Tuesday, June 07, 2011

Laksam Terbaik

Posted by Mar at 10:40 AM 6 comments



Semalam Encik Suami teringin nak makan makanan negeri dia. Ajak pergi Kampung Baru dia tak nak sebab susah nak cari parking. Akhirnya kami pergi Leha Kelfood Taman Melati.

Saya order fresh orange tanpa gula. Makan tak order pun. Sendiri mau ingatlah kan. Nanti kang sia-sia jer segala ubat yang doktor bagi tu. Suami order laksam dan pengat durian dimakan dengan pulut. Untuk elakkan kempunan saya rasa sesudu dua laksam tu. Terbaik. Pekat kuah laksam tu. Tak adalah cair macam jual kat pasar malam area rumah saya tu.

Itulah laksam terbaik yang pernah saya rasa setakat ni. Nasib baik masih mampu mengawal nafsu. Kalau tak confirm saya order sepinggan. Pengat durian dan pulut tu pun sedap. Pekat kuahnya. Rasa sesudu dua jer. Tak apa kan kan kan.


Saturday, June 04, 2011

Red Velvet Cake

Posted by Mar at 3:50 PM 9 comments

First time buat RVC untuk orang.

Resepi saya ambil dari sini.

Resepi asal boleh tengok di sini.

Monday, May 30, 2011

2nd appointment

Posted by Mar at 8:37 PM 6 comments
Hari ni pergi klinik pusing-pusing sampai pening. Saya rasa Abang Garmin yang bagi instruction lambat tapi Encik Suami kata saya yang tak pandai guna Abang Garmin. Lantak la. Janji sampai klinik kan. Tapi lambat la.

Akibatnya, saya menjadi pesakit yang terakhir berjumpa doktor hari ini. Padan muka.

Macam biasa.

Check BP.

Timbang berat. Sudah turun 2 kilogram. Tapi doktor suruh giatkan lagi proses menurunkan berat badan dengan bersenam. Tiba-tiba nak say hai dengan Celebrity Fitness. Eheeeemm.

Doktor terangkan tentang laporan HSG. Kedua-dua tiub fallopian saya ok. Patent. Alhamdulillah. Legaaaa sangat. Sepatutnya tak ada masalah untuk dapat baby sebab result semen analysis Encik Suami hari tu pun ok. Dia dapat keluarkan 4Mil. 1Mil yang diuji mengandungi 27 juta. 80% berkualiti. Lebih kurang 22 juta. Mungkin kalau kesemua 4Mil diuji lebih kurang 100 juta kot yang ada. Serius doktor tu bercerita tentang itu dengan begitu excited.

Encik Suami ok. Haruslah saya yang kena kerja keras menurunkan berat badan lagi dan lagi. Bulan ni dah boleh mula cuba secara natural. Next cycle dah kena mula dengan bantuan clomid dan BBT chart. Doktor bagi tempoh untuk 3 cycle. Kalau pregnant, terus call klinik. Kalau lepas 3 cycle tak ada apa-apa, perlu jumpa doktor semula. Mungkin lepas Raya nanti.

Semoga ada rezeki buat kami kali ini.

Jumlah yang dibayar hari ini ialah RM60 untuk bekalan clomid bagi 3 cycle. Kali ni tak perlu bayar consultation fee.

Saturday, May 28, 2011

HSG biasa saja, keputusan mendebarkan

Posted by Mar at 10:00 AM 13 comments
Baru balik buat HSG.

Tak ada la sakit sangat. Sakit sikit-sikit saja. Period pain lagi sakit rasanya. Tapi memang darah meleleh la sikit keluar lepas buat HSG tu.

Ingatkan doktor klinik tu nak bagi terus report untuk dibawa jumpa doktor saya Isnin ni. Tapi dia cakap dia akan hantar terus report tu pada doktor saya hari Isnin nanti sebab perlu tanya doktor saya for 2nd opinion.

Saya tanya, "Is there any problem?"

Dia jawab, "Don't worry. We just want to get 2nd opinion?"

Jumlah yang dibayar hari ini ialah RM190 untuk HSG.

Serius saya berdebar dan susah hati.

Kalau anda jadi saya, anda berdebar tak?

Lambatnya hari Isnin.


Tuesday, May 24, 2011

1st Appointment

Posted by Mar at 5:20 PM 6 comments
Hari ni.

1st appointment.

Letak I/C suami isteri di kaunter.

Duduk menunggu.

Nama dipanggil. Check BP. Tulis a few details.

Duduk semula.

Nama dipanggil. Masuk terus bilik doktor. Doktor tanya beberapa soalan.

Masuk bilik lain. Perlu buat transvaginal scan. Pembantu doktor yang buat. PEREMPUAN. Legaaaaaaaaa. Kalau doktor yang buat confirm merah padam muka gua. Hahaha.

Lepas tu cik pembantu doktor panggil doktor untuk tengok skrin. Ya, doktor tengok skrin jer. Legaaaaa lagi sekali di situ. Doktor kata semua nampak ok. Cik pembantu doktor kata uterus pun ok menghadap ke depan. Tidak terbalik.

Tak sakit pun.

Keluar jumpa doktor semula. Dia kata ovari nampak ok, rahim pun ok. Tapi tiub fallopian tak tau ok ke tak. Perlu buat HSG. Bukan kat klinik dia. Klinik lain. Sabtu ni.

Berat badan kena turunkan. Jaga pemakanan. Say NO to bahan perisa, bahan pengawet dan bahan pemanis. Kena bersenam. Kurangkan stress. Banyak baca Al-Quran. Kurangkan pendedahan kepada bahan toksin dan racun seperti asap rokok, pestisid etc.

Keluar bilik doktor, cik pembantu tanya persetujuan untuk buat semen analysis. Encik Suami kata, OK. Result dalam setengah jam. Perfect. 22 juta.

Sebelum balik, dapat Adipex, Metformin dan SPE. Untuk kuruskan badan ya, puan-puan. Kalau tak kurus jugak lepas ni, sila menyorok bawah meja.

Sabtu ni buat HSG. Isnin bawak result HSG jumpa doktor semula.

Consultation fee RM120.
Scan RM50.
Semen analysis RM50
Adipex RM30
Metformin RM9
SPE RM50

Jumlah yang dibayar hari ni RM309.

Monday, May 16, 2011

Termimpi-mimpi

Posted by Mar at 8:13 PM 3 comments
Cik P patut muncul hari ni.

Tapi Cik P masih belum muncul.

Nak gembira sangat nanti meraung sendiri.

Nak sedih. Apa ke hal la pulak kan?

Kerja pun selambak. Tak sempat kot nak fikir beriya.

1st appointment dengan doktor minggu depan.

Seminggu lagi. Lama jugak tu.

Tapi saya dah mimpi jumpa doktor tu. Siap doktor tu tulis surat untuk refer ke hospital kot. Tapi dalam surat ada tulis "clomid" dan perlu admit kat hospital sehari. Lepas tu kena MC. Panjang gak isi surat tu tapi tak berapa nak faham.

Gila ah. Dah termimpi-mimpi bagai ni.

Monday, May 09, 2011

Hari Ibu Itu

Posted by Mar at 5:35 PM 3 comments
Hari Ibu berlalu.

Hati sangat tersentuh.

Sana sini tentang Hari Ibu. Televisyen, suratkhabar, Facebook, Twitter.

Seolah-olah bukan ibu seperti saya tiada tempat di hati mereka.

Namun hati saya jadi terharu hingga hampir menitiskan air mata tatkala mendengar pembaca berita Buletin Pagi turut mengucapkan Selamat Hari Ibu buat wanita yang sedang berusaha bergelar ibu dengan ungkapan "Bersabarlah."

Terima kasih, TV3. Terima kasih kerana ada ruang buat kami pada hari itu.

Wednesday, May 04, 2011

I Would Die For That

Posted by Mar at 9:45 PM 3 comments

What I want most
Before my time is gone,
Is to hear the words
"I love you, Mom."

I would die for that.

(by Kellie Coffey)



Emosi sangat terganggu.

Kerja. Peribadi. Perasaan. Pelbagai.

Kadang rasa nak marah.

Kadang rasa nak nangis.

Kadang rasa nak ketawa puas-puas.

Yang malas nak buat sekarang, bermanis muka yang terlampau.

Sebabnya, nanti akan ada la yang nak ambil kesempatan kan.

Dan akan ada juga mudah nak cari salah.

Buat baik sangat pun jadi masalah.

Buat jahat lagilah salah kan.


Tuesday, May 03, 2011

Posted by Mar at 10:43 PM 3 comments
Masih mengharap.

Tak salah nak mengharap kan?

Bukan kena bayar pun.

Harapan dan impian membuatkan setiap nafas dan denyut nadi saya lebih bermakna.

Thursday, April 28, 2011

3rd Wedding Anniversary

Posted by Mar at 8:00 PM 9 comments

Sebulan lagi.

Hari ni dah dapat hadiah.

Lepas hampir 3 tahun kahwin, tiba-tiba hari ni tengok muka sendiri dalam magazine.

Ya, sedikit jakun di situ. Muka kong kang gua masuk magazine ok. Haruslah jakun. Hahaha.

Sebenarnya, Encik Suami punya kerja la tu. Konon as a gift sempena wedding anniversary. Tapi aci tak gua nak hadiah laiiiiiinnn.

Magazine tak popular pun. Magazine baru rasanya kot. Tapi gua tetap jakun. Maafkan kejakunan gua itu.

Thank you, Suami. I love you. Tapi nak hadiah lain jugak boleh?


Tuesday, April 26, 2011

Appointment

Posted by Mar at 3:38 PM 4 comments
Sudah call klinik tadi.

Dapat appointment hujung bulan Mei.

Harap Allah permudahkan segalanya.

Rasa sangat berdebar. Sebelum call klinik tadi pun rasa berdebar sangat. Terasa nadi berdenyut laju sangat. Nasib baik gadis yang jawab panggilan tu sweet dan baik sangat.

Yes, berdebar mode dah bermula.

Doakan semoga semuanya baik-baik saja.

Wahai hati, bertabahlah.

Confirm jumpa doktor nanti dia suruh turunkan berat badan. Tempoh sebulan ni kalau diet, kurangkan berat badan, bagus jugak kan. By the time jumpa doktor tak ada la berat sangat (walau hakikatnya tetap berat). Hahaha.

Friday, April 22, 2011

30th Birthday

Posted by Mar at 8:31 PM 2 comments
Ya. Umur saya dah 30 tahun. Masih tidak dapat menerima hakikat sudah masuk 3 series. Hahaha. Hati tetap 20 tahun. Boleh? Hahaha

30th birthday.
Mak bagi cadar cantik.
Mak bagi kad.
Dalam kad ada sampul.
Dalam sampul ada duit.
Mak cakap duit tu guna untuk pergi jumpa gynae.

Sekarang rasa nak nangis.

Ok, Mak.

I love you.

Masih rasa nak nangis.

Wednesday, April 13, 2011

Mencari Gynae

Posted by Mar at 6:42 AM 8 comments
Mar dan husband dah buat keputusan untuk buat ujian kesuburan. Untuk pastikan 'masalah' kami. Nak tahu apa yang tak kena dengan kami. Belum ready untuk treatment tapi cuma nak tahu dulu masalah yang ada kat dalam badan ni.

Bukan tak nak pergi hospital kerajaan atau LPPKN. Ada terfikirkan 2 pilihan tu, tapi kalau boleh nak cari tempat yang boleh beri keputusan yang cepat dengan harga yang berpatutan (bukan cekik darah). Dan kalau boleh, nak cari yang berdekatan kawasan Keramat, Setiawangsa, Ampang, Wangsa Maju, Setapak atau kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.

Ada sesiapa yang boleh beri info?


Cik P Mar dah mai :(

Sunday, April 10, 2011

Ting Tong

Posted by Mar at 9:31 AM 0 comments
Lewat kali ni malas nak check.

Tapi.

Mampu ke?

Wednesday, March 16, 2011

Posted by Mar at 10:35 PM 3 comments

Tuesday, February 01, 2011

Debar hati tak siapa yang tahu

Posted by Mar at 1:01 PM 4 comments
Lama sudah tak update blog ini. Masa banyak habis untuk sekolah hatta waktu cuti pun. Yang cuti budak-budak, cikgunya tak cuti pun. Kalau ada masa pun, saya pergi gym atau ganti balik waktu-waktu tidur yang tak cukup tu kan walau hakikatnya lebih banyak ganti tidur daripada pergi gym :)

Dua tiga minggu lepas saya hidup dalam keterujaan, kerisauan dan seribu macam perasaan lain lagi. Hari ini sudah hari ke-59. Cik P masih belum muncul. Kali terakhir Cik P lewat muncul adalah pada bulan Julai 2010. Namun masuk hari ke-42, Cik P muncul tanpa segan-silu.

Cik P patutnya datang awal bulan Januari 2011. Sejak lewat, sudah 4 kali saya check guna UPT. First time check, negative.

Second time, line yang menentukan postive/negative appear waktu air kencing lalu tapi hilang selepas tu. Saya assume negative walaupun dalam hati meronta-ronta nak kata positive sebab suami pun nampak line kedua tu. Saya dah mula hati-hati dalam pergerakan hari-hari. Dah tak pergi gym untuk sementara waktu. Mana tau kot dah lekat cuma masih baru.

Third time check, negative.

Fourth time check, negative.

Cik P masih tak muncul. Saya risau. Kalau pregnant, Alhamdullillah. Tapi saya sangat risau kalau penyakit lain yang datang. Tak pernah Cik P saya selewat ini. Cycle saya biasanya 28-30 hari.

Jauh di sudut hati saya tetap nak fikir saya pregnant. Typical infertile women kot.

Saya nak fikir positif jer sekarang.

Saturday, October 30, 2010

Kisah Si Gadis Popcorn Yang Agak Keji. Unbelievable!!!! (Part 2)

Posted by Mar at 5:58 PM 0 comments

Dah ambik popcorn, kami pun duduk kat kerusi sementara tunggu lampu nombor 4 menyala.

Sampai masanya, masuklah kami dalam panggung.

Gelak punya punya gelak.

Nangis punya nangis.

Cerita pun tamat.

Encik Suami seluk-seluk poket seluar cari duit baki popcorn tadi untuk bayar parking.

Dia panik.

Mana pulak pergi baki duit tadi. Tak ambik ke?

Sebagai isteri yang prihatin, saya ajak Encik Suami naik atas tanya pada kaunter tadi.

Gedebak gedebuk bercerita kat kaunter popcorn tadi, diorang suruh kami tunggu.

Budak yang jaga kaunter masa kami beli popcorn awal-awal tadi tak ada kat situ.

Lebih kurang 5 atau 10 minit lepas tu dapat la balik duit baki yang sepatutnya tu. Alhamdulillah. RM30 tu masih rezeki kami.

Saya akui suami saya careless sebab tak ambik duit baki.

Tapi kenapa budak tu tak serahkan terus pada kami. Bukannya kami menonong masuk panggung lepas ambik popcorn tu. Lama jugak kami duduk kat kerusi depan kaunter popcorn tu. Dia masih boleh keluar dari kaunter dan serahkan duit tu pada kami. Kalau dia sibuk di kaunter, dia boleh suruh kawan-kawan dia yang tak berapa sibuk serah pada kami sebab kami masih duduk di kerusi tu.

Saya syak gadis popcorn tu memang nak songlap duit tu. Tapi malangnya misi dia tak berjaya sebab kami datang balik tuntut baki tu.

Mujurlah dia serah balik duit tu pada kami.

Alhamdulillah.

Positif. Positif. Mungkin dia panik lalu terlupa.

Wednesday, October 27, 2010

Kisah Si Gadis Popcorn Yang Agak Keji. Unbelievable!!!! (Part 1)

Posted by Mar at 7:22 PM 2 comments
Tadi saya menonton filem Life As We Know It.
Show pukul 4.30pm.
TGV Wangsa Walk Mall. First time menonton di sini.
Bersama Encik Suami yang dipaksa bercuti oleh Ast*o. Cuti paksa untuk menghabiskan sisa cuti sebelum hujung tahun.

4.15pm kami sudah terpacak di kaunter popcorn.
Kerana nafsu iblis, kami order 2 large popcorn.
Selalu beli 1 large popcorn di TGV KLCC mesti end up we all gaduh berebut tak cukup popcorn.
So, kali ni order 2.

Sekali hambik ko.
Dia punya large memang gila large nak mamp** punya.
Tapi takkan nak cancel kan.
Redha sajalah.


(Bersambung)

Tuesday, October 26, 2010

Nasi Lemak Pertama

Posted by Mar at 12:07 PM 7 comments
Dah berbulan-bulan rasanya misi saya mencari nasi lemak paling sedap sekitar Keramat ni masih belum berjaya. Nasi lemak yang sedap pada tekak saya ialah nasi lemak yang sambalnya pedas-pedas manis dan lengkap dengan telur (rebus/goreng/dadar tak kisah pun) dan kacang serta ikan bilis goreng. Tapi paling penting sambal pedas-pedas manis itu. Masih tak jumpa lagi yang betul-betul kick.

Tah angin pus-pus mana yang merasuk badan saya ni, setelah 29 tahun hidup atas muka bumi ni, saya buat kali pertamanya telah masak nasi lemak. Nasinya jadi la kan. Tapi sambal yang saya buat, failed ok. Encik Suami selalu cakap saya kalau bab buat sambal memang tak pandai. Kalau anda hebat masak sambal atau apa-apa yang bercili, sila beri tunjuk ajar pada saya ya :)

Ni resepi nasi lemak saya.

Bahan:
4 pot beras
6 pot santan
Garam sikit
3 helai daun pandan

Cara:
Basuh beras.
Rendam beras dalam air biasa 5 minit.
Didihkan santan sekejap.
Masukkan beras, santan, garam & daun pandan dalam periuk nasi letrik.
Tekan suis. Tunggu sampai bunyik "tik", dah masak la tu.Hehehe.

Nasi lemak yang pertama saya pernah masak seumur hidup ini.

Monday, October 25, 2010

Rindu Iwana

Posted by Mar at 12:14 PM 0 comments
Sementelah saya belum punya anak sendiri, jadi saya tumpang la rindu anak orang kan. Rindu sangat dengan Iwana Humaira. Iwana dan mummy dia dah balik Bentong. Mujurlah mummy Iwana rajin juga hantar MMS pada saya. Makin montel Iwana. Makin comel. Geram saya tengok. Mummy Iwana cakap, Iwana suka sangat baring atas play gym yang saya hadiahkan untuk dia tu. Yeaayyy... suka auntie dengar :)

Iwana oh Iwana. Nanti balik sini, auntie datang jengok awak ok :)


Sunday, October 24, 2010

Cotton Soft Japanese Cheese Cake

Posted by Mar at 11:07 AM 2 comments



Beberapa tahun dulu saya selalu buat cheese cake guna base biskut dengan filling cream cheese. Memang sedap la. Masa tu saya siap dapat tempahan daripada kawan-kawan sepejabat. Memang hit la cheese cake saya masa tu.

Tapi saya rasa kek jenis tu is too cheesy. Saya cuba cari resepi yang guna kurang cream cheese tapi dicampur dengan tepung. Cari punya cari saya jumpa resepi ni . Menjadi kek saya. Sedap sangat. Tapi kena makan sejuk-sejuk. Letak dalam peti sejuk sehari semalam dulu, baru makan. Bila nak makan, potong lepas tu makan terus. Kalau tak nak makan simpan dalam peti sejuk. Jangan biar kat luar lama-lama pulak. Nanti kurang syiok.

Saturday, October 23, 2010

Rita Rudaini Hamil Anak Kedua

Posted by Mar at 12:01 PM 2 comments
Walaupun kadang-kadang saya tertekan kerana masih belum mengandung setelah 2 tahun 4 bulan mendirikan rumahtangga, namun saya tetap bersyukur dengan segala nikmat lain yang Allah kurniakan buat saya dan suami. Allah limpahkan nikmat dan rezeki yang tidak terhingga buat kami. Pekerjaan yang baik. Ibu bapa dan mertua yang memahami. Kebahagiaan rumah tangga. Pasangan yang serasi dan memahami. Dan pelbagai macam lagi.

Cuma nikmat untuk memiliki anak sendiri yang belum lagi Allah beri. Mungkin Allah mahu menguji kami supaya lebih kuat dan tabah menempuh hidup yang berliku-liku ini. Allah sayangkan kami, sebab tu Dia uji kami. Allah mahu kami sentiasa memohon dan mengingati Dia. Mungkin jika kami mudah mendapat apa yang kami ingini, kami menjadi alpa dan lupa pada Yang Maha Esa.

Melihat Rita Rudaini mudah hamil dan kini mengandung pula anak kedua, kadang-kadang terbit rasa iri. Tapi saya sedar. Setiap manusia akan diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Rita Rudaini mudah hamil tapi diuji dengan pergolakan rumahtangga dan juga krisis dengan keluarga mertua.

Saya sukar hamil tapi saya dikurniakan dengan keluarga mertua yang memahami dan menyayangi. Suami yang sangat penyayang dan penyabar. Pekerjaan yang baik serta sangat saya minati. Alhamdulillah, saya bersyukur sangat.



*Ko ingat ko selebriti fofular nak banding-bandngkan diri dengan Rita Rudaini??? Uppss... terlebih sudaaaahh.

Friday, October 22, 2010

Masih Edisi Gigih Membalas Pinggan Jiran Sebelah

Posted by Mar at 11:43 AM 0 comments

Kali ni saya buat cream puffs. First time buat sebenarnya. Resepi puffs saya ambik dari sini. Untuk inti saya guna balance buttercream untuk hiasan kek dan brownies sebelum-sebelum ni. Lebih sedap kalau guna custard rasanya. Tapi sebab tak nak membazir, guna jer la apa yang ada kat dapur ya, puan-puan.

Thursday, October 21, 2010

Brownies Hitam Manis

Posted by Mar at 12:22 PM 0 comments



Asalnya minggu lepas saya mengidam sangat nak buat dan makan brownies. Tapi sebab setakat sendiri jer nak makan macam malas pulak nak buat. Hari Ahad saya menggigih jugak buat brownies ni sebab pinggan, mangkuk dan segala aneka piring jiran sebelah masih belum dipulangkan semula. Takkan nak pulangkan pinggan kosong jer kan. Haruslah saya menggigih buat brownies plus memuaskan nafsu melahap saya ni.

Resepi brownies saya ambil di sini. Dah bertahun-tahun saya simpan resepi ni. Bila nak buat brownies, resepi ni la yang saya guna. Sebab utama, bahan dia tak pelik-pelik. Senang nak cari.

Wednesday, October 20, 2010

Gayat

Posted by Mar at 12:26 PM 0 comments

Hari Sabtu lepas saya kena pergi ke Bukit Jalil untuk Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia. Bas datang ambil kami di sekolah. Sampai sana, jauh juga la nak berjalan dari parking lot untuk masuk ke Stadium Putra, Bukit Jalil. Berpeluh jugak la ketiak.


Masuk dalam, kami semua duduk di bahagian atas. Gayat ok. Rasa nak terjunam ke bawah. Rasanya kalau silap gerak sikit confirm boleh tergolek-golek atas peha orang yang beribu-ribu tu.


Nasib baik tak ada apa yang berlaku. Selamat sampai rumah tanpa tergolek tapi gayat memang tak hengat punya.

Tuesday, October 19, 2010

Ayam Resepi Sesuka Hati

Posted by Mar at 12:41 PM 0 comments

Ayam ni saya perap dengan kicap manis, madu, sos Worcestershire dan sos lada hitam. Dah perap, boleh goreng atau grill. Hasilnya.... sedaaappp.


Tak payah la nak beli-beli kat kedai lagi. Sekarang semua pun boleh bikin sendiri. Cheewwaahh.

Monday, October 18, 2010

Faris yang peramah dan comel

Posted by Mar at 12:35 PM 0 comments

Sangat suka dengan Faris yang comel ni. Dia anak buah Kucik, sahabat saya.


Faris sangat la peramah. Pandai layan tetamu. Pandai ambil hati tetamu. Tidak seperti kebanyakan kanak-kanak seusianya yang susah saya nak tackle, Faris sangat pandai tambat hati saya tanpa saya berusaha apa-apa pun.


Faris ada macam-macam cerita. Vocab dia banyak. Cara dia bercerita pun sangat menyeronokkan hati saya.


Saya rindu la dengan Faris.


Farissssss.


Auntie Mar rindu Faris ni.

Sunday, October 17, 2010

Siakap Tiga Rasa

Posted by Mar at 12:20 PM 0 comments
Bila sebut saya beli ikan siakap dengan Encik Suami, dia terus cakap, "Kalau masak tiga rasa sedap tu. Goreng garing-garing."


Saya terus cari resepi. Sudah siap sedia mahu memasak, dengan resepi yang sudah dicetak (eh, macam pantun.)



Suami kata, "Eh, you nak masak sweet sour ke tiga rasa?"



Sahih. Saya sudah silap dengar. Saya dengar sweet sour. Rupanya tiga rasa.



Bila saya jumpa resepi masak tiga rasa, saya rasa macam lebih kurang sama jer dengan sweet sour. Kat mana ek bezanya? Musykil ni.



Resepi saya ambil di sini.

Saya tak guna ikan kerapu. Saya guna ikan siakap.

Saya tak letak tepung jagung.

Daun ketumbar pun saya tak letak.

Untuk ikan, saya lumur dengan tepung jagung, kunyit, tepung Kentucky dan garam. Next time saya takkan guna garam langsung sebab jadi masin di tekak saya.

Saturday, October 16, 2010

Good luck & all the best!

Posted by Mar at 12:11 PM 0 comments

Mimie sudah selamat sampai di Yemen. Sana'a to be exact.


Hilanglah saya seorang kawan di Malaysia ini.


It's ok. Ini cita-cita dan impian dia.

Udara baru, suasana baru. Moga itu membahagiakan Mimie, sahabatku.


Teaching I.D for at least 2 years.


Saya pasti akan merindui Mimie.


Sekarang sudah pun.

Friday, October 15, 2010

Kek Coklat

Posted by Mar at 12:37 PM 0 comments
Saya dah lama tak buat kek coklat. Rasanya dah hampir 2 tahun. Sebenarnya saya dah lama tak baking apa-apa. Tapi sebab saya agak stress lately ni, maka saya perlu aktif baking untuk hilangkan stress.


Lepas 2 tahun tak buat kek coklat, saya buat. Naik elok tapi pahit soda. Semua orang cakap terlebih soda. Sahih saya tersalah sukatan. Patutnya letak 1 teaspoon, tapi saya letak 1 tablespoon.


Kek versi pahit sebab terlebih soda.


Masa Kak H****h ajak makan-makan di rumah dia, saya buat sebiji lagi kek coklat sebagai buah tangan untuk dia. Kali ni ok. Dah tak pahit lagi.


Kek versi bijak sedikit. Dah tak pahit dah.

Resepi saya tak ingat ambil di mana. Sesiapa yang tau asal-usul resepi ni habaq mai naaa.



RESEPI KEK COKLAT



Bahan:
250g butter
300g castor sugar
1 tablespoon ovallete (sila rujuk google untuk rupa ovallete)
250g all purpose flour (saya guna superfine flour)
2 teaspoon soda bicarbonate (kat sini yang saya salah, pastikan teaspoon bukan tablespoon ok)
1 1/2 teaspoon baking powder
Chocolate chip (saya tak letak)



Paste:
1 cawan serbuk koko
60g castor sugar
1 1/4 cawan air



Cara-cara:
1. Pukul butter, castor sugar dan ovallete hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul adunan tadi.

(Dua langkah di atas pukul guna mixer. Langkah 3 dan seterusnya guna whisk sahaja).

3. Masukkan tepung berselang-seli dengan paste sambil terus mengacau adunan. Ulang langkah ini hingga tepung dan paste habis.

4. Tuangkan adunan yang telah siap ke dalam loyang.

5. Bakar dalam pre-heated oven dengan suhu 160 darjah celcius selama 1 jam atau hingga kek masak.

Cucuk tengah kek dengan lidi atau cake tester untuk pastikan kek telah masak. Jika ditarik keluar licin, maka kek sudah masak. Kalau tarik keluar tapi masih ada adunan yang tak masak melekat, kena tambah masa membakar lagi.

Thursday, October 14, 2010

Moga jadi anak yang soleh

Posted by Mar at 12:14 PM 4 comments

Minggu lalu saya dan kawan-kawan sekerja melawat si kecil yang kehilangan ibu pada hari pertama dia melihat dunia. Si kecil yang hanya sempat menyusu dengan ibunya selama 5 minit. Si kecil yang bakal menjadi peneman dan cahaya hidup si ayah dan nenek yang telah kehilangan.
Kecil jer orangnya. Masa lahir 2.3kg. Sekarang dah 2.5kg. Tapi tengok susuk tubuh dan kaki si kecil, tinggi orangnya bila besar nanti.

Nenek si kecil ini beritahu kami, setiap kali sesiapa yang menyebut "Kesian dia. Dah la tak ada mak." atau apa-apa sahaja yang menjurus ke arah ketiadaan ibunya, dia pasti akan mencebik dan terus menangis seolah-olah sangat sedih dengan pemergian ibunya.

Suatu hari pasti si kecil ini akan merindui ibunya.

Si kecil sayang, moga membesar menjadi anak yang soleh ya.
Ya, hati saya masih tersentuh.

Wednesday, October 13, 2010

Homemade Pizza

Posted by Mar at 11:44 AM 0 comments
Dah beberapa kali saya buat pizza. Mula-mula memang banyak cacat celanya. Tapi makin lama makin banyak improve. Sampaikan Encik Suami pun dah bagi thumbs up untuk latest pizza yang saya buat.

Sekarang kalau tekak teringin nak makan pizza rasanya better buat sendiri jer la. Lebih jimat. Lebih fleksibel nak letak topping banyak mana pun. Tapi ingaaaatt. Tak boleh makan selalu. Nanti makin bam-bam. Takuuuttt. Sekarang pun dah bam-bam tapi berlagak cool. Hahaha.

Resepi saya guna yang ini. Tapi saya prefer tak letak oregano kat doh pizza. Untuk topping saya belasah sendiri ikut tekak yang bernafsu iblis ni. Hehehe.




Versi dalam pinggan. Serve dengan chicken wings rentong.

Versi pinggan licin licau.

Tuesday, October 12, 2010

Si Tambang

Posted by Mar at 12:42 PM 0 comments

Saya memang penakut kucing.

Kucing ni jiran saya yang punya.

Tapi turut jadi kemanjaan parents saya.

Si Tambang suka sangat lepak atas kereta saya.

Bila saya nampak dia bersenang-lenang atas kereta, saya mesti mengadu kat Mak, "Maaaakkk, tengoklah Tambang ni duduk atas kereta Mar."

Yang sebenarnya saja cemburu dengan Si Tambang.

Saya saja mengada-ngada jer mengadu dengan Mak.

Konon nak tarik perhatian Mak.


So childish kan. Hahaha.

Monday, October 11, 2010

Ketam Masak Lemak Cili Padi

Posted by Mar at 12:02 PM 0 comments
Kali pertama saya beli barang di NSK saya pergi seorang diri sebab memang lauk dah habis langsung. Encik Suami pulak balik lewat. Disebabkan saya excited nak jugak pergi NSK, saya redah jugak sorang-sorang.

Esoknya, saya bercerita dengan Encik Suami. Saya cerita la saya beli ayam, ikan dan udang. Saya cakap kat NSK ada jugak jual ketam, kerang, daging dan macam-macam lagi la. Encik Suami terus melompat cakap nak makan ketam masak lemak cili padi. Dan-dan tu kitorang pergi NSK cari ketam.

Beli ketam 3 ekor cuma RM5 jer. Balik rumah bekerja keras la saya masak ketam tu. Tu pun nasib baik Encik Suami tolong. Kalau tak tah pukul berapa dapat makannya.

Resepi ketam masak lemak cili padi saya ambil dari sini. Suami kata gulai lemak cili padi paling sedap yang pernah saya masak.

KETAM MASAK LEMAK CILI PADI
Source : Rinn

Ingredients :

4 medium crabs, cleaned and halved
5 shallots ~ minced
3 cloves garlic ~ minced
1 inch fresh turmeric
1 inch ginger
5 bird eye chillies (more if you prefer it hot) ~ minced
enough coconut milk
1 piece dried tamarind
lemon grass ~ bruised
Tomatoes ~ quartered (saya tak letak)
salt to taste
cooking oil

Method :

1. Heat cooking oil in a pot. Add in the minced ingredients till fragrant. Add in lemon grass.
2. Stir for a while then pour in the coconut milk.Keep stirring.
3. When the gravy starts boiling, add in crabs. Leave for a few minutes before adding the dried tamarind and tomatoes. If you have sliced pineapple, add in as well.
4. Add salt to taste and leave to cook.
5. Remove from heat.

Pembantu dapur saya yang paling dedikasi.

Sunday, October 10, 2010

Itu pun nak dipersoalkan ke?

Posted by Mar at 12:07 PM 2 comments
Rakan saya bersalin. Bila orang tanya tentang dia, saya pun bercerita la. Tapi lepas dengar respon yang mendengar cerita saya tu, saya jadi menyesal bercerita dengan dia.

Rakan saya sakit nak bersalin dah seminggu. Bukaan hanya 2cm dan lepas tu terhenti setakat itu sahaja. Akhirnya doktor induce. Selepas dua kali induce bukaan jadi 9cm. Memang doktor suruh dia cuba bersalin normal. Doktor cuba untuk vakum. Tapi bila check air ketuban memang dah kering langsung dan baby dah mula lemah, DOKTOR ambik keputusan untuk buat C-section sebab nak selamatkan baby sebab baby pun dah buang najis kat dalam tu.

DOKTOR sendiri cakap, nasib baiklah rakan saya cepat melahirkan anaknya, kalau tak mungkin baby tak dapat diselamatkan.

Yang buat saya marah dengan orang yang mendengar cerita saya tu, boleh ya dia respon, "Laa, kenapa operate kalau dah bukak 9cm? Dia tak larat kot ek? Nampak dia kat sekolah pun macam lemah jer."

Helloooo. Tahulah ko tu dah beranak 6 kali senang ya amat beranak kan. Tak payah la nak pertikaikan orang tu kena operate ke hapa sebab dia lemah la, tak larat la. Ya, ko memang kuat gagah perkasa. Janganlah samakan diri ko yang hebat tu dengan orang lain.

Maaf, saya sangat emo.

Saturday, October 09, 2010

Fruit Tartlets

Posted by Mar at 12:39 PM 0 comments


Saya tak ingat saya ambil resepi ni di mana. Kalau ada sesiapa yang tahu bagitau saya ya. Boleh saya letak link tuan punya resepi.

Ini kali kedua saya buat fruit tartlets kalau tak silap. Kali pertama rasanya dah lama sangat sampai saya tak ingat bila.

Kalau nak buat pastri tart ni, pastikan tekan betul-betul, nipis-nipis. Saya tak tau yang doh dia akan naik lepas dibakar. End up pastri saya agak tebal. Tapi 2nd batch bakar saya tekan sampai hampir ke acuan. Jangan risau sebab doh tu tetap akan naik sikit lepas bakar.

Bahan Pastri:
250g butter
60g gula halus
1 biji kuning telur gred A
400g tepung gandum
Bahan Filling:
250g cream cheese
50g butter
50g gula halus
(semua bahan di atas dipukul hingga lembut dan sebati)
Buah-buahan hiasan
Cara:
  1. Gaul butter dan gula hingga sebati.
  2. Masukkan kuning telur dan kacau rata.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  4. Masukkan adunan dalam acuan tart dan tekan nipis-nipis.
  5. Bakar dalam pre-heated oven 170 darjah celcius selama 15-20 minit (ikut kesesuaian oven)
  6. Keluarkan tart dan sejukkan.
  7. Letakkan filling.
  8. Letakkan buah-buahan hiasan seperti buah strawberry, kiwi, peach dan sebagainya mengikut selera masing-masing.


Friday, October 08, 2010

Posted by Mar at 12:13 PM 0 comments
Saya ada kawan baik.
Berkawan sejak darjah tiga.
Darjah tiga hingga darjah enam.
Satu kelas.
Sekolah menengah.
Satu sekolah.
Tingkatan satu hingga tiga.
Lain kelas.
Tingkatan empat dan lima.
Satu kelas.
Zaman diploma.
Satu universiti.
Satu fakulti.
Berbeza kursus.

Hari Selasa.
Saya terasa hati dengan dia.
Hanya melalui sms.
Saya sedih.
Pedih.
Penat.

Thursday, October 07, 2010

Masak-masak

Posted by Mar at 12:24 PM 0 comments

Anak murid nak datang rumah. Takkan saya nak cakap tak boleh kan. Alang-alang nak memasak saya ajak juga beberapa orang kawan untuk datang makan-makan. Tak buat open house pun. Makan-makan jer.

Penat nak cerita. Sebab dah penat memasak. Layan gambar jer la ek :)

Lemang beli.


Kuah kacang. Beli kat Restoran Matts, Taman Permata. Balik rumah letak air lepas tu didihkan atas api.


Serunding kelapa. First time buat. Boleh tahan.


Ketupat mini. Beli cap Adabi. Rebus saja.



Serunding daging. Beli jugak.


Timun untuk nasi ayam.


Tomato untuk nasi ayam


Sos cili untuk nasi ayam


Ayam goreng (perap sesuka hati saja)


Pizza sesuka hati juga. First time buat. Sedap jugak.


Kek coklat. Tak sedap sebab terlebih soda. Saya mamai kot sebab letak soda bikarbonat banyak benar.

 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal