Friday, February 24, 2012

Ais krim susu kambing campur kurma

Posted by Mar at 8:24 PM 6 comments

Kisahnya ada satu pagi tu saya blend susu kambing dengan kurma macam biasa. Biasa pukul 5.30 pagi saya blend, lepas tu terus masuk dalam freezer sekejap nak bagi sejuk. Selalunya sebelum pergi sekolah, dalam pukul 6.30 pagi macam tu saya minum terus. Masa tu memang dah sejuk dan sedap sangat.

Tapi entah macam mana, pada hari kejadian ni, saya lupa langsung nak minum. Balik sekolah langsung dah jadi keras macam ais krim.

Tak baik membazir. Telan juga sampai habis.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, February 17, 2012

1/2 kilogram

Posted by Mar at 8:22 PM 15 comments

Minggu ke 34. Secara tepatnya 34 minggu 6 hari.

Check up kali ni bp tak tulis dengan pen merah. Kira ok la lagi. 135/80.

Berat mak naik 1/2 kilo. Berat anak pun naik 1/2 kilo. Berat dia sekarang dah 2.38 kg.

Kepala baby memang dah di bawah. Rasanya tak ada ruang dah kot dia nak pusing lagi. Harap-harap la.

Moga selamat semuanya. Amin.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, February 16, 2012

Jualan promosi (lagi)

Posted by Mar at 4:13 PM 0 comments

Saya kan sangat obses dengan breastmilk storage bottles sejak dua menjak ni. Pantang ada promosi mesti nak beli.

Kali ni ada jualan promosi di Fabulous Mom untuk Jingle Jungle Storage Bottles. Malam tadi nampak diorang announce kat FB. Terus la saya terjah kejap ni tadi kat tepi MRR2 Ulu Kelang.

Sekotak ada 6 botol. Biasa harga sekotak RM24.90. Kali ni sebab ada jualan promosi, beli 3 kotak hanya RM60.

Membeli botol susu saja pun buat hati saya gembira.

Hormon tak menentu sejak akhir-akhir ni. Panas hati memanjang. Ini salah satu yang boleh menggembirakan hati saya.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, February 12, 2012

Kepanasan melampau bermula

Posted by Mar at 10:54 AM 9 comments

Saya memang sejak azali gemuk. Selalu orang cakap kalau gemuk, mesti selalu rasa panas dan berpeluh kan. Tapi saya bukan kategori itu. Saya jenis penyejuk. Dalam aircond lama-lama, saya tak tahan. Dulu selalu bertekak manja dengan suami sebab dia panas, saya sejuk. Dia sibuk nak biar aircond terpasang, saya sibuk nak tutup aircond. Cuma saya ni adalah penghidap hyperhydrosis tapi hanya di bahagian kaki dan tangan sahaja.

Tapi minggu ni segala-galanya berubah. Saya panas dan hangat sentiasa. Bilik yang ada aircond pun tak cukup untuk menyejukkan saya. Kena tambah kipas pulak lagi. Baik di rumah atau di sekolah. Di rumah, dalam bilik tidur saja ada aircond. Di sekolah, dalam bilik guru saja ada aircond. Mujur bila di kelas mengajar anak murid, kepanasan tu tak terasa. Mungkin Allah bantu saya untuk bantu anak-anak murid. Syukur.

Paling tak tahan kalau panas di rumah. Bila nak buat kerja-kerja sekolah kat rumah, saya tak buat dalam bilik tidur yang ada aircond tu. Nanti sejuk-sejuk macam tu bukannya buat kerja, tidur la jawabnya. Jadi terpaksa la buat kerja di bilik lain. Malangnya, bilik tu tak ada aircond.

Kan sekarang musim panas. Panas yang betul-betul terik dan berbahang. Nak menangis rasa menyiapkan kerja dalam kepanasan macam tu. Suami pasang dua kipas pun rasa macam tak membantu sangat. Rasa nak pergi Kutub Utara malam tu juga.

Akhirnya, setiap lima belas minit saya masuk bilik tidur sebab nak rasa aura aircond. Maka, kerja yang patut boleh siap sekejap dah jadi lama. Tak kisah la kan. Janji siap.

Tuesday, February 07, 2012

RSVP

Posted by Mar at 8:31 AM 3 comments

Alkisahnya, kisah seperti ini terjadi 4 tahun lepas semasa majlis perkahwinan saya. Baru-baru ni makcik saya pun cerita perkara dan situasi yang lebih kurang sama. Saya, being a typical teacher, naluri nak menegur dan mendidik tu tetap terselit walau di mana pun. Sebagai peringatan kepada kita semua.

Perasan tak dalam sesetengah kad jemputan tak kira jemputan pekahwinan, kenduri, hari lahir dan sebagainya, kadang-kadang meminta kita memaklumkan kehadiran kepada tuan rumah. Bukanlah untuk menyusahkan tetamu tetapi sebagai persediaan kepada tuan rumah untuk menerima tetamu supaya tidak berlaku pembaziran atau tidak cukup makanan. Agar memudahkan lagi pihak tuan rumah berurusan dengan pihak katering.

RSVP adalah daripada perkataan Perancis "répondez, s'il vous plaît" yamg bermaksud "please reply". Jadi apabila telah dinyatakan dalam kad agar menjawab jemputan tersebut, maka wajarlah pihak penerima jemputan untuk menjawab. Kalau tidak menjawab, tuan rumah boleh menganggap anda tidak akan hadir.

Namun, apa yang menyedihkan adalah apabila
jemputan tidak berjawab langsung tapi alih-alih anda bawa 10 orang ke majlis tersebut? Lebih pelik apabila tuan rumah hanya menjemput anda suami/isteri sebaliknya yang datang adalah suami, isteri, anak, menantu dan cucu hingga penuh satu meja dengan kaum kerabat dia sahaja. Tuan rumah mungkin tak akan cakap apa-apa tapi hati tuan rumah pasti risau kalau tetamu lain yang dijemput dan mengikut protokol yang betul pula tak dapat tempat duduk. Kasihan kan pada tetamu yang tidak bersalah sedangkan tetamu yang tidak menyatakan kehadiran langsung tadi menguasai meja tanpa rasa bersalah.

Jadi ambil iktibar. RSVP untuk dijawab bukannya memandai-mandai sendiri.

Monday, February 06, 2012

Telekung Jalan

Posted by Mar at 8:16 AM 0 comments

Tergoda dengan telekung ini. Sebab utama adalah kerana ia kecil dan tidak mengambil ruang yang besar dalam handbag. Almaklumlah, handbag saya penuh dengan khazanah yang entah apa-apa. Jadi tak fikir banyak. Terus saja sambar. Apatah lagi dengan harga yang sangat murah. RM29 saja. Termasuk kos penghantaran. Kat mana lagi nak dapat telekung harga murah macam tu kan. Peluang yang ada perlu direbut segera. Bila dah dapat, gembira tak terkata.

Saya beli telekung ni di sini.

Friday, February 03, 2012

Pantang ada jualan promosi

Posted by Mar at 7:05 PM 0 comments

Nampak kat FB One Baby World semalam ada promosi jualan pakej cooler bag. Terus la teruja nak beli. Saya ni pantang kalau nampak promosi dan benda tu memang saya nak beli, maka wajiblah rembat kan. Selagi tak beli selagi tu jiwa tak tenteram. Hahaha.

Jadi petang tadi saya ajaklah suami pergi One Baby World kat Taman Permata. Hujan lebat pun tetap redah juga. Bila dah dapat beli haruslah hati berbunga riang. Hahaha.

Dalam pakej cooler bag tu ada,

1 x Autumnz Cooler Tote (harga asal RM46.90)
10 x Autumnz Breastmilk Storage Bottles (harga asal RM38.90)
3 pcs x Autumnz Reusable Ice Pack (harga asal RM23.00)
5 pcs x Autumnz Double Ziplock Storage Bag

Semua benda ni saya beli dengan harga promosi iaitu RM87.00. Saya telah berjimat sebanyak RM21.80.

Selagi boleh jimat kita jimat. Ye tak?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, February 02, 2012

Homemade Quesadillas with Pico de Gallo (Mexican salsa)

Posted by Mar at 10:20 AM 4 comments

Saya suka makan benda seumpama ni. Tapi kalau beli memang harganya bikin gua bankrap kalau bedal hari-hari. Mahal, lepas tu tak puas makan pulak tu. Sedap memang sedap la. Memandangkan benda ni pun senang jer nak membuatnya. Baik la kita buat sendiri. Lagi puas makan. Lebih jimat.

Resepinya saya ambil dari sini.

Wednesday, February 01, 2012

Bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur

Posted by Mar at 10:50 AM 5 comments
Wajah terkini Tan Sri Dato' Elyas Omar di MHI TV3 pagi tadi.



Hari ni Hari Wilayah Persekutuan. Memandangkan saya bekerja dalam kawasan Kuala Lumpur (walaupun sebenarnya betul-betul di sempadan antara Kuala Lumpur dan negeri Selangor di mana saya boleh letak sebelah kaki di Kuala Lumpur dan sebelah kaki lagi di Selangor), maka, hari saya bercuti.

Pagi tadi saya menonton rancangan Malaysia Hari Ini. Ada disiarkan temubual dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur yang ketiga iaitu Tan Sri Dato' Elyas Omar. Satu-satunya Datuk Bandar Kuala Lumpur yang paling popular dan dikenali ramai.

Bak kata Mat Jan, "Ni la datuk bandar yg paling poular, semua org kenal. Sekarang kalau tanya sapa Datuk Bandar KL, sapa pun tak tau."

 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal