Minggu lepas aku dapat surat ni. I came all the way from KL to Shah Alam hanya kerana seringgit itu. Hampir 2 jam habis di tengah jalan. Tambang pergi balik pun lebih mahal daripada seringgit yang diminta tu. Apa nak buat kan? Kalau ada bayaran secara online atau pos bolehlah aku buat dari KL saja. Terang-terang dia tulis kat situ
secara TUNAI di Kaunter pada waktu pejabat. Bayaran melalui pos tidak akan diterima. Nasib baik aku di KL yang tak berapa jauh dari Shah Alam. Macam mana kalau ada pelajar yang ada nun jauh di Sabah atau Srawak? Nak beli tiket kapal terbang pergi balik hanya kerana seringgit?
Apalah sengal sangat diorang tu. Zaman teknologi serba canggih ni masih tak mahu mempraktikkan kemudahan yang ada. Masih mahu menggunakan cara manual zaman kuno yang menyusahkan semua orang. Oh ya, aku lupa mereka memang suka buat
kerja susah dan menyusahkan orang.
*Padan muka aku sebab tak semak baki denda tertunggak sebelum balik bercuti dulu.
Heyyyyy, aku dah bayar tau seringgit tu. Kalau aku tak dapat konvo, siap la encik-encik semua. Grrrrrr.