Friday, February 25, 2005

Sepet yang Indah dan Menyenangkan

Posted by Mar at 1:22 AM 1 comments


Aku menonton Sepet tengah hari semalam. Aku tengok Sepet bukan sebab mata aku sepet :). Aku sanggup pergi tengok Sepet sorang-sorang hanya kerana dua sebab. Pertama kerana Yasmin Ahmad. Kedua kerana Sharifah Amani.

Aku melangkah masuk ke TGV KLCC dengan harapan menggunung tinggi. Takut juga kalau kecewa maklum saja sebab kadang-kadang apa yang kita dengar hanya indah khabar dari rupa.

Hampir 2 jam di dalam panggung, aku keluar dengan tersenyum puas dan bangga. Kali ni aku tak malu mengaku ini filem Malaysia. Kau tengok filem ni kau akan nampak Malaysia. Bukan seperti kau pergi ke Purajaya tapi kau seperti berada di negara lain kerana sebahagian besar bangunan kerajaannya tak nampak langsung identiti Malaysia. Forget it. Ni dah masuk cerita lain.

Filem Sepet ialah filem tentang kita. Tentang apa yang kita buat hari-hari. Dalam filem ni kau takkan dengar dialog skema seperti “Saudari, boleh saya berkenalan dengan saudari?” atau “Statistik menunjukkan bahawa ramai pengedar VCD haram terdiri daripada gangster bla..bla..bla..pungkok hang” atau “Malam ini sungguh indah. Bintang-bintang bercahaya. Bulan tersenyum bla..bla..” Yang kau dapat lihat dan dengar ialah dialog-dialog yang biasa kau dengar hari-hari. Ringkas, padat dan bahasa tubuh yang sudah cukup buat kau turut sama merasai jiwa dan perasaan watak-watak dalam filem ini. Sepet akan buat kau menangis dan juga ketawa.

Menonton filem Sepet, aku menangis dua kali. Pertama, bila Orked balik ke rumah dengan hampa, sangat risau dan sangat sedih bila gagal mengesan Jason di mana-mana. Kedua, bila Jason berpesan pada Yam (Adibah Noor) supaya memberitahu Orked yang dia sayangkan Orked.

Sepet ialah filem Malaysia. Jujur. Tidak berpura-pura. Sangat dekat di hati kita. Filem ini ada jiwa. Ada rasa. Ia segar. Ia hidup. Ia tidak kaku, tidak beku, tidak mati. Ia bukan filem plastik. Ia penuh dengan rasa cinta dan kasih sayang. Ia tentang realiti kehidupan. Filem ini sangat Malaysia. Aku suka. Sangat suka. Kalau kau rasa filem Ada Apa Dengan Cinta itu filem cinta yang hebat. Sepet is much more better than that.

There’s only two things that keep annoying me. First, a group of women @ makcik-makcik behind my row asyik dok bergelak-ketawa sepanjang menonton filem tu. Scene yang tak sepatutnya ketawa pun depa dok ketawa terkekeh-kekeh. Sekejap-sekejap, eeeeeee...ooooo..uuuuu. Sangat menyakitkan hati aku.

Second, sampul surat Ah Loong @ Jason kepada Orked bertukar-ganti. Dua kali. Mula-mula masa mak Orked bagi surat pada Orked (masa tu Orked baru balik dari mencari Jason), sampul suratnya lain. Masa Orked nak baca surat tu dalam bilik, sampul suratnya jadi lain. Second,surat lain pulak, masa Orked ambik dari laci, sampul suratnya lain. Masa dia nak baca surat tu dalam kereta on the way ke airport, sampul surat bertukar jadi lain. Tapi bagi aku tu perkara kecil jer berbanding kehebatan sebenar filem ini. Kesilapan kecil macam tu masih boleh dimaafkan. Cuma aku hairan jugak kenapa mata aku tajam sangat semalam? Sebab aku pakai contact-lens baru kot. Hehehehe.

Aku sangat suka suka intro filem ini. Aku suka scene duduk di bus stop berserkup kepala dengan plastik dalam hujan. Aku suka scene duduk di hujung jeti menghadap tasik. Aku suka scene duduk beramai-ramai di tangga menyikat rambut. Aku suka scene Jason mencari bunga kesukaan Orked. Banyak yang aku suka. Mungkin aku perlu menonton sekali lagi sebab aku tak puas menonton hanya sekali. Kali ni aku akan pastikan makcik-makcik tu tak ada dalam panggung :).

Go and watch this film and you’ll know how I feel. Perasan yang sangat indah dan menyenangkan :).

Nangis, nangis dan nangis

Posted by Mar at 1:13 AM 0 comments

Baya & Viji


Azura & Azira

(Malas nak tulis banyak sebab episode kali ni tak se”best” episode minggu lepas. Aku masih dibayangi keseronokan menonton episode minggu lepas dan minggu sebelumnya. Lagipun minggu ni tak ada mamat cute and handsome. Hahaha.)

- Viji tak sepatutnya lari pergi ke baldi setiap kali dapat lokan yang dia cari tu. Memadai simpan jer dalam poket macam yang Azura buat. So, save time. Eeemm, maybe Viji ingat dia dah mendahului di depan Azura, so boleh berlengah-lengah kot tapi tak ke memenatkan tu. Banyak lagi task menunggu maaaaa.

- Baya seorang yang sangat mengikut emosi. Dalam kesemua task yang dia lakukan berseorangan, dia menangis. Mula-mula masa memanjat kat Grand Old Lady. She is fear of height. Dia nangis. Then masa nak angkat anak buaya pun dia nangis. Dia wasting time dengan menangis sepanjang masa. Menangis jer dah sejam. Mana nak menjerit-jerit lagi. Mana nak terlompat-lompat lagi. Dah makan berapa jam dah tu? Dia membiarkan ketakutan menguasai diri. Dia menangis, menangis dan menangis. Aku rasa kalau dia tahan air mata dia dan tak menangis mungkin dia akan perform lebih baik. Dia melakukan kesilapan besar kerana membiarkan air matanya sendiri membunuh rasa yakin dan berani dalam dirinya. But still respect dengan dia sebab managed to complete that task.

- Satu yang aku belajar dari episode Explorace kali ni (atau lebih tepat dari Baya), air mata tu pembunuh sebenarnya. Ia membunuh semangat. Ia membunuh keyakinan. Dan kalau kau masih ingat aku pernah tulis tentang dialog dalam drama Multimedia Super Cintun, “Air mata hanya akan membunuh rasa cinta.” See, it’s true right. Air mata adalah pembunuh. Mungkin lepas ni aku kena kurangkan menangis :).

- I was wondering, teruk sangat ke rasa Manok Pansoh dan Umai tu sampai one of the twin sister tu muntah terbelahar? Eeeemmm…

- Buat Azura & Azira, dah pulangkan ke bendera Sarawak yang korang pinjam tu? Tapi rasanya tak payah pulangkan pun tak apa kot. Suruh diorang beli lain la. Bendera tu macam dah ala-ala pudar jer. Tak patriotik la kalau guna lagi. Hehehehe.

-Jong yang diorang buat tu cantik. Nak mintak satu boleh? Kalau nak suruh aku pi beli kat Sarawak, entah tahun bila ler gamaknya :(.

Lupa nak bagitau, the twin sisters will go to the next round. Congratulations, girls.

Friday, February 18, 2005

Mimpi

Posted by Mar at 12:58 AM 1 comments
Kelmarin aku mimpi. Aku mimpi melawat Kak Max
bersalin kat hospital. Bukan aku seorang. Bersama segerombolan Gejuis yang lain. Aku tak perasan siapa yang ada sebab mimpi aku versi blur dan kelabu. Almaklum saja aku memang rabun dan bila tidur aku tak pakai contact-lens mahupun cermin mata. Mungkin lepas ni bila tidur aku kena pakai cermin mata untuk dapatkan view mimpi yang lebih jelas dan terang umpama menonton VCD yang original bukan versi cetak rompak yang kabur macam ni :).

Tapi yang pasti semua sakan bergambar tak hengat dengan Kak Max di wad bersalin. Tu sebab aku confident dan berani cakap tu bebudak Geju, almaklum saja Geju dan kamera mana boleh dipisahkan. Lagi pulak macam mana aku boleh menyelit pergi melawat Kak Max kalau bukan ada kaitan dengan Geju. Ye tak? Kat hospital mana? Aku tak tau (tapi aku rasa mungkin kat Kedah kot, tak pun area utara sana la kot). Anak lelaki ke anak perempuan? Aku tak tau. Mimpi aku tak bagitau. Bila? Pun aku tak tau. Tiada date and time diprogramkan dalam mimpi aku tu. Aku bukannya masuk dalam time-machine macam Michael J.Fox dalam “Back to the Future” tu. Aku hanya bermimpi. Mimpi aku tak habis kat situ. Ada sambungan lagi.

Lepas pergi melawat Kak Max dan ‘baby’nya kat hospital, geng-geng Geju menghadiri satu majlis. Jangan tanya aku majlis apa. Aku tak sure. Tidak dinyatakan. Nak kata majlis kahwin mungkin jugak sebab semua pakai glamer habis. Warna temanya biru muda ala-ala warna biru Ke*dilan tu. Lepas tu ada gadis-gadis cantik bagi bunga telur. Sahih la ni majlis orang kahwin. Tapi yang aku pelik tiba-tiba Cik Nana muncul dan round meja untuk lucky draw. Musykil. Ni majlis kenduri kahwin or gathering Geju?

Jam loceng handphone uzur dan nazak aku menjerit-jerit mintak dimatikan. Aku terjaga. Mimpi tamat.

Persoalannya :
Kalau ni gathering Geju, waaaahh sungguh hebat dan menarik. Gathering Geju round satu Malaysia. Ala-ala road tour gitu. Best.

Kalau kenduri kahwin, kenapa tiba-tiba Cik Nana muncul untuk upacara lucky draw?

Kalau kenduri kahwin, siapa yang kahwin? Eeemmmm... kahwin kat Kedah or area utara sana. Sahih la orang utara yang kahwin kan.

Pada firasat aku la kan, orang yang kahwin ni, kalau tak Mat Jan, Purbe. Kalau tak Purbe, Kelambu. Kalau tak Kelambu, Kak Pnut . Eh silap. Kak Pnut dah kahwin. Hehehe. Ya, ampuuuuunnn, Kak Pnut. (sekadar menyebut beberapa nama Gejuis yang aku tau berasal dari utara).

Pada firasat korang, siapa?

Mabuk Raya

Posted by Mar at 12:32 AM 0 comments

Nydzam & Muche @ Shahriza


Godwin & Philip

Explorace kembali selepas bercuti sakan sempena Raya Cina minggu lepas. There’s no Explorace last week. This week mereka ke Perlis. Philip & Godwin vs Muche & Nydzam (a standby team setelah Muhammad & Pie menarik diri). Kempunan aku nak menengok Encik Doktor beraksi :(. I’ve never been to Perlis before, so no more mengarut-ngarut dan melalut-lalut pasal pengalaman aku macam kat Terengganu dulu.

Starting point di Padang Besar. Godwin & Muche was taking Route 1 while Philip & Nydzam was taking Route 2.

Route 1. Godwin & Muche was heading to Gua Kelam for their mental task. Mentang-mentang Perlis ni kecik, TV3 betul-betul dera dua-dua kumpulan ni. Hanya basikal dan kaki sendiri menjadi kenderaan rasmi mereka sepanjang episod kali ni. No wonder insiden kekejangan kaki berulang-kali menimpa peserta-peserta malang ini :).

At Gua Kelam, Godwin & Muche was given a question. Both of them managed to answer the questions. I cant exactly remember the question. Tapi yang aku ingat (rasanya la), soalan untuk Muche, “Apakah nama bandar diraja Perlis?”, (jawapan : Arau). From Gua Kelam they have to cycle to Kg. Wang Kelian melalui laluan gelap di dalam Gua Kelam. Mereka perlu mencari Tasik Timah Tasoh untuk task seterusnya.

On the way ke sana, ada satu aksi selamba si Godwin. Godwin berhenti kat satu tempat ni sebab nak tanya arah jalan ke Tasik Timah Tasoh. Kebetulan tempat ni tengah buat open house Hari Raya. Dia dengan tak malunya mintak izin nak join makan sekali kat situ. Dengan senang hati dia enjoy beraya sakan seolah-olah dia sedang “Cuti-cuti Malaysia”. Cheh. Dah ler Tasik Timah Tasoh tu dia tak tau kat celah mana letaknya, boleh pulak senang hati dia makan sampai kenyang kat situ dulu. Lawak..lawak.. Sesuka hati dia jer buat task tambahan sendiri. Aiyoooo..this is race maaaaa. Wake up beb. Tapi dia memang cute and selamba jer buat camtu. Hahahaha. Patutnya ada anugerah peserta Explorace paling selamba. For sure si Godwin boleh menang.

Godwin sampai sesat-sesat lepas tu cari Tasik Timah Tasoh tak jumpa-jumpa sedangkan Muche dah pun sampai dan meneruskan task seterusnya. Sahih la si Godwin dah mabuk ketupat. Kalau team Godwin kalah ni sure la dia kena sumpah 77 keturunan oleh si Philip.

Di Tasik Timah Tasoh, mereka perlu mendayung sampan mengambil 20 ekor ikan di dalam sangkar yang diletakkan di tengah tasik. Dayung jangan tak dayung, moga bertemu si ikan duyung :). Godwin masih mabuk ketupat sebab tak habis-habis mengucap “Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin” pada petugas di check point ini. Parah si Godwin ni. Then, diorang kena bawa pulak ikan-ikan tadi ke Kg. Wang Mu.

Di Kg. Wang Mu, Godwin & Muche perlu menyediakan ikan pekasam bermula dari menyiang ikan, menyediakan bahan-bahan untuk diperap (goreng beras, tumbuk beras) hinggalah kepada memerap ikan (bahan untuk memerap ikan ialah beras yang ditumbuk tadi, garam dan air asam jawa). Mereka tak perlu tunggu 5 hari untuk tunggu ikan-ikan tu siap diperap tapi mereka perlu mencari Golden Key dalam perigi tempat memerap ikan pekasam tu (takde la dalam sangat perigi tu tapi mungkin baunya agak mencabar rongga hidung la kot sebab tempat tu tempat memerap ikan untuk selama 5 hari). Bukan main hulur-hulur tangan jer tau cari Golden Key. Diorang siap kena masuk dalam tu. Ala-ala berendam dalam bath-tub kat hotel 5 star gitu :). And one more thing, perigi tu bukannya ada air semata tapi ada ikan-ikan yang diperap selama berhari-hari. Terseksa ikan tu dibuatnya bila dikirai-kirai oleh mereka berdua ni. Lepas dapat Golden Key, diorang mandi-manda sat kat depan perigi tu untuk hilangkan bau-bauan dan kegatalan yang melanda anggota badan.

Then, diorang kena makan pulak nasi bersama ikan pekasam yang sungguh menyelerakan tu. Pesta makanan betul buat si Godwin. Cadangan aku, mungkin lepas ni Godwin sesuai untuk diserapkan menjadi pengacara Jalan-jalan Cari Makan TV3.

Selesai task di Kg. Wang Mu, barulah mereka meneruskan perjalanan ke Meeting Point di Pusat Khidmat YB Khairi, Kg. Mata Ayer. Sebelum meneruskan perjalanan, Godwin sempat berpesan dengan Pak Jamil, tuan punya tempat membuat ikan pekasam tu, “Pakcik, ikan tu nanti jual mahal sikit tau.” Geli-geleman aku mendengarnya. Eeeeee tak sanggup rasanya nak makan ikan yang siap ada bau badan dan tapak kaki diorang tu. Pakcik, Godwin tu mabuk ketupat. Jangan dengar cakap dia :).

On Route 2, Philip & Nydzam perlu ke Perlis Plantation Berhad dengan menunggang basikal. Sampai di sana, perlu menjawab soalan yang disediakan. Philip gagal menjawab soalan dan bahananya dia terpaksa memotong dan mengumpulkan 7 ikat tebu (1 ikat = 26 batang) yang belum dibakar manakala Nydzam perlu melakukanya dengan kuantiti yang sama tetapi terhadap tebu yang sudah siap dibakar. Mungkin tebu yang dah dibakar ni miangnya kurang sikit kot daripada yang belum dibakar (I’m just guessing, correct me if I’m wrong).

Task seterusnya menanti di Snake & Reptilia Farm. Berkayuh-kayuhan basikal sekali lagi. Nasib la kan, dapat lokasi di Perlis, negeri tekecil di Malaysia. So, TV3 hanya bagi basikal kerana kekecilan negeri ini. Di Snake & Reptilia Farm takdak lain la, depa dok main dengan ulaq. Mula-mula ambik klu dalam karung berisi ular. Lepas tu ambik pulak Golden Box kat dalam sebuah bilik yang didiami beberapa ekor ular. Since Nydzam seriau dengan ular, this task was so challenging for him. Masa nak keluar dari bilik tu, sikit lagi dia tak kena patuk dengan ular tu padahal ular tu memang dah usha kaki dia dah masa tu.

Habis task di sini, barulah mereka ke Pusat Khidmat YB Khairi di Kg. Mata Ayer bertemu dengan pasangan masing-masing. Di sini mereka perlu beraksi dalam perlawanan tomoi menentang wira tomoi di sini. Perlawanan mengambil masa 2 minit setiap seorang. Medic team tak menang tangan masa ni. Mana yang kejang kaki, mana yang kaki melecet. No, no. Bukan wira tomoi yang tercedera. Kalau wira tomoi yang cedera, haruslah diorang bunuh diri akibat keaiban yang maha hebat begitu. As usual la, peserta yang cedera :).

Selesai perlawanan tomoi, kedua-dua kumpulan dikenakan penalti (penalty untuk apa aku tak sure, mungkin sebab kalah dengan wira-wira tomoi tu kot) iaitu menendang batang pisang hingga patah. Bukan..bukan.. Bukan tendang hingga kaki mereka patah. Tendang hingga batang pisang tu patah. Mungkin lebih adventure lagi kan kalau tendang hingga kaki diorang patah. Hehehehe.

Selesai task di sini mereka menuju pula ke Kg. Ngulang menggunakan kaki sendiri, bukan kaki partner mereka :). Again, Godwin & Nydzam mengalami kekejangan kaki. Kalau episod sebelum aku gelar Episod Mencarut Paling Banyak, mungkin episode kali ni perlu digelar Episod Kejang Kaki Bahana Mengayuh Basikal Tak Henti-henti.

Sampai di Kg. Ngulang, mereka semua perlu mencari kunci basikal yang terdapat pada “orang-orang” (patung yang letak kat sawah padi tu) yang bertopi kuning. Lepas dapat kunci barulah diorang boleh gunakan basikal tu untuk ke Finish Line di Dataran Sg. Kechor. Waktu berbasikal ke Finish Line, Nydzam terpaksa menggunakan kaki Muche untuk mengayuh basikal akibat kekejangan kaki yang dialaminya. Kasihaaaan.

Guess. Who win this race? Hahahaha. Kumpulan mabuk ketupat dan gemar membuat task tambahan yang menang. Tak sia-sialah Godwin mengambil tenaga tambahan menjamu selera di jamuan Hari Raya sebagai tetamu tak diundang. Namun hasilnya tetap mantap. Mereka tetap di depan mendahului Nydzam dan Muche. Congratulations to Philip & Godwin, you’ve made it to 2nd round!

Monday, February 14, 2005

Bagai Anak Ayam Kehilangan Bapak Ayam

Posted by Mar at 1:54 PM 0 comments
Encik Lecturer / Supervisor / Advisor aku cuti sakit 3 bulan. Daku terkapai-kapai. Uwaaaaaaaaaaa. Siapa nak bagi markah tesis aku ni? Sia-sia aku mengipas dan meng"air-cond" Supervisor aku selama ni. Inikah balasan yang harus aku terima. Tidaaaaaaaakkkkkkkk.

Encik Ketua Program, jangan tolak saya sana sini macam bola naaaaaaaaa.

I Dont Need Any Valentine's Day Wishes From A Married Man

Posted by Mar at 1:06 PM 0 comments
Gila. Dia memang gila. Aku benci dia. Aku marah. Aku rasa nak lempang dia. Dia suka buat aku sakit hati. Aku tak tahu apa motif dia. Dia ingat bila dia buat macam tu aku boleh jadi tambah kecewa? Dia ingat aku akan cemburu dengan kebahagiaan dia? Boleh blah. Sorry, you failed man. I think you are crazy. I suggest you to see a psychiatrist.


*Ada sesiapa nak menurunkan kadar hormon adrenalin yang membuak-buak keluar dalam badan aku la ni? Beli gula-gula Cloud 9 perasa strawberry tu sebijik cukup la :)

Friday, February 11, 2005

Nak Muntah Sat

Posted by Mar at 3:21 AM 0 comments
Petang semalam aku menonton drama Multimedia Super Cintun buat kali ketiga di NTV7 tanpa rasa jelak, jemu, loya, mual mahupun bosan. Dialog menarik Norman (Azhar Sulaiman) kepada Maya (Norzizi Zulkifli) dalam drama itu sangat menarik perhatian aku.

"Berhenti menangis. Air mata hanya akan membunuh rasa cinta."

Aku : Ya, aku akan berhenti menangis agar rasa cinta dan kasih sayang akan terus subur dalam jiwa. Namun, aku juga tidak akan berhenti menangis agar dapat membunuh terus rasa cinta "yang itu."


Maaf. Aku bermelankolik dan berjiwang-jiwangan bukan kerana dilamun cinta mahupun di-maki-hamun oleh cinta. Aku sekadar meng"divert" kekalutan, ke-kelam-kabutan, kerisauan dan ke-tidak-tentu-halaan menyiapkan final draft thesis yang akan menentukan hidup mati aku di semester akhir ini. Inilah bahananya bila sudah 3 hari ditemani beratus-ratus lagu cinta (dan masih sempat menonton drama cinta) di celah-celah kertas yang bertaburan di atas meja, bawah meja, atas katil, bawah katil, bawah kerusi dan segala bawah yang ada.

Harapan aku agar tidak ada yang berloya-loyaan dan bermuntah-muntahan membaca entry aku ini. Kalau anda masih rasa mahu berloya-loyaan dan bermuntah-muntahan, janganlah menuding jari menyalahkan aku. Saranan aku cuma satu, silalah segera berjumpa doktor di hospital mahupun klinik berhampiran rumah anda. Sekian, terima kasih.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.

*Aku bermarathon di depan monitor dan keyboard sehingga jam 12 tengah hari Isnin ini. Doakan agar aku tidak rebah sebelum waktunya :)

Thursday, February 03, 2005

Benci Betul

Posted by Mar at 11:47 PM 0 comments
DULU



SEKARANG



Dan maskot yang paling sesuai untuk mewakili dan mempromosikan sistem pengangkutan awam paling "efisien kononnya" ini ialah :



ATAU



Aku marah lagi. Mungkin minggu ni minggu marah sedunia aku. Pagi ni kelas pukul 8.30 pagi. Patut-patut aku boleh sampai pukul 8, pagi tadi aku masuk kelas pukul 9.15 dengan selamba siput @ kura-kuranya. Dah la bas sampai lambat. Lepas tu bila dah jalan buat perangai pulak. Sekejap-sekejap berhenti. Sekejap-sekejap berhenti. Asyik tersengguk-sengguk jer memanjang. Tak cukup tidur agaknya bas ni. Tengok bola la tu agaknya. Tak pun bas ni ada projek besar dengan bini dia si Intrakota malam tadi(eh, tapi malam tadi malam Khamis, malam ni baru malam Jumaat. Musykil).

Nasib baik lecturer handsome aku hanya ambik attendance bila aku dah masuk kelas. Mesti dia sayang aku kan (I love you too). Muahahaha. Hujung semester nanti saya penuhkan borang penilaian encik dengan kata-kata pujian melambung ke planet Musytari ya. Hidup Encik Lecturer!!!!

Episod Mencarut Paling Banyak

Posted by Mar at 11:46 PM 1 comments

Faezah & Malek@Hafiz (colleagues)


Nurul & Fido (Engaged)

Apa lagi yang harus aku katakan selain mencadangkan agar episod kali ni dianugerahkan dengan anugerah “Episod Mencarut Paling Banyak” :). This time, they went to Terengganu. My favourite place. I like it very much. I’ve been there once (or maybe twice?) but I already fall in love with that place. Hoping to get an opportunity to go there again. Encik Po, nak jadi tourist guide untuk Mar tak? Hehehehe.

Explorace. Kali ni 2 pasangan bersaing. Fido & Nurul (engaged) menentang Malek & Faezah (colleagues). Fido terang-terangan mengejek Malek yang agak auwwww (kalau aku jadi Malek, mau aku lempang mulut si Fido tu) dan aku tergelak besar mendengar jawapan balas Malek. Bukan kerana dia memperkatakan sesuatu yang berunsur humor tapi kerana nada suaranya yang “ala-ala manja gitu” bisa membuatkan sesiapa pun cair. Hehe. No wonder Fido was making fun of him.

Starting point at Medan Maziah, Kuala Terengganu. Nurul & Faezah were taking Route 1 and Fido & Malik were taking Route 2. Basically, Route 1 (Medan Maziah – Losong - Peladang Setiu Agro Resort – Redang Island) and Route 2 (Medan Maziah – Duyong Island – Terengganu State Museum – Redang Island).

On Route 1, Nurul & Faezah have to go to Pasar Payang searching for Puan Wan Salma (Keropok Selera Kita) to get a question. Soalan untuk Faezah, apakah nama isi ikan yang telah dibentuk seperti kon dan dibalut dengan daun pisang?. Jawapan : Satar (my mom’s favourite). Soalan untuk Nurul, apakah nama tempat di Terengganu yang terkenal dengan kemahiran membuat bot?. Jawapan : Pulau Duyong (I’ve been there, betullll wa cakap lu, talak tipu punya). Both of them managed to answer the questions. Caya la. Episod-episod sebelum ni tak ada sekor hantu pun yang boleh jawab (tapi aku rasa soalan episod kali ni senang sangat la. Aku pun boleh jawab :).

Then, diorang kena berbasikal ke Losong. Again, I’ve been there. Aku confuse. Aku ni nak cerita pasal Explorace or pengalaman aku ke Terengganu. Emmmm :). Apa-apalah. Dulu masa aku pergi Losong ada brader sorang ni cakap dengan aku, “Lepas you tengok tempat orang buat keropok lekor ni ada 2 kemungkinan jer. Sama ada you akan terus makan keropok lekor atau tak lalu nak jamah keropok lekor tu langsung.” Aku? Masih terus melantak keropok lekor yang rupa macam hot-dog tu. Sedap.

Back to Nurul & Faezah, diorang kena buat keropok lekor tu dari mula menyiang ikan hinggalah siap untuk diorang sendiri makan. Gentel jangan tak gentel. Mau lebam dan terlebih masin keropok tu rasanya sebab dah ditambah dengan garam dari peluh diorang yang dok menitis-nitis tu. Kalau korang ada termakan keropok lekor Losong yang rasa masin-masin sikit, sahih tu keropok lekor yang depa buat. Hahahaha. Setelah habis sesi sumbat-menyumbat keropok lekor ke mulut, mereka dikehendaki ke Peladang Setiu Agro Resort.

Tak payah berbasikal lagi dah. Kali ni naik kereta. Kalau aku yang masuk Explorace ni, sahih la aku hanya akan tolak kereta tu sampai ke sana, sia-sia jer TV3 bagi kereta (sila baca ni, ni dan ni untuk tahu kenapa). Faezah samapai dulu di Peladang Setiu Agro Resort. Nurul dah sesat balat. Yang aku pelik dia stop kat pejabat pos untuk tanya arah (she really excited + confident giler masa tu). Macam la staff kat pejabat pos tu tau sangat. Diorang kerja dalam office jer. Lain la kalau dia tanya dengan abang posmen ke, ok la gak kalau dia excited + confident giler (aku mempersoalkan ke”excited”an dan ke”confident”an Nurul bukannya mempersoalkan ke”terror”an staff pejabat pos dalam memberi tunjuk arah, sekian, terima kasih).

Sampai di entrance Peladang Setiu Agro Resort, mereka kena menapak pulak lagi 2.5km untuk task seterusnya. Task seterusnya ialah meredah air (sungai ke tasik?) untuk mendapatkan bekas mengisi nira kelapa. Seterusnya diorang kena panjat pulak pokok kelapa untuk dapatkan nira kelapa. Thank God pokok kelapa tu rendah and ada tangga. Kalau tak masak la 2 gadis-gadis ni nak memanjat.

Lepas dapatkan nira kelapa tu, kena masak pulak untuk jadikan gula nira (alaaaaa, macam gula melaka tu rupa dia). Dah siap masuk dalam acuan (acuan dia daun kelapa yang dah dijadikan gelung-gelung), mereka mendapat beberapa ketul gula nira yang telah beku untuk ditukarkan dengan klu seterusnya.

Mereka dikehendaki berkayak di tengah tasik untuk mendapat Golden Key. Dah dapat Golden Key, kena berbasikal pulak balik ke entrance. Nasib baik ada basikal. Kalau tak pecah ler kepala lutut nak jalan balik ke entrance yang 2.5km tu.

Dari Peladang Setiu Agro Resort, Nurul & Faezah perlu ke Jeti Merang (dengan kereta) untuk mengambil bot ke Redang untuk bertemu pasangan masing-masing. Nurul & Faezah lambat lebih kurang 40 minit hingga ke 1 jam menyebabkan partner masing-masing macam cacing kepanasan menunggu.

On Route 2, dari Medan Maziah, Fido & Malek dikehendaki ke bus stop Pulau Duyong. Stated dalam klu yang Daphne bagi, diorang boleh naik apa saja kenderaan. Boleh pulak 2 hamba Allah ni nak cari bas pergi Pulau Duyong. Nasib baik ingatan dan akal kembali berfungsi, diorang pun naik teksi/kereta sapu. Apa kejadahnya nak tunggu bas? Tah hapa-hapa diorang ni kan? Wasting time. Cheh (macam bagus jer aku kutuk diorang ek, hehehe).

Sampai di bus stop Pulau Duyong, kedua-dua mereka diberi soalan. Soalan untuk Fido, apakah nama tempat penyu bertelur di Terengganu? Jawapan : Rantau Abang (budak tadika pun tahu jawap soalan ni maaaa). Nasib baik Fido boleh jawab. Kalau tak haruslah aku cadangkan pada dia terjun jer kat laut lepas ni. Soalan untuk Malek, apakah nama pasar besar di Terengganu? Jawapan : Pasar Payang. Soalan senang tapi Malek tak dapat jawab but I was wondering kenapa Malek tak kena penalty ek? Ok + senang-senang jer dia dapat next clue lepas tu.

Next, diorang perlu mencari bengkel membuat bot milik Haji Abdullah Musa. I’ve been there. Pernah jumpa Haji Abdullah. Pernah masuk dalam bot-bot dia. Celah-celah bot. Pernah minum-minum atas bot dia. Pernah gayat nak memanjat dari satu bot ke satu bot sebab nak tengok bot tu secara detail untuk projek zaman-zaman diploma dulu. Bot-bot tu harga dia berjuta-juta ringgit tau. Siap untuk export lagi. Hebat tak hebat la pakcik tu. Skill dia memang mantap. Salute sama itu pakcik.

Oppss..oooppss..aku nak cerita pasal Explorace sebenarnya, bukannya nak cerita pengalaman aku kat sana. Sambil menyelam minum Excel apa salahnya kan.

IKLAN : MINUMAN DITAJA OLEH EXCEL :) (any commission for me? :p)

Di bengkel membuat bot ni, Fido & Malek dikehendaki mengecat satu daripada bahagian bot tersebut (sahih la Pakcik Abdullah takkan merelakan diorang cat satu bot, jahanam kalau dibiarkan, hehehe). Lepas habis mengecat diorang kena cari sampul klu seterusnya dalam bot tu. Bot tu besar gabak tau. Jangan ingat kecik comel jer. Siap ada banyak portion kecik-kecik kat dalam tu. Masuk celah sana celah sini baru ler jumpa. Cari sampul kat dalam bot tu ajer pun dah satu baldi peluh diorang. Tu belum nak berlari dan naik basikal lagi tu. Nasib lerrr.

Seterusnya Fido & Malek perlu ke Muzium Negeri Terengganu yang sangat cantik, halus dan tinggi nilai seninya. Rugi siapa yang pergi Terengganu tapi tak singgah kat sini. Tak payah masuk dalam pun tak apa. Tengok kat luar jer pun dah cukup hebat. Ada replika rumah traditional dan istana lama (yang diambil di sebuah tempat dan dipindahkan ke situ. Hebat kan?). Senibinanya sangat menakjubkan. Arkiteknya Raja Bahrin kalau aku tak silap.

Kalau di awal tadi aku cakap episode kali ni patut dianugerahkan dengan anugerah “Episod Mencarut Paling Banyak”, tapi untuk lebih spesifik lagi, perlu diberitahu ialah aksi-aksi waktu dalam perjalanan ke Muzium lah merakamkan paling banyak versi mencarut pelbagai bahasa bila pedal basikal yang ditunggangi Fido tercabut. Buktinya bila tiada bunyi lain yang kau dengar dari mulut Fido melainkan tut..tut..tut.. Oh, I’m impressed.

Di Muzium ini, Fido & Malek perlu mendapatkan klu di dalam sebuah beg yang telah digantung di sebuah perahu. Mereka perlu menurunkan beg tersebut tanpa menggunting tali tersebut. Dialog menarik Malek waktu mengimbas semula aksinya di sini, “Actually I don’t know what to do but I saw Fido running around like monkey. After some arguments with him, then I know what exactly I should do.” Blur rupanya mamat nih. Tapi main redah jer. Ok la tu. Yang penting tenang :).

Klu yang mereka dapat dari beg tersebut megarahkan mereka untuk mencari Golden Box di Galeri Ilmu Kejadian. Cari punya cari rupanya kat dalam pasir kat bawah replika penyu rupanya. Nasib baik penyu tu tak bernyawa. Kalau tak mau penyu tu maki budak berdua tu.

Habis task di Muzium, kedua-duanya perlu ke Jeti Shah Bandar untuk menaiki bot ke Redang (meeting point) bagi bertemu dengan pasangan masing-masing. Puas berperang mulut barulah Faezah muncul membuatkan Malek menjerit kegirangan, auuuwww. Ini membuatkan Fido gundah-gulana lalu menjerit ke arah Malek & Faezah yang sedang berenang ke daratan, “Woiii, relax la woiii..slow-slow la tunggu kitorang.”

Di Pulau Redang, salah seorang daripada mereka perlu turun ke laut untuk aktiviti scuba-diving bagi mendapatkan 6 jaring bertanda merah yang mengandungi kepingan puzzle. Guess, who went for scuba diving? Eeemm, dua-dua kumpulan mengharapkan 2 gadis jelita tu untuk turun ke laut. Kalau Malek aku faham la kenapa tapi Fido yang gagah perkasa pun mengharapkan cik tunangnya turun ke laut. Cheh, so ungentleman. Konon sakit kaki dia kata tapi aku rasa dia nak bermanja-manja dengan cik tunang la tu sebenarnya. Hehehehe.

Lepas dapat ambil 6 jaring tu, diorang kena ambik kepingan puzzle yang diorang dapat tu dan cantumkannya menjadi satu gambar. Bila selesai, baru la boleh bukak Golden Box dan dapat next clue.

Klu mengarahkan mereka ke Jeti Shah Bandar dan seterusnya dari sana mereka perlu mengayuh beca pergi Primula Beach Resort. Jangan ingat Malek tu auuuwww sangat tau sebab dia lebih ganas daripada Fido bila dengan selamba badaknya melanggar bumper sebuah teksi dengan beca meriahnya tu. Tak pasal-pasal diorang kena bayar ganti rugi kat owner teksi tu. Tapi ok la jugak tu daripada dia pi langgar kereta samseng jalan raya, tak pasal-pasal pulak nanti diorang kena belasah sampai masuk ICU. Langsung nanti kempunan nak menang RM100,000. Punah harapan. So, bersyukurlah sebab diorang langgar bumper tu jer :)

Sampai di Primula Beach Resort, 2 team ini perlu melakukan flying fox dari bilik no. 616 ke pantai sambil mencampakkan satu bungkusan ke dalam bulatan di tepi pantai. Berpinar-pinar la biji mata diorang melanggar segala pokok kelapa masa buat flying fox tu. Bila sasaran dah mengena, kena pulak main bola cetong (first time dengar nama permainan ni). Rupa dia lebih kurang macam main bowling la tapi bezanya tiada jatuhan pin tapi yang ada hanyalah jatuhan tin biskut dengan menggunakan buah kelapa. Dari tin-tin biskut yang jatuh tu, diorang kena dapatkan satu tag sebelum menuju ke finish line bertemu Daphne.

Eeemm, auww-auww Malek pun dia menang tau. Yaaaaa, team Malek dan Faezah berjaya ke pusingan kedua menewaskan Fido & Nurul yang nyata sangat kecewa dan menyesal kerana mengejek-ejek Malek di awal perlumbaan tadi (yang ni aku tambah sebagai penyedap rasa :).

SOALAN KUIZ EXPLORACE SEASON 2 TAJAAN BEDAK BATU CAP NYONYA : BERAPA KALIKAH FIDO MENCARUT DALAM EPISOD KALI INI ? (HEHEHEHE, JUST JOKING)

Sunday, January 30, 2005

Kerana Dia

Posted by Mar at 11:59 PM 0 comments
6pm :
On TV. Channel 8. Cerita Jepun. Queen of Lunch Time. Ada mamat Jepun cute, handsome. Cair. Ada awek Jepun cun. Lawa. Ada nasi telur dadar disiram sos daging warna hitam, rupa macam nasi goreng Pattaya. Telan air liur.

7.15pm :
Lapar. Lapar nasi telur dadar cerita Jepun tadi. Lapar ke teringin ke mengidam ha? Abah nak keluar pergi surau. Kirim kat Abah suruh dia beli nasi goreng Pattaya bila balik nanti.

10pm :
Abah panggil. Nasi goreng Pattaya ada atas meja. Perut aku menyucuk-nyucuk. Sakit. Ambik sudu. Makan. Perut sakit. Nasi tak rasa apa. Sedap? Entah. Tak sedap ke? Entah. Perut sakit. Sakit sangat. Bengang. Lidah tak dapat rasa sedap dan nikmat nasi macam awek cun makan dalam cerita Jepun tadi. Tension. Sakit hati. Tak payah kirim beli nasi goreng Pattaya tadi pun tak apa rasanya. Hampeh. Benci. Tapi nak marah kat sapa? Sakit perut. Sapu minyak Cap Kapak. Sakit lagi. Tak ada beza pun. Sakiiiiiiitttttttt.

Besok ada 3 assignment aku kena submit.

Kerana 3 assignment tu dah 3 hari aku tak tengok langsung tesis aku. Frust.

Kerana 3 assignment tu dah sebulan aku tak pernah jumpa advisor/supervisor aku. Frust.

Kerana 3 assignment tu aku tak dapat celebrate birthday Eisya. Frust.

Kerana 3 assignment tu aku tak dapat join GMI BBQ Party. Frust.

Kenapa aku frust sangat ni? Tak puas lagi ke frust menonggeng putus cinta dulu? Jangan nak mengada-ngada. Tak payah nak tambah-tambah beban. Beban kerja yang ada dah cukup banyak. Arrrrgggghh. Perut aku masih sakit. Sangat sakit.

Alangkah indahnya hidup kalau aku jadi macam awek Jepun dalam cerita aku tengok tadi tu. Nikmat kelazatan nasi telur dadar yang dia makan membuatkan dia lebih bersemangat untuk terus menjalani kehidupan yang lebih baik. Hanya kerana sepinggan nasi telur dadar, hidup dia jadi sungguh bahagia.

Tak. Aku tak mintak jadi Siti Nurhaliza yang kaya raya. Aku tak mintak jadi Norjuma yang nak kahwin dengan adik VVIP. Aku tak mintak menang RM100,000 dalam Explorace macam Fariz & Rina (tapi kalau dapat apa salahnya). Aku tak mintak Jehan Miskin mengurat aku. Aku tak mintak Leonardo da Vinci lukis potret wajah aku seperti dia melukis wajah Mona Lisa. Aku tak minta Shah Jahan membina apa-apa monumen seperti dia bina Taj Mahal buat Mumtaz Mahal. Hari ni, aku cuma mintak nak makan nasi goreng Pattaya yang sedap macam awek cerita Jepun tu. Tapi aku tak dapat rasa sedap pun. Kenapa? Marah. Sangat marah. Sakit perut. Sapu minyak. Masih sakit. Sakit sangat.

Sah besok mesti “dia” datang. Menyampah. Eh, tak boleh menyampah. Gila kau. Kalau dia tak datang lagi la aku risau. Tapi aku rasa macam baru jer hari tu dia datang. Sekarang dia dah nak datang lagi. Cepatnya masa berlalu. Masa akan terus berlalu tapi aku masih di sini. Frust sangat.

ALEXANDER
Pelakon : Collin Farrell, Angelina Jolie, Val Kilmer, Anthony Hopkins

BIRTH
Pelakon : Nicole Kidman, Cameron Bright, Danny Huston

I KNOW WHAT YOU DID LAST RAYA
Pelakon : Erra Fazira, Azlee Jaafar, Waheeda

Dah 2 minggu Abah bagi aku 3 keping VCD tu (6 keping sebenarnya). Dah 2 minggu VCD tu tersadai atas dressing table aku. Tak bersentuh langsung. Frust aku bertambah-tambah.

(Jangan tanya aku sama ada VCD tu yang original atau yang cetak rompak. Aku tak tahu. Kalau aku tahu pun aku buat-buat tak tahu. Kalau kau nak tahu, mungkin kau kena tanya Abah aku sebab dia yang beli. Bukan aku :)

Friday, January 28, 2005

Trip To Malacca (Again???)

Posted by Mar at 4:13 AM 0 comments

Jidol, Mimie, Kucik

Entri ni aku tulis sebab ada orang tu bengang masa aku suruh-suruh dia ambikkan gambar 3 gadis-gadis yang pergi Melaka ari tu sampai dia cakap, “Kalau ko tak masukkan dalam Chempakasari (blog aku la tu) siap la.”

Cuti semester minggu lepas aku pergi Melaka (lagi?) for 2 days 1 night (17 & 18 January). As usual la dengan kengkawan aku yang suka buat plan last minute tu, Jidol, Kucik & Mimie. Our last trip to Melaka last August diorang inform aku 3 jam sebelum pergi. Masa diorang call, aku tengah dok syok dulit mimpi lagi. Tapi kali ni tak last minute sangat la. Dua hari sebelum pergi diorang dah inform dah. Kawan-kawan aku sudah semakin terurus. Alhamdulillah. Satu perkembangan yang baik.

Tang inform awal tu dah ok la tapi boleh pulak diorang tak bagitau aku yang diorang rupanya nak tidur sana. Aku dengan melenggang kangkong selamba jer datang jumpa diorang kat Shah Alam baru la diorang bagitau. Apo nak dikato. Terpaksa la terus melenggang kangkong selamba badak menonong ke Melaka.

Kat Melaka kalau tak beli barang tak sah. Tak. Bukan cencaluk. Typical sangat la beli cencaluk kat Melaka padahal banyak lagi benda lain yang lagi best. Contohnya seperti :

1. Berus gigi (beli kat Guardian, Mahkota Parade)

2. T-shirt untuk pakai masa tidur dan keesokan harinya (beli kat Bukit St Paul)

3. Magnetic earings untuk orang yang tak bertindik macam aku (beli kat Jonker Street)

4. Model Malacca’s shophouses (beli kat jonker Street jugak)

Nasib baik hotel tempat kitorang duduk tu ada towel kalo tak towel pun aku kena beli jugak. Kitorang duduk kat budget hotel jer tapi sangat memuaskan hati dan bersih walaupun caj untuk satu malam RM50 jer. Siap ada attached-bathroom, air-cond, TV+Astro, queen size bed, 2 botol mineral water. Promote tak ingat nampak. Udah-udah la tu kan. Bukan aku dapat diskaun pun :P.

Tebang = Terbang ?

Posted by Mar at 3:47 AM 0 comments

Kim & Lynn


Haslina & Vanessa

Episod kali ni aku tak teruja sangat untuk tengok sebab aku tengah dok syok khayal menggentel model Malacca’s shophouses yang beli kat Melaka hari tu. Ditambah pulak tiada jejaka handsome mahupun cute yang boleh aku tenung dan renung untuk dibawa ke alam mimpi :), di samping tiada aksi sumpah-menyumpah atau sumpah-sumpah untuk aku gelakkan.

Anyway, episode kali ni ada 4 orang wanita. Girls Power!!!! Team Kim & Lynn dan juga team Haslina & Vanessa. Lokasi kali ni bertempat di negeri Pahang, negeri terbesar di Semenanjung Malaysia. Kim & Haslina were taking Route 1 while Lynn & Vanessa on Route 2. Basically, Route 1 (Taman Kenangan – Deerland – Gajah Kuala Gandah – Tekam Plantation Resort – Kuala Tahan Jetty) and Route 2 (Taman Kenangan – Pekan Sari - Kampung Bangau Tanjung – Gunung Senyum – Kuala Tahan Jetty).

On Route 1, dari Taman Kenangan, Temerloh, Kim & Haslina menaiki teksi menuju ke Pekan Lama Lanchang. Sampai di sana mereka perlu mencari seorang mamak tukang gunting rambut untuk mendapatkan kunci basikal. Sejak bila mamak tukang rambut menawarkan khidmat sewa basikal yer? Mentang-mentang masuk TV, dan dan tu tambah perkhidmatan ek. Gila glamour dan gila kuasa sungguh mamak tu :)

Dari sana Kim & Haslina perlu berbasikal ke Deerland. Aku tak perasan berapa kilometer tapi yang pasti memang jauh berbelas kilometer la jugak. Kim nampak begitu yakin dan sungguh bertenaga. Muka Haslina nampak macam takut, nervous, letih, tak yakin. Everything. But one thing good about her, dia tak membenarkan keletihan, ketakutan dan segala macam perkara negatif lain menguasai dirinya. Dia terus memberikan semangat buat dirinya sendiri, “Stay focus”...her magic words.

Kim sampai dulu di Deerland. Haslina terlepas entance untuk ke tempat yang sepatutnya. Dia ketinggalan agak jauh di belakang. Ada soalan menanti kedua-duanya di sini. Both of them failed to answer the questions. Therefore, diorang kena mengeluarkan bunyi pelik sebagai memberi isyarat (isyarat apa aku tak sure) kepada rusa-rusa yang ada kat situ. For me, it’s not bunyi pelik la tapi macam vocal training dalam Akademi Fantasia dan Malaysian Idol tu, hehehe. Susah ni. Gila kuasa betul. Penyanyi pun nak jadi diorang ni. It seems like episode kali ni temanya GILA KUASA. Peserta gila kuasa, mamak tukang gunting rambut pun gila kuasa. Ada sapa-sapa lagi nak masuk senarai? :)

Habis task kat Deerland, Kim & Haslina menuju ke Gajah Kuala Gandah untuk memandikan gajah + mandi bersama gajah kat situ. Sungguh romantis mandi bersama gajah dalam bath tub (baca:sungai warna teh tarik) dengan aroma yang sungguh menusuk kalbu bak bersantai di hotel 5 bintang. Kan Kim? Kan Haslina? Hahaha. Setelah puas bermanja-manja dan lencun bersama gajah tu, mereka dikehendaki ke Tekam Plantation Resort, Jerantut.

Here, they have to perform a few tasks to get the Golden Key. Mereka perlu mendapatkan 2 tandan pisang, 50kg (hambik kau) buah cempedak (cempedak ke nangka ha?) dan 20 biji kelapa. Untuk dapatkan pisang, mereka perlu menebang pokok pisang tu. Si Kim boleh cakap, “Ooo...kena ‘terbang’ pokok ni?”. Nak jer aku jawab, “Haaa...terbangkan la pokok tu sampai kat KL. Lepas tu jalan kaki ambik buah pisang tu kat KL. Dah tu berenang bawak pergi Kuching pulak.” Sangat mencabar Explorace kali ni kan? Amazing Race pun kalah. Aiyoooooo..terbang dengan tebang tu are two different words la Kim oiiii.

Lepas dapat dua tandan pisang, nak kena ambik 50kg buah cempedak pulak. Time ni kesian betul dengan si Haslina. Macam nak pengsan dia mengangkat. Nasib ler kan. Nak sangat masuk Explorace, ha hambiiikkk, hehehehe. Lastly, kena mengait 20 biji buah kelapa. Lepas dah cukup semua diorang kena pergi ke Pusat Pengumpulan Buah untuk memastikan kuantiti buah-buahan yang mereka bawa adalah betul dan tepat. Malang sungguh buat Kim sebab buah cempedak yang dia ambik tak cukup 3kg. Nak tak nak walaupun sakit hati, terpaksa la dia patah balik ke dusun untuk ambik lagi buah cempedak tu. Pakcik yang jaga dusun tu sure bengang jer sebab dia dah siap kunci pagar dusun tu. Mungkin dah nak balik kot. Tak pasal-pasal kena bukak balik pagar tu semata-mata untuk 3kg cempedak. Tu laaaaa Kim...nak cepat sangat. Kan dah tersilap timbang (diorang kena timbang siap-siap masa kat dusun sebelum bawak ke pusat pengumpulan). Cuba bawak-bawak bertenang yer Kim. Tak dapek ler nak nolongnya.

Haslina meneruskan cabaran dengan mencari Golden Key di dalam salah satu buah cempedak yang ditempatkan di gerai yang ada di situ. Nasib menyebelahi Haslina. Dia belah buah yang pertama, dia dah jumpa Golden Key. Tapi aku pelik. Macam mana diorang masukkan Golden Key tu dalam buah tu ek? Hairan sampai tak boleh tidur malam aku dibuatnya memikirkan benda tu. Eeeemmmm... Ada sesiapa tahu?

On Route 2, dari starting point di Taman Kenangan, Lynn & Vanessa dikehendaki ke Pekan Sari (macam pasar pagi atau pasar tani) untuk berjumpa dengan salah seorang peniaga di situ. Puas la nak cari satu pasar tu. Takkan nak tanya sorang demi sorang kan? Mampuihh. Bila dah jumpa dengan orang yang dimaksudkan (kedua-duanya dikehendaki berjumpa dengan orang yang berlainan), diorang pun menumpang la naik motor akak tu untuk ke Kampung Bangau Tanjung.

Di Kampung Bangau Tanjung, Lynn & Vanessa perlu menangkap ikan patin. Susah jugak ek nak tangkap ikan tu. Siap terkangkang, terlentang, menyelam macam nak pergi snorkeling pun ada gayanya. Tapi snorkeling yang ini tak ada la nampak dasar laut yang cantik dengan ikan-ikan yang berwarna-warni macam kat Pulau Tioman tapi yang nampak lumpur-lumpur yang berkeladak jer la. Tiba-tiba aku terbayangkan masak lemak ikan patin. Eeemmm..yummy..yummy. Ada sesiapa nak belanja aku makan ikan patin?

Dari Kampung Bangau Tanjung mereka dikehendaki berbasikal ke Gunung Senyum. Berbelas kilometer jugak la nak sampai ke sana. Apa nak buat. SENYUM jer la kan. Baru menepati konsep. Sesuai dengan nama Gunung Senyum tu. Hehehe. Waktu atas basikal, Kim call Lynn. Lynn bagitau Kim, “My ‘good friend’ is coming". Masa promo Explorace dari minggu lepas lagi, aku dok ingat ‘good friend’ tu the other team members. Rupanya ‘good friend’ yang Lynn maksudkan tu ialah kawan baik setiap wanita yang pasti datang setiap bulan selama seminggu tu rupanya. Tapi memang respect sungguh dengan Lynn sebab dalam keadaan kecemasan yang tak terduga tu dia tetap relax, cool dan selamba buat flying fox, terjun dalam air, berlari ke sana ke sini, masuk celah lubang dalam gua, memanjat sana, memanjat sini. Kalau aku la jadi dia sure dah tak keruan dan hilang terus mood nak buat apa-apa pun (tu sebab aku tak masuk Explorace hehehehe).

Vanessa pula sepanjang di Gunung Senyum asyik tersenyum dan bergelak ketawa walaupun dia agak ketinggalan di belakang. She really enjoy the journey. Mungkin Vanessa adalah calon paling sesuai untuk menjadi model mempromosikan Gunung Senyum selepas ni. Kerajaan Negeri Pahang mungkin boleh ambil perhatian :). She's so sweet. Dah dapat Golden Box, mereka perlu ke Meeting Point di Kuala Tahan Jetty untuk bertemu pasangan masing-masing. On the way ke sanalah baru Lynn singgah sebentar di Shell untuk membeli ‘barang tu’ dan menguruskan dirinya sebentar.

Sampai di Kuala Tahan Jetty, Lynn & Vanessa terpaksa menunggu pasangan masing-masing sebelum meneruskan perjalanan ke Kampung Dedari iaitu sebuah perkampungan orang Asli. Haslina sampai dulu di Kuala Tahan Jetty dan terus berlari tak jejak tanah mendapatkan Vanessa untuk menaiki bot ke Kampung Dedari. Lynn agak gelisah dan risau menunggu Kim. Kim masa tu tengah sibuk menimbang dan membelah buah cempedak la tu rasanya. Tak payah la risau-risau Lynn. Kejap lagi sampai la tu :).

Di Kampung Dedari, kedua-dua kumpulan dikehendaki menyalakan api dengan menggesek-gesekkan tali pada sebatang kayu. Nasib baik kayu jer yang berasap bukan telinga diorang yang berasap walaupun sebenarnya hati membara jer sebab api tak gak menyala especially Kim & Lynn bila tengok Haslina & Vanessa dah berjaya menyalakan api. Selesai menyalakan api, mereka perlu membuka Golden Box menggunakan Golden Key untuk mendapatkan klu yang seterusnya.

Mereka perlu ke Finish Line di mana Daphne sedang menunggu di Mutiara Taman Negara. Bukan naik bot yer tapi diorang kena berkayak hingga nun jauh di sana.

Finally, Haslina & Vanessa adalah kumpulan yang pertama sampai di Finish Line dan seterusnya melayakkan mereka untuk ke Round 2 bersama Amir & Dani. Kim & Lynn nampak betul-betul frust sebab dari segi fizikal dan fitness memang mereka cukup bersedia dan lebih menonjol berbanding Haslina & Vanessa. Hanya sedikit kesilapan Kim waktu di Tekam Plantation Resort yang membuatkan team ini ketinggalan.

Satu yang aku belajar dari 2 episod Explorace yang dah berlalu ni ialah kekuatan fizikal bukanlah segala-galanya tapi yang penting ialah kekuatan mental dan fokus terhadap apa yang perlu dilakukan. Kalau korang perasan dah dua minggu peserta yang waktu di starting point cukup yakin, bersemangat dan nampak dominan berbanding kumpulan yang satu lagi, tapi bila sampai di penghujung terpaksa akur pada kekalahan. Kita tengok next week, will it be the same scenario?

Saturday, January 22, 2005

Sumpah Aku Sepak Kau!

Posted by Mar at 11:09 AM 0 comments

Jes & Chum


Dani & Amir

Setelah berpuluh-puluh promo di televisyen, akhirnya yang dinanti pun muncul tiba. Destinasi pertama Explorace Season 2 kali ni bertempat di Sandakan, bandar kedua terbesar di Sabah. 2 kumpulan yang beraksi kali ni ialah Amir & Dani serta Jes & Chum. Aksi Jes & Chum waktu di starting point cukup yakin, bersemangat juga menggerunkan. Bukan menggerunkan penonton (tak, aku tak gerun langsung :). The other team mungkin gerun la sikit kot sebab muka diorang ala-ala pucat lesi toreh pisau pun tak keluar darah bila dihimpit-himpit dan diasak-asak dek kumpulan ni. They are saying something like “Gambatte...gambatte...(if I’m not mistaken, it’s a Japanese word means good luck)..bla..bla..bla..” sambil menghentak-hentakkan kaki yang bisa membuat seluruh Sandakan bergegar.

Starting point mereka ialah di Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre. Di situ mereka dilepaskan untuk memulakan perjalanan oleh seorang jejaka handsome yang kalau korang tengok sure jatuh hati sampai termimpi-mimpi, Toby (seekor orang utan yang comel). Jes & Amir mengambil Route 1 manakala Chum & Dani mengambil Route 2.

Basically, Route 1 (Sepilok – Batu Sapi – Selingaan Islad – Sim Sim Jetty) manakala Route 2 (Sepilok – Kampung Garinono – Gomantong Cave – Sim Sim Jetty). Mereka akan bertemu pasangan masing-masing di Sim Sim Jetty sebelum meneruskan perjalanan bersama hingga ke end point.

Route 1, Jes & Amir diarahkan untuk menuju ke Batu Sapi (a three-legged stone- famous landmark of Sandakan) dengan menaiki bas mini (bukan macam bas mini kat KL tu tapi rupa dia macam van). Amir hangin saja sama itu Jes sebab dia kata Jes asyik mengekor dia dan menumpang sekaki bila Amir sibuk bertanya dengan pemandu-pemandu di situ. Nak tak nak walau dengan perasaan sakit hati, mereka terpaksa berkongsi bas untuk pergi ke Batu Sapi. Waktu dalam bas, terang-terangan Amir tunjuk rasa sakit hatinya pada Jes. Amir cakap pada Jes, “Now you see my back right? You’ll see my back FOREVER.” Sampai di Batu Sapi, puas pulak nak cari duit tukar untuk bayar tambang pada pemandu. Yang diorang bawak RM50. Berkejar ke sana ke mari mencari duit kecil tak termasuk dalam task pun tapi mereka sungguh rela hati melakukan task tambahan walau tiada markah bonus untuk task itu. Nasihat aku buat peserta Explorace yang lain : Sila bawa duit kecik hatta duit syiling sepuluh guni pun tak apa...hehehe.

Sampai di Batu Sapi, masing-masing dikehendaki menjawab satu soalan. Jes ditanya tentang nama lain bagi Sandakan (jawapan : “the gateway to Borneo’s wildlife” atau “a getaway to a natures paradise”) manakala Amir diminta memberikan nama 2 spesis penyu. Both of them failed to answer the question dan dikenakan denda. Dendanya ialah merakamkan gambar 3 Batu Sapi yang ada menggunakan kamera polaroid yang sungguh besar gedabak itu. Rasanya tak susah sangat kot penalti ni cuma kena berkejar ke sana ke mari (boleh naik kenderaan lain) sebab 3 Batu Sapi tu bukan berada dalam satu kawasan yang sama. Siap semua gambar diambil, barulah klu seterusnya diberikan.

Route 2, Chum & Dani bertolak dari Sepilok menuju ke Kampung Garinono juga menaiki bas tapi bukan bas mini. This time, bas besar sikit dan mereka juga menaiki bas yang berasingan. Jangan ingat bas tu berhenti betul-betul di depan kampung tu tapi mereka terpaksa menapak sampai basah seluruh anggota badan (bukan ketiak saja yang basah :).

Sampai di Kampung Garinono, Dani ditanya apakah sungai terpanjang di Sabah (jawapan : Sungai Kinabatangan) manakala Chum pula diberikan satu perkataan yang pelik (Pongo Pygmaeus) dan dikehendaki memberitahu apakah ia (jawapan : Orang Utan). Again, both of them can’t answer the questions. Bahananya, diorang perlu memetik buah salak sebanyak 5 kilo. Jangan ingat petik buah salak (snake skin fruit) macam petik buah rambutan yer walaupun petik buah salak tak payah guna galah atau memanjat. Dibekalkan dengan sepasang glove, mereka berdepan dengan duri-duri yang bila-bila masa boleh menghiris-hiris tangan diorang. Kalau tak dibekalkan dengan glove rasanya lebih seronok aku melihat episode kali ini hehehehe. Cukup 5 kilo buah salak dipetik baru la mereka diberi klu seterusnya.

Route 1, dari Batu Sapi, Jes & Amir menuju ke Selingaan Island (tempat penyu bertelur, ala-ala Rantau Abang la ni tapi di Sandakan) dengan menaiki bot selama satu jam. Sampai di sana, mereka perlu mencari 3 telur penyu (bola ping pong sebenarnya) yang hilang (of course pegawai-pegawai di situ tidak merelakan telur-telur penyu di Pulau Selingaan didedahkan kepada risiko didera, diramas dan dipecahkan oleh 2 jejaka yang sudah hilang pertimbangan akibat kepenatan :). 3 biji telur itu ditempatkan di 3 tempat yang berlainan iaitu di Explorace Race Hatchery Egg (kena mengorek-ngorek pasir), Snorkelling Point (kena menyelam la pulak) and the Highest Point in the island (mendaki sebuah menara tinjau).

Di Explorace Race Hatchery Egg mereka perlu bermanja-manja dengan pasir-pasir bagi mencari telur yang hilang tu. Bukan mereka yang bernafas dalam pasir tapi tangan saja yang bernafas dalam pasir. Task yang ni sangat mudah macam kacang putih bagi Jes tapi sangat membengkakkan hati seperti makan bubur kacang hijau yang terlupa direbus oleh Amir kerana setiap kali dia mengorek pasir, bukan telur yang dia dapat tapi sekeping kertas, “Sorry, please try again.” Selesai ketiga-tiga task, barulah mereka diberikan Golden Box. Mereka juga perlu menyelesaikan word puzzle untuk mengetahui di manakah Meeting Point untuk bertemu pasangan masing-masing. The actual word is SIM SIM. So, mereka akan ke Sim Sim Jetty.

Route 2, dari Kampung Garinono, Chum & Dani perlu ke Gua Gomantong untuk mendapatkan Golden Key. Bukan di dalam gua tapi di luar nun di atas sana. Gayat tak gayat diorang kena tolak tepi. Panjat tetap kena panjat atau mereka sanggup disekeh oleh kawan masing-masing. Perjalanan yang mudah buat Dani tapi Chum mengambil masa 45 minit untuk mencari Golden Key yang dah diletak kat celah mana pun dia tak tau. Chum sungguh panas hati. Ketinggalan 45 minit di belakang sungguh memberi tekanan dan menggusarkan hati.

Seterusnya Chum dan Dani bertemu Jes dan Amir di Sim Sim Jetty. Dari sana mereka semua perlu ke Sandakan Tourist Information Centre (Wisma Warisan). Nak kena naik bas. Amir dan Dani meluru tanya cik abang konduktor bas yang sorang ni sama ada bas mereka pergi ke Wisma Warisan atau tak. Cik abang tu dengan confident suruh diorang tunggu bas di bahagian bertentangan. Sebijik bas pun tak nampak bayang kat situ. Amir dan Dani dah start merungut-rungut. Khuatir Jes & Chum akan merapati mereka. Di saat-saat genting tu cik abang muka confident tiba-tiba menghampiri mereka kata boleh naik bas diorang untuk ke Wisma Warisan. Haiyooooo, cakap dari tadi kan senang. Agaknya dalam hati Amir & Dani diorang mesti rasa nak tumbuk dan belasah abang muka confident tu. Tak baik, tak baik. Apa-apa pun terima kasih kat abang muka confident.

Dalam perjalanan ke Wisma Warisan...ooohhh, di sini aku tau siapakah sebenarnya jejaka-jejaka yang aku tuliskan dialog mereka dalam entry yang lepas. Nak aku tuliskan kembali? Ok, aku tulis tapi kali ni dengan nama jejaka-jejaka tu sekali.

Amir dalam kalut berlari-lari, tiba-tiba tunduk mengikat tali kasut. Dani bengang dan menjerit, "Kan aku dah cakap tadi, ikat mati la."

Amir yang mengikat tali kasut tadi panas hati, "Kasut aku kena air la bodoh!"

Sampai di Wisma Warisan, mereka dikehendaki menyiapkan patung-patung yang telah tersedia dengan pakaian Suluk-Suluk Tawi/Daling Daling. Bukan satu tapi dua patung. Satu patung lelaki dan satu patung perempuan. Masa yang diambil untuk menyiapkan patung perempuan sungguh lama dengan segala macam mak nenek accessories yang boleh buat pitam jejaka-jejaka ni menghadapnya. Mungkin mereka jatuh hati dengan patung perempuan tu kot hingga berat rasa hati nak meninggalkannya :). Kalau patung-patung ni boleh menjerit, confirm diorang meraung-raung satu Sandakan akibat dikerjakan oleh 4 jejaka ni. Patung ni siap berdiri, terlentang, meniarap dan yang kelakarnya siap tertanggal tangan. Cedera parah patung tu. Sadis.

Habis task di Wisma Warisan, mereka perlu mendapatkan Explorace Passport Stamp di 4 lokasi iaitu di Labuk Road Bus Station, Bulatan Replika Sarang Burung, St Michael & All Angles Church dan Sam Sing Kung Temple. Memandangkan Jes & Chum ketinggalan jauh di belakang, mereka mengatur strategi untuk pergi ke lokasi pertama, kedua, keempat dan akhir sekali barulah ke lokasi ketiga dengan harapan mereka dapat mengejar Amir dan Dani. Strategi mereka menjadi.

Keadaan Amir dan Dani agak tegang kerana Amir nampak sangat sudah terlalu keletihan telah ditekan oleh Dani agar lebih laju berlari. Keadaan bertambah tegang bila mereka tersalah jalan dan terpaksa berpatah-balik. Dalam keadaan tertekan inilah rasanya Dani telah bersumpah di hadapan Amir, “Kalau kita kalah ni, sumpah aku sepak kau!”

Tapi nasib sungguh menyebelahi Amir & Dani apabila mereka sampai dulu di Finish Line (English Tea House, Sandakan) manakala Jes & Chum di belakang hanya beberapa saat sahaja. They arrived at Finish Line almost at the same time.

Amir & Dani berjaya untuk ke Round 2. Selamatlah Amir dari disepak oleh Dani tapi tak tau la pulak kalau sumpah ni meliputi hingga ke akhir perlumbaan. Kalau ya, mampus ler ko Amir. Cadangan aku pada Amir : Berdoalah semoga Dani dimakan sumpahnya sendiri hehehehe.

Friday, January 14, 2005

ACTION!

Posted by Mar at 9:13 AM 0 comments
Dialog paling menarik semalam.

DI MELAKA,

“Just now we were having CANDLE LIGHT LUNCH with Pak Lah” – Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik

Waaaaaa…so romantic :)

DALAM EXPLORACE,

Si jejaka dalam kalut berlari-lari, tiba-tiba tunduk mengikat tali kasut. Si partner bengang dan menjerit, "Kan aku dah cakap tadi, ikat mati la."

Si jejaka yang mengikat tali kasut tadi panas hati, "Kasut aku kena air la bodoh!"

EXPLORACE SEASON 2 (EPISODE 1) – THE EXTREME JOURNEY RETURNS

Nothing much on yesterday’s programme. Hanya episod pengenalan. Episod semalam memaparkan flashback Explorace Season 1 dan juga temuramah bersama pemenang-pemenang musim lalu iaitu Fariz & Rina (pemenang pertama), Maria & Jerry (pemenang kedua), Ravin & Sanjeev (pemenang ketiga).

Ada juga dipaparkan video yang dihantar oleh peserta sebagai memenuhi syarat permohonan. Kononnya video tu memaparkan kehebatan dan “keganasan” diorang. Masing-masing cuba nak tonjolkan keistimewaan diri sendiri. Impressive! :)

Ada juga gelagat waktu audition. Kalau tak silap audition ni dijalankan di Empangan Air Kuning. 31 peserta telah terpilih untuk menjalani audition. Audition terbahagi kepada 3 bahagian. Ada physical test (paling best bila diorang kena tangkap belut yang asyik dok melompat-lompat dalam lumpur. Ala-ala bernafas dalam lumpur gitu). Lepas tu ada IQ test dan juga ujian untuk menguji kebolehan berenang dan stamina mereka.

12 kumpulan telah terpilih bersama dengan 4 standby team (mana tau kot ada yang pancit atau tak sanggup nak aniaya/seksa diri sendiri dalam program ni). So, ada 16 kumpulan semuanya.

SELECTED TEAM
Kim & Lyn - Friends/Colleagues
Philip & Godwin - Brothers
Fido & Nurul - Engaged
Muhammad & Pie - Brothers
Aszmy & Faizah - Best Friend & Dating For 7 Years
Haslina & Vanessa - Colleagues/friends
Azura & Azira - Twin Sisters
Hafiz (yang baru diumumkan terpilih pun dah nangis. Lelaki maaa..nangiiiss.Abih camno nak race tu?) & Faezah - Colleagues
Yohanis & Joyce - Boyfriend/Girlfriend
Amir & Dani - Bestfriends
Siti & Viji - Friends
Jes & Cham - Colleagues

STANDBY TEAM
Raymond & Teh - Friends
Irene & Sue - Best friends
Hanif & Narimah - Friends
Hasnydzam & Shahriza - Bestfriends

Finally, ada gelagat krew-krew behind the scene dan juga sedutan Explorace Season 2 yang hanya akan mula beradu tenaga dan minda minggu depan. Basically, Explorace Season 2 ada 3 pusingan. First round, 12 kumpulan akan beradu di 6 lokasi di Malaysia. Second round, 6 kumpulan akan beradu di 3 negara. Final round, 3 kumpulan akan beradu bermula di luar negara dan berakhir di Malaysia. Nampak agak menarik, mencuit hati dan meloyakan tekak juga :). Can’t wait to see the journey begins.

For more info, please visit http://www.explorace.tv3.com.my

Wednesday, January 12, 2005

Siti Jarum yang Ngong

Posted by Mar at 1:18 AM 0 comments
Siapa ada baca kolum Cubit Manja bersama Siti Jarum dalam M*ngg*an Mal*ys*a, 9 Januari 2005? Salah satu artikel dia cerita pasal gosip Normala Samsudin kahwin. Bukan. Aku bukan nak tumpang gosip pasal Normala (walaupun aku sebenarnya nak tahu jugak. Sebab tu aku baca kolum dia, hehe). Ada benda yang aku nak komen sikit pasal Cik Siti Jarum nih (yang mungkin juga realitinya Encik Siti Jarum. Who knows?). Meh aku "quote"kan sikit kat bawah ni apa yang aku nak komen tu.

"Tapi anehnya tak ada pula yang telefon Siti tanya berapa jumlah terkini mangsa tsunami? Kalau nak diikutkan itulah isu yang paling hangat sejak dua minggu lalu. Isu Normala kahwin dah lama dah."

Apa kejadahnya orang nak telefon Siti Jarum ni tanya pasal berapa jumlah terkini mangsa tsunami. Terang-terang tulis kat bahagian atas kolum dia tu HIBURAN. So, maknanya dia kerja kat Meja Hiburan. Lain la kalau Cik Siti Jarum ni kerja kat bahagian Berita ke, Luar Negara ke, logik la jugak orang telefon nak tanya berapa jumlah mangsa tsunami. Dia ingat pemanggil tu bodoh ke nak tanya pasal benda lain pergi telefon kat bahagian lain. Karang kalau buat jugak sah-sah orang yang telefon tu kena maki punya dengan tukang angkat telefon sebab tanya soalan pada orang yang tidak berkenaan. Nanti keluar pulak kat Ruangan Forum, pembaca komplen dimaki oleh staff U*t*san.

Tapi tak tahu la pulak kan kalau Cik Siti Jarum ni kerja dia tulis berita + angkat telefon a.k.a kepochi kat semua bahagian. Almaklum ler mungkin juga ketereran Cik Siti Jarum menyebabkan dia sapu semua kerja kat suratkhabar tu. Entah ler.

(Aku tau la tu kolum Siti Jarum. So, dia punya suka la nak tulis apa kan, kolum dia. Suka-suka jer aku komen orang tulis mengarut-ngarut kan. Aku pun selalu mengarut-ngarut jugak kat sini. Tapi ni blog aku. Aku punya suka la. Siti Jarum tu tulis kat suratkhabar. Soalan aku : Syarikat suratkhabar tu dia punya ker?)

*HARAP MAAF, entry aku kebelakangan ini banyak berunsur kemarahan, keperlian, kesindiran yang mungkin menyinggung perasaan dan merentap jiwa adik kakak abang pakcik makcik datuk nenek. Mungkin kerana sekarang musim mengawan menyebabkan aku asyik rasa nak marah orang. Sebarang keterlanjuran harap dimaafkan. (Aku cakap sekarang musim mengawan sebab sekarang musim orang kahwin, musim orang mengandung, musim orang beranak dan yang paling utama burung yang menumpang kat pokok Mak aku tu makin rapat duduknya dengan isteri yang cantik molek tu. Ya, aku cemburu :)

Friday, January 07, 2005

Explorace All Stars

Posted by Mar at 3:27 AM 0 comments
Explorace Season 2 bakal muncul. Explorace All Stars umpama pemanas enjin. Sebagai pembuka langkah. Dengan niat untuk beramal. It’s only a fundraising episode. Ada 3 kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai dua ahli terdiri daripada seorang warga korporat dan seorang selebriti popular.

Team 1 : Good Year - Harith Iskandar & (I can’t remember his name)
Team 2 : TV3 – Umie Aida & Mr Amil
Team 3 : MAS – Celina 3R & Kapten Nik

First task took place at Sri Pentas TV3. Peserta perlu ke set Berita Terkini untuk dapat klu seterusnya. Team TV3 yang terakhir sekali sampai di set Berita Terkini. Mungkin Encik Amil yang bekerja di TV3 tak pernah tahu di mana set Berita Terkini. Mungkin dia baru beberapa jam diterima bekerja di TV3. Who knows? Hahaha.

Second task, mereka menuju ke Batu Caves. Perlu masak tose di sebuah kafe (restoran mamak sebenarnya). Naik 272 anak tangga ke puncak untuk dapatkan klu (tambah lagi 272 untuk turun). Waktu ni Mak tanya aku. “Mar pernah naik tangga Batu Caves ke?”. Aku jawab, “Tak, kenapa? Mak pernah naik ke?”. “Apa pulak tak pernah. Dulu dating dengan Abah naik tangga Batu Caves la.” Mungkin lepas ni bakal suami aku perlu bawa aku naik tangga Batu Caves untuk meneruskan tradisi keluarga. Hahaha.

Umie Aida yang kurus dan fit tu pun termengah-mengah macam nak putus nyawa turun naik tangga tu. Aku tak dapat bayangkan kalau aku yang naik. Mau pengsan dua tiga kali atas tangga tu. Aku tengok pun penat seh. Group Harith masa mula-mula dah buat silap besar sebab terus naik tangga Batu Caves dengan yakinnya tanpa jumpa Sang Tose yang sedang setia menanti. Dah separuh perjalanan baru diorang sedar dah buat silap. Nak tak nak kena turun balik. Tak dapek la nak nolongnya ek. Harith masa ni dah merah padam. Nasib baik dia tak collapsed masa tu. Partner dia nampak so gentleman bila dia cakap kat Harith masa nak turun, “I’ll wait for you.” Tergoda aku dengan partner dia tu. Muahaha.

Task seterusnya, semua dikehendaki pergi ke Good Year TTDI untuk tukar tayar. Team MAS is leading. Yang paling sadis waktu kat sini bila tengok Harith muntah bahana memanjat tangga Batu Caves tadi. But after that, he’s back on track.

Next, mereka perlu ke Sunway Extreme Park. On the way ke sana, Umie Aida tanpa segan-silu menggelakkan si Harith yang termengah-mengah masa di tangga Batu Caves. Balasannya, team mereka terkebelakang sedangkan team Harith di tempat kedua walhal mereka yang paling akhir meninggalkan Batu Caves dan Good Year TTDI. Di Sunway Extreme Park, mereka dikehendaki menaiki sebuah kenderaan berat yang aku tak pasti namanya. ATVI if I’m not mistaken.

Seterusnya mereka ke Akademi Penerbangan Malaysia, Kelana Jaya. Akademi yang melahirkan krew cabin yang cemerlang hingga MAS dianugerahkan The Best Cabin Crew Award selama 4 tahun berturut-turut. Here, they have to act as stewards and stewardess in a mock-up cabin to serve food to several “passengers” waiting there. After task completed, they will be given the Golden Box and Golden Key. Nothing much here except for TV3’s team. Umie Aida and her partner dah silap masuk tempat. Tak pasal-pasal depa dok kacau beberapa staff MAS yang dok serius berbincang. Nasib diorang tak kena maki. Oppss, aku lupa. Pekerja MAS semua bersopan-santun dan tak akan maki orang punya. Cuma seorang bekas ahli keluarga MAS yang terlampau tu aje yang sedikit kurang siuman dan kurang ajar.

After task is completed, they have to go to Jalan Masjid India (near Mydin). Di sini mereka perlu menghiburkan orang ramai yang lalu-lalang dan mengumpulkan RM5. Dengan duit tersebut mereka perlu membeli tiket Putra LRT menuju ke KL Sentral. Bab naik LRT aku suka sebab tu kenderaan rasmi aku. Hehe.

Di Jalan Masjid India, team Celina 3R (MAS) mengambil langkah bijak sebab tak payah nak menunggu lama untuk kutip RM5. Celina hanya menjual nama 3R dan sejelai t-shirt putih dengan harga RM5 pada seorang akak (yang baru kopak shopping sakan di Mydin dan kemudian dikopakkan pulak oleh si Celina). Team Umie menyanyi sambil menadah topi mengutip duit dari orang ramai. Team Harith menyanyi lagu “Hotel California” hingga habis tanpa menadah topi mengutip duit sedangkan budak-budak kat situ dah excited keluar duit nak bagi diorang. Mungkin Harith tak nak buka topinya sebab takut cahaya silau menerpa dan orang ramai bakal bertempiaran lari. But at last, aku faham kenapa dia kena buat macam tu. Dia nyanyi satu lagu hingga tamat dan dapat RM10 (dua kali ganda daripada yang sepatutnya) sebab diorang perlu bayar tambang lebih untuk pergi ke KL Sentral.

Masa ni memang bengkak hati betul aku tengok team si Harith. Ada ke patut dari Jalan Masjid India diorang menonong pergi ke stesen Star LRT Sogo untuk ke KL Sentral. Aku rasa nak hempuk jer kepala diorang dua orang tu. (Harap maaf, situasi di sini mungkin agak extreme kerana kemarahan penulis yang mem”khinzir” buta. Gelagat kumpulan ini sangat menimbulkan amarah penulis kerana penulis sangat bijak dan obses terhadap pengangkutan awam di Kuala Lumpur). No wonder this team earned RM10 at Jalan Masjid India. Kalau tak, mahu menapak diorang ke KL Sentral.

Finally, as expected, team MAS menang. Mereka menyumbangkan RM10,000 untuk Titian Kasih. Tempat kedua, team TV3 (menyumbangkan RM7,000 untuk PEYAKIN) dan team GoodYear (menyumbangkan RM5,000 untuk Pure Life).

Thursday, January 06, 2005

Awan yang Terpilu

Posted by Mar at 1:45 PM 3 comments
Ahad lepas, dua kali aku menonton video klip lagu ini. Sekali di saluran Astro Ria dan sekali lagi aku tak pasti di saluran mana. Dua kali juga pada hari itu aku menitiskan air mata. Entah kenapa lagu ini cukup menyentuh perasaan aku. Melodinya yang mampu meruntun jiwa ditambah dengan lirik lagu yang cukup menusuk kalbu bisa membuatkan aku leka sebentar dalam dunia aku sendiri. Video klipnya juga aku rasa telah berjaya meraih simpati dan air mata penontonnya (sebelum ni aku tak pernah menangis menonton video klip mana-mana artis). Aku rasa bukan aku seorang. Mungkin selepas ni aku perlu mendapatkan CD album Erti Pertemuan ini yang original. Ya, yang original, bukan yang cetak rompak :)

Seseorang memberitahu mungkin kerana emosiku yang kurang stabil beberapa minggu ini mendorong aku berkelakuan demikian. Dia kata, manakan tidak, menonton berita mangsa bencana tsunami hilang anak-anak di depan mata tanpa sempat berbuat apa-apa, aku menangis. Menonton Aishwarya Rai berlari mengejar Shahrukh Khan dalam filem Devdas, aku menangis. “There’s nothing la kalau kau menangis sebab tengok video klip Ning Baizura. Hakikatnya kau memang kaki melalak,” dia gelakkan aku.

Ya, ya. Aku kaki melalak. Hati aku mudah tersentuh. Hati aku lembik, cepat cair. Bak kata Eisya bila aku kata aku suka warna coklat, “Coklat, nampak kukuh dan teguh tapi cepat cair.” I’m not denying. Betul la tu apa yang kawan-kawan aku cakap. Mereka memang ahli nujum yang bertauliah :)

Tapi lagu ni lain sangat. Suara Ning dalam lagu tu seperti merintih dan merayu. Feel dia masa nyanyi lagu tu berjaya mengheret feel aku juga untuk sama-sama merintih bersama dia walaupun dia tak pernah masuk Akademi Fantasia belajar kelas lakonan untuk belajar menghayati lirik lagu dengan Fauziah Nawi mahupun Fatimah Abu Bakar.

Ya, lagu ini memang kisah tentang dia. Lagu ini memang ditulis untuk dia. Ning yang hebat. Ning Baizura yang pernah menawan hati aku dengan lagu Kau dan Aku lebih kurang 10 tahun yang lalu. Ning Baizura yang pernah aku benci kerana kejelekan sikapnya. Dan kini Ning Baizura yang kembali membuat hati aku meronta-ronta mahu mendengar suaranya.

Double thumbs up for Li Li Zhen, Loloq and Ning Baizura for this wonderful song.

AWAN YANG TERPILU

Kerana cinta
Aku kembara
Bagai camar
Melintas laut
Mencari pohon
Untuk berteduh

Kerana cinta
Aku kembara
Ikut lagu
Bisikan hati
Mendamba kasih
Paling setia

Sepasang sayap
Tak terlihat
Umpama mimpi
Yang tersimpan
Jadi rintik
Rintik hujan
Menciptakan
Awan yang terpilu

Puisi ini
Tercipta lantas
Tak kesampaian
Hajat meronakan
Gelora rindu
Ku kepadamu

Ingin sekali
Aku ungkapi
Isyarat jiwa
Dengan sempurna
Biar kau mengerti
Biar kau sedari
Keadaanku
Yang memujamu

Lagu: Li Li Zhen
Lirik: Loloq
Vokal: Ning Baizura


Oh ya, sempena tahun baru, aku terlupa memberitahu apa azam aku tahun ni.
Azam aku tahun ni : Melaksanakan azam tahun lepas.
Azam aku tahun lepas : Melaksanakan azam tahun sebelumnya.
Azam aku tahun sebelumnya : Melaksanakan azam tahun-tahun sebelumnya :)

Monday, January 03, 2005

Sungguh hebat teknologi sekolah aku kan?

Posted by Mar at 8:55 AM 0 comments
5 tahun dulu aku buat course registration secara manual. Isi borang. Tulis sebijik-sebijik nama subjek yang aku nak ambik, course code bla..bla..bla. Beratur panjang berjela (selalu) dan menunggu seperti buah yang tak jatuh (kadang-kadang) untuk dapatkan tandatangan pengesahan dari ketua program. Hantar pulak borang kat pejabat fakulti. Selesai.

Setahun kemudian teknologi sedikit maju. Aku tak payah bersusah-payah cari ball-pen (aku jarang guna ball-pen, tak suka), cari senarai subjek yang aku nak ambik dan mengapplikasikan teknologi menyalin dan meminjam senarai subjek dari kawan (sebab aku punya dah tak tau aku campak pi mana). Borang kuning yang berlapis-lapis (kek lapis berwarna-warni) tu sekarang dah siap bercetak dengan nama dan subjek yang aku nak ambik mengikut pelan pengajian yang dah ditetapkan. Senang sikit kerja aku. Cuma masih kena beratur panjang berjela untuk dapat tandatangan ketua program. Tak apa. Anggap saja tu sesi bertanya khabar, memuji (baca:mengumpat) dan bergelak ketawa sambil memerhati gelagat manusia yang lalu-lalang. Ini semua sebagai aktiviti sampingan memandangkan berdiri tegak seperti patung cendana bukanlah aktiviti yang mencabar minda.

Hampir ke penghujung pengajian diploma, teknologi semakin canggih. Sekarang dah ada online registration (padahal universiti lain dah buat benda ni dah berkurun dah aku rasa). Tapi bukan student yang buat. Abang handsome kat pejabat yang tolong buatkan. Aku masih kena isi borang kek lapis berwarna-warni tu. Cuma tak payah mintak tandatangan ketua program. Aku pun tak tau kenapa tak payah mintak tandangan. Lantaklah. Lepas tu bagi pada abang handsome. Dia buatkan online registration. Selesai.

Dua tahun lepas (masa aku mula masuk sekolah untuk buat bachelor), teknologi "canggih konon" ini masih diguna pakai. Bawak borang kek lapis berwarna-warni untuk ditandatangani ketua program. Lepas tu bawak pulak pergi computer lab untuk buat online registration. Kali ni buat sendiri. Tak ada abang handsome tolong buatkan. Abang handsome cuma jadi mandur. Lepas buat online registration kena pulak hantar borang kek lapis berwarna-warni ke pejabat. Selesai.

Semester lepas masih dengan proses yang lebih kurang sama tapi dah boleh buat online registration guna line internet kat rumah masa cuti. Bukak semester, borang kek lapis berwarna-warni keluar. Mintak tandatangan ketua progam, hantar borang pi pejabat.

Semester ini...aku tak pasti nak namakan teknologi apakah ini. Mungkin korang boleh namakan. Hadiah akan menyusul kemudian jika nama tersebut berjaya membuatkan aku ketawa berguling-guling seperti cerita hindustan. Hehehehe. Masa awal semseter, buat online registration di rumah. Bila aku tanya pada abang handsome di pejabat pasal borang kek lapis berwarna-warni, dia kata belum keluar lagi. Khabar angin yang aku dengar kemungkinan besar tiada lagi pengeluaran borang tu lagi. Online registration dah memadai. Bagus kan. Semakin hari semakin memudahkan. Aku sayang sekolah aku.

Minggu lepas aku bukak website sekolah, ada berita terpampang minta student melakukan pengesahan terhadap online registration yang dah dibuat sebelum ni. Ok. Jom kita buat pengesahan secara online. Selesai. Yayyyyy. Borang kek lapis berwarna-warni dah pupus. Sekarang dah selesai bab-bab meng"register" subjek yang nak diambik.

30 Disember (lebih sebulan selepas buat online registration)...kawan aku hantar SMS bagitahu borang kek lapis berwarna-warni dah keluar dan dia dah ambikkan untuk aku. Terima kasih kat kawan aku. Dia kata nanti kena mintak tandatangan ketua program dan lepas tu hantar kat pejabat. Registration lagi??????? 1)Online registration 2) Pengesahan terhadap online registration yang dah dibuat 3) Ambik borang kek lapis berwarna-warni 4) Mintak tandatangan artis pujaan (baca:ketua program) 4) Hantar ke pejabat yang ada abang handsome. Kerja gila.

Sudahnya pagi tadi aku terpacak kat punch card sekolah aku untuk tunggu encik ketua program sampai (dia selalu hilang-hilang pi seminar itu, program ini bla3x.. sebab tu aku kena jadi penunggu punch card supaya aku dapat "beramah-mesra" dengan dia. Kadang-kadang aku "main kejar-kejar" jugak dengan dia sebab selalu sangat terjumpa kat tengah jalan. Muahaha)

Aku rasa wujudnya online registration adalah untuk mengurangkan penggunaan kertas dan memudahkan abang handsome dan kakak cun kat pejabat. Tapi sekolah aku masih mahu menggunakan kaedah zaman primitif dengan menggunakan berhelai-helai kertas dan menyuruh abang handsome dan kakak cun bekerja dengan lebih kuat dan memaksimakan masa di pejabat dengan membuat kerja berulangkali. Oh ya, baru aku teringat. Kertas tu kita beli guna duit kerajaan. Mari kita belanjakan. Mari. Pedulikan semua. Mari kita berbelanja besar dan "bergurau senda"/"beramah mesra" dengan student (baca:menyusahkan student). Kesian kat abang handsome dan kakak cun. Kerja senang jadi bertambah rumit. Kerja yang sama dibuat berulang-kali. Sungguh bagus. Orang lain dah sampai ke bulan, kita masih terkemut-kemut di puncak Everest. Hebat kan?

Aku? Seronok jugak jadi penunggu punch-card :P. Itu lebih baik dari beratur panjang berjela. Kan..kan...kan?

Meminjam kata-kata lecturer aku. Ditekankan sekali lagi. Lecturer aku yang kata, bukan aku. "Online registration tu untuk hiasan semata-mata". Lecturer aku yang kata yer. Bukan aku :)

Tuesday, December 28, 2004

Tawa dalam Tangisan

Posted by Mar at 8:20 AM 0 comments
Menghadiri Gathering Geju besar-besaran buat kali pertama, secara peribadinya telah meninggalkan kenangan manis buat diri aku. Berjumpa dengan mereka yang sebelum ini hanya dikenali melalui tulisan-tulisan yang menusuk kalbu, kali ini bertentangan mata pula. Nama-nama yang biasa didengar tapi tak pernah kenal siapa orangnya kini di depan mata.

Tahniah buat AJK Gathering Geju 2004/05 ini. Penat lelah anda tak sia-sia. Dan yang paling seronok bila balik terasa berat bahu memikul door gift balik ke rumah. Pendek kata "macam-macam ada" dalam beg comel yang boleh aku bawak pergi class tu.

Ramai yang aku jumpa hari tu. Yang dah pernah jumpa dan jumpa semula hari tu pun ramai juga. Yang pertama kali aku jumpa di alam nyata...Kak Nis, Walid, Uncle EP, Petz, Lapan, Kak Rosram, Sultan Muzaffar, Afzal, Ayares, Sera Honeybiru, Abg Rudy Bluehikari & wife, Tipah, Kak Nett, Aisyah, Kelambu, Irja, Wkdin, Op, Tok Rimau, Attokz, Kak Nida, Kak Dona, Airiz, Mie, CtZie, Manmoncang, Basri, Ina, Baim, Cik Lebah, Kak Seriadriani, Marilyn, Laili, Kak Engku, Fajar, Khairusy, Spyz. Nak sebutkan semua nama mungkin ada yang tertinggal. Maaflah kalau ada yang tercicir.

Yang jumpa kali kedua, Lin, Yan, Wira, Eisya, Lan & partner, Langsat, Purbe (sorry kalau ada nama yang tercicir).

Terima kasih tak terhingga buat yang sudi "menumpangkan kasih" (baca:kereta)...
Abang Rudy - dari Stesen Komuter Serdang ke The Mines. Terima kasih Abang Rudy.Turut sama "menumpang kasih", Kak Nis (Ratu Bowling Geju),Walid(pemenang Anugerah Pakaian berseri lagi, tak sia-sia ukur KLCC ek), Lin(yang terkejut dengan kemunculan magic aku), Nana(sakit mata sebab mengintai tuttt.Tak pasal-pasal jadi minah vogue petang tu sebab main bowling pakai sunglasses, dalam dewan pakai sunglasses padahal matahari tak nampak bayang pun. Time tu la jugak nak sakit mata ek Nana. Sabor je la).

Yan dan Wira - dari The Mines ke kolej Eisya, UPM (aku tak ingat apa nama kolej Sya ni). Lin pun "menumpang kasih" kasih sekali. Terima kasih Yan & Wira.

Ina - dari kolej Eisya ke Dewan Sri Pulasan Kolej Keenam, UPM. Lepas tu dari dewan ke Restoran Utama (tak sure, rasanya Restoran Utama kot). Kali ni Eisya dan Lin pun ada sekali. Kira-kiranya aku menumpang kasih Lin jugak la. Lin jugaklah informer aku yang paling hebat. Segala berita tentang gathering ni dia bagitahu aku. Sampaikan macam mana aku nak datang The Mines pun dia tolong arrangekan. Terima kasih Ina, Lin & Sya(menumpangkan bilik untuk bermalas-malasan seketika sebelum gathering bermula).

ND - dari Restoran Utama hingga ke pintu rumah. Merasa jugak naik kereta baru ND yang amatlah selesa tu. Thanks ND.

Tahniah buat pemenang-pemenang anugerah...

Anugerah Projek Terbaik - Gangguan Teksual I, II, III
Anugerah Fotoblog - Airiz
Anugerah Catatan Terbaik - Encik Khairul
Anugerah Blog Inggeris Terbaik - Kak Dona
Anugerah Pakaian Berseri - Tipah dan Walid
Anugerah Rekabentuk Weblog Terbaik - Meertaro
Anugerah Weblog Tercanggih - Mie
Anugerah Blog Hikmah/Dakwah/Muslim Terbaik - Paichowan
Anugerah Khas Juri - Tok Rimau
Anugerah Geng Paling Aktif Semasa Gathering - Afzal
Anugerah Weblog Harapan 2004 - Op
Anugerah Weblog Wanita Terbaik - Mak Andeh
Anugerah Weblog Lelaki Terbaik - D'arkampo
Anugerah Weblog Terbaik -Sultan Muzaffar

Jangan tak tau. Aku pun menang anugerah jugak. Anugerah tempelan la. Aku pun kira menempel kat situ jugak. Nak tau apa anugerahnya?Hahaha. Menang meja paling meriah. Hebat tak hebat la.


Ni la "kepala meja" nya, Lin sedang menerima hamper dari Tok Rimau. Turut sama memeriahkan meja, Aku, Eisya, Ina, Yan & Wira. Nak tengok gambar lagi? Meh la melawat fotopages aku... http://chempakasari.fotopages.com



* Salam takziah buat semua keluarga mangsa tragedi "tsunami". Semoga tragedi yang berlaku ini memberi keinsafan buat kita semua. Al-fatihah.

Tuesday, December 21, 2004

He is so rude!

Posted by Mar at 11:04 AM 0 comments
Simpati terhadap apa yang berlaku pada saudari Norlida Abdul Rahman yang ditinggalkan tunang di saat-saat menghampiri hari bahagia. Apa yang dilakukan oleh bekas tunangnya, Hasmawi Hassan, pemain bolasepak Kedah tu memang kejam dan tidak berhati perut. Kenapa dia perlu bersetuju melangsungkan perkahwinan sedangkan hati berbelah bagi? Kenapa dia mesti tersenyum bersetuju dan gembira sedang hati langsung menafikannya? Kalau tak mahu katakan tak mahu. Kan itu lebih mudah daripada membiarkan perkara sebegini berlaku.

Ini tidak. Si lelaki lebih rela membabitkan kesemua ahli keluarga termasuk keluarga pihak perempuan untuk menerima aib dan malu. Bukan setakat malu, malah wang ringgit turut lebur begitu sahaja. Hari yang sepatutnya membahagiakan semua ahli keluarga menjadi medan linangan air mata dan mungkin juga pertikaman lidah serta luahan marah dan dendam. Itukah yang si lelaki mahu? Malah dia sendiri turut menerima akibat daripada perbuatan tak bertamadun itu (Hasmawi Hassan akan ditamatkan kontrak bermain untuk pasukan Kedah-Berita Harian, Selasa, 21 Disember 2004). Rasakan. Itu mungkin padah dan balasan yang harus diterima akibat membuat keputusan tanpa memikirkan hati dan persaan orang lain. Sekarang diri sendiri menanggung akibat. Tidak semena-mena hilang mata pencarian.

Buat saudari Norlida. Bersabarlah. Ini dugaan yang memang seperti satu tamparan buat saudari. Tetapi percayalah. Apa yang berlaku ini memang satu rahmat daripada Allah s.w.t. Bersyukurlah kerana perkara ini berlaku sebelum menjadi isteri si lelaki durjana itu. Terang-terangan telah terserlah bahawa dia bukanlah lelaki yang mempunyai ciri-ciri lelaki yang sesuai dijadikan suami dan nakhoda mengetuai kapal untuk melayari bahtera alam perkahwinan. Jika peristiwa hitam ini tidak berlaku dan dia terus dibenarkan menjadi nakhoda, mungkin saudari akan lebih menderita dan berendam air mata.

Semoga saudari terus tabah menghadapi hari-hari yang mendatang ini. Usahlah saudari risau. Gadis secantik dan semanis saudari ini pasti ramai jejaka yang lebih baik budi pekertinya sudi menghulur tangan memimpin saudari menempuh ke alam bahagia. Hanya masa yang akan menentukan. Saudari seorang jururawat, satu tugas yang mulia, yang sudah pasti sering berhadapan dengan saat-saat genting dengan pesakit setiap hari. Anggaplah ini salah satu daripada saat genting yang pernah saudari hadapi. Kuatkan semangat. Tabahkan hatimu.

Get lost with that man. He is so rude!
 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal