Sunday, April 11, 2010

Posted by Mar at 9:19 AM 0 comments
Tengah dok selongkar almari Encik Suami sebab nak cari barang. Almaklum la almariku dah penuh. Kadang-kadang tumpang barang letak dalam almari dia. Selongkar punya selongkar jumpa ............



Bila tanya Encik Suami, dia kata, "Alaaaaaa, orang ingat nak surprise masa wedding anniversary."



Opssss...

Thursday, April 08, 2010

Entri Emo

Posted by Mar at 5:02 PM 2 comments
Bukan sengaja tak mau update blog tapi tersangat la sibuk sejak dah jadi cikgu ni. Kerja tak pernah surut. Makin bertambah ada. Nasib baik budak-budak ni semua pandai menghiburkan hatiku. Gym pun dah lama tak pergi. Nasib baik dok naik turun tangga pergi kelas tiap-tiap hari. Ada la sikit senamannya. Konon.

Now siapa cakap kerja cikgu senang? Bukan mengeluh. Sangat seronok kerja cikgu ni. Kerenah anak-anak murid walau pun memeningkan kepala tapi diorang ni pandai ambik hati kita. Sangat seronok tengok perubahan positif mereka walau pun sedikit. Cuma hati jadi sakit dan bengang dengan sorang mamat yang call Hotfm hari tu. Cakap pandai la kan. It's all about responsibility, dear. Sekolah ada dekat 2000 murid. Tanggung jawab terus Cikgu Mar ni saja pada 350 orang budak. Encik-mamat-yang-call-Hotfm-tu .... jangan nak sesedap rasa jer bercakap yer. Malas la nak layan orang pendek akal macam tu. Nanti kita pun masuk golongan orang macam dia. Janji aku buat kerja aku. Biar la si Luncai tu terjun dengan labu-labunya.
 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal