Friday, October 14, 2011

8 tahun

Posted by Mar at 9:26 PM 5 comments

Ini makcik saya yang saya panggil Busu. Adik bongsu ibu saya. Kami serupa. Nenek, Mak, Busu dan saya. Sukar hamil. Faktor keturunan mungkin? Dan orang selalu mengaitkan faktor ini dengan saya. Sesungguhnya ia mengguris perasaan saya. Sangat mengguris.

Mak anak sulung Nenek. Nenek dapat anak kedua iaitu Angah hanya selepas 7 tahun kelahiran Mak. Tahun yang sama Busu pula lahir tak cukup bulan. Angah lahir bulan Februari, Busu lahir bulan November tahun yang sama. Tapi jarak antara Mak dan Angah sangat jauh. 7 tahun.

Mak dapat saya selepas 2 tahun berkahwin. Cukup setahun tidak hamil, Mak dan Abah mendapatkan rawatan di Hospital Universiti atau sekarang dikenali sebagai PPUM. Hanya saya seorang. Saya tiada adik hingga kini.

Busu. Menunggu selama 8 tahun. Dalam tempoh itu pelbagai usaha sudah dibuat. Hospital mana yang tak pernah dia pergi. Dari HKL sampailah ke hospital dan klinik-klinik swasta. Tebuk sana, tebuk sini. Macam-macam. Pernah keguguran sekali tanpa mengetahui yang dia mengandung pun. Akhir sekali dia mendapatkan rawatan dengan Dato' Dr. Hamid Arshat. Masih seperti jawapan doktor-doktor sebelum ini, tiada masalah pada Busu dan Pak Usu. Lantaran itu Dr. Hamid mencadangkan agar mereka berdua mendapatkan rawatan di Darussyifa juga. Selepas 8 tahun, Busu dikurniakan satu-satunya cahaya mata perempuan yang kini sudah pun berusia 15 tahun.

Saya. Menunggu selama 3 tahun. Alhamdulillah kini telah hamil 16 minggu. Perjalanan saya masih jauh. Semuanya pun saya serahkan pada Allah. Moga Allah mempermudahkan perjalanan hidup saya. Jika diizinkan Allah, saya bakal menimang cahaya mata pada tahun ke-4 perkahwinan kami. Sesungguhnya hanya padaMu aku berserah. Saya hanya mampu berusaha dan berdoa namun Allah jualah yang menentukan segalanya.

Antara kami berempat, Busulah yang paling lama diuji. 8 tahun. Kalau saya jadi dia, saya tak pasti sama ada saya akan kuat seperti dia.

Gambar di atas adalah gambar terbaru saya. Gambar minggu lepas. Ya, saya memang tembam. Tak boleh nak sorok dah :-)

Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, October 05, 2011

Kerisauan masih bersarang

Posted by Mar at 7:30 PM 3 comments

15 minggu.

Dalam keterujaan, saya masih risau.

Dalam kegembiraan, saya masih khuatir.

Tapi saya tak mahu fikir banyak-banyak. Just enjoy the moment.

Tadi ke klinik untuk rutin pemeriksaan bulanan.

BP saya ting tong selalu. Kejap tinggi. Kejap ok. Masih di tahap ok la kot sebab doktor tak cakap apa-apa.

Berat naik 100 gram sahaja berbanding bulan lepas. Selepas melantak macam-macam selama sebulan beraya, 100 gram sahaja? Sedikit pelik sebab pagi tadi masa timbang di rumah, berat saya naik 1.4kg. Timbang saya yang rosak atau timbang klinik yang rosak? Musykil ni.

Check air kencing. Ok. Tak ada kencing kotor. Tak ada gula berlebihan.

Scan. Baby dah 15 minggu. Dah nampak tangan dan kaki bergerak-gerak. Tapi saya tak rasa lagi sebarang gerakan. Doktor kata dalam 5 bulan biasanya baru boleh rasa.

Check darah juga. Takut gila kena cucuk ambil darah. Siap pejam mata. Result belum tahu lagi. Kalau ada apa-apa yang abnormal, klinik akan call. Result sepenuhnya akan diterangkan dalam next check-up. 1 November 2011.

Moga Allah permudahkan segalanya. Amin.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, October 02, 2011

Infertility hurts but it doesn't stop us from trying

Posted by Mar at 3:40 PM 4 comments

Lemah bukan bererti kalah.

Kala lemah, menangislah sepuas hati.

Esok jangan lupa bangkit kembali.

Lemah datang dan pergi.

Kekuatan hadir silih berganti.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, September 25, 2011

Nafsu

Posted by Mar at 2:44 PM 2 comments

Pejam mata jer la membayarnya.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, September 21, 2011

Pasti ada hikmahnya

Posted by Mar at 3:54 PM 6 comments
Semalam.

Satu berita menyedihkan.

Kerani sekolah kehilangan anak yang dikandungnya.

Sudah lebih kurang 5 atau 6 bulan dalam kandungan.

Tiba-tiba saja janin sudah tidak bergerak.

Sebelum ini dengarnya dia pernah keguguran.

Dia seperti kita. Masih menanti kehadiran anak sulung dalam rumah tangga.

Segala yang berlaku ini pasti ada hikmah di sebaliknya.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Semoga dia tabah menghadapi dugaan ini.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, September 12, 2011

Siri Mengidam atau Nafsu Serakah?

Posted by Mar at 11:05 PM 5 comments
Hahaha.

Mengidam tu sekadar escapism.
Lebih kepada nafsu kot.

Hahahaha.


Kali pertama mengidam sejak pregnant. Roti nan cheese. Tak nak tempat lain punya. Nak yang di Medan Tuanku punya jugak. Makan habis. Tapi balik rumah, keluar isi perut semua masuk dalam toilet bowl.

Masih tak dapat. Ingat nak cari resepi buat sendiri.

Baru dapat petang tadi. Tak nak tempat lain punya. Nak yang di Midvalley sahaja. Sedap tapi mahal. Pejam mata jer la membayarnya.

Bubur berlauk Siam style. Sendiri masak. Bubur kosong. Telur goreng hancur. Ikan bilis goreng. Sayur campur. Chicken teriyaki Jusco mari. Limau wajib untuk sistem pembuangan. Nanti saya cerita tentang sistem pembuangan bermasalah saya sejak pregnant ni.

Bakso. Sendiri bikin. Termasuk bebola daging yang digentel sendiri. Sila kagum.




Panjang kan senarainya. Sahih. Ini nafsu ibu mengandung bukan anak yang dikandung.


Lariiiiiiiiii.

Sunday, September 11, 2011

Kumohon

Posted by Mar at 9:54 AM 0 comments

Setiap kali rasa sedih, tak keruan atau putus asa, lagu ini sentiasa jadi sumber kekuatan.



Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuhi segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang

Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasi gerak-geriku
Berkatilah ku perlu rahmat dari Mu

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu... Ooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku

Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku

Lagu : Mac Chew
Lirik : Sheila Majid
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, September 07, 2011

Alhamdulillah

Posted by Mar at 9:02 PM 10 comments
Setakat ini semuanya dalam keadaan baik kecuali berat yang makin lama makin naik. Sila salahkan Raya ya. Walaupun masih terkawal namun tetap risau kalau berat naik melampau. Khuatir akan memudaratkan diri sendiri dan si kecil ini.

Petang tadi bertemu dengan Prof untuk monthly check-up bulan ketiga. First time, hari ni Prof sendiri yang scan. Selalu assistant dia yang scan dan Prof cuma tengok skrin saja. Maluuuu sehhh. Walaupun dia scan tenyeh kat perut jer.

11 minggu


Kalsium. Vitamin E. Folic acid. Obimin.



Masih takut. Masih khuatir. Masih gementar. Moga semuanya selamat dan dipermudahkan olehNya.

Tuesday, September 06, 2011

Bahagia

Posted by Mar at 10:35 PM 2 comments

Kali pertama sakit kepala yang melampau.

Sudah 3 hari.

Tak keruan dibuatnya.

Sebab tak boleh telan Panadol.

Akibatnya. Kini saya adalah penagih koyok tegar.

Kayalah tauke koyok lepas ni.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, September 02, 2011

Isu itu lagi

Posted by Mar at 4:58 PM 0 comments
Raya kali ini.

Masih seperti dulu.

Soalan wajib yang menjengkelkan.

"Dah ada ke?"

"Bila lagi?"

Paling menyampah dan menjengkelkan serta menjuarai carta tahun ini adalah kenyataan mak cik yang mulut memang tak ada insuran.

Dia suruh suami ambil dan jaga seorang daripada anak abang ipar.

Pfffttttt.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, August 20, 2011

Operasi Mengemas

Posted by Mar at 1:43 PM 4 comments

Menjelang Hari Raya.

Orang lain sibuk mengemas rumah.

Tapi saya sibuk mengemas meja kerja di sekolah.

Tak tahu la sampai bila boleh bertahan kemas macam ni. Tak lama lagi bersepah balik rasanya.

Gasaklah.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, August 19, 2011

Pelik tapi benar

Posted by Mar at 8:25 AM 2 comments

Beg tangan sebesar bekas pensel.

Anda ada?

Saya ada.

Anda cemburu?

Tak payah la. Berat nak mengangkutnya hari-hari.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, August 18, 2011

Talam Mambo

Posted by Mar at 1:05 PM 3 comments


Seorang kawan pernah kata. Bulan-bulan puasa ni sedap kalau makan kuih talam. Sejuk jer bila masuk tekak dan perut.

Kali ni buat talam mambo.

Unik kan nama talam ni.

Sedap. Menarik. Jarang jumpa orang jual.

Resepi talam mambo dari sini.







Wednesday, August 17, 2011

Talam Jagung

Posted by Mar at 12:52 PM 6 comments

Seperti biasa, resepi Kak Hanieliza tak pernah mengecewakan.

Sedap sangat.

Lagi sedap kalau makan sejuk-sejuk baru keluar daripada peti ais.

Resepi talam jagung ada di sini.





Tuesday, August 16, 2011

Bingka Roti + Jagung

Posted by Mar at 12:45 PM 0 comments

Bingka roti ni sedap sangat.

Makan macam tu jer pun sedap.

Kalau buat sos tuang atas bingka roti ni lagi sedap rasanya. Tapi tak buat sebab tak mau menambahkan lemak yang sedia banyak ni.

Resepi saya ambil dari Mat Gebu.







Monday, August 15, 2011

Resepi Sardin Roll

Posted by Mar at 12:44 PM 7 comments
Ini sardin roll versi malas.

Guna roti saja.

Gulung-gulung.

Siap.




Bahan inti:
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
3 sudu kecil cili boh
3 biji cili merah (dibuang biji & dihiris nipis)
1 tin sardin (dibuang sosnya)

Bahan kulit:
Roti (1 buku - dipotong dua)
Sedikit tepung gandum
Sedikit air

Cara (inti):
1. Sediakan inti dahulu. Tumis bawang besar hingga layu.
2. Masukkan cili boh. Tumis hingga cili boh masak.
3. Masukkan cili merah. Kacau hingga cili merah layu.
4. Masukkan ikan sardin. Kacau hingga ikan sardin hancur.
5. Padamkan api dan biarkan sejuk. Setelah betul-betul sejuk barulah diletak atas roti untuk digulung.

Cara penyediaan:
1. Bancuh tepung gandum dengan sedikit air. Pastikan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Bancuhan ini berfungsi sebagai gam untuk melekatkan roti.
2. Gelek roti hingga nipis.
3. Letakkan sedikit inti.
4. Gulung roti.
5. Lekatkan dengan sedikit bancuhan tepung tadi.
6. Setelah siap semuanya boleh digoreng dengan api sederhana hingga masak.





Sunday, August 14, 2011

Talam Suji

Posted by Mar at 12:17 PM 7 comments
Kali pertama buat talam suji saya guna resepi Kak Hanieliza sebab saya yakin dan percaya resepi dia mesti jadi sedap.

Alhamdulillah.

Kali pertama buat terus jadi.

Dah banyak kali jugak la buat talam suji ni. Rasa seketul dua jer. Selebihnya bagi pada saudara-mara dan jiran-jiran.

Resepi talam suji Kak Hanieliza ada di sini.

Mesti cuba. Gerenti sedap.








Wednesday, August 10, 2011

Moga Allah Permudahkan Segalanya

Posted by Mar at 11:33 AM 18 comments
Bukan niat saya mahu berahsia dengan semua rakan TTC di alam maya ini. Saya masih dalam keadaan mahu percaya atau tidak. Lagipun rasa terlalu awal untuk mengkhabarkan pada sesiapa. Takut. Khuatir. Risau. Teruja. Gembira. Semuanya bercampur-baur. Saya juga khuatir berita gembira ini akan mengguris perasaan rakan TTC yang lain. Namun ada juga yang dapat mengagak berita gembira ini. Kan kak kan :).

Perkara ini telah saya ketahui sejak 19 Julai yang lalu rentetan minggu sebelum itu saya letih-seletihnya tanpa sebab yang munasabah. Minggu sebelumnya, apabila balik dari gym, saya terlentang atas katil lalu tidur tanpa sempat buka stoking sebab rasa letih yang melampau. Semasa di sekolah, setiap kali naik dan turun tangga, kaki saya jadi terlalu lenguh sedangkan biasanya naik turun tangga bukan satu masalah pada saya.

Hari sebelum saya check guna UPT, saya masih pergi gym. Namun saya pelik sebab saya mula dengan kelajuan yang sederhana pada treadmill tetapi saya rasa ia bergerak sangat laju hingga saya sukar untuk kejar. Saya fikir mungkin treadmill itu rosak. Namun saya masih tetap habiskan sesi satu jam itu.

Disebabkan rasa tidak sedap hati, saya minta suami belikan UPT. Awal pagi 19 Julai, terungkailah segalanya. Pertama kali UPT tunjuk tanda positif selepas berpuluh-puluh UPT selama 3 tahun ini tak pernah mahu berbaik dengan saya. Tiada kata-kata yang terungkap. Hanya air mata tanda kesyukuran yang mengalir. Syukur, Alhamdulillah.

Pagi itu saya terus hubungi klinik. Saya maklumkan mengenai perkara itu. Staf klinik minta saya datang keesokan harinya. Waktu di klinik, doktor scan dan karung sudah nampak tetapi masih terlalu halus dan terlalu kecil. Doktor meminta saya banyak berehat dan mengurangkan aktiviti lasak. Window shopping pun doktor tak benarkan. 5 suntikan yang saya terima sebelum ini sebenarnya bertujuan untuk menguatkan kandungan dan rahim saya.

Setelah 3 tahun melayari alam rumah tangga bersama suami tercinta, Allah akhirnya memakbulkan doa kami. Sesungguhnya Allah mendengar rintihan hati saya selama ini. Hanya masa yang menentukan. Saya tidak akan berhenti berdoa agar Allah sentiasa melindungi saya dan insan istimewa dalam rahim saya ini. Hingga saat ini, sekali-sekala air mata ini pasti menitis kerana terasa betapa kerdilnya saya di sisi Allah namun Allah tetap memakbulkan doa saya.

Bukan niat saya untuk mewar-warkan kepada semua orang tentang ini. Ini sekadar catatan buat kenangan saya. Saya dengan rendah diri memohon ampun dan maaf sekiranya catatan saya ini mengguris perasaan anda. Tidak terniat walau sedikit pun. Maafkan saya.

7 minggu. Sudah ada heartbeat. Semoga selamat semuanya.

Fish oil. Obimin. Kalsium.

Temujanji seterusnya selepas Raya. 7 September 2011.



Doakan moga segala-galanya dipermudahkan. Moga segalanya akan berjalan lancar. Semoga semuanya akan selamat.

Friday, August 05, 2011

Debaran itu

Posted by Mar at 12:03 AM 2 comments

Berdebar nak jumpa doktor minggu depan.

Harap semuanya berjalan lancar.

Harap semuanya ok.

Ya Allah. Sesungguhnya hanya padaMu aku berserah.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Monday, August 01, 2011

Mabuk kuih dan talam

Posted by Mar at 8:02 AM 3 comments
Angin pus pus merasuk jiwa dan minda saya.

Saya buat 4 jenis kuih. Ini kali pertama saya buat kuih-kuih ini.

Sengaja bereksperimen. Sebagai buah tangan untuk dibawa ke kenduri doa selamat masuk rumah baru sepupu di Setapak.

Ini keputusan eksperimen saya.

Talam mambo. Lulus.

Kuih bakar. Lulus.

Kuih lapis. Gagal. Tak tau kat mana silapnya. Mungkin kerana silap cara mengukus. Kalau rajin akan cuba lagi lain kali.

Talam suji. Lulus.

Resepi semua saya cari di internet.

Resepi talam mabo dari sini.

Resepi kuih bakar dari sini.

Resepi kuih lapis dari sini.

Resepi talam suji dari sini.


Selamat mencuba.

Dari kiri : Talam mambo, kuih bakar, kuih lapis, talam suji, talam mambo, kuih bakar.


 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal