke tak. Budak ni bukan boleh percaya sangat. Aku pun tanya la ibu dia, "Is she ok?". Mak dia jawab, "Entah, dia kata pening kepala." Sah budak ni pening lalat tahap melampau. Tu yang dia boleh bagi statement kata aku seksi tu. Cheh.

Laman Seni Kuala Lumpur

Posted by Mar at 12:18 AM 0 comments
TARIKH : 15 Ogos 2004 (Ahad)

MASA : 9.00 pagi - 5.00 petang

TEMPAT :
Balai Seni Lukis Negara (National Art Gallery Malaysia)
No. 2, Jalan Temerloh,
Off Jalan Tun Razak,
53200 Kuala Lumpur.
(Bersebelahan Istana Budaya dan berhadapan dengan Hospital Bersalin Kuala Lumpur)

ANJURAN :
Balai Seni Lukis Negara (National Art Gallery Malaysia)
Kementerian, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia


LAMAN SENI KUALA LUMPUR (LSKL) memeberi peluang kepada pengunjung untuk menghayati dan membeli hasil karya seni dan kraf dari pelbagai bangsa dan budaya dalam suasana yang diserlahkan dengan pelbagai persembahan seni yang menarik.


AKTIVITI-AKTIVITI SEPANJANG HARI :

Jualan Produk Seni & Kraf (sepanjang hari)

Jualan "Car Boot" (sepanjang hari)

Pertandingan & Demonstrasi Seni

Persembahan Muzik & Tarian Jalanan

Cabutan Bertuah

Senam Tari untuk Semua (8.00 pagi)

Orkestra Simfoni Remaja (8.30 pagi)

Karikatur Potret Ibu/Ayah (11.00 pagi)

Jom Teka Gambar (11.00 pagi)

Tayangan Filem
- Paloh (1.00 tengah hari)
- Pontianak Harum Sundal Malam (3.15 petang)

Kembara Seni (Art Treasure Hunt) (3.00 petang)

Persembahan kolaborasi antara kumpulan seni Indonesia 'the house of natural fibre' dengan penggiat seni Malaysia (8.00 malam)

Persembahan Wayang Kulit (Pak Nasir) (8.00 malam)


MASUK PERCUMA!!


Untuk keterangan lanjut sila hubungi talian 03-40254990 atau layari http://www.artgallery.org.my



p/s I'll be there. See you there.

Friday, August 13, 2004

Kepong Bridge is Falling Down

Posted by Mar at 4:01 PM 0 comments
Berikut adalah forwarded message yang aku dapat daripada Mohd Khamel Esa (mohdkhamel.esa@epcos.com) :


KEPONG BRIDGE IS FALLING DOWN

10/08/04

In years to come, our children may be singing this nursery rhyme in the
tadikas...

Parody sing along to "London Bridge Is Falling Down"


Kepong Bridge is falling down,
Falling down, falling down.
Kepong Bridge is falling down,
My fair Samy.

Take a gag and shut us up,
Shut us up, shut us up.
Take a gag and shut us up,
My fair Samy.

How will we build it up,
Build it up, build it up?
How will we build it up again,
My fair Samy?

Build it up with tax and toll,
Tax and toll, tax and toll.
Build it up with tax and toll,
My fair Samy.

Roads and bridges bend and break,
Bend and break, bend and break.
Roads and bridges bend and break,
My fair Samy.

Blame it on an Act of God,
Act of God, Act of God.
Blame it on an Act of God,
My fair Samy.

Rocks and blames will wash away,
Wash away, wash away.
Rocks and blames will wash away,
My fair Samy.


( AKU : Huhuuuuu :D )

Thursday, August 12, 2004

Lagi-lagi AF

Posted by Mar at 12:49 PM 0 comments
"Sementara itu, Ketua Puteri Umno Sabah, Rosnah Rashid berkata pergerakan itu akan terus memberi sokongan kepada Linda sehingga dia menjadi juara Sabtu ini."

(Petikan daripada Berita Harian 12 Ogos 2004)

* Tak kebah-kebah lagi rupanya demam depa ni..alaaaahai.. :)
Posted by Mar at 11:22 AM 0 comments
KUALA LUMPUR : Ahli lembaga pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Johan Jaaffar, mempertahankan penggunaan perkataan 'infotainmen' oleh RTM sambil menyatakan beliau tidak nampak hujah untuk menolak perkataan itu.


KUALA LUMPUR : Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tetap menganggap penggunaan perkataan 'infotainmen' pada slogan baru Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) sebagai tidak sesuai kerana salah dari aspek pembentukan istilah serta tidak mendukung makna yang jelas. Ketua Bahagian Perkamusan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Noresah Baharom, berkata jika RTM ingin menggunakan perkataan itu sekalipun, sebutannya sepatutnya sebagai 'in / fo / tain / men' dan bukannya 'info / ten / men.'


(Petikan daripada dua artikel Berita Harian 12 Ogos 2004)


Dua individu daripada satu organisasi yang sama memberikan dua pendapat berbeza. Perlukah mereka bertelagah sesama sendiri untuk menangani isu yang sekecil ini? Sudah kehabisan isukah mereka untuk diselesaikan?

Wednesday, August 11, 2004

Posted by Mar at 7:40 AM 0 comments
"Failure is the beginning of growth, not the beginning of the end."


Dalam dunia tak ada orang nak menghadapi kegagalan. Kegagalan itu memedihkan. Kegagalan itu menyakitkan. Kegagalan itu boleh memusnahkan segala-galanya. Itu semua kesan negatif kegagalan. Tak kiralah kegagalan dalam kerjaya, akademik, cinta dan sebagainya.

Aku juga pernah mengalami kegagalan. Kegagalan dalam cinta. Kegagalan dalam akademik. Aku pernah hilang semangat. Aku pernah terduduk. Aku pernah tersungkur. Tak siapa yang ada di sisiku. Aku bangkit sendiri tanpa sesiapa memaut lenganku. Hanya Mak dan Abah kekuatanku walau mereka tak tau apa sebenarnya yang berlaku. Aku pernah kehilangan punca. Semua yang aku buat tak memberi apa-apa makna dalam hidupku. Waktu tu aku hidup dalam dunia aku sendiri. Aku terlalu menderita, merintih pada diri sendiri. Aku menghadapi tekanan yang maha hebat. Aku betul-betul lemah waktu tu. Itu semua bahana kegagalan yang melanda dalam hidup aku.

Aku bersyukur kerana kegagalan itu tidak terus menghantui jiwa aku. Aku bersyukur diberi kekuatan untuk bangkit semula. Aku bersyukur tidak melakukan perkara-perkara yang boleh memakan diri aku sendiri. Aku bersyukur kerana mampu mengubah kegagalan itu kepada kejayaan dan kegembiraan walaupun bukan sepenuhnya. Aku masih lagi dalam proses menggapai impian/kejayaan yang aku idamkan :).

Membaca kisah Irawadi Muhammad, 23, pemuda yang dituduh membunuh pelajar Sarjana Bioteknologi Genetik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Norzi Ayu Md Noor, aku mengeluh sendiri. Kenapalah Irawadi boleh sampai ke peringkat itu? Kenapa dia buat tindakan melulu itu? Dia bukan bodoh. Dia sepatutnya menerima ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian pada Konvokesyen UKM Ke-32 baru-baru ini. Dia telah punya lesen untuk bersinar dalam dunia kerjayanya. Tapi malangnya dia memilih untuk meranapkan masa depannya. Dia tanpa berfikir panjang telah memilih untuk hidup dalam dunia yang gelap. Itu semua didorong oleh kegagalan dalam percintaannya dengan Norzi Ayu.

Aku sedih Irawadi tidak berfikiran rasional. Aku mengeluh kerana Irawadi terlalu mengikut rasa hati. Benarlah kata pepatah, ikut hati mati, ikut rasa binasa. Irawadi telah pun membinasakan kehidupan dan masa depannya. Wahai, Irawadi..Alangkah bagusnya jika kau dapat menghayati kata-kata ini.."Failure is the beginning of growth, not the beginning of the end." Kau gagal dalam bercinta bukan bererti kau akan gagal dalam perkara lain juga. Kau gagal dalam percintaan kali ini bukan bererti kau akan gagal dalam percintaan akan datang. Malangnya kau menganggap kegagalan itu penamat segala-galanya. Sungguh malang sekali :(.

Aku harap semua yang di luar sana (termasuk diri aku sendiri) takkan jadikan kegagalan dalam hidup ini sebagai penamat kepada segala-galanya. Jadikan kegagalan itu satu motivasi untuk memajukan diri..memperbaiki kehidupan. Jadikan kegagalan itu satu proses pembelajaran. It's a process of learning. A process to be more matured. Kita patut bersyukur jika mengalami kegagalan kerana hanya manusia yang disayangi Allah akan diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Semua itu sebagai persediaan untuk mengahadapi kehidupan yang penuh pancaroba ini. Bayangkanlah jika kita tak pernah langsung menghadapi kegagalan. Apabila cabaran mendatang, kita pasti panik dan hilang punca dan mulalah membuat perkara-perkara yang di luar dugaan kerana sebelum ini perjalanan hidup kita terlalu mudah.

Pilihlah antara dua.. "bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian" atau "bersenang-senang dahulu, bersakit-sakit kemudian."

Tuesday, August 10, 2004

UiTM Universiti Pertama Terima ISO 9001:2000

Posted by Mar at 7:30 AM 0 comments
Oleh Ruhaiza Rusmin (Petikan daripada Harian Metro, 9 Ogos 2004)

Universiti Teknologi Mara (UiTM) sekali lagi melakar sejarah apabila menjadi universiti pertama di dunia menerima sijil pengiktirafan ISO 9001:2000 daripada badan pensijilan antarabangsa, Llyoyds Register of Quality Assurance (LQRA) yang berpengkalan di London, baru-baru ini.

Pengiktirafan itu dianugerahkan kepada syarikat ternama termasuk Shell, Ford, Phillips dan Rolls Royce yang melanggani khidmatnya.

LQRA yang menjalankan khidmat pensijilan dan latihan di 160 negara membantu organisasi dan perniagaan dengan memantapkan sistem pengurusan melalui peningkatan prestasi berterusan.

UiTM adalah pelanggan ulung institut pengajian tinggi yang ditauliahkan dalam semua aspek pengajaran, pembelajaran, pengurusan korporat dan khidmat sokongan.

Naib Canselor UiTM, Datuk Seri Profesor Dr. Ibrahim Abu Shah, berkata pengiktirafan itu membuktikan UiTM mampu mempertahankan kecemerlangannya sama ada dalam bidang akademik mahupun pentadbiran bagi merealisasikan hasrat menjadi universiti bertaraf dunia menjelang 2006.

"Pengiktirafan yang diterima adalah hasil usaha keras semua pihak yang bersungguh-sungguh menjadikan UiTM universiti awam berprestij dan terbaik di negara ini."

"Sesuai dengan matlamat UiTM untuk bergelar universiti bertaraf dunia, pengiktirafan yang diterima bakal menjadi titik-tolak UiTM untuk merealisasikan impiannya dalam tempoh dua tahun lagi," katanya ketika majlis penerimaan sijil pengiktirafan di kampus induk UiTM, Shah Alam.

Dalam usaha mendapat pengiktirafan pensijilan berkenaan, UiTM terpaksa melalui piawaian ketat seperti yang ditetapkan LQRA. Bagi memenuhi kriteria yang diperlukan, UiTM menjana pelbagai usaha berterusan yang membabitkan pihak pengurusan dan sistem akademik.

Dr. Ibrahim berkata, pengiktirafan berkenaan adalah bukti UiTM begitu komited dalam usaha memartabatkan keupayaan ilmu dan perkhidmatan sejajar dengan matlamat dasar pendidikan negara.

"Walaupun banyak komentar sama ada positif mahupun negatif yang dilemparkan kepada UiTM sebelum ini, ia bukanlah penghalang UiTM daripada terus berusaha meletakkannya di tempat terbaik. Anugerah LQRA adalah jawapan kepada segala usaha keras itu," katanya.

Penyerahan sijil berkenaan dilakukan oleh Pengurus Perkhidmatan LQRA Malaysia, DR. Oii Cheng Lee, sambil disaksikan oleh dekan mewakili fakulti masing-masing.

Semua 23 fakulti yang menawarkan lebih 200 program sudah menerima pensijilan berkenaan, bermula April lalu dengan didahului oleh fakulti Kejuruteraan Kimia dan Pusat Pemikiran dan Pemahaman Islam (Citu) selain 20 bahagian pengurusan seperti Canselori, Perpustakaan dan Institut Penyelidikan.

Dr. Ibrahim berkata, kecemerlangan yang dicapai UiTM dapat dilihat sejak penubuhannya 48 tahun lalu apabila Dewan Latihan Rida yang menjadi tapak pertama penubuhan UiTM mengeluarkan graduan berkemahiran tinggi yang menepati pasaran kerjaya.

"Dengan menjadikan kecemerlangan lalu sebagai aspirasi utama, UiTM terus bangkit untuk melakarkan kecemerlangan terutama aspek pendidikan yang diberi penekanan paling utama selain kegiatan luaran yang turut diberi penekanan serius.

"Ini adalah antara usaha berterusan UiTM memartabatkan ilmu yang menjadi tunjang kejayaan gemilang UiTM selama ini. UiTM tidak berniat untuk bersaing dengan mana-mana universiti berikutan pengiktirafan sijil berkenaan, namun ia adalah langkah untuk meningkatkan mutu dan kualiti UiTM yang mempunyai pelajar teramai di negara ini," katanya.



* Sebagai salah seorang warga UiTM, aku tumpang bangga dengan pengiktirafan ini. Tapi apalah yang ada pada sekeping sijil pengiktirafan itu jika sikap dan semangat pelajar dan kakitangannya masih di takuk lama. Renungkanlah...

Monday, August 09, 2004

Posted by Mar at 4:47 AM 0 comments
Segugus awan berarak ke ufuk timur

Lalu berkumpul berat

Dan gugur...

Tinjau di kaki langit..

Sunday, August 08, 2004

Posted by Mar at 2:43 AM 0 comments
Mentari kian lenyap di sebalik gunung

Dan cahaya pun hilang...

Saturday, August 07, 2004

Posted by Mar at 2:38 PM 0 comments
Burung layang-layang terbang menjunam ke bumi

Menyambar kelkatu

Satu demi satu...

Friday, August 06, 2004

MAT JAN FAN CLUB (MJFC)

Posted by Mar at 11:26 PM 0 comments
MJFC..ala-ala Michael Jackson FanClub pun ada bunyinya ek. Disebabkan aku peminat fanatik Mat Jan, maka aku pun nak heret sama lain-lain peminat fanatik Mat Jan buat satu Fan Club. Berikut adalah antara petikan perbualan YM aku dan Mat Jan tentang Mat Jan Fan Club ni:

chempaka_sari1: aku rasa aku nak bukak kelab peminat fanatik mat jan la..kahkahkah
mat jan : bukak jangan tak bukak. ko jadi presiden.
chempaka_sari1: cantek la tu...ko jadi penasihat
chempaka_sari1: fuyoooo
mat jan : tak mau. aku nak jadi bendahari... buleh songlap duit yuran...
chempaka_sari1: ciss
chempaka_sari1: hampeh ko
chempaka_sari1: menyonglapkan kelab sendiri
mat jan : err, tak buleh ke? ingat buleh

Antara cadangan aktiviti yang dibincangkan bersama Mat Jan :

chempaka_sari1: waaahh..bulan ni orang tu dah nak convo la
chempaka_sari1: peminat fanatikmu tumpang bangga
mat jan : yay!
mat jan : datanglah memberi sokongan moral!
mat jan : bawa sepanduk!
chempaka_sari1: nanti aku buat sepanduk tunggu kat pintu DSB, buat gaya2 mcm orang tggu kat airport tu
chempaka_sari1: sure gempak ek mat jan
mat jan : hahahaha

Antara sebab aku semakin fanatik pada Mat Jan :

chempaka_sari1: ko buat apa sekarang mat jan?
chempaka_sari1: keja dah ke?
mat jan : dah dah keje
chempaka_sari1: dah keja loaded la, buleh blanje aku
mat jan : buleh buleh.....
chempaka_sari1: ni yg buat aku semakin fanatik kat ko ni...mat jan baik, mat jan pemurah, mat jan perasan handsome hehehe
mat jan : (OO)<-------- lubang hidungku kembang bangga


ANDA BERMINAT UNTUK JOIN MAT JAN FAN CLUB? MARI...MARI...MARI... :)) HUHUUUU...

Thursday, August 05, 2004

Sindrom Apa Pulak Ni?

Posted by Mar at 9:07 AM 0 comments
Korang pernah tak mengalami apa yang aku alami ni? Sejak hari Isnin hari tu kat kepala otak aku macam/asyik terngiang-ngiang lagu Laukku Cukup Masin (Spider). Part yang asyik berulang-ulang kat kepala aku ni ialah part, "Ayatmu ayat sekerat, Ayatmu tak cukup sifat, Ayatmu boleh buat orang sesat, Laukku dah cukup cukup masin, Laukku cukup masin, Tak perlu engkau tambah garam". Almost 24 hours. Masa mandi, tengah makan, tengah tunggu bas, dalam kelas..kat mana-mana aje la. Aku rasa sindrom lagu meng"capture" otak dan minda dah lama bertapak kat diri aku. Aku rasa bukan aku sorang dilanda sindrom ni. Dan aku juga dapat rasakan yang sindrom ni jugalah yang menyebabkan aku sakit kepala semalam kot. Entahlah, aku main agak jer, rasanya la kot.

Sebab apa aku cakap sindrom ni bukan melanda aku sorang? Sebabnya, dulu ada sorang lecturer aku ni..nama dia Encik Azlaini (sekarang tengah buat PhD kat oversea, kat mana ntah), dia pernah cerita kat aku yang dulu zaman dia belajar kat ITM dulu dia pernah dapat sindrom ni. Yang bestnya masa tu masa final exam. Korang bayangkanlah kalau masa nak jawab exam diganggu dengan sindrom ni. Tak ke naya. Silap-silap jawapan exam tu kita tulis lirik lagu tu. Simpang malaikat 44. Korang nak tau lagu apa yang keluar kat kepala dia masa tu? Kalau yang sezaman dengan aku mungkin tau lagu ni. Lagu tu lagu iklan "sumi jelly".....lagu dia macam ni.." sumi jelly manis, sumi jelly manis, rasa sedap agar-agar buah". Lagu tu berulang-ulang bermain kat kepala otak Encik Azlaini sampai dia rasa blur dan bengang. At last dia terpaksa keluar dari exam hall, pergi hisap rokok (rasanya la...Encik Azlaini hisap rokok ke?), tenangkan fikiran, lepas tu baru dia boleh hilangkan gangguan lagu tu.

La ni, sindrom tu melanda aku la pulak. Semester ni aku diganggu dengan lagu "Laukku Cukup Masin". Tiga semester yang lepas aku diganggu dengan lagu "Cinta" (Flop Poppy). Bahagian mana tau? Bahagian, "Cintaku, Hampir setiap kalinya tak jemu-jemu, Cintaku, Nyanyikan lagu ini, Cintaku, Hampir setiap kalinya tak jemu-jemu, Cintaku, Nyanyikan lagu ini penawar rindu". This syndrome keep bugging me again and again. Oh My God, please stop it. Pukul 2.30 nanti aku ada test ni. Takkan aku nak jawab dengan lagu Spider tu pulak kang.

Laukku Cukup Masin

Makin lama kukunyah
Makin tawar
Macam manis perasa gula getah
Bunyi tajuk sikitlah punya besar
Isinya kosong bercampur sifar
Dalam diam diam
Senyuman menyulamkan dendam
Nasi yang engkau sajikan
Penuhi tulang ikan
Mana benar baik mana pula tidak
Baik bodoh atau jahat bijak
Sudah pipi kanan kena sepak
Kepala kasi orang pijak
Dalam diam diam
Senyuman menyulamkan dendam
Nasi yang engkau sajikan
Penuhi tulang ikan
Ayatmu ayat sekerat
Ayatmu tak cukup sifat
Ayatmu boleh buat orang sesat
Laukku dah dah cukup masin
Laukku cukup masin
Tak perlu engkau tambah garam
Laukku dah cukup cukup masin
Laukku cukup masin
Tak perlu engkau tambah garam
Ayatmu ayat sekerat
Ayatmu tak cukup sifat
Ayatmu boleh buat orang sesat
Laukku dah dah cukup masin
Laukku cukup masin
Tak perlu engkau tambah garam
Laukku dah cukup cukup masin
Laukku cukup masin
Tak perlu engkau tambah garam
Peluru sesat tak kenal siapa tuannya
Peluru sesatmu

Vokal : Tam Spider
Lagu : Tam
Lirik : Loloq

p/s Lirik lagu kalau Loloq yang tulis memang dalam maknanya...


Cinta

Dan kunyayikan kau lagu cinta
Seindahnya sinar mentari
Seanggunnya sinar rembulan
Dan kunyayikan kau lagu rindu
Kerna sesungguhnya hati ini masih lagi
Lemas dalam kerinduan
Cintaku
Hampir setiap kalinya tak jemu-jemu
Cintaku
Nyanyikan lagu ini
Cintaku
Hampir setiap kalinya tak jemu-jemu
Cintaku
Nyanyikan lagu ini penawar rindu
Dan kusebutkan namamu
Dalam doaku setiap kalinya
Agar kau kembali
Menenangkan hati dan perasaan
Dan kusebutkan namamu
Dalam doaku setiap kalinya
Agar kau kembali
Menenangkan hati dan perasaan
Ini bukan yang pertama kalinya
Cinta kupergi (jauh)


Vokal : Andy Flop Poppy
Lagu : Fatullah & Baby
Lirik : Baby

Wednesday, August 04, 2004

Sakit Kepala

Posted by Mar at 12:50 PM 0 comments
Hari ni aku sakit kepala sangat. Sakit kepala sebelah kanan je pulak tu. Sakit kepala sampai rasa loya dan nak muntah pun ada. Nak kata aku stress, tak jugak. Aku pernah lebih teruk stress dulu tapi tak pernah la sampai macam ni. Kenapa la dengan kepala aku ni gamaknya. Aku tak la ikutkan sangat sakit kepala aku ni. Aku buat-buat lawak + mengumpat-ngumpat (sempat jugak tu, cheh) juga dengan Kak K dan Ina tapi kepala still berdenyut-denyut juga. Kang kalau manjakan sangat kepala aku ni jadi mengada-ngada pulak. Lagipun aku rasa takde sapa nak layan manja dan mengada-ngada aku ni. Harap-harap kejap lagi lega la sikit sakit kepala aku ni. Satu kerja pun aku tak boleh nak buat bila sakit kepala macam ni. Sakit kepala, tolonglah nyah dari kepalaku ini...
Posted by Mar at 12:37 PM 0 comments

Sketch aku di kala kesakit kepalaan 1 Posted by Hello
Posted by Mar at 12:37 PM 0 comments

Sketch aku di kala kesakit kepalaan 2 Posted by Hello

Tuesday, August 03, 2004

Posted by Mar at 5:46 PM 0 comments

Birthday card yang aku bagi kat Abah hari tu. Sekarang kad ni Abah dah letak kat whiteboard kat rumah Posted by Hello
Posted by Mar at 5:46 PM 0 comments

Birthday card yang aku bagi kat Abah hari tu. Sekarang kad ni Abah dah letak kat whiteboard kat rumah
 Posted by Hello

Rumah Tradisional Melayu

Posted by Mar at 9:14 AM 0 comments
Rumah yang aku nak cakap ni pasal rumah tradisional orang Melayu atau rumah kampung la. Korang sure ada kampung kan? Tak la macam aku ni, kampung aku kat KL jer. Paling hebat pun Kg. Baru la kampung aku. Time raya aku la yang paling sadis sekali sebab tak thrill langsung nak balik kampung yang aku hari-hari pun boleh balik (Mak Abah aku dok Taman Sri Keramat...nama pun taman bukan kampung..cheh). Walaupun aku takde kampung, tak bermakna aku tak tau pasal rumah kampung/rumah tradisional Melayu ni. Masa aku buat diploma belajar interior design dulu ada gak belajar sikit-sikit pasal rumah Melayu ni.

Yang istimewanya rumah Melayu ni, setiap inci rumah tu dibina dengan fungsi/rasional tersendiri. Bukan la main belasah jer atau ikut cantik jer. Contohnya, rumah tradisonal Melayu ni menggunakan kayu sebagai bahan utama sebab kayu ni adalah bahan yang semulajadi dan tidak akan mewujudkan atau menghasilkan haba yang panas seperti jika kita menggunakan konkrit, bata dan simen. Satu lagi, rumah Melayu tradisional ni banyak bukaan (opening) macam jeriji tingkap, ukiran kat atas tingkap tu, lepas tu tingkap dia pun luas dan besar. Disebabkan banyak bukaan ni la proses pengudaraan (ventilation) mudah berlaku seterusnya mewujudkan udara yang nyaman (cooling) di dalam rumah. Tak payah la nak pasang air-cond macam kat rumah-rumah moden sekarang ni. Lagi satu rumah Melayu tradisonal ni jugak tak banyak dinding atau bilik-bilik sebab bilik hanya untuk pasangan yang dah kahwin je manakala anak perempuan tidur di loteng dan anak lelaki tidur di serambi atau rumah ibu (main hall).

Rumah Melayu tradisional ni jugak dibina dia atas tiang bukannya dibina terus di atas tanah. Rasionalnya untuk mengelak dari banjir dan serangan binatang buas. So, ini dikira dari segi keselamatan la pulak. Tak payah la nak letak anjing,security guard or security alarm untuk jaga rumah. Lagi satu, sesetengah rumah Melayu ni ada 'selang' (ruang yang memisahkan antara dapur dan rumah ibu). Ruang ini dikatakan sebagai ruang transisi (transition area/space) jika berlakunya kebakaran. Jadi jika kebakaran berlaku, tak semua bahagian rumah akan rosak teruk. 'Selang' ini juga menjadi pintu masuk kedua pada kaum wanita untuk masuk ke dapur (almaklumlah, dulu-dulu kaum lelaki dan wanita tak boleh bertemu dan bertepuk-tampar macam sekarang ni).

Selain itu, rumah Melayu tradisional ni juga mengapplikasikan sistem modular. Jika sesebuah keluarga itu tidak mampu untuk menyediakan rumah yang besar, memadai jika dia hanya membina rumah ibu. Tetapi jika dia berkemampuan di masa depan, dia boleh menyambung rumah ibu itu tadi dengan ruang-ruang seperti serambi dan dapur dengan meggunakan 'selang' sebagai ruang transisi. Korang nampak tak betapa bijaknya orang dulu-dulu dalam bidang senibina ni padahal diorang tak pernah pun belajar kat Faculty of Arhitecture tapi kebijaksanaan diorang melampaui kebijaksanaan arkitek-arkitek zaman moden ni. Setiap binaan mempunya fungsi dan rasionalnya tersendiri dan disesuaikan juga dengan kehidupan budaya (culture) masyarakat itu sendiri.

Monday, August 02, 2004

Sindrom "M" Melanda Aku

Posted by Mar at 5:00 PM 0 comments
We are always being told that time is running out; it is, and getting things done won't stop it - Joan Silber

Semalam masa tengah belek-belek nota dan latihan tutorial subjek management accounting, aku terjumpa catatan ni. Aku tak tau masa bila dan di mana aku dapat. Tapi yang pasti lepas aku tengok quote ni, tiba-tiba semangat aku yang berkobar-kobar nak siapkan latihan tutorial terus mencanak-canak turun. Ciss. Aku terus malas nak buat latihan tu. Tapi aku bukannya pemalas tau (walaupun sebenarnya tahap kemalasan aku dah sampai tahap maksimum..hehehe).

Sebenarnya, hari ni aku ada Mid Term Test. So, aku sibuk nak baca buku sebenarnya (kononnya la) bukannya sebab aku malas. Tapi disebabkan quote Joan Silber yang bodoh atau dengan ayat sopannya tak berapa pandai ni (dia yang bodoh atau aku yang bodoh sebenarnya?) telah mempengaruhi minda aku yang sememangnya cepat terpengaruh. Kalau macam ni la gayanya bila la aku nak pandai. Cik Mar, sila insaf dan sedar diri cepat sikit. Dah pertengahan semester dah ni. Takkan nak tunggu nyawa paras hidung baru nak insaf?

p/s Mr. A, Encik Lecturerku, janganlah marah aku kalau aku tak buat latihan tutorial tu...tapi sila salahkan Encik Joan Silber tu ,ok.

Sunday, August 01, 2004

Posted by Mar at 1:04 AM 0 comments
Selalunya bila kita dengar orang cakap yang dia tak puas hati dengan sesuatu perkara kita akan nasihatkan orang tu dan cakap, “Bersyukurlah dengan apa yang kita ada, ada orang yang nasib dia lebih teruk daripada kita." Aku memang tak nafikan yang memang kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang kita ada sebagai tanda terima kasih pada Allah Yang Maha Esa. Tapi yang jadi masalahnya kalau ada yang menyalahtafsirkan maksud bersyukur itu.

Apabila kita puas hati dengan apa yang kita lakukan kita bersyukur dan kemudian menganggap itulah pencapaian yang terbaik kita boleh buat. Kemudian kita akan hanyut dengan pencapaian yang hebat itu tanpa ada langkah-langkah susulan agar dapat mencapai kejayaan yang lebih hebat daripada itu. Mencapai kejayaan yang berterusan,sentiasa terus berusaha menjadi lebih baik, sentiasa tidak puas dengan pencapaian yang telah dikecapi tidak bererti kita tidak mahu bersyukur, riak dan hanya memikirkan soal duniawi.

Mari kita lihat sikap tidak puas ini dalam aspek yang positif. Contohnya seorang pencipta seterika mula mencipta seterika dengan hanya menggunakan arang sebagai bahan api. Jika dia berpuas hati dengan pencapaian tersebut mungkin sampai hari ini kita akan terpaksa menggunakan arang sebagai bahan api ketika menggunakan seterika. Baju putih akan jadi kuning, terpaksa bangun pukul 4 pagi nak sediakan arang semata-mata nak gosok baju, muka dan tangan naik hitam sebab asyik main dengan arang dan sebagainya. Alangkah sukarnya hidup kita kalaulah ia terjadi begitu. Ada kemungkinan pakaian kita berkedut seribu tak bergosok kerana malas hendak melalui perkara-perkara tersebut.

Tetapi, hari ini kita sepatutnya berterima kasih pada pencipta seterika itu kerana atas rasa tidak puas dengan apa yang adalah kita dapat menikmati kemudahan seterika yang lebih praktikal dan mudah dengan hanya menggunakan kuasa elektrik. Hanya cucuk plug dan tekan suis, seterika terus panas dan kita terus boleh menggosok pakaian tanpa perlu bersusah-payah mencari arang lagi. Kelihatan cantik dan segaklah kita dengan pakaian yang digosok rapi tanpa perlu bangun di awal pagi semata-mata nak menyediakan arang atau bercomot di muka dan tangan bermain arang.

Nah, kemudahan dan teknologi yang terdapat pada masa kini terhasil kerana rasa tidak puas hati penciptanya terhadap ciptaan terdahulu. Betul tak?


Do not offer me things.
Do not offer me clothes. Offer me attractive looks.
Do not offer me shoes. Offer me comfort for my feet and the pleasure of walking.
Do not offer me house. Offer me security, comfort and a place that is clean and happy.
Do not offer me books. Offer me hours of pleasure and the benefit of knowledge.
Do not offer me records. Offer me leisure and the sound of music.
Do not offer me tools. Offer me the benefits and the pleasure that come from making beautiful things.
Do not offer me furniture. Offer me comfort and the quietness of a cozy place.
Do not offer me things. Offer me ideas, emotions, ambience, feelings and benefits.
Please do not offer me things.

(Fred R.David)
 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal