Wednesday, June 29, 2011

Kemusykilan terjawab

Posted by Mar at 10:11 PM 13 comments
Kisahnya. Kan lepas buat HSG bulan lepas, saya tak dapat laporan terus sebab klinik tu tak bagi report pada saya. Mereka kata nak hantar terus pada doktor saya. Jadi saya memang tak tau apa result HSG sehingga jumpa doktor dua hari selepas buat HSG. Hanya bersandarkan pada kata-kata doktor, saya gembira sebab dia kata tiub saya ok dan sepatutnya tiada masalah untuk mengandung.

Laporan HSG dan filem X-ray tu doktor beri pada saya untuk disimpan. Jadi, di rumah saya pun belek-belek filem X-ray dan baca laporannya.

Lepas baca, saya terus jadi risau, musykil dan tertanya-tanya. Ada masalahkah dengan tiub saya sebenarnya? Tapi kenapa doktor kata ok.

Lalu saya ajukan soalan di FB. Disebabkan takut soalan itu tidak dijawab, maka saya hantar kepada 3 akaun FB.

Satu hantar pada akaun peribadi doktor.

Satu hantar pada page terbuka doktor.

Satu lagi hantar pada akaun peribadi staf klinik.

Ini soalan yang saya ajukan dan jawapan-jawapan yang saya terima.





Sekarang.

Saya sedikit lega.

Moga keajaiban bakal berlaku.

Itu harapan saya.



Tuesday, June 28, 2011

Yeaayy!!!

Posted by Mar at 6:04 PM 4 comments

Cadar baru.

Semangat baru.

Gembira selalu.

Monday, June 27, 2011

Setelah sekian lama....

Posted by Mar at 7:36 PM 6 comments
Akhirnya saya kembali menjejakkan kaki di gym.

Sejam saja. Harap boleh buat hari-hari.

Paling best tadi kat gym jumpa Remy Ishak yang ganteng itu. Hahhaha.

Lalu kini semakin bersemangat.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sunday, June 26, 2011

Tersentuh

Posted by Mar at 4:44 PM 2 comments
Semalam pergi pasar malam.

Sewaktu melintas depan sebuah gerai menjual pakaian bayi, suami tiba-tiba bersuara, "Comel-comel kan seluar baby tu."

Saya terkedu. Sebak.

Tapi saya sembunyikan perasaan itu. Saya buat-buat tak faham dengan kata-kata suami itu. Hakikatnya, hanya Allah yang tahu perasaan saya ketika itu.

Saya perlu tabah.


Sayang, I'm sorry.

Clomid - Hari Keempat dan Kelima

Posted by Mar at 4:35 PM 11 comments
Tamat sudah dos clomid untuk cycle kali ini.

Sekarang kami berdua mengharapkan keajaiban akan berlaku.

Moga Allah permudahkan segala-galanya.

Satu yang saya perasaan, sejak makan clomid, saya mengalami sembelit. Ke sebab tak cukup makan sayur dan buah? Musykil.

Saturday, June 25, 2011

Clomid - Hari Ketiga

Posted by Mar at 9:42 AM 0 comments
Dah tak ada kesan yang merepek-repek. Syukur. Alhamdulillah.

Cuma berat sekarang agak sukar turun walau dah jaga makan beriya. Kesan clomid kah? Ke sebab tak exercise? Hahaha. Sendiri mahu ingat ya.

Semalam 1st time pergi klinik berseorangan. Sebab nak ambil ubat saja jadi Encik Suami tak payahlah ikut. Gedik sangat la pulak pergi ambil ubat pun nak bawa suami kan. Akibatnya, patut pergi Bukit Damansara saya masuk simpang ke Mont Kiara. Great sangat. Nasib baik skil pusing-pusing stereng ada di tangan. Dah pusing-pusing baru jumpa jalan ke Bukit Damansara. Sampai depan klinik pusing 2 kali baru dapat parking. Betul-betul depan klinik.

Syukur. Semuanya dipermudahkan.


Jumlah yang dibayar hari ini ialah RM89.
Adipex RM30
Metformin RM9
Saw Palmetto Extract RM50

Thursday, June 23, 2011

Clomid - Hari Kedua

Posted by Mar at 10:55 PM 0 comments
Tiada lagi peluh yang melampau.
Tiada lagi rasa lapar yang luar biasa.
Tiada lagi sakit kepala dan pening.

Yang tinggal hanya rasa melayang-layang.

Masih mampu berpijak di bumi yang nyata. Haha.

Adipex dah habis.
Metformin dah habis.
Saw palmetto extract tinggal beberapa biji.

Tadi saya call klinik.
Saya beritahu ubat dah habis. Kemudian saya tanya perlu ke saya sambung ambil ubat-ubat tu.
Staf klinik minta saya tunggu. Dia kata dia perlu semak fail saya dulu.
Saya tunggu. Beberapa minit.
Staf klinik kata ya, saya perlu ulang semula ambil ubat-ubat tadi.

Esok petang saya akan ke klinik. Ambil ubat.

Wednesday, June 22, 2011

Clomid - Hari Pertama

Posted by Mar at 3:00 PM 0 comments
Semalam.

CD 3.

Malam. Kali pertama makan clomid.

Saya makan clomid pukul 7.45 malam.

8.00 malam hingga 10.00 malam saya ada kelas dengan murid-murid Tahun 6.

Habis kelas pukul 10.00 malam saya dah rasa weng. Kepala ringan rasa nak melayang-layang.

Tak usah dilayankan. Kalau dilayan makin mengada.

Pagi tadi bangun kepala rasa sakit. Ke pening. Entah. Tak dapat nak beza.

Sekarang.
Masih pening.
Berpeluh sejuk yang banyak.
Rasa lapar yang luar biasa.

Wahai hati, jiwa dan nafsu.... bertabahlah :)

Monday, June 20, 2011

Cerita Birthday Sang Suami

Posted by Mar at 9:33 PM 4 comments
Sebab Sang Bini suka bereksperimen membuat kek, maka tak sah kalau birthday Sang Suami tak ada kek kan.

Fikir punya fikir.

Belek punya belek.

Masuk keluar dapur tengok bahan ada ke tidak.

Maka terhasillah Japanese Strawberry Shortcake.

Resepi saya rujuk di sini.











Sunday, June 19, 2011

Hello AF !

Posted by Mar at 2:37 PM 6 comments
AF arrived just now.

No more tears.

Just try to go with the flow.

Allah knows best.

Will start taking clomid from CD 3 to CD 7.



Please pray for me.

Saturday, June 18, 2011

Hectic Week

Posted by Mar at 11:44 AM 0 comments
Sepanjang minggu ni rasanya saya balik rumah hanya untuk tidur sahaja.

Bermula hari Isnin hingga Jumaat.

Isnin.

Pagi hingga tengah hari ada kelas.

Tengah hari hingga petang kerja-kerja persiapan untuk buku laporan murid. Kejar markah.
Kumpul markah. Key-in markah. Bla... bla... bla...

8.00 malam hingga 10.00 malam kelas Tahun 6. Ganti kelas orang.

Selasa.

Pagi hingga tengah hari Sukantara di tengah-tengah padang berbumbungkan matahari terik.

Tengah hari hingga petang masih lagi kerja-kerja persiapan untuk buku laporan murid. Kejar markah. Kumpul markah. Key-in markah. Bla... bla... bla...

8.00 malam hingga 10.00 malam kelas Tahun 6. Kelas sendiri.

Rabu.

Pagi hingga tengah hari masih lagi Sukantara di tengah-tengah padang berbumbungkan matahari terik. Itu pun menyelit-nyelit juga pergi key-in markah plus kejar markah daripada cikgu-cikgu. Sangat rushing sebab tengah hari nak pergi Shah Alam. Kursus.

Tengah hari lepas Zuhur cabut ke Shah Alam. Check-in kat Hotel De Palma. Mujur agenda kursus belum bermula. Jadi boleh bersenang-lenang di bilik.

8.30 malam hingga 10.30 malam. Kursus hari pertama.

Khamis

8.30 pagi hingga 10.30 malam. Kursus hari kedua.

Jumaat

8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Kursus hari terakhir.

Tengah hari cabut balik sekolah. Siapkan buku laporan murid. Pukul 5.15 petang baru siap segalanya.

Balik rumah. Mandi. Gosok baju. Cabut ke Jalan Tun Razak. Hotel Double Tree by Hilton. Ada dinner. Kena paksa pergi. Boring.

12.30 pagi baru sampai rumah.




Letih weeiiii kalau tiap-tiap minggu macam ni.




Mungkinkah saya perlu belajar jadi halimunan?


Saturday, June 11, 2011

Jatuh

Posted by Mar at 10:52 AM 9 comments
Panggillah saya terlalu emosi atau terlalu mengikut perasaan. Saya tak kisah. Hanya orang yang melalui akan tahu apa yang saya rasa.

Saya akui saya sangat meletakkan harapan yang tinggi untuk cycle kali. Lebih tinggi berbanding bulan-bulan yang lalu. Entah kenapa sejak berjumpa gynae, semangat untuk hamil lebih membuak-buak. Bukanlah maksud saya sebelum ini tidak bersemangat. Sebelum ini pun semangat saya tinggi tetapi grafnya semakin lama semakin menurun apabila setiap bulan keputusan yang diterima adalah kehampaan. Ya, saya akui saya hampir putus asa. Mujur saya cepat berjumpa gynae. Maka secara tak langsung saya bersemangat semula. Juga lebih tenang dan gembira.

Kebetulan pula cuti sekolah sekarang. Maka rutin saya tidak sepadat semasa hari persekolahan. Kurang tekanan. Maka saya menjalani cuti kali ini dengan penuh kegembiraan dan harapan bersama suami walaupun hanya di rumah.

Rentetan catatan ini, perasaan saya seolah-olah sangat yakin bahawa itu adalah waktu ovulasi saya. Tambahan pula sejak peningkatan suhu itu, bahagian bawah perut saya seolah-olah sedikit cramp iaitu sama rasanya seperti period pain tetapi kesakitan yang sangat minima. Saya hampir yakin, itu waktu ovulasi saya. Harapan saya setinggi Gunung Everest. Berdoa semoga sudah ada ovum yang bersatu dengan sperma. Saya pernah beritahu kan. Harapanlah yang membuatkan setiap denyut nadi saya lebih bermakna. Itulah sumber kekuatan saya. Harapan itu walau hakikatnya tiada kepastian.

Hari ini. Saya jatuh di depan mesin basuh kerana lantai licin. Saya tidak perasan walaupun sebenarnya Mak sudah pun mengingatkan saya tentang itu. Tiada hentakan kuat. Tiada kesakitan. Namun saya menangis semahu-mahunya.

Kenapa?

Saya rasa bersalah. Rasa bersalah kerana cuai. Kerana tidak menjaga diri sendiri. Rasa bersalah kerana jika benar sudah ada sperma yang bersatu dengan ovum, yang mungkin telah pun menjadi zigot tetapi gagal berkembang hanya kerana kejadian ini, maka sayalah puncanya. Sayalah penyebabnya. Maka tak salah jika emosi tidak terkawal ini berlaku. Panggillah saya paranoid atau apa sekalipun. Maafkan saya kerana tak mampu untuk mengawal perasaan ini. Moga setelah habis menulis catatan ini saya akan sedikit tenang dan sabar.

Mungkin kerana orang seperti saya ini sukar mendapatkan apa yang orang lain dapat dengan begitu mudah maka saya jadi begitu gentar dan takut jika sebarang kegagalan berlaku apatah lagi kalau ia berpunca daripada diri sendiri.

Ya Allah, hanya kepada Engkau tempatku berserah.


Friday, June 10, 2011

Tentang BBT

Posted by Mar at 1:52 PM 3 comments
CD 23.

BBT naik mendadak pagi ni.

Hari-hari sebelum tu BBT memang rendah giler.

Semalam.

Malam Jumaat. Sendiri mau ingat la kan.

Hati berbunga riang.

Harapan menggunung tinggi.

Moga Allah perkenankan.

Rezeki yang amat dinanti-nantikan.

Saya hanya mampu berdoa. Hanya Allah yang menentukan.

Tortilla Gulung

Posted by Mar at 10:05 AM 19 comments
Alhamdulillah, puasa tahun lepas dah habis ganti. Jadi dari semalam dah pening tak tau nak makan apa hari ni sebab sejak seminggu yang lepas siang tak payah pening fikir nak makan apa. Memang pening fikir nak makan apa sejak gynae suruh reduce weight. Makan kena pilih-pilih. Tak boleh nak rembat jer macam dulu. Tapi saya rembat jugak kalau teringin. Cara saya rembat adalah dengan cuit sikit makanan suami buat hilang kempunan.

Senarai makanan dan minuman yang saya ambik sejak disuruh reduce weight ialah:
1. Roti nan
2. Tauhu bakar
3. Sotong kangkung
4. Air soya tanpa gula
5. Fresh orange tanpa gula (most of the time minum ini)
6. Low fat yogurt drink
7. Limau
8. Ikan bakar

Serius dah tak tau nak makan apa dah. Malam tadi kebetulan lalu depan Giant. Jadi, singgah sekejap. Pun tak tau nak beli apa. Akhirnya saya beli tomato, telur dan wholemeal tortilla.

Pagi ni saya breakfast dengan tortilla gulung. Nak tau saya buat macam mana? Jom kita tengok resepinya. Resepi la sangat kan. Padahal campak-campak jer.


Bahan:

1 keping wholemeal tortilla
1 biji tomato - dicincang
1/4 batang carrot - disagat
Sedikit bawang besar - dihiris nipis
1 biji telur rebus - dipotong dadu
Sedikit sos cili
Sedikit mayonis

Cara-cara:

1. Bakar tortilla atas non-stick pan. Sekejap jer cukup. Tak payah lama-lama. Biar sejuk sekejap.

2. Sapu tortilla dengan sedikit mayonis. Sapu nipis-nipis jer. On diet katanya kan. Hahaha.

3. Tabur tomato yang dicincang tadi.

4. Letak carrot yang disagat.

5. Letakkan bawang besar.

6. Letak telur rebus.

7. Letakkan sedikit sos cili.

8. Gulung atau lipat tortilla tadi.

Sekarang boleh ngap. Sedap gileeerrs.

Kalau nak lebih healthy, tak payah la letak mayonis dan sos cili tu tapi saya cukup yakin tekak saya tak mampu menelannya. Jadi saya letak la sikit supaya berselera sikit nak makan.

Sebenarnya isi tortilla ni boleh jer ubah-ubah ikut kreativiti sendiri. Ni saya yang memandai-mandai. Lain kali kalau bosan dengan telur boleh tukar dengan isi ayam ke, daging, isi ikan, udang, sotong atau lain-lain. Kalau nak jimat letak lauk semalam yang tak habis dalam ni. Carik-carik atau potong-potong, letak. Tak ada la bosan kan menghadap lauk yang sama jer sebab semata-mata nak habiskan lauk supaya tak membazir.

Boleh tambah daun salad kalau nak. Carrot tu saya letak sebab carrot kat rumah ni tak bergerak-gerak. Takut tahu tahu busuk jer nanti.

Jumlah penurunan berat setakat minggu ini ialah 4 kilogram. Ni kalau beritahu gynae saya ni bukan dia nak puji pun. Confirm dia akan suruh saya kena usaha lagi, kena lebih lagi exercise. Dia macam tahu tahu jer saya tak exercise langsung. Hahaha.

Wednesday, June 08, 2011

Walnut Butterscotch Cake

Posted by Mar at 2:08 PM 5 comments

Ni cerita lama. Lya order kek ni untuk bawa balik kampung masa cuti Hari Pekerja bulan lepas. Sebiji lagi saya buat untuk ibu mertua di kampung.

Resepi saya ambil dari sini.

Resepi asal dari sini.

Tuesday, June 07, 2011

Laksam Terbaik

Posted by Mar at 10:40 AM 6 comments



Semalam Encik Suami teringin nak makan makanan negeri dia. Ajak pergi Kampung Baru dia tak nak sebab susah nak cari parking. Akhirnya kami pergi Leha Kelfood Taman Melati.

Saya order fresh orange tanpa gula. Makan tak order pun. Sendiri mau ingatlah kan. Nanti kang sia-sia jer segala ubat yang doktor bagi tu. Suami order laksam dan pengat durian dimakan dengan pulut. Untuk elakkan kempunan saya rasa sesudu dua laksam tu. Terbaik. Pekat kuah laksam tu. Tak adalah cair macam jual kat pasar malam area rumah saya tu.

Itulah laksam terbaik yang pernah saya rasa setakat ni. Nasib baik masih mampu mengawal nafsu. Kalau tak confirm saya order sepinggan. Pengat durian dan pulut tu pun sedap. Pekat kuahnya. Rasa sesudu dua jer. Tak apa kan kan kan.


Saturday, June 04, 2011

Red Velvet Cake

Posted by Mar at 3:50 PM 9 comments

First time buat RVC untuk orang.

Resepi saya ambil dari sini.

Resepi asal boleh tengok di sini.
 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal