Saya akui saya sangat meletakkan harapan yang tinggi untuk cycle kali. Lebih tinggi berbanding bulan-bulan yang lalu. Entah kenapa sejak berjumpa gynae, semangat untuk hamil lebih membuak-buak. Bukanlah maksud saya sebelum ini tidak bersemangat. Sebelum ini pun semangat saya tinggi tetapi grafnya semakin lama semakin menurun apabila setiap bulan keputusan yang diterima adalah kehampaan. Ya, saya akui saya hampir putus asa. Mujur saya cepat berjumpa gynae. Maka secara tak langsung saya bersemangat semula. Juga lebih tenang dan gembira.
Kebetulan pula cuti sekolah sekarang. Maka rutin saya tidak sepadat semasa hari persekolahan. Kurang tekanan. Maka saya menjalani cuti kali ini dengan penuh kegembiraan dan harapan bersama suami walaupun hanya di rumah.
Rentetan catatan ini, perasaan saya seolah-olah sangat yakin bahawa itu adalah waktu ovulasi saya. Tambahan pula sejak peningkatan suhu itu, bahagian bawah perut saya seolah-olah sedikit cramp iaitu sama rasanya seperti period pain tetapi kesakitan yang sangat minima. Saya hampir yakin, itu waktu ovulasi saya. Harapan saya setinggi Gunung Everest. Berdoa semoga sudah ada ovum yang bersatu dengan sperma. Saya pernah beritahu kan. Harapanlah yang membuatkan setiap denyut nadi saya lebih bermakna. Itulah sumber kekuatan saya. Harapan itu walau hakikatnya tiada kepastian.
Hari ini. Saya jatuh di depan mesin basuh kerana lantai licin. Saya tidak perasan walaupun sebenarnya Mak sudah pun mengingatkan saya tentang itu. Tiada hentakan kuat. Tiada kesakitan. Namun saya menangis semahu-mahunya.
Kenapa?
Saya rasa bersalah. Rasa bersalah kerana cuai. Kerana tidak menjaga diri sendiri. Rasa bersalah kerana jika benar sudah ada sperma yang bersatu dengan ovum, yang mungkin telah pun menjadi zigot tetapi gagal berkembang hanya kerana kejadian ini, maka sayalah puncanya. Sayalah penyebabnya. Maka tak salah jika emosi tidak terkawal ini berlaku. Panggillah saya paranoid atau apa sekalipun. Maafkan saya kerana tak mampu untuk mengawal perasaan ini. Moga setelah habis menulis catatan ini saya akan sedikit tenang dan sabar.
Mungkin kerana orang seperti saya ini sukar mendapatkan apa yang orang lain dapat dengan begitu mudah maka saya jadi begitu gentar dan takut jika sebarang kegagalan berlaku apatah lagi kalau ia berpunca daripada diri sendiri.
Ya Allah, hanya kepada Engkau tempatku berserah.
9 comments on "Jatuh"
emosi semakin parah
sabar yeks! Allah tau kita mampu melalui smua ini...sbb tu ujian ni diberikan kpd kita smua.
Panglima muda,
Ya. Memang parah.
Lady mira,
Tq dear. Moga kita semua dapat lalui semua ini dengan sabar dan tabah.
Sabar ye awak..
eyza jgk pernah melalui itu semua...
masa mula2 berkahwin..
jatuh sampai berdarah dan terpaksa ke hospital... tapi InsyaAllah... semoga awak x de apa2... sama2 la kita berdoa...
Mar, menangislah semahunya.. tapi jgn lupa untuk bangkit semula!
Allah maha mendengar dan mengetahui
mar, semoga impian setinggi gunung everest awk tu tetap akn membuahkan hasil...
mar..nangis sepuasnya, lap air mata..dan terus berharap, allah mndengar sume doa hmbanya..jiwa mar terlalu rapuh skrg, mar perlu lebih kuat utk menanti sebuah harapan, doa n terus berdoa..mar amalkn mkn asid folic x..insyallah blh mmbntu..nani prnh berada di laluan mar skrg sgala2 kite mnjadi terlalu berhati2, perasaan mnjadi terlalu tipis, airmata xpyh ckp lah, murah sgt2..if anything mar nk ckp nani sntiasa ada bersama..
TQ semua. Sayang semua. Muaahh.. muaahh.
sabar yek.. allah merancang yg lebih baik untuk awak...
Post a Comment