Wednesday, May 30, 2012

Berpada-padalah

Posted by Mar at 1:54 PM 10 comments

Tak perlu kot nak cerita.

Makan itu.

Minum ini.

Jamah jenama tu.

Cuit jenama ni.

Buat petua tu.

Amalkan petua ni.


Kemudian....


Dengan bangganya beritahu segalanya yang dilalui mudah. Senang itu. Senang ini. Yada yada yada.


Tidakkah dia tahu bahawa segalanya kuasa Allah. Allah yang menentukan segala-galanya. Berapa banyak pun petua dan amalan yang dibuat, kalau Allah dah tentukan perjalanan kita sukar, maka sukarlah ia.


Maka, saya rasa tak perlu nak beriya-iya sangat bergebang beritahu yang awak mudah melaluinya kerana macam-macam petua dan amalan itu.


Kesusahan, kesenangan, kesulitan, kesihatan, kesakitan, kesengsaraan mahupun kebahagiaan, segalanya telah ditentukan oleh Allah. Setiap insan akan ada bahagian masing-masing. Itu janji Allah.


Maka cukuplah jika kita ucapkan kesyukuran. Cukup. Itu sudah cukup.


Tak perlu bergebang tak sudah-sudah.


Sudah-sudahlah.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, May 29, 2012

4 Tahun

Posted by Mar at 7:01 AM 4 comments



29 Mei 2008.
Ketika itu, saya berusia 27 tahun. Dia berusia 26 tahun.
Bahagia. Sangat bahagia.



Kini, saya berusia 31 tahun dan dia 30 tahun. Sudah 4 tahun kami melayari kehidupan berumahtangga. Tidak selalunya indah. Pastinya sering diulit onak dan duri. Sedangkan lidah lagi tergigit. Namun kami yakin cinta kami ikhlas. Yang lain kami serah pada Allah.

Moga Allah mengizinkan kami bersama-sama melalui tarikh ini pada tahun-tahun akan datang. Insyaallah.

Thursday, May 24, 2012

Alhamdulillah

Posted by Mar at 3:47 PM 9 comments

Rezeki Khadeeja.

Susu saya tidaklah memancut-mancut meriah seperti orang lain. Tapi saya yakin Allah tahu apa yang terbaik untuk Khadeeja.

Sejak 13 April 2012 hingga 24 Mei 2012, jam 3.25 petang, saya sudah kumpul 416.5oz untuk Khadeeja.

Alhamdulillah. Syukur kepadaMu, Ya Allah.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, May 22, 2012

Brownies???

Posted by Mar at 1:50 PM 4 comments

Tuesday, May 15, 2012

Perlukah pasrah?

Posted by Mar at 11:23 AM 8 comments

Gambar terbaru.


Tak berani ambil gambar penuh sebab badan masih membadak dan tidak menunjukkan tanda-tanda untuk kecut pun. Sedih tahap dewa ni.


Setakat pagi tadi, saya masih ada 3.7 kilo lemak degil yang perlu dihilangkan untuk dapat balik berat sebelum mengandung. Sangat liat tahap dewataraya ya lemak-lemak tu nak berambus. Pfftt.


Untuk dapat berat ideal lagi la JAUUUUUUHHH perjalanannya. Dalam mimpi jer la kot nak dapat berat ideal tu.


Ok. Nak pergi nangis bawah bantal sekarang.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, May 08, 2012

Moga mendung itu berlalu

Posted by Mar at 8:52 PM 4 comments

Pagi tadi saya dikejutkan dengan berita yang membuatkan perasaan saya sebak, risau, resah dan gelisah.

Dia rakan sekerja sewaktu saya bekerja di Celc*m 7 tahun yang lalu. Dia TTC dah lama. Sudah 6 tahun. Sudah melalui pelbagai jenis rawatan. Dia penghidap PCOS. Jarang-jarang datang haid. Bulan Oktober tahun lalu dia berjumpa Dr. Hamid Arshat selepas dia tahu saya berjaya hamil selepas berjumpa Dr. Hamid.

Dr. Hamid beritahu telur dia semua tidak matang menyebabkan Dr. Hamid memberikan clomid dengan dos yang paling tinggi. Dengan kuasa Allah, tidak lama selepas itu, dia hamil. Kandungan dia sudah pun menjangkau lebih kurang 21 minggu.

Baru saja 3 hari lepas dia beritahu bahawa bayi yang dikandungnya ialah bayi lelaki. Terserlah kegembiraan dia. Masakan tidak, 6 tahun menanti keajaiban ini.

Namun tiba-tiba, pagi tadi saya dikejutkan dengan berita dia mengalami pendarahan semasa sedang tidur. Setelah pemeriksaan dibuat, air ketuban juga kurang. Doktor khuatir kekurangan air ketuban ini akan menyebabkan jangkitan kepada bayi. Dia kata, doktor tidak memberikan sebarang harapan. Tangisan menjadi teman rakan saya itu.

Saya cuba beri semangat pada dia. Saya minta dia tidak putus berdoa semoga keajaiban berlaku. Saya harap dia kuat dan tabah. Hingga jam 3 petang tadi, dia kata pendarahan masih tidak berhenti. Kasihan dia. Saya ingin sangat peluk dia erat-erat.

Ya Allah. Kau permudahkanlah segalanya buat rakanku itu. Kurniakanlah yang terbaik buat dirinya. Sesungguhnya hanya Engkau Yang Maha Berkuasa.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Alat kawalan jauh

Posted by Mar at 9:48 AM 0 comments
Asalnya saya letak gambar ni di Instagram dengan caption,

"Remote air cond. Remote kipas. Remote tv. Remote???"

Kemudian LinGhazale balas kat twitter,
"LOL remote mak. Tet - nangis - mak pon datang."

Tepat sekali.

*gelak guling-guling*

 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal