Thursday, October 14, 2010

Moga jadi anak yang soleh


Minggu lalu saya dan kawan-kawan sekerja melawat si kecil yang kehilangan ibu pada hari pertama dia melihat dunia. Si kecil yang hanya sempat menyusu dengan ibunya selama 5 minit. Si kecil yang bakal menjadi peneman dan cahaya hidup si ayah dan nenek yang telah kehilangan.
Kecil jer orangnya. Masa lahir 2.3kg. Sekarang dah 2.5kg. Tapi tengok susuk tubuh dan kaki si kecil, tinggi orangnya bila besar nanti.

Nenek si kecil ini beritahu kami, setiap kali sesiapa yang menyebut "Kesian dia. Dah la tak ada mak." atau apa-apa sahaja yang menjurus ke arah ketiadaan ibunya, dia pasti akan mencebik dan terus menangis seolah-olah sangat sedih dengan pemergian ibunya.

Suatu hari pasti si kecil ini akan merindui ibunya.

Si kecil sayang, moga membesar menjadi anak yang soleh ya.
Ya, hati saya masih tersentuh.

4 comments: