Mak anak sulung Nenek. Nenek dapat anak kedua iaitu Angah hanya selepas 7 tahun kelahiran Mak. Tahun yang sama Busu pula lahir tak cukup bulan. Angah lahir bulan Februari, Busu lahir bulan November tahun yang sama. Tapi jarak antara Mak dan Angah sangat jauh. 7 tahun.
Mak dapat saya selepas 2 tahun berkahwin. Cukup setahun tidak hamil, Mak dan Abah mendapatkan rawatan di Hospital Universiti atau sekarang dikenali sebagai PPUM. Hanya saya seorang. Saya tiada adik hingga kini.
Busu. Menunggu selama 8 tahun. Dalam tempoh itu pelbagai usaha sudah dibuat. Hospital mana yang tak pernah dia pergi. Dari HKL sampailah ke hospital dan klinik-klinik swasta. Tebuk sana, tebuk sini. Macam-macam. Pernah keguguran sekali tanpa mengetahui yang dia mengandung pun. Akhir sekali dia mendapatkan rawatan dengan Dato' Dr. Hamid Arshat. Masih seperti jawapan doktor-doktor sebelum ini, tiada masalah pada Busu dan Pak Usu. Lantaran itu Dr. Hamid mencadangkan agar mereka berdua mendapatkan rawatan di Darussyifa juga. Selepas 8 tahun, Busu dikurniakan satu-satunya cahaya mata perempuan yang kini sudah pun berusia 15 tahun.
Saya. Menunggu selama 3 tahun. Alhamdulillah kini telah hamil 16 minggu. Perjalanan saya masih jauh. Semuanya pun saya serahkan pada Allah. Moga Allah mempermudahkan perjalanan hidup saya. Jika diizinkan Allah, saya bakal menimang cahaya mata pada tahun ke-4 perkahwinan kami. Sesungguhnya hanya padaMu aku berserah. Saya hanya mampu berusaha dan berdoa namun Allah jualah yang menentukan segalanya.
Antara kami berempat, Busulah yang paling lama diuji. 8 tahun. Kalau saya jadi dia, saya tak pasti sama ada saya akan kuat seperti dia.
Gambar di atas adalah gambar terbaru saya. Gambar minggu lepas. Ya, saya memang tembam. Tak boleh nak sorok dah :-)
Published with Blogger-droid v1.7.4
5 comments on "8 tahun"
Mar take care ye...
jaga kandungan awak baik2...=)))
terharu juga baca entry atas:
ang pastinya,semua urusan Allah kan..
semoga perjalanan hang tenang2 saja. jaga diri n baby elok2..serah pd DIA..
aku jugak nk mohon kalo ada syg hg kat aku, doa kan aku naa..dipermudahkan semua urusan dan dilindungi Allah
alhamdulilah seronoknya dengar cerita awak..ia membuat saya kembali semangat untuk terus berusaha memiliki zuriat sendiri..doakan saya
i folo ur blog..hope we can share something each other..
Anie. Tq. Ya. Semuanya di tangan Allah.
Hana. Insyaallah.
Salmi. Jgn berhenti berharap.
Orangkecil. Tq. Insyaallah
Post a Comment