Friday, September 26, 2014

Sementara Ingat

Posted by Mar at 8:17 AM 10 comments
Asalnya pergi hospital sebab dah overdue. EDD 17 September 2014. 18 September masih tak rasa apa-apa. Sampai PAC Hospital Selayang dalam pukul 10 pagi macam tu. Doktor check apa-apa yang patut. Bp tinggi, dia cakap. Setiap 15 minit check, bp naik turun. Tak stabil. Doktor check bukaan dah 2 cm. 

Lepas jer doktor check bukaan, terus datang rasa sakit. Sakit. Hilang. Sakit. Hilang. Berulang-ulang. Doktor cakap kena masuk wad untuk induce sebab bp tak stabil. 

Sementara tunggu nak masuk wad, duduk dengan suami kat ruang menunggu. Sakit makin lama makin kuat. Sakit datang setiap 2-3 minit sekali. Masa azan Zohor masih lagi tak masuk wad. Terus pergi solat dulu. Takut nanti kalut-kalut, makin sakit, langsung lupa nak solat. Tempat solat pun tepi ruang menunggu tu jer. Memang cari nahas jer la kalau tak angkat punggung pergi solat kejap kan.

Elok selesai jer kami solat, nama kena panggil. Bayar deposit masuk wad. Duduk atas kerusi roda. Nurse tolak masuk wad.

Dalam wad, seorang doktor lain check lagi. Dia buat keputusan tak boleh induce. Dia kata kena operate. Bp tinggi. Terlalu berisiko. Ubat untuk turunkan bp akan diberi. Bila bp stabil jer doktor akan mula operate. Memang pasrah jer la. Janji selamat. Siap cakap dengan suami, "Cepat-cepat la operate. Sakit sangat dah ni."

Lepas tu nurse datang masukkan ubat untuk turunkan bp, masukkan tiub air kencing dan siap-siap untuk masuk dewan bedah. Tapi sementara nak tunggu bp turun kena tunggu di wad bersalin. Masa tu sakit memang makin menjadi-jadi. Tapi tahan jer la. Sebab kata nak operate kan.

Sampai pukul 3 lebih la jugak dok menahan sakit. Ada seorang doktor ni tak puas hati tengok dok beriya menahan sakit. Dah sakit kan. Tahan macam mana pun tetaplah tak boleh sorok sakitnya tu. Disebabkan ketidakpuasan hati beliau, maka dia check bukaan. Fully dilated! Hambik. 

Maka bermulalah proses meneran. Tapi sebab bp yang tinggi tak turun-turun, doktor perlu guna vacuum untuk tolong. Sebabnya kalau guna kudrat sendiri semata-mata dengan keadaan bp yang terlalu tinggi waktu tu boleh menyebabkan risiko serangan stroke. Selepas beberapa kali teran, lahirlah Maryam Nadhrah. Alhamdulillah.

Selepas tu menghadap sakit dijahit pulak. Selesai kena jahit, doktor dok tekan-tekan tempat kena jahit tu untuk tengok apa tah. Ya ampuuunnn. Sakitnya lagi sakit daripada sakit beranak.

Dah selesai semua, terbaring la berehat sekejap. Lepas tu nurse suruh duduk untuk susukan baby. Bila duduk jer terus rasa pitam macam nak pengsan. Terpaksa baring semula. Lama jugak rasa pitam tu. Akhirnya doktor ambil darah. Bila check, rupanya hb sangat rendah. Bila check bp pun agak rendah. Doktor buat keputusan untuk masukkan 1 pint darah.

Jadi berumahtanggalah dalam labour room sampai selesai masuk darah dan keadaan stabil. Keesokan paginya barulah nurse hantar masuk wad. 

Walaupun kali ni bersalin normal, dalam 4 hari juga kena tahan di wad. Sebabnya, bila doktor check darah sekali lagi, hb masih rendah walaupun 1 pint darah dah masuk dalam badan. Jadi doktor perlu masukkan 1 pint darah lagi. Jika selepas tu hb meningkat, baru doktor lepaskan balik rumah. Alhamdulillah, hari keempat dapat balik rumah. 










 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal