Friday, August 21, 2009

Posted by Mar at 11:01 PM 0 comments

Pokok yang Mak langgar.

Mak kemalangan.

Pagi tadi hujan. Mungkin sebab jalan licin. Kereta Mak terbabas dan melanggar sebatang pokok di sekitar Jalan Parlimen. Tulang belakang tengkuk Mak retak. Mak tak dibenarkan bergerak untuk mengelakkan risiko lumpuh. Hanya dibenarkan berbaring di atas katil yang rata tanpa bantal dengan leher disokong satu alat yang Mar sendiri tak tahu namanya.

Mak currently admitted at 2nd Floor, HKL.

Please pray for her...
Posted by Mar at 6:07 AM 0 comments
Bahana makan di waktu malam tadi, berat pagi ini ialah 83.0kg. Naik 0.1kg berbanding pagi semalam. Sedih.

Thursday, August 20, 2009

Posted by Mar at 10:51 PM 0 comments
Kantoi diet Mar malam ni. Habis baca Yassin dan solat hajat confirm la ada jamuan kan. Memang dah elak-elak dah tak mau makan sebab dah minum HL shake pukul 7pm tadi.

Kak Hajama ajak, Mar tepis.
Kak Azimah ajak, Mar tepis.
Kak Ani ajak, Mar tepis.

Tiba-tiba....
Guru Besar pulak ajak. Takkan la nak tepis jugak kan. Nanti dicop mendurhaka dan mengada-ngada pulak. Nanti Guru Besar kecil hati tak pasal-pasal pulak fail praktikum Mar hehehe. Terpaksa la makan juga.

Nasi 1 senduk.
Sayur kerabu taugeh dan kacang botol 1 senduk.
Telur dadar 1 keping kecil.
Ayam masak lemak 1 ketul.
Air sirap 1 gelas polisterine.

Arrrgggghhh..tidaaaaaakkkkk.

Berapa la berat besok pagi agaknya. Baru kejap ni tadi timbang, berat selepas melantak adalah 83.8kg. Harap-harap besok pagi berat turun la hendaknya. Ni tengah bantai Teamix moga-moga dapat membakar segala benda yang ditelan tadi. Bad mood betullah malam ni.
Posted by Mar at 3:34 PM 0 comments
Entah berapa banyak biskut raya yang Mar order dan order lagi. Puasa pun belum lagi tapi biskut raya dah macam-macam jenis Mar order. Selagi ada yang tunjuk sampel selagi tu la Mar tergoda nak order. Maklumlah tahun-tahun sebelum ni buat sendiri biskut raya tapi tahun ni rasanya tak mampu nak buat. Sibuk dengan kerja sekolah pun ya. Bekalan gula yang susah sangat nak dapat lately ni pun menyebabkan Mar decide untuk tak nak buat biskut raya. Biskut-biskut ni semua bukannya nak makan sendiri atau letak kat rumah sendiri. Kebanyakannya untuk bawa balik rumah mertua di Machang raya nanti. Tahun ni Mar buat pertama kalinya akan raya di rumah mertua dan pertama kalinya tidak beraya dengan Emak. Tahun pertama bergelar isteri orang, suamiku dengan baik hatinya merelakan diri beraya di KL dengan famili Mar. Harap-harap Mar tak menangis pagi raya nanti hehehe.

Malam ni ada Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat sempena UPSR di sekolah. Seronok sangat nak pergi tapi harap-harap jangan diet aku ke laut malam ni. Almaklum la kadang-kadang bila ada cikgu-cikgu lain ajak makan, Mar macam tak sedap hati kalau tak jamah langsung. Nanti takut orang cakap sombong dan tak sudi pulak. Dalam dilema betul kan bab-bab diet ni. Harap-harap malam ni boleh mengelak daripada makanan dan diajak makan dengan cara yang paling berhemah dan manis dipandang.

Salah seorang (2 orang sebenarnya) murid Mar kehilangan ayah hari ni. Ayah mereka meninggal dunia akibat komplikasi daripada penyakit kencing manis. Shahrul Irhami dan Shariful ni adik-beradik. Shahrul bakal menduduki UPSR bulan September ini. Bila terkenangkan wajah dan mata dia yang redup tu sayu pulak rasa hati Mar mengingatkan dia yang dah tak ada ayah lagi. Harap Shahrul tabah menghadapi dugaan tambahan pula kini dia memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga lantaran dirinya adalah anak sulung dalam keluarga. Teringat waktu jaga kelas dia untuk exam semalam. Dialah yang paling kerap angkat tangan tanya itu dan ini. Tak sangka hari ni Mar terima berita yang tak disangka mengenai ayah dia. Shahrul, cikgu doakan Shahrul dan keluarga sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah.
Posted by Mar at 6:08 AM 0 comments
My weight as at this morning is 82.9kg.

Wednesday, August 19, 2009

Drama Nur Kasih dan Misi Menguruskan Badan

Posted by Mar at 4:45 PM 0 comments
Bukan tak nak update blog ni tapi masa sangat la tak mengizinkan sejak-sejak buat KPLI kat Cheras ni. Bakal cikgu la katakan, hehehe. Maklumlah dah lama tak jadi student bila jadi student balik huru-hara la sikit. Umur pun dah tak muda sangat (masih tak mau guna perkataan tua tu hahaha). Jadinya badan ni kurang la sikit staminanya. Asyik letih memanjang. Maafkanlah diri patik ni ya.

Sekarang Mar dalam misi menguruskan badan dengan bantuan Herbalife. Harap-harap berjayalah hendaknya. Setakat ini misi menunjukkan hasil yang positif. Sebelum ambil Herbalife 2 minggu lepas, berat badan Mar 87kg. Sekarang dah 2 minggu ditemani Herbalife, berat Mar dah turun kepada 83.2kg. Harap-harap akan terus turun dan turun dan turun dan turun sampai boleh menyarung kembali kebaya kain sari jingga kesayanganku yang dah 3-4 tahun sendat tak boleh butang.

Sekarang tengah gila dan meroyan dengan drama Nur Kasih kat TV3. Sabtu lepas Mar dok marathon Nur Kasih daripada episod 1 sampai 12. Aduuuuhhhh, Adam a.k.a Remy Ishak tu memang kacak banget. Boleh cair dibuatnya. Tak tidur malam terbayang-bayangkan dia. Tapi tidur malam tetap peluk suamiku yang tercinta. Sayang tak jealous kan. Sayang tetap di hati Mar..mmuuaahh.

Saturday, January 10, 2009

Langkah Pertama

Posted by Mar at 4:39 PM 0 comments
Langkah pertama bakal disusuli dengan seribu malah berjuta langkah seterusnya. Tahun 2009 bakal membuka lembaran baru dalam hidup ini. Sehari lagi fasa kehidupan Mar bakal berubah. Kalau tahun 2007 status single & available megah disandang. Bulan Ogos tahun yang sama juga status berubah kepada single but not available merubah kesunyian hidup bersendiri kepada kehidupan indah disayangi dan menyayangi, dirindui dan merindui.

2008. Imej baru dengan harapan dan mimpi-mimpi baru. Moga kekal abadi hendaknya. Status juga berubah kepada married & not available. Tidur malam tidak lagi ditemani kesunyian, bunyi cengkerik mahupun bulan di langit yang hitam dan kusam. Malam-malam sepi berubah menjadi malam yang indah umpama munculnya pelangi selepas hujan yang maha lebat. Bangun pagi tidak lagi sendiri. Bak kata Acha Septriasa, “Berdua Lebih Baik”. Lebih manis. Indah. Maha indah.

2009. Fasa baru dalam kerjaya bakal berubah selepas ini. Hati rasa berdebar namun ini adalah jalan dan impian yang diidam-idamkan selama ini. Hati, tenanglah. Doakan yang baik-baik saja. Moga Allah memudahkan perjalanan ini.

Tuesday, May 08, 2007

Lara yang panjang...

Posted by Mar at 1:49 AM 0 comments










... tanpa nota





















Monday, February 12, 2007

Hani Dearie

Posted by Mar at 11:16 PM 0 comments
This entry dedicated to Hani who've been asking.

I'm not going anywhere, dear.
Not even "dating" with my boyrfriend for almost 2 months. Sad, right.
He's been busy working and I don't want to be a "queen control" demanding this and that.
So, to divert my sadness and loneliness, for all these while, I've been here.
Enjoying myself.

:-)

Hani, dearie. I know you miss me. I miss you too. Hahahaha


Me,
yang perasan

Saturday, January 13, 2007

Wedding Anniversary

Posted by Mar at 1:37 AM 0 comments
Sivam tersengih-sengih. Senyum memanjang. Sampai ke telinga.

Roshi:
Sivam, kenapa you asyik senyum saja hari ni? Lain macam saja.

Sivam:
Hari ni I punya wedding anniversary la.

Roshi:
Oooo, ye ke? Wedding anniversary dengan siapa?

Sivam:
Wedding anniversary dengan bini orang lain. Ayoyooo, lagi mahu tanya. Dengan bini I la.





Aku pun pelik macam mana si Roshi boleh tanyan soalan tu. Mamai agaknya minah ni.

Tuesday, January 02, 2007

Mana Diari?

Posted by Mar at 1:47 PM 0 comments
Farah teruja dengan semangat tahun baru 2007.

"Mar, dah masuk tahun baru dah ni. Mana nak cari diari ha?"

"Kau nak aku tolong carikan diari? Kejap ek? Diariiii!!!! Diariiiiii!!! Diariiiii!!!!"
Aku. Sambil mengetuk-ngetuk dan menjenguk bawah meja, bawah kerusi dan belakang pintu.

Farah. Aku rasa dia nak cekik batang leher aku.

Friday, December 29, 2006

Selamanya...

Posted by Mar at 1:54 PM 4 comments
Ku harap mentari pagi tak menyambutku
Ku harap sinar rembulan tutup mataku
Selamanya

Sejak kau pergi tinggalkan bumi, tinggalku di sini
Turunkan matahari, usir bintang bintang
Putarlah utara ke selatan, untuk apa lagi semuanya
Ambilah jiwa retak ini

Ku tak ingin lagi
Putuskan ari ari bumi
Aku ingin pergi menuju abadi
Selamanya


Selamanya by Anggun

Thursday, December 14, 2006

Naik

Posted by Mar at 10:29 PM 0 comments
Naik lagi.
Asyik-asyik naik.
Naik, naik, naik.
Semua nak dinaikkan.
Bila nak naik, laju bukan main.
Macam kilat.
Tak menyempat-nyempat.
Cuba kalau ada ura-ura turun.
Senyap.
Senyap sesenyap-senyapnya.
Tiba-tiba telinga jadi pekak.
Mulut jadi bisu.
Badan jadi keras.
Macam patung cendana.
Bila nak naik.
Mulut macam bertih jagung.
Pok pek pok pek pok pek.
Alasan yang keluar sama macam dulu-dulu juga.
Fakta penyedap hati macam dirakam.
Lepas tu dipasang balik.
Berulang-ulang.
Sampai aku naik muak.
Sampai telinga aku naik bernanah.
Berdarah-darah.
Bosan.

Wednesday, December 13, 2006

Demam aku dah kebah

Posted by Mar at 10:24 PM 0 comments
Minggu ni aku dipaksa habiskan dua hari cuti tahunan. Campur dua hari cuti rehat mingguan. Jumlah, empat hari.

Malam sebelum cuti. Redah hujan lebat. Kepala pening.

Cuti hari pertama. Demam. Selsema. Batuk yang memang dah sebulan tak baik-baik.

Cuti hari kedua. Masih demam. Masih selsema. Masih batuk yang memang dah sebulan tak baik-baik.

Cuti hari ketiga. Masih demam lagi. Masih selsema lagi. Masih batuk yang memang dah sebulan tak baik-baik lagi. Aku keluar. Letak kereta di Jelatek. Naik LRT. Ke KLCC. Tengok wayang.

Sekarang. Demam aku dah kebah.

Tuesday, December 12, 2006

Ikut meter, tak ikut meter

Posted by Mar at 12:19 PM 0 comments
Dia jatuh motor. Buat kesekian kalinya. Tahun ini. Cuma kali ni agak serius sebab kali ni dia beriya-iya nak ke GH. Periksa apa yang patut. Kalau tidak tu puas la aku berkhutbah dia akan keras macam patung cendana. Haram nak dengar. Buat membazir air liur. Kali ni. Buku lali membengkak. Jalan bertongkat.

Jumpa doktor. X-ray selesai. Tak ada yang retak. Tak ada yang patah. Ambil ubat.

Masuk kereta. Hidupkan enjin. Pasang tali pinggang keledar. Dan aku pun mulakan soal-siasat.
"Macam mana boleh jatuh? Itulah orang selalu cakap. Bawa motor elok-elok. Sebab tak nak jadi macam ni la."

Kau tau apa dia jawab?
"Memang la bawa elok-elok cuma laju sikit jer."

Aku tau la. Bila dah bawa motor laju dan kelam-kabut tu maknanya dah lambat nak pergi kerja.
"Betul tak?"

Dia. Diam. Macam patung cendana. Macam selalu.



Lama.



Dia bersuara.
"Awak, lapar. Pergi makan jom."

Aku.
"Kat mana? Pintu gerbang? Kg. Baru? Ikut meter RM3.50. Tak ikut meter RM5.00. Boleh?"

Dia. Senyum kelat. Tahan sakit.

Aku. Jahat macam selalu. Dalam hati. "Padan muka."

Tuesday, December 05, 2006

Cinta The Movie

Posted by Mar at 11:14 AM 0 comments
I just love it.
Love it like crazy.
The script.
The mood.
The actors.
The actresses.
The cinematography, for sure.
The colours.
The songs.
And I end up buying the soundtrack.
Playing the CD again and again.
Each & every night until fell asleep.
Smiling.

Cinta make me laugh.
Cinta make me smile.
Cinta make me cry.
And Cinta make me miss him, already.
Just go & buy the ticket.
You'll know how i feel.


Sering kita terlalai
mengejar apa yang
belum pasti
hingga
kita lupa meraikan
satu-satunya perkara
yang menjanjikan kebahagiaan.... cinta
- Dyan (Nanu Baharudin)-

Sunday, December 03, 2006

Situ Sana Sini

Posted by Mar at 11:11 PM 0 comments
Ada orang merungut kata aku malas update blog. Tapi yang sebenarnya kalau aku malas di sini, aku akan rajin di situ. Bak kata Datuk Siti Nurhaliza, "Siti situ sana sini."

Tuesday, November 28, 2006

Datukku Datukmu Jua

Posted by Mar at 2:51 AM 0 comments
Abah cari artikel pasal asal usul nama-nama jalan di Kuala Lumpur. Abah sekarang bukan Abah yang dulu. Abah sekarang adalah ahli Persatuan Sejarah Kuala Lumpur. Hari-hari mesyuarat. Hari-hari mesyuarat. Tiada hari yang tanpa mesyuarat. Konon.

Dulu arwah Nenek cakap nama Haji Taib yang kat Lorong Haji Taib tu datuk kepada datuk aku. Aku pun respon, "Oooo, ye ke?". Menjawab tanpa respon untuk tahu lebih mendalam dan kisah itu mati di situ saja.

Tak lama selepas KPN baru dilantik, keluar artikel di surat khabar. Dia kata nama Haji Taib yang kat Lorong Haji Taib tu datuk dia la pulak.

Aku rasa la kan, Haji Taib ni kahwin empat atau lima atau enam atau tujuh atau lapan atau sembilan atau sepuluh. Tak pun lapan belas. Itu yang jadi datukku datukmu jua tu. Ni teori aku. Fiksyen dan khayalan semata-mata.

Abah, rasa-rasanya teori ni Abah boleh masuk dalam kajian Abah tak? Hahahahaha. Aku rasa lepas ni nanti bila Abah merayau-rayau cari Lorong Haji Taib kat Yahoo (ni jer search engine yang Abah tau buat masa ni,hehehe) mesti jumpa blog aku. Uhuk..uhuk..

Sunday, November 26, 2006

Syoknya Melenjan Laptop Baru Abah

Posted by Mar at 1:58 PM 0 comments
Abah baru beli laptop dan baru mula berjinak-jinak dengan dunia internet. Maka aku dengan rasminya menjadi cikgu yang sangat garang. Hahaha.

Hari ini Abah tak ada di rumah. Laptop dirantai pada kaki meja komputer yang berat nak mampus. Ini semua gara-gara menjadi paranoid dan trauma bila mendengar kisah rumah bujang jiran selang serumah dimasuki perompak laptop.

Dan sekarang aku sedang melenjan laptop baru Abah dalam radius yang sangat terhad, hanya 2 kaki setengah dari kaki meja komputer. Syoknyaaaaaaaaaa.


Abah, kalau orang dah memang nak curi laptop Abah ni, rantai la macam mana pun akan kena curi jugak. Abah tak takut ke kalau anak kesayangan Abah ni yang curi laptop Abah? Oppppsss, bukan curi. Tumpang guna jer. Hehehehe.

Saturday, November 04, 2006

Kucik, Mar Rindu

Posted by Mar at 1:59 AM 0 comments
Kucik.
Lembut gemalainya kadang-kadang menyesakkan jiwa.
Tapi bila sesekali marah.
Hang Jebat pun kalah.

Kucik.
Walau kecil molek tapi hatinya besar.
Dulu aku risau bila dia terlalu mendambakan diri dan cinta pada sang arjuna yang tak tau menghargai.
Aku risau sebab dia sahabat.
Yang aku sayang.
Yang aku rindu.

Kucik.
Walau kini luka parah panahan sang arjuna sudah lama sembuh.
Aku tau dia makin tabah dan tegar mendepani laluan hidup yang sudah ditakdirkan.
Walau kisah luka kami sudah lama kami kuburkan.
Walau panahan sang arjuna baru sudah mula melorek ceria hati.
Namun aku masih rindu.
Sangat rindu.
Pada Kucik.
Pada memori dulu.

Dan bila dia menitipkan ini buat aku.
Aku makin rindu.

she once said to me "live life to the fullest".i jz dun get it.now i know what she'd meant to say.tq dear!sunday morning with mar...alwz see her as a creative,mysterious person..sumtimes its hard to read whats on her mind but dun mind it!loads of lucks for her. -KUCIK-



........

Kucik, Mar rindu

Sunday, October 29, 2006

Aku Ingin Pulang (Ebiet G. Ade)

Posted by Mar at 10:34 PM 0 comments
Kemanapun aku pergi
Bayang - bayangmu mengejar
Bersembunyi dimanapun
S'lalu engkau temukan
Aku merasa letih dan ingin sendiri
Ku tanya pada siapa
Tak ada yang menjawab
Sebab s'mua peristiwa
Hanya di rongga dada
Pergulatan yang panjang dalam kesunyian

Aku mencari jawaban di laut
Kuseret langkah menyusuri pantai
Aku merasa mendengar suara
Menutupi jalan
Menghentikan petualangan
Du... du... du...

Kemanapun aku pergi
Selalu ku bawa - bawa
Perasaan yang bersalah datang menghantuiku
Masih mungkinkah pintumu ku buka
Dengan kunci yang pernah kupatahkan
Lihatlah aku terkapar dan luka
Dengarkanlah jeritan dari dalam jiwa

Aku ingin pulang...
U... hu...
Aku harus pulang...
U... hu...
Aku ingin pulang...
U... hu...
Aku harus pulang...
U... hu...
Aku harus pulang...

Thursday, October 26, 2006

I'm Queen Of The Road

Posted by Mar at 11:30 AM 0 comments
Bila Raya datang
KL pun lengang

Yahoooooooooooo

Thursday, October 19, 2006

Mengidam Di Bulan Ramadhan (Lagi)

Posted by Mar at 1:54 AM 0 comments
Lagi-lagi kisah mengidam.
Dia pulak nak mengidam juga.

Dia cakap,
"Awak, saya mengidam nak makan bubur lambuk Masjid Kg. Baru la."

Aku kata,
"Awak tahu tak berapa ramai orang beratur nak ambik bubur tu? Larat ke nak beratur lama-lama?"

Dia jawab,
"Tak apa. Nanti saya pergi jugak. Kang kalau saya mati kempunan macam mana?"

Petang tadi dia SMS aku.
awk,saya dh nk pegi ambik bubur dh ni

Aku balas SMS dia.
ambik bubur ambik bubur jgk.jgn asyik pjgkan saf ambik bubur jer.saf solat asar jemaah jgn buat2 lupa plk

Dia senyap. Tak balas-balas. Sakit hati la tu. Hahahahahahahahahahahaha.

Selamat beratur, sayaaaaaaaang. Hehehe

Sunday, October 01, 2006

Mengidam Di Bulan Ramadhan

Posted by Mar at 1:44 PM 0 comments
Aku mengidam.
Kuih peneram
yang baru keluar dari kuali
Panas-panas.

Farah tanya,
"Kuih peneram tu apa?"
Aku jawab,
"Kuih peneram tu kuih telinga ke***g."
Farah balas,
"Ooooo"

Dia tanya,
"Awak mengidam-ngidam ni kenapa?Risau saya."
Sekarang aku rasa nak karate dia.

Thursday, September 21, 2006

MARAH

Posted by Mar at 2:23 PM 0 comments
16 September 2006.
Hari Sabtu.
Pergi Sungai Gabai, Ulu Langat.
Naik tangga macam nak putus nyawa.
Muka sampai pucat lesi.
Sampai muntah-muntah.
Lagak macam orang mengandung kena morning sickness.
Sampai atas.
Seronok-seronok.
Mandi-manda.
Makan ayam BBQ.
Nyam-nyam.
Sampai menjilat apa yang patut dijilat.
Syoknyaaaaaaaaa.

Petang.
Hari nak gelap.
Macam nak hujan.
Dalam perjalanan.
Hujan lebat gila.
Sampai rumah tiba-tiba nampak skirting kereta aku kena kopak.
Aku tahu la aku selalu membebel kata tak suka dengan skrting tu.
Ambik la kalau nak ambik.
Ambik sangat la aku tak marah pun.
Tapi yang buat aku marah, yang kau kopak sampai bumper bawah aku tu patah buat apaaaaaaa????
Sekarang aku marah dengan perangai tak berakhlak kau.
Marah sangat.
MARAH.

Thursday, August 24, 2006

I Promise

Posted by Mar at 1:19 AM 0 comments
When you're not close enough to hold in my arms
I promise
I will hold you in my heart

When you're not near enough to hear me
I promise
to whisper your name on the wind

When you're not here to kiss goodnight
I promise
I will kiss you in my dreams

I love you
and miss you
more than you know

Saturday, August 19, 2006

NIKMAT

Posted by Mar at 12:45 PM 0 comments
Segala yang dihasrat
tapi tak dapat
adalah nikmat
yang paling padat.


- A. SAMAD SAID, 1973 -

Monday, August 14, 2006

La..la..la..la..la..la

Posted by Mar at 1:52 AM 0 comments
Hati berbunga riang
Tersenyum seorang

Thursday, July 20, 2006

In Memory of Beloved Grandmother - Puteh bt Idris (30 January 1929 - 12 July 2006)

Posted by Mar at 11:30 AM 0 comments
Nenek gone
Left a vacuum in our heart
Searching and seeking for happiness
No more tears and laughter around us
No more grumble and nagging around us

Nenek gone
The day moonlight shone brightly at night
The day full moon going to be hidden
Hidden in the day of sadness
Hidden to seek the truth of life

Nenek gone
We'll never heard her cried of sadness anymore
We'll never heard her pain of sickness anymore

Nenek gone
Carried happiness, sadness and sickness away from us
Buried to complete her journey of life
To close the book of her life

Nenek gone
And all of us will be missing her


-AlFatihah-




Ampang Jaya, Selangor
12 July 2006

Tuesday, July 11, 2006

Piala Dunia 2006

Posted by Mar at 2:01 PM 0 comments
dan berakhirlah sudah
1 bulan
kami wanita-wanita menjadi halimunan buat sang lelaki
dipinggirkan
disisihkan
seketika
oleh sang lelaki-lelaki gagah



Aku, masih tak sukakan bola. Kalau diletak Mawi, Tom Cruise hatta Ricky Martin bersamba di tengah padang sekalipun aku masih tak mahu menonton. Hahahahaha

Itali?
Aku suka spaghetti. Yummy. Haha

Thursday, May 11, 2006

Songsang

Posted by Mar at 5:46 PM 0 comments
Mak aku kata aku serba-serbi songsang.
Puncanya bila dia tengok aku kupas kulit mangga dari bontotnya.
Puncanya bila aku kupas kulit betik dari bontotnya.
Puncanya bila aku suka letak suratkhabar bontotnya menghadap ke atas.
Puncanya bila aku suka berjalan mengundur ke belakang.
Eh, tak, tak.
Itu gila namanya.
Sumpah, aku belum gila lagi.

Saturday, May 06, 2006

Tewas

Posted by Mar at 8:38 AM 0 comments
Hati


Tewas


Jua


Akhirnya

Friday, April 28, 2006

Mainan Perasaan

Posted by Mar at 1:04 AM 0 comments
Jantung berdegup kencang
Hati resah gelisah
Debaran kerap mencelah

Apakah ini cinta
Atau sekadar mainan perasaan

Ya
Aku resah

Pergi
Sebelum aku rebah




Ampang Jaya, Selangor
28 April 2006

Saturday, April 15, 2006

Mendodoi Mata Melelap Jiwa

Posted by Mar at 7:55 PM 0 comments
Mendengar alunan
Rintik-rintik hujan
Bagi aku
Menenangkan
Terlalu
Mendamaikan

Melihat putaran roda
Basikal BMX biru
Yang pernah jadi milikku
Suatu waktu dulu
Bagi aku
Mengasyikkan
Terlalu
Mengkhayalkan

Mencium aroma
Rumput hijau
Yang baru dipotong
Oleh Wak Karno
Di depan rumah
Bagi aku
Menyegarkan
Terlalu
Menggembirakan

Mengusap lembut
Bantal peluk
Bersarung baldu jingga
Dibeli hasil wang gaji pertama
Lima tahun dahulu
Bagi aku
Menggemburkan rasa kasih
Membelai hati yang merintih
Lalu mendodoi mata
Melelapkan jiwa
Saban malam

Ini indah
Terlalu indah



Taman Sri Keramat, Kuala Lumpur
15 April 2006

Monday, April 10, 2006

Kadang-kadang

Posted by Mar at 12:05 AM 0 comments
Kadang-kadang.
Kita rasa.
Hidup ini tiada maknanya.
Tiada erti lagi.

Kadang-kadang.
Kita rasa.
Hidup ini terlalu rutin.
Tawar.
Hambar.
Membosankan.
Rigid.
Monotonous.
Sangat.

Kadang-kadang.
Kita rasa sepi.
Sunyi.
Sendiri.

Kadang-kadang.
Kita rasa takut.
Gerun.
Membayangkan.
Hari-hari depan.
Sendiri.

Kadang-kadang itu.
Berlaku di sini.
Di hati aku.
Sekarang.



Jalan Semarak, Kuala Lumpur
10 April 2006


THE END OF THE WORLD

Why does the sun go on shining
Why does the sea rush to shore
Don't they know it's the end of the world
'Cause you don't love me any more

Why do the birds go on singing
Why do the stars glow above
Don't they know it's the end of the world
It ended when I lost your love

I wake up in the morning and I wonder
Why everything's the same as it was
I can't understand, no, I can't understand
How life goes on the way it does

Why does my heart go on beating
Why do these eyes of mine cry
Don't they know it's the end of the world
It ended when you said goodbye

Why does my heart go on beating
Why do these eyes of mine cry
Don't they know it's the end of the world
It ended when you said goodbye

Artist: Skeeter Davis
OST Girl, Interrupted

Sunday, April 09, 2006

GUBRA

Posted by Mar at 8:25 PM 0 comments
Image hosting by Photobucket

Tunggu.

Aku datang.

Thursday, April 06, 2006

Sembur Pun Sodap

Posted by Mar at 10:28 AM 0 comments
Mak dan Athirah via SMS.

Mak : Athirah dah makan? Petang ni Mak Long bawak pasembur, ya.

Athirah : Nak sembur apa?

Saturday, March 25, 2006

Kisah Hujung Minggu Bersama Bridget Jones & Si Suara Hati Jahat

Posted by Mar at 12:32 AM 0 comments
3.17 petang. Suria KLCC. Melangkah laju menuju Stesen PUTRA KLCC. Mahu membeli tiket ke Stesen Jelatek.

"Kejap." Mak memberi isyarat supaya tunggu sekejap.

Betul-betul di depan kedai roti yang bau kopinya cukup mengkhayalkan. Dan kerana bahana kopi yang mengkhayalkan itu kaki aku menuju ke kedai foto di depannya. Lalu memandang tembus ke kotak kaca menerobos terus ke Canon Powershot S2 IS. Si idaman hati. Si jantung hati.

"Kalau pandang lama-lama pun bukan kamera tu boleh melompat masuk dalam beg," Mak bersuara seperti mengejek menarik aku kembali ke alam nyata.

"Tidaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkkk. Aku masih mahu berkhayal lagi." Hati menjerit memekik sedang lidah beku, bibir terkatup rapat seolah dikunci dengan kunci yang memang sengaja dilenyapkan.

Dan malam ini aku berkhayal lagi. Menonton Bridget Jones's Diary di TV3 untuk kali ketujuh. Tanpa muak melihat si Bridget yang konon refleksi diri. Membenci Daniel Cleaver si bedebah yang hanya tahu merobek hati. Menunggu Mark Darcy hadir dalam mimpi menutur kata,"Mar, aku menerimamu seadanya."

Esok aku bakal terjaga daripada mimpi yang tidak akan jadi realiti. Menanti Ahad penuh makna. Untuk menekan saluran HBO. Bridget Jones's Diary:The Edge of Reason pula menanti.

Sabtu penuh suram kebosanan? Mungkin tidak. Naskah Helen Fielding, Bridget Jones:The Edge of Reason bakal menemani.

"Hujung minggu yang indah kononnya." Aku benci bila suara hati jahat itu bersuara menyindir.

Sunday, March 19, 2006

Meroyan Sang Puteri

Posted by Mar at 7:38 PM 0 comments
Soraya (bukan nama sebenar) tumpang kereta aku. Minta dihantar ke Stesen Putra LRT Setiawangsa. Masuk saja kereta, tangannya meraba ke tempat duduk belakang mencari majalah. Tiba-tiba dia menjerit macam diserang histeria. Aku panik.

"Kau ni kenapa? Meroyan?" Aku separa menjerit.

"Ni...." Soraya mencebik seperti mahu menangis sambil menunjukkan buku program teater muzikal Puteri Gunung Ledang pada aku.

"Ha, kenapa?" Aku menyoal dalam nada masih tidak berpuas hati dengan tindakannya menjerit menyebabkan jantung aku hampir luruh.

"Kau dapat tengok. Aku cari tiket bagai nak mampus. Tak dapat. Sedih." Suaranya yang bergetar seperti anak kecil kehilangan bantal busuk membuatkan aku hampir tergelak.

Aku ingatkan demam PGL dah habis. Rupanya ada juga lagi yang masih meroyan sebab tak dapat tengok. Meroyan dan jeritan Soraya cukup untuk buat aku tertekan sepanjang perjalanan menghantar dia ke Stesen Putra LRT Setiawangsa. Mujur aku masih waras. Kalau tidak mahu aku jahit mulut dia supaya diam.

Untuk Soraya dan semua yang masih meroyan kerana terlepas menonton PGL, janganlah meroyan lagi. Nanti kita buat piket suruh Istana Budaya panggil Tiara buat PGL lagi ek.

Akhir kata buat Soraya, padan muka tak dapat tengok. Hahahahahahahaha.

Thursday, March 16, 2006

Amboiiiiiii, merahnya, Mak Ngah!

Posted by Mar at 1:36 AM 0 comments
Iklan ini ditaja oleh Perbadanan Nasional Berhad dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.


Aku pergi Bangunan PNB di Jalan Tun Razak. Sebelah Tabung Haji. Pergi sana nak masukkan duit. Melabur untuk jaminan masa depan. Tempat letak kereta tepi jalan penuh. Tempat letak kereta dalam kawasan PNB pun penuh. Aku pusing lagi. Dua kali. Yang ada tempat letak kereta yang sekali masuk RM4. Itu yang aku nampak. Ada satu tempat kosong di tepi jalan. Berhentikan kereta. Matikan enjin. Menonong masuk ke Bangunan PNB.

Di kaunter PNB. Manusia kurang. Kaunter banyak. Yang buka sikit. Lambat. Benci. "**** kaunter *". Abang misai separa botak senyum menyilaukan mata dengan cahaya daripada kepalanya. Urusan selesai. Menonong ke tempat aku letak kereta tadi.

Sialan. Surat cinta terselit rapi. Baru aku nampak papan tanda "Dilarang Meletak Kenderaan Di Sini". Tadi disorok hantu agaknya. Terbanglah RM30 aku. Nak jimat RM4 tapi aku rugi RM30. Padan muka kau, Mar.

Aku syak abang DBKL tu nak mengorat aku. Bagi surat cinta bagai. Romantis la konon. Menyampah.

Wednesday, March 08, 2006

Memori Coliseum yang Melalut ke Kisah Lain di Tahun 80-an

Posted by Mar at 7:25 PM 0 comments
Kali pertama jejak kaki ke panggung wayang. Tahun 1984. Umur aku baru mencecah 3 tahun. Filem pertama yang aku tonton di panggung wayang. Filem Azura. Ini semua gara-gara gila dan angaunya Mak dan Busu pada Jamal Abdillah. Penyanyi pop yang paling kacak dan popular zaman 80-an. Selain Jamal, ada Fauziah Ahmad Daud. Ada sarjan misai lentik. A. Galak namanya. Jadi ayah yang garang. Ada Yusni Jaafar yang jadi makcik yang garang. Ada M. Rajoli yang jadi bos yang garang. Baru aku perasan banyak orang garang dalam filem Azura ni.

Kali pertama jejak kaki ke panggung wayang. Coliseum nama panggungnya. Coliseum jadi pilihan bukan sebab sistem bunyinya yang mantap. Bukan juga sebab di situ ada dijual jagung pop manis yang sedap. Yang aku ingat di Coliseum cuma ada mamat dan minah bawa bakul mengusung burger dan air kotak sambil memekik "Burger! Burger! Air kotak! Air kotak!" Yang aku pasti Mak dan Busu nak sangat menonton di Coliseum sebab Coliseum letaknya di depan Mun Long, syurga beli-belah wanita yang dah pun berkubur sekarang ni.

Kerana Mun Long, syurga beli-belah wanita itu letaknya di depan Coliseum, maka terlupalah Mak dan Busu yang mereka sebenarnya ada tiket nak menonton Azura di Coliseum. Kerana membeli-belah itu umpama berkhayal meninggalkan alam nyata seketika, maka kami terlewat sedikit masuk ke panggung. Tersuluh-suluhlah jejaka India mencari tempat duduk kami yang sedang angau mahu menatap Jamal Abdillah. Waktu kami masuk, Azura sudah dilanggar kereta. Nasi yang dibawanya dah bertabur di atas jalan sambil menangis menjerit nama Mak Long. Bila filem Azura ditayang di televisyen, baru aku tahu rupanya kami bukan masuk lewat sedikit tapi lewat banyak sebenarnya.

Rentetan kali pertama menonton Azura di Coliseum, lepas itu aku mula kenal panggung Odeon dan Federal. Zaman 80-an mana ada TGV atau GSC. Sangat nostalgia. Sekarang Coliseum hanya tayang filem Tamil. Odeon dah jadi arked membeli-belah. Federal dah lama berkubur.

Lain-lain tak dapat lagi aku ingat. Namun yang paling aku ingat adalah kelazatan jagung pop manis, burger dan air kotak yang diusung dalam bakul oleh mamat atau minah yang menjerit, "Burger! Burger! Air kotak! Air kotak!"

Dulu-dulu di kawasan rumah aku ada budak kecil yang berniaga nasi lemak dan kuih. Strategi pemasarannya pun menggunakan jeritan nyaring. Tapi jeritannya lagi menarik sebab dia menjerit sambil berlagu, macam menyanyi, "Nasi leeeeeeemaaaaaaaakkkkk!Kuiiiiiiihhhh!Kuiiiiiihhhh". Pakcik jual sate naik motor pun guna strategi yang sama. Tapi pakcik jual sate berniaga waktu malam saja. Entah kenapa aku rindu suasana ini semua.

Ini memori tahun 80-an. Tahun 80-an adalah tahun paling hebat dalam hidup aku. Ah, rindu.

Saturday, February 11, 2006

Lembu, Buaya dan Ular Sawa Itu Satu Spesis Sebenarnya

Posted by Mar at 1:15 PM 0 comments
Ini perkataan simbolik.
Yang ada maksud berbeza.
Yang hanya Mak dan aku yang tahu.
'Lembu' itu maksudnya kacak bergaya.
Bisa bikin hati cair.
Secair ais krim Baskin Robin perisa vanila ditabur cip coklat bila dimamah mentari.
'Ayam' itu maksudnya cantik jelita.
Bisa bikin hati cemburu.
Secemburu hati bila melihat Nasha Aziz melangkah bergaya keluar dari kereta sport warna silver.
Lalu mencicit masuk ke rumah berpagar cantik itu.

Pagi tadi.
Waktu mengekor Mak ke Pasar Chow Kit.
Yang udaranya masih sama seperti 15 tahun dulu.
"Mak, 'lembu'"
Sambil ekor mata ini tidak lepas memandang jejaka kacak berseluar khakis itu.
Tiba-tiba.
Jejaka itu.
Memandang tajam pada aku.
Seperti seekor ular sawa mahu menelan mangsanya.
Marah mungkin.
Terdengar perkataan 'lembu'.
Yang ditujukan padanya.
Mungkin.

Ah, kalaulah dia tahu 'lembu' itu yang aku maksudkan.
Pasti dia tak akan rasa mahu menelan aku.
Sebaliknya pasti diciumnya aku.
Opsss.
Dibelanjanya aku.
Sekilo ikan kembung.
Untuk dibuat laksa.

Tuesday, February 07, 2006

Tupai-tupai Itu Bukan Sekadar Nama

Posted by Mar at 1:18 AM 0 comments
Dulu.
Bila terdengar nama restoran itu aku teruja.
Teruja kerana aku fikir pemiliknya menghargai nama sejenis ukiran Melayu yang namanya tupai-tupai.
Bangga kerana pemiliknya mengabadikan sebuah nama ukiran Melayu yang sungguh istimewa.
Yang mungkin orang Melayu pun tak pernah tahu.
Akan kewujudannya.
Tapi rupa-rupanya.
Aku silap perhitungan.
Tersilap tanggapan.

Suatu hari.
Terlihat temubual bersama pemiliknya di kaca TV.
Dalam satu rancangan.
Aku tak tengok pun rancangan tu.
Tertengok iklannya saja.
Terdengar atau tidak sengaja dengar.
Bila ditanya.
"Kenapa tupai-tupai?"
Dia kata.
"Tupai-tupai. It's just a name actually."
Selamba sungguh.
Aku yang jadi kecewa.
Patutlah.
Di depan restoran itu ada binatang yang namanya tupai.
Sebab ada banyak.
Tupai-tupai???

Mujur dia bukan pelajar yang pernah belajar.
Tentang senibina Melayu.
Atau dia pernah belajar.
Tapi tak pernah lulus subjek itu.
Kalau tidak.
Mungkin dia dah diterajang dek Encik Burn.
Lantaran kejahilan itu.

Di sini ada tupai-tupai.
Yang bukan sekadar nama.
Tapi bermakna.
Yang makin pupus.
Ditelan arus.
Zaman moden.
Kononnya.

Kalau mahu rasa.
Mee udon dan nasi goreng lada hitam.
Yang tiada perencah tupai.
Tapi masih lazat.
Nyam-nyam.
Jom kita ke restoran.
Yang namanya Tupai-tupai.
Yang di pintu masuknya ada tupai-tupai.
Berkeliaran.
Di dalam akuarium.
Tupai dalam akuarium????
Eemmmm.
Kesian.

Friday, January 27, 2006

Gong Xi Fa Cai dan Naga Tertelan Ecstasy

Posted by Mar at 2:37 PM 0 comments
15 tahun dulu.
Bila hampir Tahun Baru Cina.
Bila gendang Cina itu mula membingitkan gegendang telinga.
Nun sayup-sayup dari Chow Kit.
Kami teruja.
Aku, Nor, Adik, Uji, Saiful, Wan, Makcik Ani juga.
Kami terkedek-kedek jalan kaki ke Chow Kit.
Bangunan Giacomo itu menarik-narik kaki kami.
Langkah kami makin pantas, laju.
Makin teruja.
Bila gendang Cina itu bunyinya makin kuat.
Makin dekat.
Memanggil-manggil.
Akhirnya muncul sang naga.
Menari-nari.
Melompat-lompat.
Berpusing-pusing.
Agresif.
Hyperactive.
Umpama sang naga tertelan ecstasy.

Bangunan Giacomo itu masih di situ.
Sampai sekarang.
Terima kasih pada tauke Giacomo.
Yang memeberi hiburan percuma pada kami.
Suatu waktu dulu.

Thursday, January 26, 2006

E-MAIL TERBUKA MALEK (EXPLORACE 2)

Posted by Mar at 9:24 AM 0 comments
Date: Mon, 23 Jan 2006 01:51:05 -0800 (PST)
From: insankamil311979@yahoo.com
Subject: explorace2 - sedikit observation
To: chempaka_sari1@yahoo.com



marliza,

well, out of curiosity, i googled my own name AND explorace. it brought me to your entry on my explorace adventure in terengganu.

i think i need to explain a few things here (not least because my reputation, such as it is, need to be salvaged somewhat!).

first, i WAS fined for getting the pasar payang question wrong. (well, i am a clueless person. kalau soklan geografi malaysia memang sah2 fail!!! huhu...). dendanya saya tak boleh guna beskal (and fido could) nak ke tempat hj abdullah tukang bot tu. terpaksolah den berlari2 anak ke situ and back.

second, it was fido who said i looked like a monkey running around the boat replica at the museum. i do not liken people to animals as a rule. it's bad manners, and it's highly offensive.

third, and most importantly, i was a crappy diver. the day before the race when we had a practice session at pulau kapas, i kept headbutting the bottom of the ocean or heading straight up to the surface, never really establishing any semblance of a respectable diver!!! (susah la, dah le kena bernafas ikut mulut, kena buat itu ini... den konpius jadnya!!!) eez, on the other hand was very good at it. so, even before the day of the race itself, we have decided that eez should do the scuba-diving task, my reputation as 'the man' notwithstanding!!!

kalau awak di tempat saya, what would you do? would you rather risk losing the race but doing what's expected of you (ie man do diving, woman sit pretty), or do you say f**k it and do the right thing (ie let the better person do it) in order for you to have a better chance at winning?

[plus who do you think had to transport all the heavy diving gear and apparatus for eez across 800metres of burning white sand di bawah mentari tengahari terik tu?]

saya bukan marah ke apa ke... cuma ingin menerangkan situasi... it's bad enough that Fido called me all those things... tapi saya tak pernah marah or berdendam dgn Fido or anything... he's actually a very nice person, if you get to know him better (which i did)... i believe, semua yg dia buat tu utk gimmick tv je....

sekian, wassalaam,
malek

Friday, January 20, 2006

Hanyutnya Helai-helai Kalendar Itu

Posted by Mar at 2:54 PM 0 comments
Aku ada 1 pocket calendar 2006 yang ada cap AMBANK.
Aku ada 1 pocket calendar 2006 yang ada cap SYABAS.
Aku ada 2 penanda buku berkalendar 2006 yang ada cap PUSPEL.
Aku ada 1 buku nota kecil cap AMBANK warna merah yang ada kalendar 2006.

Hari ini aku pergi bank.
Dan aku tak tahu tarikh hari ini.

Wednesday, January 11, 2006

Mitos Badi dan Jambatan

Posted by Mar at 1:55 PM 1 comments
Sampai saat ini.
Aku masih tertanya.
Apa signifikannya buang badi.
Buang sial.
Dengan mandi di bawah jambatan?
Kenapa jambatan?
Kenapa bukan bawah rumah Mak Long kau?
Bukan bawah rumah Tok Cu kau?
Atau lebih mudah mandi saja dalam tab mandi.
Bukan takat badi dan sial.
Segala daki mak nenek semua boleh disental.
Atau kalau mahu joli sakan.
Mandi saja sambil terkinja di Sunway Lagoon.
Lebih mudah.
Aku masih musykil.
Apa yang best sangat bawah jambatan tu?

Aku.
Mungkin perlu angkut kereta aku.
Mandikan dia di bawah jambatan.
Supaya tak ada lagi badi.
Mahupun sial.
Yang dah 2 kali tercalar.
Akibat menghentam tiang.
Mahupun pokok bunga.
Atau aku yang kena mandi bawah jambatan?
Ah, lebih baik aku mandi.
Dalam tab mandi.
Dikelilingi buih-buih sabun.
Mengusap membelai diri.
Uuuuuuu, syoknyaaaaaaaa.

Thursday, January 05, 2006

Selembut Sutera Seindah Rasa

Posted by Mar at 1:41 AM 0 comments
Tadi Mak beli kek chiffon perisa Nescafe.
Beli di Giant.
Yang kaya kerana Mak aku.
Sedap.
Menjilat jari.
Lembut.
Kemam saja.
Tak perlu kunyah.
Dan ia meresap di lidah.
Terus meluncur ke anak tekak.

Dulu-dulu.
Waktu mula pandai membelek majalah fesyen.
Aku terbaca.
Kain chiffon.
Aku keliru.
Andaian aku.
Mungkin mereka guna kek chiffon untuk dibuat kain.
Dibuat baju.
Baju yang kalau dimakan.
Sedap juga.
Lembut.
Kalau tiba-tiba rasa lapar.
Koyakkan saja baju.
Dan makan.
Sungguh sesuai untuk manusia-manusia yang tak cukup tangan bawak bekal ke pejabat.
Atau untuk budak sekolah yang malu nak bawak bekal ke sekolah.

Hakikatnya.
Kain chiffon dan kek chiffon adalah dua makhluk yang berbeza.
Satu boleh ditelan.
Satu lagi kalau ditelan kau akan mati kelemasan.
Mereka hanya berkongsi satu perkara.
Teksturnya.
Lembut.
Bukan lemah-lembut.
Yang lemah-lembut.
Cuma aku.
Hahahaha.

Sunday, January 01, 2006

Pengisi Rongga Jiwa

Posted by Mar at 1:22 AM 0 comments
Tahun baru.
Aku perlukan semangat baru.
Tarik nafas dalam-dalam.
Lalu menghembus perlahan.
Kesesakan sedikit lega.
Moga semangat baru mengisi rongga jiwa.
Seadanya.

Wednesday, December 28, 2005

Posted by Mar at 11:06 AM 0 comments
Aku tak tau apa motif terselindung Jay.
Sejak akhir-akhir ni dia suka tanya aku soalan pelik-pelik.

Jay : Ko tau cakap Cina tak?

Aku : Mencarut boleh la.

Dan aku pun menjawab dengan pelik juga.

--------------------------------------

Kelmarin.
Dia (bukan Jay) SMS aku.

Jangan ganggu I lagi.
Jangan cari I lagi.
I hate people used me.
Your problem is not mine anymore.
You insulted me.


Jelas.
Terang.
Sumpah aku tak akan cari dia lagi.
Pergi mampus.

Malam tadi.
Dia SMS aku (lagi?)

I menyesal cakap macam tu dengan u semalam.
Please pick up the phone.
Please.
Please.


Sekarang.
Aku rasa nak mencarut.
Dalam semua bahasa.

Friday, December 23, 2005

Hari-hari Yang Beku

Posted by Mar at 9:01 AM 0 comments
Ahad ni Hari Krismas. Office aku dah serupa macam di Kutub Utara. 'Salji' di mana-mana. Di celah-celah workstation, di siling, di lantai. Pokok Krismas tak usah cakap la. Macam-macam aneka benda yang digayutkannya. Sampai naik senget aku tengok pokok tu. Satu saja yang tak ada. Kotak hadiah. Kalau ada, mahu aku kebas satu bawak balik.

Semalam Farah mengadu dia sejuk sangat.

Farah : Aku sejuk la wei. Sejuk sampai pening kepala ha.

Aku : Kau nak tau tak kenapa kau sejuk?

Farah : Kenapa?

Aku : Tu, 'salji' sana, 'salji' sini. Tu sebab sejuk. Kau lupa ke. Kita kan kat North Pole ni.

Farah : Waaaaahhhhh, pandainyaaaaaa. Aku lempang kang.

Tapi aku pun perasan juga yang sejak diorang dok lekat kapas kat merata tempat ni, air-cond kat office makin sejuk melampau pulak. Aku rasa la kan, kapas-kapas ni semua dah kena sumpah jadi salji. Nak sangat salji kan. Nah, rasakan la.

Aku, tengah menggigil-gigil sambil ketawakan Farah yang lupa bawa jaket.

Thursday, December 15, 2005

Gigiku Sakit

Posted by Mar at 11:44 PM 0 comments
Gigiku sakit.
Sakitnya gigi.
Gigi.
Yang letaknya dalam mulut.
Terlekat dengan gusi.
Bukan kumpulan Gigi dari Indon.
Kalau Arman dari kumpulan Gigi, itu hebat.
Cool.
Bukan sakit.

Sekarang aku rasa nak korek gigi aku yang sakit tu.
Sekarang aku rasa nak gigit-gigit, nak siat-siat gusi di bawah gigi yang sakit tu.
Sekarang aku rasa nak tanggalkan gigi dan gusi aku supaya aku boleh tidur dengan lena.
Sekarang aku rasa nak sumbat ais banyak-banyak dalam mulut supaya gusi aku rasa kebas.
Supaya tak perlu rasa sakit yang terlampau ini.

Malangnya aku tak buat semua tu.
Gigiku sakit.
Masih sakit.
Aku telan 2 biji Panadol (lagi).
Untuk hilangkan rasa sakit.

Mak kata sakit gigi lebih sakit daripada sakit beranak.
Mak kata dia tak menangis waktu beranakkan aku.
Tapi Mak kata dia menangis bila sakit gigi.
Sekarang aku sakit gigi.
Sakit yang lagi sakit daripada sakit beranak, tahu.
Itu kata Mak.

Friday, December 09, 2005

Marah Yang Merah

Posted by Mar at 11:19 PM 0 comments
Aku rasa terlalu marah.
Sangat marah.
Umpama gunung berapi Krakatoa di Selat Sunda sedang menghembuskan debu-debu hitam 120 tahun dulu.
Menunggu masa untuk meledak dan menghamburkan lahar panas.

Emosi ini sukar dikawal.
Jika alat kawalan ASTRO itu mampu aku tekan-tekan untk mengawal emosi aku, sudah lama aku tekan.
Malangnya emosi ini bukan siaran ASTRO yang boleh aku tukar siarannya sesuka hati aku.

Saat ini hanya airmata mampu mengawal emosi dan kemarahan itu.
Menenangkan kekacauan ini.
Setiap kali duduk di tikar sembahyang warna coklat pemberian Mak, mata ini pasti berkaca.
Setiap kali helaian Al-Quran berkulit hijau yang sudah pun penuh debu akibat kelalain tanggungjawab diri pada Pencipta itu aku buka, airmata itu luruh juga.

Di pejabat aku lebih banyak diam. Termenung. Murung.
Ida tanya, " Kau kenapa? Meroyan ke? Post-natal blues?"

Oh, bukan Ida.
Aku tak pernah kahwin apatah lagi beranak.
Mana mungkin aku meroyan.
Mana mungkin aku dilanda post-natal blues.
Tapi aku suka dengar lagu blues.
Kadang-kadang.

Tuesday, November 29, 2005

Pusing

Posted by Mar at 9:58 AM 0 comments
Kepalaku pusing. Pening.

Lalu aku rebahkan kepala ke atas bantal bersarung fabrik ungu yang aku beli setahun dulu di Great Eastern Mall, Jalan Ampang. Yang dulu cantik dan terang warnanya tapi kini sudah mula pudar, sepudar ingatannya pada aku, mungkin.

Kepalaku pusing. Pening.

Hasrat hati hanya satu. Mahu melelapkan mata agar rasa sakit ini hilang. Berbiji-biji Panadol sudah aku telan minggu ini tapi seolah-olah sudah tiada kesan terhadap aku. Sampai bila aku harus tanggung kesakitan tak berpenghujung ini? Sampai bila? Sampai mati?

Kepalaku pusing. Pening.

Aku terbayang dia di Melbourne sedang tersenyum girang bersama yang tersayang, isteri dan anak (anak-anak, mungkin?). Aku cemburu? Ya, cemburu. Tapi sakit kepala ini mengatasi rasa cemburu itu.

Kepalaku pusing. Pening.

Sekarang aku rasa loya, seperti mahu muntah.

Monday, November 28, 2005

Posted by Mar at 10:07 PM 0 comments
Semalam aku menculik teka-teki daripada blog Ayah. Dengan bangga dan niat untuk membuli Athirah aku pun tanyakan soalan teka-teki pada Athirah. Dia bagi jawapan yang salah dan aku gelakkan dia sepanjang hari hingga buat dia geram dan rasa seperti mahu telan aku. Kononnya mahu makan aku seperti 7 makan 9.

Atas rasa geram yang melampau dia pun cuba bagi teka-teki pada aku.

Athirah: Kalau semua binatang dalam dunia jadi ikan, ikan jadi apa?

Aku: Ikan jadi ikan la. Buat apa dia nak tukar-tukar.

Athirah: Salaaaaaahhhh. Kalau semua binatang jadi ikan, ikan jadi banyaklah. Hahahahaha

Selepas Athirah menggelakkan aku hingga mencapai kepuasan paling hakiki, dia tidak lagi rasa mahu menelan aku. Yang aku nampak, selepas itu dia asyik menelan nasi beriani lauk ayam masak merah dengan air sirap.

Mar - 1
Athirah - 1

Monday, November 21, 2005

Posted by Mar at 8:09 AM 0 comments
Shah Jahan membina Taj Mahal tanda cinta buat Mumtaz Mahal.
Itu romantis.
Kata orang.

----------------------

Otak berkata,
"Jangan"

Hati berkata,
"Mahu"

Dan akhirnya otak menguasai hati.
"JANGAN"

Otak menang, hati kecewa merintih (seperti selalu).

"Kau pernah kata pada aku kita mesti ikut kata hati," fikiran tiba-tiba bersuara.

"Ikut kata hati, mati. Ikut rasa, binasa. Mari kita ikut kata otak," fikiran sendiri menjawab.

Dan hari ini, aku di sini. Monotonous seperti selalu.

----------------------

Shah Jahan membina Taj Mahal tanda cinta buat Mumtaz Mahal.
Itu romantis.
Kata orang.

Sunday, November 20, 2005

Prof TJ

Posted by Mar at 11:19 PM 0 comments
Image hosted by Photobucket.com

Dia
Pensyarah aku
Lama dulu

Wednesday, November 16, 2005

Posted by Mar at 10:00 PM 0 comments
Cuti sekolah.
Mak Athirah kerja.
Mak Athirah suruh Athirah tengokkan separuh akhir Juara Lagu 2005.
Athirah tengok.
Athirah seronok.
Athirah seronok tengok Mawi.

Mak Athirah balik kerja.
Mak Athirah tanya, "Siapa yang menang tadi, Athirah?"
Athirah jawab pantas, "Mawi!"
"Lagi?" Mak Athirah tanya lagi.
"Entah" Athirah jawab sambil angkat bahu.
Mak Athirah ambil suratkhabar sambil sebut nama artis satu per satu.
"Ning Baizura?"
Geleng.
"Waheeda?"
Geleng.
"Ruffedge?"
Geleng.
"Habis tu siapa?"
"MAWI"

Sejak Mawi ada, artis lain semua jadi halimunan agaknya.

Thursday, November 03, 2005

Malam Raya Itu

Posted by Mar at 11:06 PM 0 comments
Nafas makin sesak

Bila rindu mengasak

Sunday, October 30, 2005

Bila Raya Menjelma

Posted by Mar at 9:59 AM 0 comments
Bila Raya datang ada saja masalah yang perlukan duit lalu-lalang di depan mata aku. Sengaja menonjolkan diri cuba menarik perhatian. Kadang-kadang rasa seperti sungguh celaka. Hah, kasar sungguh bunyinya kan. Sejak kebelakangan ni celupar sungguh mulut aku. Mungkin mulut aku ni perlu dicubit sampai merah macam yang Mak pernah buat masa zaman aku masih memakai pinafore sekolah warna biru tua dulu tiap kali aku tersebut perkataan "bodoh" bila bersembang dengan Nor (yang sekarang kerja di Perpustakaan Negara Malaysia, Jalan Tun Razak). Nor, aku rindu zaman kita gaduh-gaduh, tarik-tarik rambut, baling-baling pasir, main konda-kondi, main batu seremban, panjat pokok ambil buah belimbing, ambil buah ceri. Rindunya aku pada zaman tu Nor. Zaman-zaman tu tak kira hujan, panas berdenting, ribut taufan kita tetap dok seronok dengan aktiviti entah apa-apa tu kan.

Kelmarin, satu-satunya kasut elok yang boleh aku pakai ke pejabat telah terkopak tapaknya. Sudah terlalu nazak. Hanya menunggu masa saja. Aku ambil cow gum, sapu pada tapak kasut. Ketuk-ketuk sikit. Aku selamat sampai rumah dengan jaya & gayanya. Semalam aku pakai lagi kasut tu. Dan tapaknya tertanggal lagi. Mungkin kali ni aku perlu hantar ke wad ICU.

Bukan aku tak mahu hantar kasut tu pada Abang Indon tukang kasut. Aku malu sebenarnya. Bulan lepas aku ada hantar kasut untuk dibaiki tumitnya yang dah tertanggal. Tak sampai seminggu tumit tu tertanggal lagi tapi kali ni hanya sebelah sedang yang sebelah lagi masih mantap. Sudahnya sebab malu nak hantar pada Abang Indon tukang kasut dan takut nanti diejeknya aku (walau sebenarnya Abang Indon tukang kasut bukannya heran pun) bahawa aku ni berat sebelah sebab hanya sebelah saja tumit yang tertanggal, aku hanya biarkan kasut tu tersadai di belakang pintu. Dan hari berikutnya aku lanjan kasut yang satu itu hingga kali ini tapaknya pula tertanggal.

Mak kata, "Beli la kasut baru. Yang kedekut sangat tu kenapa?"

Bukan kedekut Mak. Berjimat. Kalau asyik beli kasut baru, bila nak kayanya supaya dapat beli kamera DSLR yang harga ribu-ribu tu. Simpan duit untuk beli DSLR tapi asyik kena jolok kad di ATM untuk beli kasut. Sungguh tak berbaloi.

Tak apa. Tengah hari nanti aku akan pergi jumpa Abang Indon tukang kasut dan minta bantuan kecemasan daripada dia. Aku harap Abang Indon tukang kasut tak balik Indon Raya ni. Aku doakan Abang Indon tukang kasut akan berjaya dan sukses macam Datuk Jimmy Choo. Amin.

Thursday, October 27, 2005

MAJMUK

Posted by Mar at 12:40 AM 0 comments
Lebih 100 tahun dahulu, Yap Ah Loy berdiri tegak berganding bersama Raja Abdullah memerhati buruh mereka melombong bijih timah di pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak. Bersama memajukan Kuala Lumpur. Memajukan perusahaan lombong bijih timah. Sungguh harmoni kan. Masyarakat Malaysia memang harmoni.

Isnin lepas Surjeet tanya aku, "Puasa tak hari ni?"

"Puasa la." Aku jawab penuh yakin walau hakikatnya aku tak berpuasa lantaran "anak bulan Syawal aku" telah kelihatan lebih awal.

"Laaaaa, Melayu ke? Ingatkan Cina." Jejaka Melayu berjambul blonde itu tiba-tiba bangun menonjolkan kepalanya ke arah aku.

Patutlah selama ni dia macam takut-takut nak balas senyuman aku atau berbual dengan aku. Seolah seperti tikus mondok yang takutkan kucing jahat di Lorong Chow Kit. Dia ingatkan aku Cina. Habis tu kalau Cina tak boleh nak berkawan ke?

Lebih 100 tahun dulu pun Yap Ah Loy boleh berkawan dengan Raja Abdullah (walau mungkin masing-masing punya kepentingan sendiri), takkan kita yang sekarang hidup 100 tahun kemudiannya nak jadi manusia dalam tempurung. Duduk dalam kepompong sendiri saja.

Apa yang aku melalut ni. Bengang sangat ke aku bila jejaka Melayu berjambul blonde tu ingat aku Cina? Mungkin ini bengang yang berlarutan daripada insiden amoi jual syampu dekat Giant membebel cakap Cina kat aku yang sepatah haram aku tak faham.

Heyyy..., ya, Nenek aku Cina. Nenek aku tak tahu cakap Cina. Aku lagi la tak tahu cakap Cina. Yang kau membebel tak tentu arah dalam bahasa yang aku tak faham ni kenapa ha?????

Aku rasa macam nak terajang kat amoi tu. Biar dia rasa sakit macam sakit perut yang aku tahan masa tu. Susah. Menstrual pain ni betul-betul buat hormon-hormon aku jadi huru-hara. Tak pasal-pasal jejaka Melayu berjambul blonde dan amoi jual syampu jadi bahan melepaskan kemarahan aku dalam blog ni. Heyyy, Mar. Masyarakat Malaysia hidup dengan harmoni. Kita kan masyarakat majmuk. Cuba mesra sikit.

Eeeemmm...kalau Raja Abdullah dan Yap Ah Loy tak jumpa bijih timah di Kuala Lumpur lebih 100 tahun dulu, apa akan jadi pada Kuala Lumpur sekarang ya? Mungkin aku perlu pinjam mesin masa Tok Rimau untuk lakukan eksperimen tu.

Tuesday, October 25, 2005

KAD HIJAU ITU

Posted by Mar at 1:13 AM 0 comments
Baru terima kad ucapan Hari Raya daripada dia. Kad panjang warna hijau bercop syarikat tempat dia bekerja di Subang Jaya. Ada orang cakap aku patut gembira menerimanya kerana itu menandakan dia masih ingat pada aku. Tapi rasanya aku lebih gembira jika dia tidak hantar langsung pada aku. Bukan membenci tapi kurang gemar.

*Kak Kay, you know who that person. You just mentioned his name.

Thursday, October 20, 2005

MENDUNG

Posted by Mar at 10:36 AM 0 comments
Dalam tempoh tidak sampai 24 jam aku dihujani dengan beberapa berita sedih yang agak mengejutkan. Malam tadi Kak Long Nazlin telefon Mak. Katanya Wan Alang perlu dibedah segera berikutan ketumbuhan otaknya sudah mencapai ke tahap yang paling serius. Jika tidak dibedah Wan Alang mungkin akan lumpuh. Satu kejutan buat kami saudara-mara sebab selama ini Wan Alang memang sihat orangnya tapi tiba-tiba dimasukkan ke wad kerana sakit kepala yang berlarutan dan terus sahaja doktor mengesahkan yang Wan Alang ada ketumbuhan otak yang sudah sangat serius. Pagi ini Wan Alang akan menjalani pembedahan. Kami saudara-mara mengharapkan yang terbaik untuk Wan Alang. Semoga pembedahan itu berjaya.

--------------------------------------------------

Pagi ini terima SMS dari Mak.

"Datin Seri Endon isteri Pak Lah meninggal."

Aku buka televisyen dan dan radio. Semua siaran memperdengarkan bacaan ayat Al-Quran. Hati tiba-tiba jadi sayu. Kesian Pak Lah. Kehilangan isteri tersayang. Hajat hati Datin Seri Endon balik ke Putrajaya kerana ingin menyambut Aidilfitri bersama keluarga tapi Allah lebih menyayangi beliau sebelum sempat Aidilfitri menjelang.

Bila online pagi ini pula terbaca berita pemergian anak Kak Max ke rahmatullah. Baru semalam aku ucapkan tahniah pada Mat Jan di blognya. Hari ini ucapan takziah pula aku tulis di blognya. Semoga Kak Max sekeluarga tabah menghadapi ujian ini.

DaripadaNYA kita datang, kepadaNYA kita kembali. AL-FATIHAH.

Monday, October 17, 2005

Syurga & Neraka

Posted by Mar at 9:37 AM 0 comments
Membaca tulisan Rosie Haslinda Nasir mengenai kata-kata Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said kepadanya dalam majalah InTrend keluaran Oktober membuatkan aku terdiam seketika.

"Di mana-mana tempat kerja ada nerakanya. Kitalah yang harus mencipta syurganya."

Ya, aku sedang cuba mencari "syurga" itu. Buat masa sekarang "syurga"nya hanyalah sewaktu aku menerima gaji setiap bulan :)

Wednesday, October 12, 2005

HARI INI DALAM SEJARAH

Posted by Mar at 10:34 PM 0 comments
Bulan puasa kali ni banyak betul dugaan yang aku hadapi. Semalam Abah & Mak pergi rumah Nenek untuk berbuka. Aku malas nak ikut sebab kelmarin aku dah pergi. Masa Abah & Mak sibuk-sibuk nak keluar rumah, aku pun sibuk-sibuk keluar nak siram pokok bunga. Nak ambil hati Mak la konon. Dengan senang hati aku siram pokok bunga sambil menyanyi sambil melambai-lambai kat Mak & Abah. Siap siram pokok aku pun bergegas masuk rumah.

Aku buka. Tak boleh. Aku tekan lagi. Masih tak terbuka. Ah, sudah. Aku kena kunci kat luar rumah. Sekeping syiling pun tak ada dalam poket seluar untuk aku telefon Mak. Aku gabra. Panik. Aku jalan laju dengan harapan jalan sesak & aku sempat untuk kejar Mak & Abah. Harapan aku punah. Lebih 1km aku berjalan jalan semakin lengang. Kereta-kereta berjalan perlahan. Sah memang aku takkan dapat kejar Mak.

Bertenang. Jangan gabra. Jangan panik. Aku tunggu teksi. Tahan teksi. "Ampang Jaya," sambil aku menonong duduk di belakang. Apek pemandu menolak untuk hantar aku. Dia tak mahu lalu sana. Aku dah rasa nak nangis. Turun dari teksi. Terus tahan teksi lain. Juga tak mahu. Tahan lagi. Tak mahu juga. Aku berjalan lagi ke depan menuju ke jambatan dengan harapan di situ ada teksi yang mahu membawa aku ke Ampang Jaya.

Aku tahan teksi. Semua tak mahu berhenti. Aku tahan lagi. Satu teksi berhenti."Saya nak ke kanan." Hampa. Semua teksi yang berhenti bagi alasan yang membuatkan aku terasa sungguh sadis. "Saya tak mahu pergi sana." "Nanti saya balik tak ada orang nak naik teksi saya. Rugi."

Satu jam menunggu. Aku putus harapan. Aku ambil keputusan balik saja ke rumah. Aku layan perasaan jiwa lara di padang permainan kanak-kanak. Bosan. Hampir Maghrib aku jalan balik ke rumah. Rumah sebelah-sebelah semua gelap. Nak pinjam telefon pun tak dapat. Aku duduk depan pintu rumah. Bersila. Bersandar pada pintu rumah.

Azan Maghrib berkumandang. Air mata mengalir. Berbuka dengan air paip yang aku guna untuk siram pokok tadi.

2 jam menunggu aku dengar kereta Abah masuk dalam pagar rumah.

"Eh, kenapa duduk kat luar?" Aku menonong masuk. Aku tau kalau aku buka mulut air mata pasti terhambur keluar. Jadi, kontrol ayu, Mar.

"Hehehe. Abah terkunci pintu ke tadi? Hehehe"

Abah gelakkan aku? Itu yang aku dapat? Sabar jer la. Cakap banyak pun tak guna. Buat aku nagis jer nanti.

HARI INI DALAM SEJARAH

Sunday, October 09, 2005

CADANGAN DITOLAK

Posted by Mar at 2:38 PM 0 comments
Orang kata telefon bimbit satu keperluan yang wajib. Hari-hari kita kena guna. Macam makan. Hari-hari kita kena makan. Kalau kita tak makan kita akan pengsan, mati, dehydration dan sebagainya. Itu kata orang la bukan kata aku sebab bila aku tak guna telefon aku tak pengsan, mati atau dehydration pun.

Telefon bukanlah benda yang praktikal untuk aku. Rasa macam satu benda yang membazir pun ada juga. Telefon aku bukannya kerap sangat berbunyi. Dalam sehari ada la 2 atau 3 kali berbunyi. Itu pun yang telefon ialah Mak aku, Mak aku dan Mak aku yang sangat rajin membuat rondaan berkala melalui telefon. Selebihnya aku akan gunakan telefon awam untuk buat panggilan sebab bukan ada duit pun dalam telefon aku. Aku sedang berkira-kira untuk humbankan saja telefon Nokia 8250 ini ke laut atau kalau ada yang nak beli aku tolak RM50.

Kelmarin Ina suruh aku telefon Restoran Tupai-Tupai untuk buat reservation. Aku selongkar phone book Nokia 8250 aku dan buat reservation.

Oh ya, aku masih perlukan telefon sengal ni sebagai buku panduan telefon.

Cadangan menghumban Nokia 8250 ke laut ditolak.

Saturday, October 08, 2005

Gadis Berbaju Biru

Posted by Mar at 2:57 PM 0 comments
Image hosted by Photobucket.com
Kucik, Mar, Fahmi, Edan, Syed, Jidol

Hari Rabu aku terima kiriman gambar-gambar waktu buat diploma di UiTM, Shah Alam daripada Fahmi. Aku belek-belek. Kemudian aku email Fahmi.

"Waaaaaahhhh, kurusnya Mar masa tu kan. Hahahaha."

Fahmi balas.

"Eeeeemmm, tau takpe. Habis tu tak reti-reti nak jogging ke apa yang patut???"

Aku : Tengok la kalau rajin atau ada orang yang sanggup bagi sokongan moral kat aku.

Thursday, October 06, 2005

UJIAN BULAN RAMADHAN

Posted by Mar at 12:57 AM 0 comments
Berhenti Berharap
Sheila On 7

Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar di sini
Tersudut menunggu mati

Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Dengan mampu menerangi
Sudut gelap hati ini

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat

KENAPA ADA DERITA
BILA BAHAGIA TERCIPTA
KENAPA ADA SANG HITAM
BILA PUTIH MENYENANGKAN...

Chorus:
Aku pulang...
Tanpa dendam
Kuterima.. kekalahanku

Aku pulang...
Tanpa dendam
Kusalutkan.. kemenanganmu

bridge:
Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukkan aku bahagia
Kau tunjukkan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita



Hari pertama Ramadhan aku diuji dengan suatu perkara yang cukup memebuatkan aku mengalirkan airmata di pejabat pagi tadi. Tandas pejabat di tingkat 10 itu menjadi teman setia mendengar tangisanku. Hati, sabarlah. Ujian ini hanya sedikit. Allah menyanyangiku. Sebab itu aku diuji sebegini. Redhalah. Redha itu ubat penenang yang paling mujarab.



Harapan Ramadhan
RAIHAN & MAN BAI

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan
Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Thursday, September 29, 2005

Posted by Mar at 9:42 PM 0 comments
Aku senyum penuh penuh ikhlas sebagai tanda hormat dan cuba berlaku sopan terhadap teman sekerja. Mukanya terus-menerus mencuka dan berpaling seolah aku insan halimunan yang tiada perasaan. Aku tahu aku tak cantik. Muka aku penuh jerawat. Badan aku gemuk. Tapi hina sangatkah aku hinggakan senyuman aku pada dia dibalas sebegitu rupa?

Hati, sabarlah. Sedapkan hatimu. Mungkin dia punya masalah yang mengganggu fikiran.

Wednesday, September 28, 2005

MIMPI YANG TAK SUDAH

Posted by Mar at 10:10 PM 1 comments
Mimpi Yang Tak Sudah
(IBNOR RIZA)
Habsah hassan
Adam ahmad

Apa maknanya impian datang dan pergi
Membawa hati menyusuri kembali
Jalan-jalan sepi
Kau kah di situ
Yang menanti ku
Atau jelmaan titi kenangan
yang bernama pengalaman

Siapakah diantara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan
Kau mainkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang dan menghilang

Kau bayang-bayang
Masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa oleh resah
Mimpi yang tak sudah

Saturday, September 24, 2005

JOM TENGOK GAMBAR

Posted by Mar at 1:40 PM 0 comments
Klik di sini.

Tuesday, September 20, 2005

AKU YANG GILA TV

Posted by Mar at 9:30 AM 0 comments
Rancangan yang PATUT ditonton minggu ini:
1. DESPERATE HOUSEWIVES (oh Mike the plumber....miss u so much)
2. MENCARI CINTA (supaya keesokan harinya boleh adakan sesi istimewa dengan teman sepejabat untuk kutuk-mengutuk famili orang tu yang perasan macam bagus sangat dan sempurna sangat sampai kritik orang lain itu ini begitu begini, hahaha)

Rancangan yang TAK PATUT ditonton minggu ni:
1. MALAYSIAN IDOL GRAND FINALE 2005 (Farah dah terkeluar. Tak payah la tengok. Aku hanya nak tengok Nita & Farah jer dalam Grand Finale. Memandangkan Malaysian Idol dah jadi rancangan lawak macam ni, tak payah la tengok rasanya. Nanti buat sakit hati jer kalau tetiba mamat Daniel tu menang. Menyampah)

Thursday, September 08, 2005

SIBUK KONON

Posted by Mar at 10:55 AM 0 comments
MAR SIBUK STOP TAK SEMPAT UPDATE BLOG STOP DIA KONVO 12 SEPTEMBER SESI PETANG STOP DI UITM SHAH ALAM STOP JEMPUT DATANG STOP

Friday, August 26, 2005

Musim Orang Kahwin

Posted by Mar at 12:12 AM 0 comments
Azrinaz Mazhar Hakim & Sultan Hassanal Bolkiah

Normala Samsudin & Datuk Seri Azmi Khalid

MAR****MO***** & (identiti masih dirahsiakan)

* Almaklum, sekarang kan cuti sekolaaaaaaaaaahhh. Tahniah buat semua pasangan terutama pasangan yang ketiga itu. :lol. Hahahaha

Monday, August 22, 2005

UNGU VIOLET VS GOL & GINCU

Posted by Mar at 7:06 PM 0 comments
Image hosted by Photobucket.com

Aku benci dengan Ungu Violet. Bukan sebab filem itu membosankan tapi kerana penamatnya yang membuatkan aku rasa nak hantuk kepala pengarah dan penulis skripnya ke dinding. Penamatnya buat aku marah. Aku menangis beriya-iya kerana aku fikir penamatnya begitu. Tapi rupanya mereka mempermain-mainkan perasaan dan emosiku. Pembaziran air mata telah berlaku di situ. Aku benci. Paling benci bila taktik penamat cerita begitu setaraf filem Bollywood. Come on la. Banyak cara lain nak tunjuk happy ending yang lebih natural dan tidak hipokrit. Tipah tertipu rupanya.

Image hosted by Photobucket.com

Mujur bila menonton Gol & Gincu aku tidak diperlakukan sebegitu. Aku teruja menonton Gol & Gincu kerana pengarahnya Bernard Chauly. Bernard Chauly adalah pengarah bagi drama Multimedia Super Cintun. Drama yang aku tonton tanpa muak dan jelak walau telah berulangkali ditayang di NTV7. This film reflected teenager's life without propaganda and hypocrital agenda. It gave a very high impact to my heart and emotions, and not forgotten in a very natural way. Superb. Kau tak akan rasa mengantuk, meluat mahupun malu untuk mengaku filem ini filem Malaysia. Percayalah. Bernard Chauly & team, you all did a very good job. Congrats.

*Tapi rasanya aku masih meletak kedudukan Multimedia Super Cintun di atas Gol & Gincu. Gol & Gincu masih tidak dapat menandingi Multimedia Super Cintun. Bila NTV7 nak ulang-tayang Multimedia Super Cintun lagi ek?

Wednesday, August 10, 2005

JEREBU

Posted by Mar at 10:13 AM 0 comments
Dalam perjalanan balik ke rumah kelmarin....

Aku : Waaaaaahhhhhh, macam kat Genting Highland la. Nampak tak theme park tu. Haaaa, tu roller-coaster. Flying-coasteeeerrrrrr.

Mak : Mabuk ke? Gian nak pergi Genting la tu. Orang tak nampak jalan ni tau tak. Kelabu asap jer ni.

Wednesday, August 03, 2005

Seringgit Yang Bodoh

Posted by Mar at 12:23 AM 0 comments
Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Minggu lepas aku dapat surat ni. I came all the way from KL to Shah Alam hanya kerana seringgit itu. Hampir 2 jam habis di tengah jalan. Tambang pergi balik pun lebih mahal daripada seringgit yang diminta tu. Apa nak buat kan? Kalau ada bayaran secara online atau pos bolehlah aku buat dari KL saja. Terang-terang dia tulis kat situ secara TUNAI di Kaunter pada waktu pejabat. Bayaran melalui pos tidak akan diterima. Nasib baik aku di KL yang tak berapa jauh dari Shah Alam. Macam mana kalau ada pelajar yang ada nun jauh di Sabah atau Srawak? Nak beli tiket kapal terbang pergi balik hanya kerana seringgit?

Apalah sengal sangat diorang tu. Zaman teknologi serba canggih ni masih tak mahu mempraktikkan kemudahan yang ada. Masih mahu menggunakan cara manual zaman kuno yang menyusahkan semua orang. Oh ya, aku lupa mereka memang suka buat kerja susah dan menyusahkan orang.

*Padan muka aku sebab tak semak baki denda tertunggak sebelum balik bercuti dulu.

Image hosted by Photobucket.com
Heyyyyy, aku dah bayar tau seringgit tu. Kalau aku tak dapat konvo, siap la encik-encik semua. Grrrrrr.

Monday, August 01, 2005

Posted by Mar at 8:25 AM 0 comments
“Kerajaan memutuskan harga runcit diesel dinaikkan 20 sen lagi seliter, petrol naik 10 sen seliter dan harga runcit LPG bertambah lima sen satu kilogram, berkuasa hari ini. Dengan kenaikan itu, harga Semenanjung bagi seliter Petrol RON 97 meningkat kepada 162 sen, Petrol RON 92 (158sen), diesel (128.1sen) dan LPG (145sen).” -Berita Harian 31 Julai 2005

Mungkin hasrat itu perlu ditangguhkan dulu. Perlu dipertimbangkan 40/50 kali lagi. Tapi siapa yang nak hantar aku balik rumah tiap-tiap malam? Ada yang sudi? Hahahahahahahah.


*Oit, oit, jangan lepas ni tambang bas naik harga lagi sudah. Takkan aku nak jalan kaki atau beli basikal pulak. Lagipun aku dah lupa la cara nak naik basikal sekarang.

Wednesday, July 27, 2005

Sabar Jer La

Posted by Mar at 10:19 AM 0 comments
Sejak kerja, aku selalu balik lewat malam. Lewat malam maksudnya di sini ialah lewat di mana tiada lagi pengangkutan awam yang boleh aku naik untuk pulang ke rumah. Almaklum saja, driver aku juga punya keluarga dan perlu masa untuk berehat. Takkan la aku nak jadi "majikan" yang tak berperikemanusiaan pulak kan. Ahaks.

Minggu lepas aku menyuarakan pada Mak yang aku fikir aku perlu ada kenderaan sendiri untuk kemudahan aku kalau aku perlu balik lewat malam macam ni. Mak pun boleh guna kalau aku tak balik malam, tak payah la take turn dengan Abah nak guna kereta macam sekarang. Dengan kata lain, kiranya aku sudah mahu mula membuat hutang. (Bukankah kita bekerja ni untuk bayar hutang kan? Kalau macam tu mari kita jangan berhutang kerana tanpa hutang kita tak perlu bekerja. Hahahahahahaha.)

Cadangan aku pada Mak aku hanya mahu membeli kereta yang kecil dan murah sahaja. Kalau dapat Kancil atau Kelisa pun kira dah cukup baik Alih-alih Mak cakap, "Tak nak la. Nak kereta import. Chevrolet ke." Demand tak hengat. Ada ke patut?


SOALAN : BOLEHKAH MAR MEMANDU KERETA?

Untuk keterangan lanjut sila rujuk di sini. Hahahaha.

Wednesday, July 20, 2005

Posted by Mar at 11:11 AM 0 comments
Semalam balik dari office pukul 12.30 malam. Dengan kata lain aku terlepas menonton Desperate Housewives dan Mencari Cinta.

Oleh yang demikian, hari ni aku FRUST MENONGGENG.

Sekian, terima kasih.

Saturday, July 16, 2005

Happy 60th Birthday, Abah

Posted by Mar at 5:23 PM 0 comments
Hari ni birthday Abah yang ke-60. Malam tadi aku pening nak tulis apa dalam kad.

Nak tulis "Dearest Abah" tak sesuai pulak. Kad ini aku kongsi dengan Mak. Nak tulis "From Mar & Mak" pun kurang sesuai juga.

Alih-alih aku tulis jer "Lots of love from Zah & Mar." Lepas tu aku cakap dengan Mak, "Macam berbini dua pulak Abah ek. Bini-bini berkongsi bagi kad. Hahaha." Mak bengang, "Muluuuuuuuuttttttt."

Gurau-gurau la Mak. Tu la, semalam orang nak beli dua kad tak nak. Nak kongsi la konon. Kan dah pening dah ni. Hehehe.

Sunday, July 10, 2005

Setahun Sudah Berlalu

Posted by Mar at 12:00 AM 0 comments
Pejam celik. Pejam celik. Dah setahun rupanya usia blog ini. Bermula dengan hanya sebagai pembaca, aku akhirnya terjebak dengan dunia penulisan blog. Tiga blog pertama yang aku jumpa dan bertanggungjawab mempengaruhi aku dalam dunia blog ini ialah Mal (Detik Jantung Waktu), MatJan(Jongkang Jongket) dan Am (Marliza's Heartbeat). Dari blog merekalah aku kemudian menjelajah ke banyak blog lain yang akhirnya menjadi kawan-kawan aku juga. Sempena ulangtahun pertama blog ini, aku berasa sangat terharu dan berbesar hati kerana Mal dan Mat Jan, penulis dua blog pertama yang aku ikuti telah sudi menulis sedikit kata-kata untuk aku jadikan panduan dan pembakar semangat. Aku cuba menghubungi Am melalui email tetapi tiada respon dari Am. Mungkin beliau sibuk atau alamat emailnya sudah tidak aktif lagi.

Istimewanya tiga insan ini adalah kerana beberapa sebab. Mal (Detik Jantung Waktu) adalah orang pertama yang menggalakkan aku untuk membuka blog sendiri. Mal jugalah orang pertama yang mengajar aku bagaimana untuk meletakkan gambar dalam entry. Blog Mat Jan pula adalah blog yang berjaya membuat aku rasa gembira dan mula menghargai kehidupan sebagai pelajar apatah lagi dengan latar persekitaran kami yang lebih kurang sama iaitu di UiTM, Shah Alam. Blog Mat Jan penuh dengan jenaka sinis yang penuh informasi. Ia umpama ubat ketawa dan ubat penenang di kala gundah. Manakala blog Am pula aku tertarik untuk terus mengenalinya melalui blog kerana nama kami yang sama. Kami juga belajar di tempat yang sama (walau tak pernah bersua) serta membaca majalah yang sama. Lebih menarik lagi apabila Am turut menyumbangkan artikel untuk majalah tersebut. Aku tumpang bangga dengan bakat penulisan Am.

Terima kasih kepada Mal dan Mat Jan kerana sudi menyumbangkan sedikit tulisan sempena ulangtahun pertama blog ini. Terima kasih pada semua pembaca dan kawan-kawan yang masih sudi menjengah ke blog ini walaupun jarang dikemaskini. Selamat ulangtahun pertama buat blog ini. Semoga blog ini akan terus wujud pada tahun-tahun yang mendatang.

-------------------------------------

Cempaka Sari dalam jambangan!

Mar mengingatkan saya pada ketika saya mula-mula menulis. Apa yang hendak di tulis, apa yang perlu dicoretkan setiap kali pelawat menjenguk rumah tidak berpintunya itu. Cempaka sari makin subur dan mewangi, setelah setahun menghadirkan diri. Menulis adalah terapi yang hebat sebenarnya. Merakam kehidupan, walau sekecil mana tumpuan tetap memberi impak yang tinggi pada khalayak pembaca.

Saya teringat buku “Prozac Nation” tentang gadis yang mempunyai masalah kejiwaan dan ingin membunuh diri. Pasti hidupnya akan lebih bermakna jika dia tahu meluahkan perasaan dan menemui medium seperti blog ini. Atau paling tidak memerlukan kos menulis ‘surat kepada bulan’ seperti satu drama yang ditayangan di TV baru-baru ini.

Khalayak penulis blog semakin meningkat di luar sana, tidak terkira. Namun blog seperti Cempaka Sari tetap akan diingati pengunjung kerana ia menampilkan kejujuran dan menilai kehidupan ini dari sudut yang berbeza. Hidup perlu diteruskan setiap hari, sebagaimana kita mengunjungi blog-blog kegemaran setiap awal pagi sebagai tonik penyeri kehidupan.

Untuk Mar - Selamat Ulang Tahun Cempaka Sari yang Pertama. Moga terus rajin menyalin rasa kemanusiaan pada bait-bait kata.

Ikhlas
Azhan A. Kamal
Detik Jantung Waktu


-------------------------------------

Setahun. 12 bulan. 52 minggu. 365 hari. 8,760 jam. 525,600 minit. 31,536,000 saat. Kenapa aku mulakan dengan angka-angka itu?

Ada dua sebab.

Pertama: Aku nak beritahu orang usia blog Mar sudah mencecah angka-angka tadi.

Kedua: Aku nak beritahu orang yang aku pandai matematik.

Mar terpengaruh untuk menulis blog setelah membaca blog Jongkang Jongket (Mat Jan), Detik Jantung Waktu (Mal), dan Marliza's Heartbeat. Aku pula terpengaruh untuk membaca blog Mar setelah Mar mengaku secara terbuka yang aku idolanya dan dia peminat fanatikku… dalam arena blog.

Aku mengkagumi blognya. Bukan sebab dia Presiden MJFC, tapi sebab jarang-jarang ada blog perempuan yang informatif dan kritis. Aku masih ingat lagi di awal-awal kelahiran blognya, dia menghidangkan kita dengan entry informatif ilmiah tentang baju kurung & kebaya, serta senibina constructivism. Juga ulasan kritis tajam menikam terhadap isu Puteri UMNO Ranau buat tabung khas untuk afundi Linda AF.

Entry favourite aku adalah “kasut kaca Cinderella”, yang bersifat “kontra kepada kepercayaan popular”. Sama seperti entry “T-Rex Bukan Pemangsa” oleh Dobot dan “Melepas BATOK di Tangga” oleh Moplantai (sekadar menyebut beberapa contoh).

Petikan: “Charles Perrault yang menulis kisah Cinderella ini pada tahun 1697 telah tersalah anggap dengan menulis dan mengatakan bahawa “vair” (bulu putih) adalah “verre” (kaca). Ini bererti bahawa kekeliruan antara perkataan “vair” dan “verre” telah membuatkan kasut bulu Cinderella telah ditukarkan menjadi kasut kaca tanpa disedari.”

Aku sangat suka membaca entry-entry sebegini -- yang selalunya kita dapat dari buku atau majalah -- daripada blog. Seharusnya penulis-penulis blog lain mencontohi Mar. Selain berkongsi kisah hidup sehari-hari, kongsilah juga benda-benda ilmiah yang kita baca.

Mar juga dikenali kerana ulasan siri tv Explorace. Seperti mana kita teringat Sultanmuzaffar bila menonton Akademi Fantasia, begitu jugalah kita teringat Mar bila menonton Explorace.

Dan blog Mar bukan calang-calang pelawatnya. Dibaca dan dikomen oleh pelakon Azhar Sulaiman, Vernon Kedit (manager Ning Baizura), dan seorang peserta Explorace (aku lupa nama dia).

Aku harap, Mar masuk JURING musim depan. Peserta JURING memerlukan pencabar yang gagah perkasa seperti Mar.

Di luar blog, aku pernah jumpa Mar tiga kali. Kali pertama, ketika majlis konvokesyen aku. Mar bagi hadiah buku, yay! Kali kedua, ketika malam Merdeka tahun lepas. Kali ketiga, ketika Diablog II: Menjadi Blogger Super.

Selamat Happy Birthday kepada blog Mar. Teruskan perjuangan dan jangan lupa bayar zakat. Majulah blog untuk negara.


- MAT JAN -



Saturday, July 09, 2005

Posted by Mar at 9:41 AM 0 comments
Linked:
1/5
slamat mlm mar,i tahu u tgh lena at this moment & i hope u mimpi yg indah2.i tk blh tdo. i trfikir dosa2 i pada u. i tahu i brdosa sbb meranapkan impia

Sender:
+6012xxxxxxx
Sent:
9-July-2005
02:24:00

Linked:
2/5
n u...i beri harapan kosong.entah la mar, ssh utk i xplain apa yg ada dlm hati i.ssh utk jadi org spt i. sbgai **..i mmg sygkn u. malu utk d

Sender:
+6012xxxxxxx
Sent:
9-July-2005
02:24:10

Linked:
3/5
iucapkan tapi itulh hakikatnya.** trlalu sygkn u mar...sbb 2 dia trpaksa mghilangkn diri. dia myakitkn hati & kecewakan prasaan u, so that u can hate

Sender:
+6012xxxxxxx
Sent:
9-July-2005
02:24:15

Linked:
4/5
& left him. tk ada cara lain mar. syg prlu pengorbanan & he really minta maaf krn singgah & mcuri hati u. cinta itu buta...krn cintalh ** buta & tk seda

Sender:
+6012xxxxxxx
Sent:
9-July-2005
02:24:20

Linked:
5/5
r sapa dirinya. dia trlalu mabuk & kemaruk dgn kasih syg u. dia trlalu terseksa until now, ssh utk mlupakan yg trsyg..tapi prcintaan ni mmg tk blh diteruskan

Sender:
+6012xxxxxxx
Sent:
9-July-2005
02:24:25





* Rasanya diam itu lebih baik kan?

Sunday, July 03, 2005

Posted by Mar at 2:08 PM 0 comments
After almost 3 years, yesterday we met for the first time.

Friday, June 24, 2005

Posted by Mar at 1:27 AM 0 comments
Minggu ni aku dalam mood zaman kanak-kanak.Macam-macam lagu dok terngiang-ngiang dalam kepala aku.


Lagu tiga kupang
Saku penuh padi
Enam ekor burung
Masuk dalam kuali
Bila sudah masak
Burung nyanyi saja
Tentu sedap makan
Beri pada raja
Raja dalam rumah
Buat kira-kira
Suri dalam dapur
Makan roti gula hey
Dayang tepi kolam
Mahu jemur tepung
Datang burung hitam
Patuk batang hidung
Hidung... hidung... hidung



Ada sesiapa nak tambah lagu lain? Yang lagu naik keretapi pergi Kuala Lumpur terselit bawah dapur tu macam mana ek? Ada yang tau tak?

Thursday, June 23, 2005

Posted by Mar at 8:50 AM 0 comments
Teringat lagu zaman kanak-kanak tapi kali ini dengan versi baru.


Assalamualaikum
Kom apa?
KOMBAT
Bat apa?
BATMAN
Man apa?
MENTOL
Tol apa?
TOLAK
Lak apa?
LAKSA
Sa apa?
SEPAK
Pak apa?
PAKCIK
Cik apa?
CICAK
Cak apa?
CAWAN
Wan apa?
WANTAN MEE, BUKAN HOKKIEN MEE LA MANGKOOOKKK.

Aku order wantan mee, dia pergi hantar hokkien mee. Aku tahu la dia Melayu tapi kalau dah terpampang menu ko makanan Cina, ko kena tahu la makanan apa yang aku order tu. Bukan main boooo jerrrr.


*Dah 3 malam aku mimpikan dia. Entah kenapa agaknya.

Tuesday, June 07, 2005

Alas Meja & Abah

Posted by Mar at 6:40 PM 0 comments
Masa kenduri kahwin Yah minggu lepas, warna temanya hijau. Hijau sana. Hijau sini. Hijau situ. Hijau sinun. Abah pun sibuk berbaju Melayu hijau. Entah kenapa, mungkin dia perasan yang dia bapak pengantin agaknya. Bapak pengantin pun tak pakai baju Melayu hijau. "Over-shadowed" betul la Abah aku ni.

Acu : Baju Abah Mar dengan alas meja tu lebih kurang sama jer.

Aku : Tu la pasal. Confuse jadinya. Ni alas meja ke Abah - Abah ke alas meja - Alas meja ke Abah - Abah ke alas meja.

Abah : Amboiiii. Sumpah jadi alas meja kang baru tau.

Monday, May 30, 2005

MAJLIS PERKAHWINAN YAH & RIZAL

Posted by Mar at 10:48 PM 0 comments
GAMBAR-GAMBAR SEKITAR MAJLIS PERKAHWINAN YAH (SEPUPU MAR) DI SINI

Thursday, May 26, 2005

Posted by Mar at 9:36 AM 0 comments
Malam tadi jumpa Zed Zaidi.

Mak "over-excited". Almaklum, dia peminat setia drama telenovela-panjang-berjela SEMBILU.

Mak : Tak "shooting" ke hari ni?

Zed Zaidi : Tak. Besok baru "start".

Hati Mak berbunga riang.

Tuesday, May 24, 2005

Akademi Fantasia 3

Posted by Mar at 2:13 AM 0 comments
DIALOG 1

Aku : Mak dah demam ke?

Mak : Belum lagi. Baru dedau-dedau jer.


DIALOG 2

Abah : Linda Jasmine tu makin lawa ya sekarang.


DIALOG 3

Athirah : Kak Long, semalam Adam nyanyi lagu apa?

Aku : Aiyoooooo, Adam tu tahun lepas punya cerita laaaaa.


NOTA :
Tiada langganan siaran ASTRO di rumah Athirah. Harap maklum.

Friday, May 13, 2005

Tentang Dia & Konsep

Posted by Mar at 9:36 AM 0 comments
Image hosted by Photobucket.com

Mungkin agak terlewat bagi aku untuk membuat ulasan tentang filem ini. Tapi tak salah rasanya kan kerana ini sekadar ulasan peribadi aku. Kalau kau mahu baca, teruskan. Kalau sudah jelak, berhenti saja di sini.

Ina kata filem ini membosankan. Mak menitiskan air mata di hujung cerita walaupun cuba menafikannya. Perasaan aku sangat neutral sebaik melangkah keluar dari panggung (Mahu menangis khuatir diejek. Mahu ketawa khuatir pula dianggap mengejek. Jadi aku ambil jalan tengah.) Abah pula masih sedang berkira-kira untuk mendapatkan VCD cetak rompak dari sebuah lokasi yang sengaja dirahsiakan. Hahaha.

Bagi Ina filem ini sangat membosankan mungkin kerana jalan ceritanya bergerak terlalu perlahan (Memandangkan Ina seorang gadis ceria, gemar membuat lawak sarkastik dan suka bergosip, aku fikir filem ini tidak menepati jiwanya). Bila aku mengatakan filem ini bergerak terlalu perlahan tidak bermakna filem ini lemah dan gagal. Apa yang berlaku di sini ialah filem ini bergerak perlahan kerana itu adalah konsep filem ini. Untuk konsep, filem ini layak mendapat gred A.

Filem ini bercerita tentang kesedihan dan kekecewaan. Tentang kesuraman jiwa 3 watak utamanya. Gadis yang kecewa kerana dilaknati sahabat sendiri yang menjalin hubungan sulit dengan kekasihnya. Rudi yang meratapi dan menyesali kematian adiknya yang tak mampu dia selamatkan di samping berperang dengan penyakit kronik yang dihidapi. Serta Randu yang hampir putus asa kerana usaha mendapatkan cinta Gadis selalu saja gagal biarpun berkali-kali mencuba. Jadi, mood ketiga-tiga watak utamanya serta keseluruhan jalan cerita berkisar hanya pada kesuraman dan kesedihan. Ini sekaligus meletakkan filem ini sebagai sebuah filem yang sangat menepati konsep yang cuba diketengahkan. Suram. Sedih. Hilang. Kesal. Kecewa. Perkataan-perkataan inilah yang bermain dalam seluruh isi filem ini.

Sebab itu dalam filem ini dapat dilihat yang visualnya bermain dengan pencahayaan yang suram dan gelap. Tona warna keseluruhan babak juga lebih kepada warna-warna gelap seperti biru tua dan hitam hatta hampir kesemua pakaian/kostum watak-wataknya juga bermain hanya sekitar warna-warna ini sahaja (Kalau dalam roda warna, ia adalah dalam kategori warna sejuk.)

Satu yang istimewa tentang filem ini ialah setiap babak, perlakuan dan aksi pelakon ada simboliknya yang tersendiri. Kamera berpusing-pusing mengelilingi Gadis di tengah kota yang lengang. Hasilnya, ia memberi satu gambaran gelodak jiwa Gadis ketika itu. Kota lengang = kematian/kehilangan Rudi. Kesan kamera yang berpusing-pusing pula menggambarkan betapa kacau-bilau dan gundah-gulananya jiwa Gadis ketika itu kerana kematian Rudi dan dihimpit rasa bersalah yang teramat. Satu lagi ialah simbolik tulisan luahan hati dan harapan Gadis lalu dijadikan kapal terbang kertas. Ia seolah gambaran harapan Gadis yang menggunung tinggi seolah-olah mahu menerbangkan kapal terbang kertas itu terus ke langit tapi yang pasti kapal terbang kertas itu akan jatuh terhempas jua. Serupalah seperti berangan-angan kosong. Angan-angan yang sudah pasti tidak akan jadi kenyataan (Contoh, mendapatkan semula bekas kekasihnya).

Di akhir cerita, Gadis bangkit lalu membuang semua kapal terbang kertas yang dibuatnya sewaktu melalui fasa kemurungan dan kekecewaan (dikhianati kekasih) menandakan yang dia tak mahu lagi hidup dalam angan-angan yang tak pasti sebaliknya mahu meneruskan hidup dalam dunia realiti. Masih ingat tak dengan filem Perempuan Melayu Terakhir? Aksi di mana Eizlan Yusof mendayung sampan ke arah masjid tapi sampannya seolah tidak bergerak dan tidak mahu bergerak. Simboliknya Eizlan (aku tak dapat ingat nama wataknya dalam filem itu) masih belum mendapat hidayah untuk bertaubat atau hatinya masih sebal atau belum terbuka untuk kembali ke pangkal jalan. Apabila simbolik-simbolik ini difahami dengan mudah, skrip panjang berjela yang membosankan sudah tidak perlu lagi. Mudah bukan? Filem bermain dengan visual. Sama seperti lukisan. Kita lihat, dalami dan fahami. Tanpa kata-kata pun mesejnya boleh disampaikan. Bukan seperti drama radio yang hanya bermain dengan kesan bunyi dan kata-kata. Untuk drama radio, ya, skrip yang jelas serta kesan bunyi yang tepat sangat perlu agar maksud dapat disampaikan secara terus.

Sedih dan suram. Inilah mood dan konsep yang cuba dibawa dalam filem Tentang Dia. Mood dan konsep ini berjalan di atas landasan yang betul dari awal hingga akhir cerita. Kalau adapun unsur komedi dan lawak jenaka, ia sekadar sebagai menu sampingan seperti telur masin atau ikan masin yang mana kehadirannya atau ketidakhadirannya langsung tidak menjejaskan keseluruhan menu. Kalau ada, ia menambahkan kelazatan tapi kalau tiada, tetap tidak menjejaskan rasa dan zat dalam menu utama tadi.

Bagi aku, filem ini konsepnya sangat kuat (Aku tak berani komen aspek lain kerana kurang arif tentang ilmu filem secara mendalam). Konsep bagi aku sangat penting dalam semua kerja seni. Konsep dianggap sebagai garis panduan dalam melakukan sebarang kerja seni agar ia tidak tersasar dari landasan dan arah tujuan. Apabila sesuatu kerja seni itu tiada konsep dan mengambil pendekatan caca-marba atau rojak, fokus dan matlamat asal pasti akan tersasar. Filem perlu ada konsep. Album perlu ada konsep. Rancangan TV, drama, teater, konsert, cerpen, majalah, lukisan, komik hatta majlis perkahwinan juga ada konsep tertentu (Contohnya perkahwinan dalam taman, moden, tradisional). Semua itu perlu ada konsep yang jelas. Perhatikan, seorang pelukis yang baik pasti keluar dengan siri lukisan yang berpaksi pada suatu konsep atau tema setiap kali melakukan pameran. Sebagai contoh, tema lukisan kali ini mungkin menekankan unsur geometrik dan untuk siri lukisan akan datang mungkin ia keluar dengan sentuhan alam semulajadi. Perhatikan pula konsep sebuah majalah ini. Lihat, aku sendiri tak dapat mengklasifikasikan majalah ini sebagai majalah genre apa. Aku namakan majalah ini sebagai majalah M*ngg* (Kau tahu kan majalah ni?). Konsep majalah ini agak kacau-bilau. Di celah-celah gossip artis ada gambar separuh bogel wanita dan lelaki. Di sebelah foto “hebat” itu muncul pula pelbagai hadis Nabi. Kau mahu klasifikasikan ia sebagai apa? Hiburan + porno + agama? Ya, mungkin itu strategi pemasaran yang mahu mengaut/menarik perhatian beberapa kategori golongan sasar (meluaskan target market + menambah bilangan pembeli dan pembaca) tapi persoalannya, sesuaikah ketiga-tiga itu diletakkan sekali?

Tentang Dia :

Berjaya dengan konsep yang jelas dapat dilihat melalui visualnya.

Jalan cerita yang sederhana. Tidak terlalu ringan atau tidak terlalu berat (Pendekatan yang paling selamat rasanya. Sama seperti yang dilihat dalam Sepet.)

Gagal membuat aku menangis mungkin kerana hari tu aku terlalu gembira kerana masuk panggung dengan baju baru + cermin mata baru + tiket wayang free.

Nota :
Menonton Sepet, aku menangis 2 kali.

Wednesday, May 11, 2005

Muak

Posted by Mar at 11:47 AM 0 comments
Image hosted by Photobucket.com

Setiap kali nak log-in Yahoo Mail, mesti terpaksa berdepan dengan perempuan ni. Mesti kena jumpa perempuan ni. Mesti kena tengok muka dia. Mesti kena menghadap muka dia. Tak pasal-pasal setiap kali nak log-in Yahoo Mail, aku terpaksa la berlakon tersipu-sipu malu sebab dia asyik dok pandang aku. Bosan la. Tak ada privacy langsung. Bosan ah.

Sunday, May 08, 2005

Bukan Malas Tapi...

Posted by Mar at 3:32 AM 0 comments
Bukan sebab malas.

Bukan sebab sibuk mengorat Ustaz Zul atau Cikgu Yomayadi (Perhatian : Dua-dua sudah berpunya ya. Tertutup peluang pada semua yang berhajat nak buat menantu or nak buat bakal suami terutamanya Mak aku dan Kak Sal. Hahaha. Jangan marah yer, Kak Sal. Gurau jer.)

Bukan sebab teruja atau sangat terharu hingga keras jadi batu kerana komen-komen dari pelakon handsome Azhar Sulaiman dan Vernon Kedit (pengurus Ning Baizura) tentang entri ini dan ini.

Hi...thank you for watching my show....

azhar
azhar sulaiman | 06.05.05 - 1:56 pm | #



Thank you.

I printed out this page and showed it to Ning. She cried.

Thank you so much. Your words touched her.

Vernon (Ning's manager)
Vernon Kedit | Homepage | 22.04.05 - 5:53 am | #



Tak..tak. Aku tak keras sampai tak boleh pegang keyboard sebab baca tulisan-tulisan tu.

Tapi sebenarnya aku tersangat la "busy" (typical reason for not updating your blog. Hehehehe).

Tambahan pula otak aku terlampau sibuk memproses kemasukan data yang terlampau banyak sejak balik dari Melaka Isnin lepas. Banyak yang aku belajar dan explore sejak balik dari Melaka. Antaranya ialah :

Sejak balik dari kenduri rumah Pak Bear..

dan

Sejak balik dari KLD untuk Projek Basah 2.1..

Aku bukan saja belajar perkataan Arab seperti “mamnuq” (kan Kak Sal kan).

Tapi aku juga telah explore satu lagi keajaiban handphone nazak aku di mana rupanya bila kita set handphone dalam silent mode, alarm clock tetap berbunyi mengejutkan semua penduduk Taman Sri Keramat hingga menyebabkan Abah kau (Abah aku sebenarnya) murka hingga terasa mahu mencurahkan sebaldi air ke muka aku kerana aku tidur bagaikan malam tiada penghujung.

Nota :
Aku tulis situ handphone nazak dengan harapan menggunung tinggi agar ada yang nak sponsor aku beli handphone baru. Hahaha.

Aku tak update blog tapi aku update fotopages tau. Meh kita tengok gambar di sini.

Terima kasih pada ND yang menumpangkan “kasih”nya hingga aku sampai ke kenduri Pak Bear dan selamat sampai ke muka pintu. Arigatohozaimas, ND san.

Wednesday, April 27, 2005

Ustaz Zul dan Cikgu Yomayadi

Posted by Mar at 4:53 PM 0 comments
Semalam Mak cuti sebab nak selesaikan urusan income tax di Bangunan MPA*, Pandan Indah. Disebabkan Mak cuti, pukul 3 petang, aku, Mak dan Abah pergi ke sekolah Athirah di Bukit Inda*. Athirah ada sukan sekolah semalam. Malangnya, dia sangat kecewa sebab kalah. Nampaknya strategi Athirah dan kawan baiknya Dini mengadu dan merayu pada Ustaz untuk mengeluarkan seorang ahli kumpulan yang dianggap akan menyebabkan kekalahan pada kumpulan mereka, tak menjadi. Mereka tetap kalah juga walaupun ahli kumpulan yang seorang itu telah disingkirkan. Hanya dapat hadiah saguhati (Walaupun saguhati, medal yang dia dapat tu dibawa sampai tidur).

Dalam perjalanan balik ke rumah Nenek, kami berhenti di kedai Bakso sebab Busu dan Pak Usu nak belanja kitorang semua makan Bakso sebab datang memberikan sokongan moral pada anaknya yang seorang tu (walaupun kitorang tak sempat tengok Athirah lari, hehehe). Sambil menunggu Bakso sampai ke meja, Mak sibuk berborak dengan Athirah.

Mak : Athirah, yang pakai seluar merah asyik terjerit-jerit marah korang tu siapa?

Athirah : Tu la Ustaz Athirah. Nama dia Ustaz Zul. Yang lagi sorang tu Cikgu Yomayadi.

Mak : Yomayadi? Fuyoooo, macam nama Jepun la. Ustaz dengan Cikgu Yomayadi tu dah kahwin ke belum?

Athirah : Entah. Tak tau.

Mak : Nanti Athirah tanya la dengan Ustaz dengan Cikgu Yomayadi tu. Dah kahwin ke belum? Kalau belum , cakap la saya nak kenalkan dengan Kak Long saya.

Athirah : Ok.

Aku : Eh, apasal tanya Ustaz dengan Cikgu Yomayadi jer. Tanya la kat semua cikgu lelaki kat sekolah tu :P (Aku tak pasti sama ada Mak aku ni bergurau ke perli. Sabar jer la ek.)



NOTA :

Dini ialah sahabat baik Athirah. Anak kepada pelakon Didie Alias dan Ridzuan Hashim. Athirah kawan baik dengan anak selebriti laaaaaa. Fuyooooo. Nanti nak suruh Athirah mintakkan autograph la macam ni.

Ustaz ialah guru kelas Athirah. Dulu bila kitorang tanya, “Ustaz Athirah tu muda ke tua?”. Athirah jawab, “Alaaaaaa.. Dia macam Pak Long.” Padahal Ustaz tu muda belia lagi. Athirah ni dah rabun gamaknya.

Cikgu Yomayadi tiada langsung rupa Jepun walaupun nama mengalahkan orang Jepun.

Kak Long ialah panggilan Athirah pada Aku.

Pak Long ialah Abah aku.

Monday, April 25, 2005

Latte@8

Posted by Mar at 11:51 AM 0 comments
Minggu lepas. Hari Khamis. 11.45 malam. Waktu orang lain lena diulit mimpi, aku masih berjaga menonton televisyen. Menonton rancangan yang pernah aku tonton buat pertama kalinya lama dulu lantas aku terus tertarik dan jatuh hati. Gelagat pengacaranya yang selamba dan sinis paling aku suka. Malangnya itulah sekali aku menontonnya tanpa aku ketahui hari dan waktu siarannya. Mungkin sebab banyak sangat tertelan semut hitam aku jadi pelupa macam ni. Cheh.

Akhirnya, minggu lepas, hari dan waktu siaran rancangan tu dapat aku kenal pasti. Yeaaaaa!!!!

Rancangan : Latte@8
Pengacara : Jason Lo
Waktu Siaran : Setiap Khamis, 11.45 malam

Jason Lo :
Malaysia got 1 casino. We should build 2. Kiyasu la them. Why don’t they just build 3? Opppsss... no land :)


Jason, i really like your jokes. Keep it up.

Thursday, April 21, 2005

Why?

Posted by Mar at 5:13 PM 0 comments
MEH LA KLIK SINI<<<<<<------FOTOPAGES UPDATED!!!!





Anwar Robinson & Nadia Turner

Last week, my favourite American Idol contestant, Nadia Turner was voted out. I’m really (really) sad. She has such a wonderful voice and full of confidence. She was born to be an entertainer. Born to be a performer. Born to be a star. She has her own style and personality especially with her Afro look hairstyle. Every week,her performance was very energetic and never failed to make me enjoy. With her sweet smile, she is one of my favourite to be in top 3 of American Idol besides Bo Bice (last week was in bottom 3) and Anwar Robinson.

And just now, ANWAR ROBINSON WAS VOTED OUT. What can I say? American, you were not doing your job well. So sad. For me, the scenarios between American voters and Malaysian voters (in Akademi Fantasia) are just the same. Pathetic.

What a mournful starts on my birthday eve. :(

Tuesday, April 19, 2005

PROJEK BASAH 2.0 : Jiwaku Dah Kental

Posted by Mar at 2:17 PM 0 comments
KLD kekal di hatiku..
Daku bakal merinduimu..

Image hosted by Photobucket.com

Inilah barisan JALAN
Yang ikhlas berJALAN
Siap sedia berJALAN
Untuk ibu berJALAN

Sebelum kita berJALAN
Jangan harap kami JALAN
Inilah sumpah pendekar JALAN
Menuju medan JALAN

Andai kata kami JALAN semua
Taburlah bunga di atas JALAN
Kami mohon JALAN
Malaysia berJALAN

Semboyan telah berJALAN
Menuju medan JALAN

(lagu versi KLD waktu nak ke lokasi War Game... paling aku suka)

Wednesday, April 13, 2005

Wo!!!

Posted by Mar at 8:43 PM 0 comments
Wo!!! Tu tajuk album Zahid. Aku nak beli CD tu tapi aku menjalankan edisi menghasut Mak supaya dia yang beli CD tu. Mak tanya kat abang handsome kedai Speedy kat Ampang Point (kedai Speedy ke?tak ingat la nama kedai apa tah). Abang handsome kata CD Zahid dah habis. Sold out. Tanpa pengetahuan aku, rupanya Abah pulak tanya kat abang handsome "Bila stok baru sampai?". Abang handsome jawab, "Tak tau". Aku, hampa :(

Wo!!! Beberapa hari aku tak jenguk ke blog sendiri rupanya ada 2 komen yang hebat, pedas dan tajam menikam.

Mula-mula komen entry aku tentang filem Sepet.

Si Putih kata :
Wei,,aku dh tgk citer sepet..tak best betul,,,dahla blue plak tu...naper la ko kata filem tu kononnye filem mlysia yg pling best la,,apa la...gila aper...cub la ko piki sikit mar oiii....

Aku jawab :
Ini semua soal rasa dan selera. Rasa dan selera aku jauh berbeza dgn rasa & selera kau. Aku hormati rasa & selera kau dan kau juga patut hormati rasa & selera aku . ok? :)

Lepas tu Malek (peserta Explorace musim kedua) pulak komen entry Explorace episod 4. Episod mencarut paling banyak. Cuba kau bayangkan orang yang kau kutuk-kutuk dalam blog dan gelakkan masa tengok Explorace baca blog kau. Hehehehe. I'm speechless. Blushing. Malu...malu... No heart feeling ya Malek.

Malek kata :
(Masa scuba diving)
Tolong sikit! eez yg volunteer utk scuba diving tu. she's a much better diver, and the point is we want to win this race - not proving a point. masa training the day before, saya asyik la terjerumus ke dasar laut atau naik ke permukaan tanpa boleh mengawal 'altitud'

Malek kata:
(Masa di Muzium)
Pembetulan: fido yang cakap saya lari ke sana ke mari macam monkey.

Malek kata:
(Masa di Pulau Duyong)
Eh, kena penalti lah. hukumannya saya kena berlari. fido dpt naik basikal tu, cari tempat 'pak lah tukang' (bot)

Aku : (Speechless)


Aku suka komen-komen pedas dan tajam menikam seperti ini. Komen terhadap tulisan dan pandangan aku (bukan komen yang menghentam peribadi dan diri aku, ok). Sebabnya, bila aku baca komen-komen macam ni aku boleh react dan kata "Wo!!!" walaupun aku belum dapat beli album Wo!!! lagi. Eh, silap, Mak aku sepatutnya.

*Sesiapa yang baik hati bolehlah start kumpul duit sekarang untuk beli CD Wo!!! (hadiah lain pun aku terima jugak) sempena birthday aku 9 hari lagi. Hehehehe.

Sunday, April 03, 2005

Kicap atau Air Sejuk?

Posted by Mar at 11:40 AM 0 comments
MEH LA KLIK SINI<<<<<-----FOTOPAGES UPDATED!!!



Nak kata aku angau,
aku tak bercinta atau dilamun cinta.

Nak kata aku nervous,
final project presentation dah lama berlalu.

Nak kata aku tak cukup tidur sebab study,
semester ni aku tak ada final exam.

Nak kata aku takut,
tak ada kucing, tikus atau hantu dalam rumah aku.

Nak kata aku risau,
aku bukan nak kahwin minggu depan.

Tapi yang peliknya, semalam, instead of tuang kicap atas nasi, aku pergi curah air sejuk atas nasi. Alaaaaaaaaahaaiiii.
 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal