Semalam Encik Suami teringin nak makan makanan negeri dia. Ajak pergi Kampung Baru dia tak nak sebab susah nak cari parking. Akhirnya kami pergi Leha Kelfood Taman Melati.
Saya order fresh orange tanpa gula. Makan tak order pun. Sendiri mau ingatlah kan. Nanti kang sia-sia jer segala ubat yang doktor bagi tu. Suami order laksam dan pengat durian dimakan dengan pulut. Untuk elakkan kempunan saya rasa sesudu dua laksam tu. Terbaik. Pekat kuah laksam tu. Tak adalah cair macam jual kat pasar malam area rumah saya tu.
Itulah laksam terbaik yang pernah saya rasa setakat ni. Nasib baik masih mampu mengawal nafsu. Kalau tak confirm saya order sepinggan. Pengat durian dan pulut tu pun sedap. Pekat kuahnya. Rasa sesudu dua jer. Tak apa kan kan kan.
6 comments on "Laksam Terbaik"
Dah lama tak makan laksam....sedapnyer...
Sedaaappp. Rasa sikit nikmat, rasa banyak badan berat :)
mar..kat mana restoran ni mar?sedapnye....feveret aku tuh laksam..
Kat taman melati.tepi mrr2.kedai2 yg dekat petronas yg ada mcd tu.dekat dgn balai bomba jgk
oh..dkt ngn nasi dagang ulik mayang tuh la ek..emm, nk try lah..hrga ok ke x mar..
Haa kat situlah. Harga berpatutanlah. Tak mahal sgt tak murah sgt.
Post a Comment