Saturday, October 23, 2010

Rita Rudaini Hamil Anak Kedua

Walaupun kadang-kadang saya tertekan kerana masih belum mengandung setelah 2 tahun 4 bulan mendirikan rumahtangga, namun saya tetap bersyukur dengan segala nikmat lain yang Allah kurniakan buat saya dan suami. Allah limpahkan nikmat dan rezeki yang tidak terhingga buat kami. Pekerjaan yang baik. Ibu bapa dan mertua yang memahami. Kebahagiaan rumah tangga. Pasangan yang serasi dan memahami. Dan pelbagai macam lagi.

Cuma nikmat untuk memiliki anak sendiri yang belum lagi Allah beri. Mungkin Allah mahu menguji kami supaya lebih kuat dan tabah menempuh hidup yang berliku-liku ini. Allah sayangkan kami, sebab tu Dia uji kami. Allah mahu kami sentiasa memohon dan mengingati Dia. Mungkin jika kami mudah mendapat apa yang kami ingini, kami menjadi alpa dan lupa pada Yang Maha Esa.

Melihat Rita Rudaini mudah hamil dan kini mengandung pula anak kedua, kadang-kadang terbit rasa iri. Tapi saya sedar. Setiap manusia akan diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Rita Rudaini mudah hamil tapi diuji dengan pergolakan rumahtangga dan juga krisis dengan keluarga mertua.

Saya sukar hamil tapi saya dikurniakan dengan keluarga mertua yang memahami dan menyayangi. Suami yang sangat penyayang dan penyabar. Pekerjaan yang baik serta sangat saya minati. Alhamdulillah, saya bersyukur sangat.



*Ko ingat ko selebriti fofular nak banding-bandngkan diri dengan Rita Rudaini??? Uppss... terlebih sudaaaahh.

2 comments: