Akibatnya, saya menjadi pesakit yang terakhir berjumpa doktor hari ini. Padan muka.
Macam biasa.
Check BP.
Timbang berat. Sudah turun 2 kilogram. Tapi doktor suruh giatkan lagi proses menurunkan berat badan dengan bersenam. Tiba-tiba nak say hai dengan Celebrity Fitness. Eheeeemm.
Doktor terangkan tentang laporan HSG. Kedua-dua tiub fallopian saya ok. Patent. Alhamdulillah. Legaaaa sangat. Sepatutnya tak ada masalah untuk dapat baby sebab result semen analysis Encik Suami hari tu pun ok. Dia dapat keluarkan 4Mil. 1Mil yang diuji mengandungi 27 juta. 80% berkualiti. Lebih kurang 22 juta. Mungkin kalau kesemua 4Mil diuji lebih kurang 100 juta kot yang ada. Serius doktor tu bercerita tentang itu dengan begitu excited.
Encik Suami ok. Haruslah saya yang kena kerja keras menurunkan berat badan lagi dan lagi. Bulan ni dah boleh mula cuba secara natural. Next cycle dah kena mula dengan bantuan clomid dan BBT chart. Doktor bagi tempoh untuk 3 cycle. Kalau pregnant, terus call klinik. Kalau lepas 3 cycle tak ada apa-apa, perlu jumpa doktor semula. Mungkin lepas Raya nanti.
Semoga ada rezeki buat kami kali ini.
Jumlah yang dibayar hari ini ialah RM60 untuk bekalan clomid bagi 3 cycle. Kali ni tak perlu bayar consultation fee.
6 comments on "2nd appointment"
Salam
tahniah dear.. Alhamdulillah.. semua ok..insyaAllah ... ada la rezeki nanti. Doa banyak2 ya.. kadang2 semuanya tentang MASA aje.
hugs~
Insyaallah Irtiyah. Moga ada rezeki kita suatu hari nanti. Irtiyah jadi ke jumpa Dr Marsita hari tu?
tak jadi.. ingatkan nak buat entri khas.. tapi x buat2 juga. pendek cite.. atas maklumat yg mar bagi.. kami decided x pergi.. thanks..
Mar, ni gi klinik lain plak ker? Bkn klinik dr Hamid dah??
Sori..Kekda tetiba lost. miahahha
chaiyok2! apapun jgn putus asa. ALLAH menjwb doa kita dgn 3 cara. igt tu tau..:)
Irtiyah,
Ada masa nanti buat ya entri tentang tu.
Kak Reen,
Masih dengan Dr Hamid. HSG jer buat kat klinik lain.
Hana,
TQ dear.. mmuaah
Post a Comment