Saturday, January 09, 2010

Posted by Mar at 8:06 AM 6 comments

Hari tu pergi Restoran Jumma kat Setiawangsa. Restoran mamak la ni. Teman Encik Suami nak pekena teh tarik dan roti canai. Mar tak teringin pun nak makan atau minum. Bila mamak tu tanya nak order apa, Encik Suami pun bagitau la dia nak makan roti canai dan teh tarik. Mamak tu tanya Mar pulak, "Kakak mau apa?" Mar senyap jer sebab masa tu baru bertekak dan ala-ala merajuk dengan Encik Suami. Dalam beberapa saat jugak la Mar senyap.

Lepas tu mamak tu cakap,"Biasa ke? Belimbing?"

Mar dan Encik Suami dua-dua tergelak (dan tiba-tiba Mar dah tak merajuk lagi) sebab memang sebelum ni pernah order jus belimbing suam tanpa gula kalau datang minum kat situ tapi bukan selalu pun. Mungkin 2 atau 3 kali. Tak pasal-pasal Mar order jugak jus belimbing suam tanpa gula tu sebab terharu dengan kepekaan dan keprihatinan beliau. Hehehe.

Friday, January 08, 2010

Kisah bengang

Posted by Mar at 8:56 AM 0 comments

Mar pergi Giant Setiawangsa beli barang sikit. Dah habis bayar, ambik baki dan resit semua Mar terus jalan. Jalan depan sikit, tiba-tiba Mar perasan yang Mar tak dapat sticker kegilaan ramai itu. Encik Suami suruh Mar pergi mintak kat kaunter sambil dia menonong bawak barang pergi kat kereta. Mar pun pergi la balik ke kaunter tadi. Mar cakap la tak dapat sticker. Mar cakap elok jer tak ada tinggi suara ke apa. Dia cakap dia dah bagi. Dia kata dia letak kat atas sekali. Sah memang tak ada sebab kalau dia letak atas sekali mesti Mar pegang terus. Kalau tercicir pun mesti ada kat situ jugak sebab Mar jengok-jengok jugak kat lantai sekitar kaunter tu.

Bila Mar cakap memang tak ada, dia cakap pulak dia letak kat plastik kecik padahal rasanya barang yang Mar beli tak ada pun dapat plastik kecik. Mar berdiri lagi kat kaunter sambil try call Encik Suami nak suruh dia check. Belum sempat dapat call Encik Suami si-dia-yang-menyakitkan-hati tu terus hulur 2 sticker pada Mar sambil sound Mar, "Lain kali check betul-betul" dalam nada yang sangat menyakitkan hati seolah-olah kita ni bodoh sangat di mata dia. I'm really pissed off. Rasa nak laser balik dia tapi mujurlah masih berfikiran waras plus tak nak nampak bodoh macam dia. Bengang.

Thursday, January 07, 2010

Posted by Mar at 8:44 AM 2 comments
Hari kedua di sekolah Cikgu Mar ni dah membuatkan seorang anak murid menitis air mata. Mar tak marah pun dia. Cuma cakap dan tegur. Tak sangka pulak dia menangis. Agaknya muka Mar ni muka garang kot. Aduuuhhh. Harap-harap mak ayah dia tak mai sekolah serang cikgu ini. Amiiinnn.

Wednesday, January 06, 2010

Perasan Kurus di Broga

Posted by Mar at 7:51 AM 3 comments




























Tuesday, January 05, 2010

Posted by Mar at 7:17 AM 7 comments

Ini peristiwa beberapa hari sebelum hari melapor diri di sekolah. Bersemangat gila menggosok baju untuk stok satu minggu padahal sebelum-sebelum ni punya la pemalas kalau bab menggosok ni. Lebih rela hanya menggosok baju bila perlu sahaja.

Tahun baru.
Kerja baru.
Semangat baru.

Moga berkekalan hendaknya.

Monday, January 04, 2010

A New Journey

Posted by Mar at 5:00 AM 5 comments

Bakal memulakan tugas sebagai pendidik dalam dunia realiti. Ini bukan cobaan, ini betul-betul (Cheh..tiba-tiba). Besar dan berat tanggung jawab yang bakal digalas. Alhamdulillah, Mar bakal mengajar di Kuala Lumpur. Sangat hampir dengan rumah.


Semoga Allah mempermudahkan segala-galanya.
Semoga Mar diterima dengan baik di sana nanti.
Semoga Mar tidak lalai menjalankan tanggung jawab.
Semoga Mar komited melaksanakan tugas yang diberi.


Hari ni kena lapor diri. Berdebar sehh. Doakan Mar ya.

Sunday, January 03, 2010

Jan jan jala jala itik jala ayam

Posted by Mar at 12:39 PM 0 comments
Ada satu petang tu, Kak Long (cousin perempuan paling sulung sebelah Abah) datang rumah melawat Mak. Dia bagi pengat durian. Semua orang tak larat nak makan malam tu. So, simpan la dalam fridge. Boleh makan keesokan harinya untuk breakfast. Mulanya Encik Suami kata makan dengan roti jer la. Dia siap dah beli roti. Tapi tah angin rajin mana tah datang Mar pun cari la resepi roti jala. Cari punya cari jumpa kat http://cdyana2001.fotopages.com/?entry=1541027.

Seingat Mar ni kali kedua Mar buat roti jala. First time buat makan dengan kari ayam. Kari ayam pun buat sendiri tau (tetiba nak gila kuasa hehe). Masa tu kahwin pun belum lagi dengan Encik Suami.

Dalam resepi yang Mar buat ni kata boleh dapat 20 biji, Mar pun buat separuh adunan jer tapi end up jadi macam banyak la pulak maybe sebab Mar guna kuali kecil dan roti jala tu kecil jer Mar boleh tebar. Siap bagi pulak dengan adik Encik Suami malam tu sebab orang kat rumah ni makan tak habis-habis.







Saturday, January 02, 2010

Kegilaan

Posted by Mar at 12:16 PM 5 comments
Jenuh jugak la nak mengumpul. 70 pun tak sampai lagi. Hahaha. Bab-bab menghabiskan duit memang bagi kat Mar. Kuikuikui.


Friday, January 01, 2010

Masak lemak recycle pon sodap

Posted by Mar at 12:11 PM 5 comments
Seperti biasa bila Encik Suami cuti Mar pun masak la menu susah sikit. Susah la sangat kan. Poyo jer statement. Hari ni masak gulai lemak ayam.

1. Blend bawang besar, bawang putih, halia, kunyit hidup dan cili padi.

2. Tumis bahan-bahan yang dikisar dan serai yang diketuk (tapi serai kat rumah ni kehabisan stok, so Mar tak letak serai pun).

3. Dah agak-agak garing sikit, masukkan santan secukupnya. Kalau rasa pekat sangat boleh letak air sikit.

4. Masukkan kentang.

5. Dah mendidih, masukkan ayam.

6. Biarkan hingga ayam dan kentang empuk dan masak.

7. Dah agak-agak masak boleh tutup api.



Siap.


Bila dah malam ada balance kuah dan kentang. Ayam dah selamat. Abah pergi letak belimbing buluh kat dalam kuah tu. Tu yang tajuk entri ni jadi "Masak lemak recycle pun sodap". Tapi tak sempat pulak nak ambik gambar gulai versi recycle tu. Tengok-tengok Abah dah gantung periuk. Nampak sangat sedap kan. Hahahaha.

Thursday, December 31, 2009

Digital Scale With Body Fat Weight

Posted by Mar at 12:08 PM 3 comments
Hari tu ambik katalog "You Are What You Eat". Cold Storage punya. Diorang letak kat CF. Mar pun ambik satu. Bagus la katalog ni. Ada macam-macam barang untuk orang-orang yang tengah nak kuruskan badan dan sangat particular dengan diet-diet ni semua. Bagus untuk menghabiskan duit pun ya jugak. Hahahaha.




Belek punya belek ternampak la digital scale with body fat weight cap First Choice. Harga RM49.99. Harga promosi sehingga 18 Januari 2010. Harga asal RM89.99.


Rasa macam rugi pulak kalau tak beli. Murah sangat ni sebab hari tu tengok kat Carrefour pun harga RM100++ kalau jenis yang boleh measure body fat sekali. Lagipun digital scale yang Mar guna sekarang ni tak boleh check body fat. At last Mar beli jugak tapi sorok kat bilik Mak sebab takut Encik Suami marah sebab digital scale sampai dua kat rumah ni. Kalau dia baca blog ni mampus la Mar kena tiaww nanti. Diam-diam tau. Ni rahsia kita-kita jer tau. Hehehe.

Wednesday, December 30, 2009

Spaghetti Carbonara ke Alfredo ni?

Posted by Mar at 12:26 PM 11 comments
Abang Encik Suami call kata nak datang rumah melawat Mak. Masa dia call hampir pukul 5pm. Katanya nak datang lepas Maghrib. Melompat we all buat decision nak hidang apa untuk diorang nanti. Mar ingat nak bakar muffin jer. Guna strawberi yang beli kat Cameron Highlands hari tu. Tapi Encik Suami beriya suruh buat spaghetti carbonara. Mar tak pernah pun masak carbonara ni. Selama ni pernah makan kat kedai jer. Maknanya kena cari resepi la kan. Tiba-tiba teringat kat resepi Seafood Alfredo dalam blog Adieha. Cari punya cari jumpa la kat http://adieha.blogspot.com/2009/09/adiehas-seafood-alfredo.html. Nak buat carbonara tapi guna resepi alfredo? Apa cerita? Belasah jer la janji rupa dan rasa lebih kurang sama. Hahaha.

Lepas baca resepi Adieha tu, Mar pun tulis la barang apa yang Encik Suami kena pergi beli. Ada barang yang dah ada kat rumah. Ada yang tak ada. Jadi Encik Suami kena pergi Giant dan beli barang-barang ni:

Whipping cream
Grated parmesan cheese
Udang
Cendawan butang
Spaghetti


Sementara Encik Suami pergi Giant, Mar pun buat la muffin. Strawberry muffin la kononnya. Guna resepi hari tu tapi adjust sikit memandai-mandai sebab yang hari tu punya chocolate chip muffin kan macam keras sikit. Lepas tu Mar letak sikit strawberi yang dipotong kecil masuk dalam susu dan blend sekali. Muffin kali ni ok, tak keras tapi sebab letak kepingan strawberi kat atas tu menyebabkan muffin terasa masam sikit kat bahagian atas. So, potong mood sikit la.

Bila Encik Suami balik dari Giant, dia pun nak tak nak kena jadi assistant Mar la kan. Masa dah sangat suntuk. Kang orang dah datang tapi makanan tak siap pulak lagi. Hehehe.

Lepas masukkan muffin dalam oven, Mar pun start la rebus spaghetti dulu. Sementara spaghetti lembut, Mar pun sediakan la bahan-bahan. Mar tak ikut exactly sukatan yang Adieha bagi tu. Agak-agak jer lebih kurang. Lauknya Mar letak isi ayam, cendawan butang dan udang. Oregano Mar tak letak pun. Cara memasak Mar ikut jer cara Adieha tu cuma sukatan sedikit menderhaka sebab malas nak sukat. Mar serve spaghetti tu dengan salad dan tomato yang dihiris-hiris.

Hasilnya, sangat sedap hinggakan abang Encik Suami tanya ni beli yang Prego tu ke? Sentap I ok. Susah payah cari resepi ni, ada ke tuang dari Prego yang dia cakap. Hahahaha. Anyway, thanks sangat-sangat dengan Adieha atas resepi tu.

Mar makan jugak spaghetti tu tapi tak berani ambik banyak-banyak. Ambik sikit jer lepas tu cover dengan tomato dan salad yang banyak. Kalau ikutkan nafsu melantak ni memang nak jer letak banyak-banyak dalam pinggan kan. Tapi kang tension sebab menyesal. Jadi pandai-pandai la control. Hehehe.



Tuesday, December 29, 2009

Kegembiraan selepas setahun di Institut Perguruan

Posted by Mar at 12:23 PM 13 comments

Monday, December 28, 2009

Ayam masak merah @ ayam masak tomato @ ayam masak pedas

Posted by Mar at 12:05 PM 3 comments
Mar punya definisi ayam masak merah dengan ayam masak tomato dengan ayam masak pedas sama jer. Tak ada perbezaan sebab warna sama. Hehehe. Jadi kalau ada orang suruh Mar masak ayam masak merah, inilah resepinya. Kalau suruh Mar masak ayam masak tomato dan ayam masak pedas pun inilah resepinya. Memandai-mandai jer Mar ni kan. Hehehe. Style Mar biasa la kan. Main campak-campak saja.

Mula-mula kahwin dulu Mar beriya ikut resepi untuk masak lauk ni tapi tak pernahnya dapat pujian daripada Encik Suami. Ada jer yang tak kena. Most of the time dia komen pedas sangat. Encik Suami tak tahan sangat makan pedas. Bukanlah tak makan pedas langsung. Makan tapi tak boleh pedas sangat sebab dia kata nanti potong mood dia nak makan.

Jadi memandangkan masak ikut resepi untuk lauk ini menghasilkan komen yang menyentapkan perasaan maka Mar pun try la masak main campak-campak pula untuk ayam masak merah/tomato/pedas ni.

1. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili kering hingga naik bau dan garing sedikit.

2. Masukkan cili boh 1 sudu besar. Biarkan garing.

3. Masukkan carrot.

4. Masukkan sos tomato, sos cili, sedikit gula dan sedikit garam. Kacau rata.

5. Masukkan ayam dan biarkan hingga ayam masak dan empuk.

6. Agak-agak ayam dah masak, masukkan bawang besar yang dipotong bulat. Biarkan layu.

7. Masukkan tomato. Biarkan kejap jer. Terus tutup api.



Inilah hasilnya.

First time Encik Suami kata ayam masak merah/tomato/pedas Mar sedap. Confirm memang lepas ni kalau masak, Mar campak-campak saja. Sebab itulah yang paling sedap sebenarnya. Hahaha.
Posted by Mar at 11:10 AM 9 comments


Gambar kelabu sikit. Mar dok adjust brightness and contrast terus jadi gini pulak.


WEEKLY PROGRES
Starting weight: Early August: 87kg
Week 1: 28 September : 85.1kg (-1.9kg)
Week 2: 05 Oktober : 83.5kg (-1.6kg)
Week 3: 12 Oktober : 80.7kg (-2.8kg)
Week 4: 19 Oktober : 80.9kg (+0.2kg)
Week 5: 26 Oktober : 77.9kg (-3.0kg)
Week 6: 2 November: 79.1kg (+1.2kg)
Week 7: 9 November: 77.5kg (-1.6kg)
Week 8: 16 November: 75.9kg (-1.6kg)
Week 9: 23 November: 76.3kg (+0.4kg)
Week 10: 30 November: 77.3kg (+1.0kg)
Week 11: 7 Disember: 74.4kg (-2.9kg)
Week 12: 14 Disember: 75.6kg (+1.2kg)
Week 13: 21 Disember: 75.1kg (-0.5kg)
Week 14: 28 Disember: 73.0kg (-2.1kg)
TOTAL LOSS as at 28 Disember 2009: 14.0kg
MONTHLY PROGRESS
Early August 2009: 87kg
28 September 2009: 85.1kg (-1.9kg)
26 October 2009: 77.9kg (-7.2kg)
30 November 2009: 77.3kg (-0.6kg)
28 Disember 2009: 73.0kg (-4.3kg)

Sunday, December 27, 2009

Posted by Mar at 12:21 PM 2 comments
Mar godek-godek try kuiz kat FB ni. So, this is the result.



Nampak tak? Tak nampak ek? Ok, Mar copy and paste balik kat sini.

Where will you be 10 years from
now?

Marliza took the Where will you be 10 years from
now? quiz and the result is Theme Parks.

10 years from now.. you'll be seen in a theme park having a walk with
your loved one! You enjoy living the life for the moment..You also love
traveling! You always take things slow and calm!
But beware, time passess by, you never know maybe later or tomorrow would be your last day and you'll regret the things you haven't done!




Sengaja Mar highlight yang merah tu. Memang betul kena beringat tentang yang itu. Antara yang terlintas di fikiran ialah:

1. Having babies. Dalam angan-angan nak 5 orang anak sebab Mar ni anak tunggal. Jadi sangat teringin nak ada ramai budak-budak kat rumah ni. Sedang berusaha ke arah itu cuma belum rezeki lagi.

2. Kuruskan badan. Mesti kena kurus. Tak boleh lengah-lengah. Tak boleh putus asa. Untuk kesihatan masa depan. Sedang berusaha ke arah itu dan sedang menunjukkan hasil sedikit demi sedikit.

3. Further study. Ingat nak buat master. Lepas tu Phd pulak. Tapi takut. Takut tak terbawak. Yang ini kena kuatkan fizikal, mental dan kewangan dulu baru boleh proceed. Sedang memperkuatkan fizikal, mental dan kewangan.

Saturday, December 26, 2009

Pancake

Posted by Mar at 12:00 PM 0 comments
Sebenarnya Mar jarang buat breakfast. Kadang-kadang jer bila angin rajin datang jer Mar buat sebab bila tanya Encik Suami nak makan apa untuk breakfast mesti dia cakap tak payah la. Nak pulak kalau dia masuk kerja tengah hari atau petang. Dia layan tidur dia lagi syok. Mar breakfast selalu dengan HL shake dan air masak jer.

Tapi hari tu dia cuti. Mar pun buat la pancake untuk breakfast. Resepi asal Mar ambik dari http://hanamemories.blogspot.com/2009/12/pancake.html#links . Thanks, Kak Hana. Tapi Mar punya pancake tak la secantik dan secomel pancake Kak Hana. Rupa pancake Mar sangat buruk tapi sedap la. Hehehe. Mar buat separuh adunan jer sebab takut tak habis makan atau dengan kata lainnya untuk mengelakkan jenuh tunggu depan kuali nak menghabiskan adunan. Dapat la dalam 6 keping. 2 keping untuk Encik Suami. 2 keping untuk Abah. Sekeping untuk Mak. Sekeping lagi untuk Mar. Mar makan gitu jer. Orang lain semua makan letak honey.


Friday, December 25, 2009

Sudah jatuh ditimpa tangga

Posted by Mar at 12:17 PM 3 comments
Bosan kan update pasal masak-memasak dan makanan jer. Hari ni kita tukar sikit. Hari Isnin we all pergi Cameron Highlands. Tak tidur sana pun. Bertolak pergi lepas Subuh. Bertolak balik rumah dalam pukul 5pm. Sampai rumah dekat pukul 8pm jugak la selepas sesi pecut-memecut Encik Suami. Jangan dapat saman ekor sudah. Ina (my BFF) pun ikut jugak. Tapi kerja dia asyik membuta kat seat belakang. Bila terjaga asyik nak pergi kencing. Lain kali tobat tak mau bawak dia lagi. Hahahaha. Gurau ajer. Kalau dia tak ada bosan la tak dapat nak kutuk-kutuk dan buli dia. Hahaha.


Matlamat utama nak pergi Cameron Highlands sebab nak terjah Boh Tea Centre yang cantik tu tapi sesuatu telah terjadi. So kena baca sampai habis ok.

Sampai-sampai Cameron Highlands, we all terjah Brinchang. Tempat yang ada jual macam-macam tu sebab Encik Suami dah kebulur nak makan. Pusing kejap kat pasar tu. Tak pusing sangat la sebab tak aim nak beli apa-apa pun. Dalam perjalanan singgah ladang strawberi, bunga dan sayur. Beli strawberi dan makan ais krim strawberi. Share la tapinya kan sebab tak nak rasa bersalah melupakan diet seketika. Hehe. Lepas tu terus pergi Tanah Rata. Berhenti kejap kat situ sebab Ina nak kencing (ni tak ingat dah kali ke berapa sebab dah lost count dah).
Lepas tu we all teruskan la perjalanan nak ke Tea Boh Centre tu. Sebelum pergi hanya survey map kat http://www.cameronhighlands.com/Destination-Guide/About/Maps/ sahaja. Print out dan kalau tengok kat map tu, Boh Tea Plantation adalah di Habu. Jalan punya jalan tak jumpa langsung signboard nak ke Tea Boh Centre tu end up we all dah sampai kat Ringlet dah nak menuju Tapah baru Ina cakap dia ada nampak signboard tu kat area Habu tapi tak confident itu tempatnya. Muka Mar confirm la dah kelat sebab datang sana aim tempat tu jer pun. Ina dah tak berani bersuara sebab dia yang nampak signboard tapi tak bagitau. Encik Suami buat tak tau terus jer jalan. Lepas tu dia nampak orang Asli jual petai. Berhentilah kejap nak beli petai. Nampak pulak durian, dia beli durian jugak. We all bukak sebiji makan kat situ. Lepas tu masih terus jalan menuju ke Tapah sebab Encik Suami tak nak patah balik.

Tapi disebabkan muka bininya yang kelat dan senyap-sunyi maka dia patah balik jugak. We all pun sampai la kat Habu dan ikut la signboard Tea Boh Centre yang Ina cakap tu. Jalan sangat scary ok. Kalau Mar yang drive haruslah tak lepas. Gigih la we all ni masuk ke dalam. Siap naik anak tangga sejauh 174m naik ke view point semata-mata nak pergi kafe tergantung Boh tu. Sangat kecewa ya bila sampai kat puncak, tak ada apa-apa pun. Sekadar tempat untuk tengok ladang teh. Tapi memang cantik sangat. Terpegun sekejap dengan keindahan dan kehijauan alam. Beberapa minit lepas tu we all pun turun. Sambil turun sambil call kawan-kawan yang dah pernah sampai tempat sebenar yang we all nak pergi tu. Call Kucik tak dapat. Call Mimi dia cakap kat Brinchang. Lepas tu dia cakap nanti dia try cari kat Google. Lepas tu dia call balik kata tempat tu kat Sungai Palas menuju ke Gunung Brinchang. Padan la muka we all kan sebab tak survey betul-betul kat mana tempat tu sebelum pergi. Main redah jer pergi, inilah padahnya.
Dah alang-alang kat Cameron Highlands maka kami pun patah balik pulak ke Sungai Palas semata-mata nak ke kafe tergantung tu. Memang jumpa la tempat tu. Jalan lagi scary dari Boh Tea Centre kat Habu tu. Lagi kecik jalan dia. Lagi bahaya. Sampai memang sampai tapi TUTUP on Monday ok. Memang macam Lebai Malang betul we all hari tu. Nak buat apa lagi kan. Balik dengan hati yang sedih dan kecewa jer la.

Apa pelajaran yang kita dapat yer anak-anak?

1. Kalau nak pergi satu-satu tempat tu sila la survey betul-betul terutamanya kalau nak pergi jenis balik hari. Survey kat mana. Bukak pukul berapa. Tutup pukul berapa. Tutup hari apa dan seumpamanya.

2. Encik Suamiku sangat baik dan penyabar orangnya kerana melayan kehendak bininya yang pelik dan mengada-ngada ni walaupun dia dah ala-ala hilang sabar gak rasanya. Hehe. Sayang, I love you tau. Ni betul-betul punya. Sila percaya.

3. Berat masih turun walau pun makan agak melampau pada hari tu. Mungkin gara-gara naik dan turun anak tangga 174m tu. Naik dan turun, 348m tuuu. Jadi laaaaa. Yang penting control portion. Kalau ikut cara Mar, sila cuit-cuit makanan Encik Suami atau share meal 2 atau 3 orang. Jangan share meal dengan strangers pulak ek. Nak kena debik try la. Hahaha.







































 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal