Saturday, January 09, 2010

Posted by Mar at 8:06 AM 6 comments

Hari tu pergi Restoran Jumma kat Setiawangsa. Restoran mamak la ni. Teman Encik Suami nak pekena teh tarik dan roti canai. Mar tak teringin pun nak makan atau minum. Bila mamak tu tanya nak order apa, Encik Suami pun bagitau la dia nak makan roti canai dan teh tarik. Mamak tu tanya Mar pulak, "Kakak mau apa?" Mar senyap jer sebab masa tu baru bertekak dan ala-ala merajuk dengan Encik Suami. Dalam beberapa saat jugak la Mar senyap.

Lepas tu mamak tu cakap,"Biasa ke? Belimbing?"

Mar dan Encik Suami dua-dua tergelak (dan tiba-tiba Mar dah tak merajuk lagi) sebab memang sebelum ni pernah order jus belimbing suam tanpa gula kalau datang minum kat situ tapi bukan selalu pun. Mungkin 2 atau 3 kali. Tak pasal-pasal Mar order jugak jus belimbing suam tanpa gula tu sebab terharu dengan kepekaan dan keprihatinan beliau. Hehehe.

Friday, January 08, 2010

Kisah bengang

Posted by Mar at 8:56 AM 0 comments

Mar pergi Giant Setiawangsa beli barang sikit. Dah habis bayar, ambik baki dan resit semua Mar terus jalan. Jalan depan sikit, tiba-tiba Mar perasan yang Mar tak dapat sticker kegilaan ramai itu. Encik Suami suruh Mar pergi mintak kat kaunter sambil dia menonong bawak barang pergi kat kereta. Mar pun pergi la balik ke kaunter tadi. Mar cakap la tak dapat sticker. Mar cakap elok jer tak ada tinggi suara ke apa. Dia cakap dia dah bagi. Dia kata dia letak kat atas sekali. Sah memang tak ada sebab kalau dia letak atas sekali mesti Mar pegang terus. Kalau tercicir pun mesti ada kat situ jugak sebab Mar jengok-jengok jugak kat lantai sekitar kaunter tu.

Bila Mar cakap memang tak ada, dia cakap pulak dia letak kat plastik kecik padahal rasanya barang yang Mar beli tak ada pun dapat plastik kecik. Mar berdiri lagi kat kaunter sambil try call Encik Suami nak suruh dia check. Belum sempat dapat call Encik Suami si-dia-yang-menyakitkan-hati tu terus hulur 2 sticker pada Mar sambil sound Mar, "Lain kali check betul-betul" dalam nada yang sangat menyakitkan hati seolah-olah kita ni bodoh sangat di mata dia. I'm really pissed off. Rasa nak laser balik dia tapi mujurlah masih berfikiran waras plus tak nak nampak bodoh macam dia. Bengang.

Thursday, January 07, 2010

Posted by Mar at 8:44 AM 2 comments
Hari kedua di sekolah Cikgu Mar ni dah membuatkan seorang anak murid menitis air mata. Mar tak marah pun dia. Cuma cakap dan tegur. Tak sangka pulak dia menangis. Agaknya muka Mar ni muka garang kot. Aduuuhhh. Harap-harap mak ayah dia tak mai sekolah serang cikgu ini. Amiiinnn.

Wednesday, January 06, 2010

Perasan Kurus di Broga

Posted by Mar at 7:51 AM 3 comments




























Tuesday, January 05, 2010

Posted by Mar at 7:17 AM 7 comments

Ini peristiwa beberapa hari sebelum hari melapor diri di sekolah. Bersemangat gila menggosok baju untuk stok satu minggu padahal sebelum-sebelum ni punya la pemalas kalau bab menggosok ni. Lebih rela hanya menggosok baju bila perlu sahaja.

Tahun baru.
Kerja baru.
Semangat baru.

Moga berkekalan hendaknya.

Monday, January 04, 2010

A New Journey

Posted by Mar at 5:00 AM 5 comments

Bakal memulakan tugas sebagai pendidik dalam dunia realiti. Ini bukan cobaan, ini betul-betul (Cheh..tiba-tiba). Besar dan berat tanggung jawab yang bakal digalas. Alhamdulillah, Mar bakal mengajar di Kuala Lumpur. Sangat hampir dengan rumah.


Semoga Allah mempermudahkan segala-galanya.
Semoga Mar diterima dengan baik di sana nanti.
Semoga Mar tidak lalai menjalankan tanggung jawab.
Semoga Mar komited melaksanakan tugas yang diberi.


Hari ni kena lapor diri. Berdebar sehh. Doakan Mar ya.

Sunday, January 03, 2010

Jan jan jala jala itik jala ayam

Posted by Mar at 12:39 PM 0 comments
Ada satu petang tu, Kak Long (cousin perempuan paling sulung sebelah Abah) datang rumah melawat Mak. Dia bagi pengat durian. Semua orang tak larat nak makan malam tu. So, simpan la dalam fridge. Boleh makan keesokan harinya untuk breakfast. Mulanya Encik Suami kata makan dengan roti jer la. Dia siap dah beli roti. Tapi tah angin rajin mana tah datang Mar pun cari la resepi roti jala. Cari punya cari jumpa kat http://cdyana2001.fotopages.com/?entry=1541027.

Seingat Mar ni kali kedua Mar buat roti jala. First time buat makan dengan kari ayam. Kari ayam pun buat sendiri tau (tetiba nak gila kuasa hehe). Masa tu kahwin pun belum lagi dengan Encik Suami.

Dalam resepi yang Mar buat ni kata boleh dapat 20 biji, Mar pun buat separuh adunan jer tapi end up jadi macam banyak la pulak maybe sebab Mar guna kuali kecil dan roti jala tu kecil jer Mar boleh tebar. Siap bagi pulak dengan adik Encik Suami malam tu sebab orang kat rumah ni makan tak habis-habis.







Saturday, January 02, 2010

Kegilaan

Posted by Mar at 12:16 PM 5 comments
Jenuh jugak la nak mengumpul. 70 pun tak sampai lagi. Hahaha. Bab-bab menghabiskan duit memang bagi kat Mar. Kuikuikui.


Friday, January 01, 2010

Masak lemak recycle pon sodap

Posted by Mar at 12:11 PM 5 comments
Seperti biasa bila Encik Suami cuti Mar pun masak la menu susah sikit. Susah la sangat kan. Poyo jer statement. Hari ni masak gulai lemak ayam.

1. Blend bawang besar, bawang putih, halia, kunyit hidup dan cili padi.

2. Tumis bahan-bahan yang dikisar dan serai yang diketuk (tapi serai kat rumah ni kehabisan stok, so Mar tak letak serai pun).

3. Dah agak-agak garing sikit, masukkan santan secukupnya. Kalau rasa pekat sangat boleh letak air sikit.

4. Masukkan kentang.

5. Dah mendidih, masukkan ayam.

6. Biarkan hingga ayam dan kentang empuk dan masak.

7. Dah agak-agak masak boleh tutup api.



Siap.


Bila dah malam ada balance kuah dan kentang. Ayam dah selamat. Abah pergi letak belimbing buluh kat dalam kuah tu. Tu yang tajuk entri ni jadi "Masak lemak recycle pun sodap". Tapi tak sempat pulak nak ambik gambar gulai versi recycle tu. Tengok-tengok Abah dah gantung periuk. Nampak sangat sedap kan. Hahahaha.

 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal