Friday, February 01, 2013

Allah Knows Best

Posted by Mar at 12:10 PM
Saya kagum dengan dia.
Wanita yang kuat.
Tabah.
Moga Allah mengurniakan kebahagiaan kepadanya hingga ke syurga.

Dia dulu jiran saya.
Sejak zaman hingusan.
Kemudian dia berkahwin.
Lama.
Saya anggarkan dalam 6-7 tahun usia perkahwinannya.
Tak lama lepas tu saya dapat perkhabaran dia sudah bercerai.
Tiada anak.
Saya kurang pasti adakah perceraian itu disebabkan kerana tiada zuriat atau ada sebab lain.
Saya harap bukan kerana zuriat.

Beberapa tahun selepas itu saya dapat pula khabar dia kahwin buat kali kedua.
Alhamdulillah. Semoga kebahagiaan miliknya bersama suami baharu.
Dan yang paling gembira, perkahwinan kali ini, dia hamil.

Namun kita ini manusia biasa. Kita tak akan dapat semua.
Takdir Allah mengatasi segala-galanya.
Pada usia kandungan 32 minggu, dia melahirkan seorang bayi perempuan.
Namun Allah menghantar bayi itu terus ke syurga.

Sebab itu saya kata dia wanita tabah.
Allah sangat menyayanginya.
Ujian demi ujian. Allah tahu dia wanita hebat.
Semoga dia terus kuat dan tabah.

Semoga kita semua dapat menjadi sekuat dan setabah dia.

0 comments on "Allah Knows Best"

 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal