Wednesday, April 13, 2011

Mencari Gynae

Posted by Mar at 6:42 AM
Mar dan husband dah buat keputusan untuk buat ujian kesuburan. Untuk pastikan 'masalah' kami. Nak tahu apa yang tak kena dengan kami. Belum ready untuk treatment tapi cuma nak tahu dulu masalah yang ada kat dalam badan ni.

Bukan tak nak pergi hospital kerajaan atau LPPKN. Ada terfikirkan 2 pilihan tu, tapi kalau boleh nak cari tempat yang boleh beri keputusan yang cepat dengan harga yang berpatutan (bukan cekik darah). Dan kalau boleh, nak cari yang berdekatan kawasan Keramat, Setiawangsa, Ampang, Wangsa Maju, Setapak atau kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.

Ada sesiapa yang boleh beri info?


Cik P Mar dah mai :(

8 comments on "Mencari Gynae"

eimma on 7:44 AM said...

mar duduk mana..macam saya duk sg buloh saya pegi ka putra medical centre..situ quite ok harga dia

kerajaan..yes..mmg lambat bukan sebulan 2 tapi berbulan bulan..tapi tidak dekat LPPKN..kalau mar 1st period arini..mar boleh call sana terus buat appointment and derang staight away bg date time tu jugak..

cuma saya aritu kebetulan doc amik cuti..so terpaksa tangguh..patu takmo tangguh lama-lama so pi yg private kat sg buloh..

buat treatment ni mar bukan sebulan 2 tapi berbulan ada yg makan bertahun2...so pendapat ima..kena start dari awal..sebab bila dah lambat kita mesti rasa nak rush..huhu..cam saya..kalau saya tau setahun kawen lg saya dah amik treeatment

just my seposen opinion

no hard feeling k :)

PUANSTOBERI on 8:28 AM said...

Mar ni rasanya sama cam akak (err... rasanya akak lagi tua kut dari Mar) la. Umm... nati akak emel lah utk citer panjang2. Ada kan bagi akak alamat emel retu :)

Mar on 2:42 PM said...

eimma:
oppss. lupa nak letak area mana. ok nanti nak edit kejap.

entah la... sebab takut dan berdebar kot yang jadi tangguh2 nak jumpa doktor dgn harapan nak pregnant secara natural. typical syndrome of infertile woman sungguh la Mar ni.

puanstoberi:
Mar muda setahun dua jer dari Kak Ieda. Mar umur 30 tahun ni.

eimma's on 2:55 PM said...

hehe...takpe..yang penting check dulu kan...kalau xde apa2 masalah boleh je go on secara naturally..

Mar on 2:57 PM said...

Betul tu. Tengah dok mencari2 nak check kat mana ni :)

ummi on 11:13 PM said...

Salam kenal mar...ummi buat dgn prof zainul kat HUKM Cheras pvt wing....byrn sekali jumpa rm100-150.prof zainul sgt fatherly dan dia akan terangkan detail sgt sampai kita faham.goodluck mar :)

Mar on 12:33 PM said...

Thanks, ummi :)

Kay Hikmah on 4:28 PM said...

salam eimma...
saya ada benda nak tanya lanjut dengan awak ni...saya d bandr bru sg buloh...boleh wasap saya 0133802750 berkenaan rawatan di putra tu

 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal