Wednesday, April 25, 2012

Kembar (kot)

Posted by Mar at 9:57 AM 0 comments

Saturday, April 07, 2012

Kelakar dan suka berseloroh

Posted by Mar at 3:18 PM 8 comments

Love you too, Khadeeja.

Tak tak. Bukan Khadeeja. Khadeeja tak pandai buat kelakar lagi. Juga belum pandai berseloroh. Haha.

Saya bercakap tentang Dr. Roslan. Dalam serius dia terselit sifat kelakar dan lucu. Jadi bila jumpa dia, kurang sedikit rasa stress. Yer la kan. Kalau jumpa doktor yang garang, sumpah tak mahu jumpa lagi doktor tu.

Tak bolehlah nak bandingkan Dr. Roslan dengan Dr. Hamid. Dr. Hamid dah macam pangkat ayah. Dia mungkin tak kelakar tapi sifat kebapaan dan ambil berat dia membuatkan kita rasa hormat dan sayang pada dia.

Khamis hari tu merupakan temujanji terakhir saya dengan Dr. Roslan. Mentang-mentang yang terakhir, segala lawak keluar hari tu. Tak ingat-ingat padahal nak cabut stapler saya. Yang jadi mangsa saya la sebab tak boleh tumpang gelak dengan puas. Kang kalau bantai gelak puas-puas kang ada yang terburai keluar isi perut nanti.

Selain lawak stapler tu ada keluar satu lagi cerita. Dr. Roslan macam pelik tengok kulit Khadeeja yang putih sangat. Dia yang kata, bukan saya. Putih semacam dia cakap. Saya dan suami pun up la diri masing-masing kan sebab tak nak kalah.

Nak tau dia jawab apa?

"Sebenarnya tengok orang yang sambut jugak. Orang yang sambut tu Haji kan. Terpancar cahaya keimanan lebih sikit. Tu yang keluar putih melepak tu."

Ni kalau luka terkoyak ni nak salahkan siapa?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, April 06, 2012

Kenapa stapler?

Posted by Mar at 4:48 PM 7 comments
Kisahnya setiap kali nurse Klinik Kesihatan datang rumah tengok saya dan Khadeeja mesti pelik tengok luka pembedahan saya di'stapler'. Semua kata kali pertama tengok. Muak juga saya dengar kenyataan yang sama saja setiap kali datang. Dah la datang boleh kata setiap hari. Letih nak bermanis muka. Haha.

Semalam ada temujanji dengan Dr. Roslan untuk buka stapler tu. Suami pun tanya la Dr. Roslan kenapa nurse tu semua pelik tengok stapler tu.

Nak tau apa jawapan Dr. Roslan?

"Sebenarnya sebab saya dah tua. Tak berapa nampak kalau nak jahit. Tu yang nak senang guna stapler jer."

Dan perbualan itu berlangsung semasa stapler saya sedang dicabut. Ngeri. Gigil-gigil saya tahan gelak, ok. Haha.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, April 01, 2012

Sementara Ingat

Posted by Mar at 10:03 AM 14 comments
Hari Ahad. 25 Mac 2012. EDD. Pukul 3 petang.
Keluar lendir bercampur darah berwarna coklat seperti waktu awal period. Tak ada sakit langsung. Rasa biasa saja. Beritahu Mak nak tanya sama ada perlu pergi hospital atau tidak. Mak suruh tunggu bila sampai rasa sakit dulu. Tanya kawan-kawan di twitter, ada yang suruh pergi hospital, ada yang suruh tunggu sakit makin kerap datang dulu. Lepas tu siap pergi minum kat mamak Ar-Riyad Setiawangsa. Sebelum balik rumah singgah rumah Busu di Ampang Jaya untuk ambil katil baby yang kami tumpang letak masa beli dulu.

Sampai rumah masih tak rasa sakit langsung. Cuma rasa nak berak tapi tak keluar tah* dan lenguh-lenguh pinggang. Saya pergi sidai baju yang baru basuh. Lipat kain baju yang dah kering. Kemudian baring-baring sambil tengok Mentor dan google tentang tanda bersalin. Suami pula telefon ibu mertua dan biras saya untuk bertanya-tanya.

Entah macam mana saya terbaca tentang nipple stimulation untuk mempercepatkan bersalin. Saya pun suruh la suami ehem ehem. Beberapa minit selepas tu, lebih kurang pukul 11 malam, terus rasa sakit senggugut datang. Sakit senggugut tu datang kemudian hilang. Datang balik, hilang. Bila tengok jam, kekerapan adalah 5 minit sekali. Tak adanya 30 minit ke 20 minit ke 10 minit, terus-terus jer 5 minit sekali. Sakit tu boleh tahan lagi. Masih boleh tersenyum. Cuma ada panik dan cuak sikit la.

Jadi, kami ambil keputusan untuk ke hospital. Siap-siap apa yang patut. Tak ada kelam-kabut. Cuba untuk bertenang. Tenang-setenangnya. Mak ikut sekali pergi hospital. Sampai di hospital, terus pergi PAC. Check macam-macam la. Bp, air kencing. Bp memang tinggi la. Sebab sakit kan. Doktor seluk tengok bukaan. Bukan Dr. Roslan sebab doktor tu kata Dr. Roslan baru saja balik dan tidak dapat dihubungi. Dah 3 cm. Doktor kata memang dah kena masuk wad. Tapi sebab bilik untuk FPP penuh, maka saya diletakkan di wad kelas 2 untuk sementara waktu.

Sakit senggugut makin kuat. Sakit contraction la tu. Selama ni tak tau sakit contraction tu macam mana. So, sekarang dah tau. Rasa macam sakit senggugut yang melampau. Masuk wad, saya cuba untuk tidur. Tidur-tidur ayam jer dapat. Pukul 4 pagi, Dr. Yu, doktor pakar yang bertugas malam tu datang untuk tengok bukaan. Sekarang dah 5 cm. Dia cakap separuh daripada proses sudah berlaku. Saya senyum gembira sebab tak payah tunggu lama-lama. Dia kata dah kena masuk labour room. Sebelum masuk, nurse bagi makan ubat untuk turunkan tekanan darah.

Bila masuk labour room, saya rasa masa berlalu terlalu lambat. Kalau tadi bukaan tu macam laju jer saya rasa tapi sekarang perlahan macam siput. Kalau tak salah, bukaan dah 6 cm doktor masukkan ubat untuk pecahkan air ketuban. Tujuannya untuk cepatkan lagi bukaan. Dalam 6 pagi macam tu nurse tanya saya nak ubat tahan sakit atau tidak. Mula-mula saya cakap tak payah sebab sakitnya bagi saya tak teruk sangat. Masih boleh tahan. Tapi dia kata nanti makin sakit, bp lagi tinggi. Saya pun kata ok. Ubat tu cucuk di peha kanan.

Lepas jer ubat tahan sakit tu masuk, memang rasa mengantuk sangat. Rasanya saya tertidur lepas tu. Lepas tu bila terjaga pun memang mamai-semamainya. Dalam hati saya masa tu, cepatlah beranak supaya saya boleh tidur puas-puas lepas tu. Tetaplah tak beranak lagi. Tunggu dan terus menunggu. Sakit memang makin lama makin kuat. Tiap kali sakit tu datang, saya siap mengerang-ngerang dan menggeliat-geliat sikit. Suami usap-usap tangan saya sambil berzikir dan baca macam-macam ayat. Bila dia berhenti sebab kering tekak saya paksa juga dia baca lagi. Itu saja yang dapat menenangkan saya waktu tu.

Masa dalam labour room, ada seorang nurse ni tanya saya ada risau apa-apa ke sebab bp saya tinggi. Macam-macam ubat dah doktor masuk dalam badan saya. Saya beritahu la saya risau sebab baby tak keluar-keluar lagi. Dia pun ceramah saya supaya tak perlu risau sebab zaman sekarang ni bukan macam zaman dulu satu cara jer nak keluarkan baby. Sekarang ada macam-macam cara. Kalau tak normal, ada vacuum, forcep atau operate. Betul la apa dia cakap tu tapi bercakap dengan orang yang sakit dan sedang stress macam saya umpama mencurah air ke daun keladi jer la. Tambah stress saya rasanya.

Bila saya cakap pada nurse saya sakit dan rasa nak terbera* sangat-sangat, doktor pun masuk. Masih tak nampak bayang Dr. Roslan lagi masa ni. Doktor tengok bukaan. Dah 10 cm. Dah boleh teran. Teran-teran, tah* yang keluar. Dua kali kot. Saya buat tak tau. Lantak la kan. Bukan boleh tahan-tahan. Teran-teran lagi. Saya rasa meneran tu macam susah sangat. Sebab teran-teran tak keluar. Rasa macam buang masa dan tenaga. Teruk kan saya. Pemalas gila nak teran. Tapi tetap teran jugak walaupun rasa macam tak betul jer cara teran tu. Lantak.

Tak lama lepas tu, Dr. Roslan masuk. Saya pun teran-teran depan dia. Dia kata bagus saya teran. Tak tau la dia puji ke nak ambil hati ke nak bagi semangat ke apa kan. Hahaha. Tapi dia kata kedudukan baby tinggi. Ambil masa nak turun. Yer la, baby kan tak engage lagi masa saya jumpa Dr. Roslan hari Jumaat tu. Dr. Roslan kata kita cuba dalam sejam jer lagi. Takut nanti fetal distress. Tak lama lepas tu, Dr. Roslan pun cakap, "Kita operate jer la yer." Saya terus angguk dan cakap ok. Laju jer cakap ok. Dalam kepala saya supaya cepat-cepat la anak saya keluar dengan selamat. Selagi tak keluar selagi tu la saya risau.

Selepas selesai tandatangan borang kebenaran pembedahan semua, saya pun ditolak masuk ke dewan bedah. Kena cucuk epidural kot, terus la kebas separuh badan. Lepas dah cucuk-cucuk dengan jarum kot untuk pastikan saya dah tak rasa sakit, pembedahan pun bermula. Saya sedar perut digodek-godek. Hinggalah saya dengar suara anak saya menangis. Masa tu rasa lega sangat. Rasa mengantuk yang dari labour room tadi makin menjadi-jadi. Dalam hati rasa nak tidur, nak tidur, nak tidur.

Terkelip-kelip mata saya menahan mengantuk sementara tunggu doktor jahit luka pembedahan. Dr. Roslan jenguk saya di sebalik tirai siap tanya, "Mengantuk ke?" Saya jawab, "Ya, mengantuk sangat ni."

Dah siap semua, saya pun ditolak masuk ke recovery room sementara nak tunggu kebas kaki saya hilang. Sementara menunggu, nurse suakan anak saya ke buah dad* untuk disusukan. Saya baru ingat nak tidur. Hahaha. Harapaaaan. Bila kaki saya dah boleh bergerak, barulah saya ditolak masuk ke wad.

Itulah cerita bersalin saya. Kesimpulannya, salahkan ubat tahan sakit tu yang menyebabkan saya nak tidur, tidur dan tidur tanpa nak fikir benda lain lagi dah.



Khadeeja
 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal