Kantoi diet Mar malam ni. Habis baca Yassin dan solat hajat
confirm la ada jamuan kan. Memang dah elak-elak dah tak mau makan sebab dah minum HL shake pukul 7pm tadi.
Kak Hajama ajak, Mar tepis.
Kak Azimah ajak, Mar tepis.
Kak Ani ajak, Mar tepis.
Tiba-tiba....
Guru Besar pulak ajak. Takkan la nak tepis jugak kan. Nanti dicop mendurhaka dan mengada-ngada pulak. Nanti Guru Besar kecil hati tak pasal-pasal pulak
fail praktikum Mar hehehe. Terpaksa la makan juga.
Nasi 1 senduk.
Sayur kerabu taugeh dan kacang botol 1 senduk.
Telur dadar 1 keping kecil.
Ayam masak lemak 1 ketul.
Air sirap 1 gelas polisterine.
Arrrgggghhh..tidaaaaaakkkkk.
Berapa la berat besok pagi agaknya. Baru kejap ni tadi timbang, berat selepas melantak adalah 83.8kg. Harap-harap besok pagi berat turun la hendaknya. Ni tengah bantai Teamix moga-moga dapat membakar segala benda yang ditelan tadi.
Bad mood betullah malam ni.