Setakat ini semuanya dalam keadaan baik kecuali berat yang makin lama makin naik. Sila salahkan Raya ya. Walaupun masih terkawal namun tetap risau kalau berat naik melampau. Khuatir akan memudaratkan diri sendiri dan si kecil ini.
Petang tadi bertemu dengan Prof untuk monthly check-up bulan ketiga. First time, hari ni Prof sendiri yang scan. Selalu assistant dia yang scan dan Prof cuma tengok skrin saja. Maluuuu sehhh. Walaupun dia scan tenyeh kat perut jer.
11 minggu
Kalsium. Vitamin E. Folic acid. Obimin.
Masih takut. Masih khuatir. Masih gementar. Moga semuanya selamat dan dipermudahkan olehNya.
10 comments on "Alhamdulillah"
insyaallah akn ok..ikut jek kata Prof..jaga diri bebaik ye
salam,
saya pun buat rawatan kat prof hamid, tp x berapa consistant. xtau kenapa? maybe depressed kot. masih xde berita gembira.. rasanya lpeas nie nak pergi buat HSG kot. tapi rasa takut. org kate sakit buat HSG. yeker?
noradzlina,
terima kasih :)
orang kecil,
ikut pengalaman saya, semasa proses HSG tak sakit. rasa senak sikit jer. tapi selepas beberapa jam buat hsg, sakitnya seperti senggugut yang tahap maksima sampai muntah. tapi esoknya dah ok. sebenarnya sakit tak sakit ikut pada org. kalau ada lekatan atau saluran tiub fallopian tersumbat, memang akan sakit sebab proses hsg akan buka saluran utk clearkan apa2 yang menyebabkan tersumbat. tapi bukan semua yg tersumbat boleh dibuka dgn hsg
oo...camtue..at least bile tgk awak explain tue rasa ready sket..19hb nie saya buat HSG..doakan saya ek..
sy stat ngan prof sejak mei 2010. 1st appointment, terus detect saya ada RU. then wat operation with him. sampai la sekarang. masih tiada rezeki. Bab adipex tue, saya selalu jer skip..kejap makan kejap idak.. berat pon mcm tue aje..turun sket aje..jeles tgk awak turun 8kg.
awak brape lama dah ngan prof buat rawatan ek. (sbg motivasi hehe). syukur dah dpt baby =) jeles2..nak jugak..
lg satu nk tanya. lepas HSG tue. doc ade bg ubat ape2 ke? ke kene amik masa jumpa prof nnt, bile bg result hsg?
p/s: semoga baby ngan mar sehat selalu..jaga kesihatan tue. jgn buat byk kerja2 berat. =)
Mar start jumpa prof 24 mei 2011. Lepas buat hsg, reduce 9 kg, pastu mkn clomid 1 cycle, alhamdulillah terus lekat. Mmg kena kuat semangat la pasal nak reduce weight. Walau mkn adipex, tetap kena kawal mkn dan exercise.Sbb nak pregnant punya pasal terpaksa la walaupun seksa.
Insyaallah. Sampai masa pasti ada rezeki kita. Allah knows best.
Good luck n all the best!!!
Sebelum hsg prof dah bagi ubat siap2. Ada ubat kena mkn sebelum buat hsg. Lps hsg dia ada bagi ponstan. Kalau sakit sgt n tak tahan boleh mkn ponstan. Result biasanya dpt hari tu jgk. Depends pd klinik daya raja laut tu. Lepas dpt result hsg baru jumpa prof balik
thanks..
I loveԁ аs much as yоu'll receive carried out right here. The sketch is attractive, your authored material stylish. nonetheless, you command get bought an shakiness over that you wish be delivering the following. unwell unquestionably come more formerly again since exactly the same nearly very often inside case you shield this increase.
Look at my homepage; Payday Loans
What's up mates, its wonderful post regarding educationand completely defined, keep it up all the time.
Feel free to surf to my site :: New Bingo Sites
Post a Comment