Friday, September 26, 2014

Sementara Ingat

Posted by Mar at 8:17 AM 10 comments
Asalnya pergi hospital sebab dah overdue. EDD 17 September 2014. 18 September masih tak rasa apa-apa. Sampai PAC Hospital Selayang dalam pukul 10 pagi macam tu. Doktor check apa-apa yang patut. Bp tinggi, dia cakap. Setiap 15 minit check, bp naik turun. Tak stabil. Doktor check bukaan dah 2 cm. 

Lepas jer doktor check bukaan, terus datang rasa sakit. Sakit. Hilang. Sakit. Hilang. Berulang-ulang. Doktor cakap kena masuk wad untuk induce sebab bp tak stabil. 

Sementara tunggu nak masuk wad, duduk dengan suami kat ruang menunggu. Sakit makin lama makin kuat. Sakit datang setiap 2-3 minit sekali. Masa azan Zohor masih lagi tak masuk wad. Terus pergi solat dulu. Takut nanti kalut-kalut, makin sakit, langsung lupa nak solat. Tempat solat pun tepi ruang menunggu tu jer. Memang cari nahas jer la kalau tak angkat punggung pergi solat kejap kan.

Elok selesai jer kami solat, nama kena panggil. Bayar deposit masuk wad. Duduk atas kerusi roda. Nurse tolak masuk wad.

Dalam wad, seorang doktor lain check lagi. Dia buat keputusan tak boleh induce. Dia kata kena operate. Bp tinggi. Terlalu berisiko. Ubat untuk turunkan bp akan diberi. Bila bp stabil jer doktor akan mula operate. Memang pasrah jer la. Janji selamat. Siap cakap dengan suami, "Cepat-cepat la operate. Sakit sangat dah ni."

Lepas tu nurse datang masukkan ubat untuk turunkan bp, masukkan tiub air kencing dan siap-siap untuk masuk dewan bedah. Tapi sementara nak tunggu bp turun kena tunggu di wad bersalin. Masa tu sakit memang makin menjadi-jadi. Tapi tahan jer la. Sebab kata nak operate kan.

Sampai pukul 3 lebih la jugak dok menahan sakit. Ada seorang doktor ni tak puas hati tengok dok beriya menahan sakit. Dah sakit kan. Tahan macam mana pun tetaplah tak boleh sorok sakitnya tu. Disebabkan ketidakpuasan hati beliau, maka dia check bukaan. Fully dilated! Hambik. 

Maka bermulalah proses meneran. Tapi sebab bp yang tinggi tak turun-turun, doktor perlu guna vacuum untuk tolong. Sebabnya kalau guna kudrat sendiri semata-mata dengan keadaan bp yang terlalu tinggi waktu tu boleh menyebabkan risiko serangan stroke. Selepas beberapa kali teran, lahirlah Maryam Nadhrah. Alhamdulillah.

Selepas tu menghadap sakit dijahit pulak. Selesai kena jahit, doktor dok tekan-tekan tempat kena jahit tu untuk tengok apa tah. Ya ampuuunnn. Sakitnya lagi sakit daripada sakit beranak.

Dah selesai semua, terbaring la berehat sekejap. Lepas tu nurse suruh duduk untuk susukan baby. Bila duduk jer terus rasa pitam macam nak pengsan. Terpaksa baring semula. Lama jugak rasa pitam tu. Akhirnya doktor ambil darah. Bila check, rupanya hb sangat rendah. Bila check bp pun agak rendah. Doktor buat keputusan untuk masukkan 1 pint darah.

Jadi berumahtanggalah dalam labour room sampai selesai masuk darah dan keadaan stabil. Keesokan paginya barulah nurse hantar masuk wad. 

Walaupun kali ni bersalin normal, dalam 4 hari juga kena tahan di wad. Sebabnya, bila doktor check darah sekali lagi, hb masih rendah walaupun 1 pint darah dah masuk dalam badan. Jadi doktor perlu masukkan 1 pint darah lagi. Jika selepas tu hb meningkat, baru doktor lepaskan balik rumah. Alhamdulillah, hari keempat dapat balik rumah. 










Thursday, March 27, 2014

Posted by Mar at 11:32 AM 6 comments

Dinihari di Kinabalu

Sepi

Pilu

Meratapi


Marliza Mokhtar

25 Mac 2014

7.35 pagi

Kundasang, Sabah



Kemarau Kasih

Posted by Mar at 11:26 AM 1 comments

Kemarau hati

Kering kasih

Merana pasti

Sayang masih

Terpahat merintih

Kenangan manis

Pahit bersilih

Tabah dalam tangis


Marliza Mokhtar

26 Mac 2014

6.35 petang

Bentong, Pahang

Penyeri Hati

Posted by Mar at 11:18 AM 0 comments
Mekar

Usah layu menyembah bumi

Kelak nanti ditangisi

Penghuni bumi

Si mekar

Penyeri hati

Marliza Mokhtar
27 Mac 2014
11.13 pagi
Machang, Kelantan

Sunday, March 09, 2014

MH370 : Pesawat Kita

Posted by Mar at 6:07 PM 1 comments

Thursday, February 13, 2014

Kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan segala-galanya

Posted by Mar at 6:31 PM 9 comments
Tak adil rasanya kalau saya tidak catatkan kenangan ini di sini sedangkan sewaktu Khadeeja dulu saya pasti coretkan sesuatu di sini sebagai kenangan akan datang. Khuatir nanti si kecil ini berkecil hati seolah-olah kami tidak mengalu-alukan kedatangannya. Di FB belum saya kongsikan. Saya mahukan privacy. Di sini tak ramai yang membaca. Saya lebih selesa. 

Alhamdulillah. Selepas 6 bulan mengamalkan pemakanan sihat dan senaman (yang lebih banyak tak ada daripada ada), Allah memberi peluang kepada saya sekali lagi. Esok genap 8 minggu.

Cadangnya tahun ini saya mahu buat temujanji dengan Dr. Hamid Arshat. Tapi tak sempat buat temujanji dan tak sempat kurus pun, Allah dah berikan rezeki ini untuk kami. 

Memang masih terlalu awal. Saya sendiri masih berdebar kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Saya cuba berfikiran positif dan sentiasa berdoa semoga Allah mengurniakan yang terbaik buat saya, suami dan Zahra Khadeeja. Semoga Allah permudahkan segala-galanya. Buat kita semua.

Saturday, February 01, 2014

Allah Knows Best

Posted by Mar at 9:01 AM 0 comments

And the routine begins. 
May Allah ease everything.

Bismillahirrahmanirrahim.
 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal