Wednesday, September 22, 2010

Strawberry Gergasi

Posted by Mar at 6:04 AM 4 comments







Ini maskot strawberi gergasi yang saya buat sempena sukan sekolah hingga berpeluh ketiak dan hampir mencetuskan perang dingin dengan Encik Suami. Tapi ini versi yang belum siap. Yang dah siap pun tak semenggah mana. Rangka stawberi gergasi ni saya guna tudung saji cantum dengan bakul laundry tu.

Tapi strawberi ni rupa epal pun ya jugak. Hentam la labu.

Tuesday, September 21, 2010

Bread Maker

Posted by Mar at 6:41 PM 3 comments
Suami belikan saya breadmaker sebab isterinya beriya-iya nak buat roti sendiri.





Ini roti pertama yang saya buat. Roti kentang. Tak lembut sangat sebab tak letak bread softener. Gambar memang kelabu asap sebab ambil guna handphone cap ayam saya. Kamera yang canggih tak berapa canggih saya kehabisan bateri.

Roti kedua saya ialah mix vege sausage bun. Tak sempat ambil gambar sebab sedap sangat. Terus telan tanpa belas kasihan. Kali ni lembut sebab letak bread softener. Cuma mix vege tu jadi keras sebab bakar lama sangat kot.

Roti ketiga saya ialah coconut butter bun. Rasa dia ok la kot. Mungkin tak menepati tekak saya. Gambar tak ada sebab malas nak ambil.
Semua resepi roti saya ambil daripada sini.

Saya rasa badi roti ni membuatkan badan saya pun kini gebu seperti roti. Ya, sila salahkan breadmaker dan roti kerana kegebuan badan saya ya.

Pilihan Hati

Posted by Mar at 12:36 PM 0 comments

Antara (1) katil dengan tilam empuk dan cadar baru, (2) tv Astro full channel, (3) kipas yang bagi sejuk tak sejuk dan (4) buku anak murid yang belum ditanda. Agak-agak yang mana satu pilihan hati saya?

Pinky Girl

Posted by Mar at 5:31 AM 3 comments


Feeling konon perempuan paling ayu, jelita serta gedik tidak dilupa. Pakai kain batik warna pink dengan t-shirt warna pink juga. Feminin sangat kaaannn. Bluuuweekk.

Monday, September 20, 2010

Maggi Ayam + Cili Padi + Telur

Posted by Mar at 6:20 PM 2 comments


Badan yang montel dah bertambah montel. Tapi masih tak sedar-sedar diri lagi. Dok melantak Maggi perisa ayam letak cili padi hijau dan telur yang telur kuningnya cair tak cair di kala sangat rasa nak muntah tengok ketupat, lemang, rendang dan kuah kacang. Ini sangat nikmat ok.

Pillow Talk

Posted by Mar at 12:31 PM 0 comments
Dah lama tak pillow talk dengan Encik Suami. Sama ada saya yang lelap dulu atau dia sibuk main game atau tengok bola. Malam tadi sempat la ber"pillow talk" dengan dia. Macam-macam perkara yang disembangkan. Tak terlepas kisah tentang zuriat. Encik Suami kata officemate dia dan isterinya lagi gemuk daripada kami berdua. Senang dapat anak. Saya tak terkata apa-apa.

Saya cuma cakap pada Encik Suami, "Allah bagi ujian pada kita sebab Allah sayang kita."

Dr. Jekyll and Mr. Hyde

Posted by Mar at 6:30 AM 0 comments

Picture taken from here.


Semalam layan cerita ni. First time tengok dengan khusyuk dan tawaduk. Rasanya semua orang ada bayangan jahat dan bayangan baik masing-masing. Kalau tak semua orang pun, saya memang ada bayangan tu.


Ada masa saya rasa saya orang yang sebaik-baik umat. Senyum, mesra, rela mendengar, suka nak tolong. Bak kata orang pijak semut pun tak mati. Tapi ada masanya saya boleh jadi orang dikategorikan jahat. Buat tak layan dengan orang, malas nak peduli semua benda, menyampah dengan orang tak pasal-pasal. Bayangan baik itu bagus tapi kalau bayangan jahat yang menguasai, itu bahaya. Sebab itulah kawalan itu penting. Kawalan ada di tangan kita. Bak kata orang, remote Astro ada di tangan. Jadi pandai-pandailah. Nasib baik dunia moden hari ni ada blog, FB dan twitter. Sekurang-kurangnya adalah medium for escapism.


Ya, saya merapu. Abaikan :)

Sunday, September 19, 2010

Air Mata Nur Salina

Posted by Mar at 12:00 AM 2 comments
Bila tengok drama ni terus terbayangkan anak-anak murid di sekolah. Lelaki-lelaki seperti Afka (Remy Ishak) ni la yang menyebabkan ramai budak-budak sekarang bermasalah. Ramai budak-budak bermasalah datang daripada keluarga yang bermasalah. So parents, be more responsible. Jangan buat sesuatu ikut kepala sendiri saja. Jika tidak, anak-anak yang akan jadi mangsa. Kesian sangat.

p/s Terubat rinduku pada Remy Ishak. Hehehe.

Saturday, September 18, 2010

Kalau Saya Wan Chik Daud...

Posted by Mar at 10:15 PM 5 comments
...mungkin saya pun akan ambil tindakan yang sama. Dah terang-terang keluarga yang satu lagi tak suka dengan kehadiran kita. Jadi pandai-pandailah bawa diri supaya orang tidak mengeji dan diri pun tidak dikeji. Walau kasih dan sayang terhadap suami sangat mendalam, doa masih boleh dititipkan walaupun dari jauh. Esok-esok pun masih boleh menziarah ke kubur.

Kalau Wan Chik Daud hadir pun waktu pengkebumian M. Rajoli tadi, orang akan bercakap macam-macam juga. Daripada hati sakit, tengok dari jauh pun cukuplah.

Berita lanjut boleh baca di sini.

Cadar Baru

Posted by Mar at 3:54 PM 2 comments

Baru basuh cadar. Pasang cadar baru. Tapi tak cukp tegang la. Macam mana nak jadi askar ni? Jadi askar tilam kena tegang. Kan? Tak apalah. Lepas tu nak berlingkar macam ukar sawa jugak atas tu. Hehe.

Marion vs SM Faisal

Posted by Mar at 1:22 AM 6 comments
Malas nak komen panjang. Jodoh pertemuan semuanya di tangan Allah. Restu keluarga juga sangat penting. Kalau tak dapat restu keluarga takut terjejas pula hubungan silaturrahim yang sedia terjalin.

Satu lagi, wanita-wanita, tolonglah jangan jadi pergi cari timba. Ya, saya memang sedikit kuno.

Friday, September 17, 2010

Spekulasi Tak Sudah-sudah

Posted by Mar at 10:47 PM 0 comments
Saya masih tak faham kenapa ramai sangat orang suka buat spekulasi sendiri. Jangan kata spekulasi terhadap orang-orang popular saja, golongan marhaen macam saya pun kadang kala tak terlepas daripada jadi bahan spekulasi orang terutamanya tentang sistem peranakan saya. Sistem peranakan saya menjadi topik paling sensasi oleh orang kampung suami saya. Kalau boleh diselak kain saya ni, mungkin itulah yang mereka akan buat. Itu belum masuk lagi sindiran sinis bahawa orang luar (bukan dari negeri mereka) ni banyak menyusahkan mereka. Helloooooo. Sejak bila pula saya minta beras buat makanan saya semasa berada di kampung dengan mereka.

Panjang betul intro kan. Yang sebenarnya ni rentetan kegeraman saya tentang orang buat pula spekulasi kononnya M. Rajoli sudah meninggal dunia padahal dia cuma sakit tenat dan masih dirawat di hospital. Serupalah macam sakit hati saya bila orang buat spekulasi Siti Nurhaliza mengandung semalam. Ingat tak dulu kes Radio Era umumkan kemangkatan Sultan Selangor padahal waktu tu Sultan Selangor hanya gering dan masih belum mangkat. Berita-berita tentang jodoh, pertemuan, ajal, maut dan rezeki semua bukan untuk dipermain-mainkan.

Apa tujuan semua ni sebenarnya? Mahu jadi no. 1 dalam segala-galanya? Sudah-sudahlah spekulasi yang bukan-bukan dan tak mendatangkan faedah macam ni. Henti-hentikanlah.
Posted by Mar at 1:02 PM 3 comments
Jadi kesian pulak dengan Siti Nurhaliza bila orang buat spekulasi kononnya dia mengandung. Kalau betul dia mengandung tak apa. Tapi kalau sekadar andaian yang bukan-bukan macam mana? Apa perasaan Siti? Sebagai perempuan yang dah berkahwin dan masih belum ada cahaya mata seperti Siti, aku sangat faham apa yang Siti Nurhaliza rasa. Isu ni tak sepatutnya diperbesar-besarkan sebab ia sedikit menyakitkan.

Puan Mar, ko ingat ko Siti Nurhaliza nak banding-bandingkan dengan dia pulak? Oppss.. terlebih sudaaahh.

Wednesday, September 15, 2010

Juadah Raya yang Sempat Diambil Gambarnya

Posted by Mar at 4:19 PM 0 comments
Nampak tempting tak? Hehehe. Kalau teringin silalah buat sendiri ya. Resepi boleh ambik kat sini. Hehehe. Terima kasih banyak-banyak buat tuan punya resepi.

Yang ni pulak lontong. Kak Peah bagi. Saya tukang susun saja. Gigih kan saya susun cantik-cantik macam tu. Sebab tengahnya dah lopong saya susun pulak ketupat mini segera yang Mak rebus. Ya, saya memang gigih dan rajin. Hehe.

Tuesday, September 14, 2010

Dah bersalin rupanya

Posted by Mar at 8:30 PM 0 comments
Serina Redzuawan anak si Chef Wan dah bersalin semalam petang rupanya. Dok belek FB Chef Wan tadi. Comel sangat. Baby boy. Namanya Tristan Tareef. Berat 2.4kg. Bersalin di Prince Court Medical Centre semalam (13 September) pukul 6.13pm. Menitik air mata bila baca apa yang Chef Wan tulis kat FB dia.

Tengok la gambar cucu Chef Wan yang comel ni .
Posted by Mar at 1:36 PM 0 comments
Orang belakang ni dari bulan puasa sampai dah Raya dok bertukang tak habis-habis. Boleh tak korang sambung bulan depan? Nak bercakap manja-manja romantis pun susah. Asyik kena menjerit barulah Encik Suami dengar. Hilang ayu saya ok. Grrr...

Are You Moist Enough?

Posted by Mar at 11:13 AM 0 comments
Tapak tangan dan tapak kaki memang cukup moist. Sebabnya Mar ni daripada kecil ada hyperhidrosis. Berpeluh yang melampau pada tapak tangan dan tapak kaki. Disebabkan masalah ni Mar selalu mengabaikan soal nak pakai losyen ke apa sebab rasa yakin sangat seluruh badan pun dah cukup moist padahal yang moist tahap gaban tu tapak kaki dan tangan SAHAJA.

Jadi selalulah berlaku perdebatan dengan Mak yang selalu suruh sapu losyen tapi anak dia ni selalu buat-buat tak dengar. Maklumlah, Mar ni jenis peminum air masak yang tegar. Kalau banyak minum air masak kan akan membantu mencantikkan kulit. Tapi sangkaan ku meleset sungguh. Mar pernah cuba garu lengan guna kuku. Sekali hambik ko. Keluarlah garis-garis putih. Confirm kulit kering ok. Selama ni yakin sangat. Sekarang baru nak panik.

Nak tak nak memang kena dapatkan bantuan pakar. Siapa pakarnya? Haruslah Vaseline kan. Nanti serta-merta orang tegur, "Cantiklah kulit sekarang. What's the secret?" Now everyone knows the answer.


Moral of the story,
1. Jangan bertekak dengan Mak sebab menderhaka tu berdosa. Kan terbukti kulit kering. Tu la degil tak nak dengar cakap Mak.

2. Hyperhidrosis Mar pada tapak tangan dan tapak kaki sahaja tapi bahagian lain kering. Lain kali jangan memandai-mandai sendiri. Bila kering haruslah cari Vaseline.

Jadi sekarang ni, cuba tanya diri sendiri. Are you moist enough?

Buat satu entri bertajuk "Are You Moist Enough?". Lepas tu cuba hantar kat http://www.nuffnang.com.my/vaseline . Mana tau kalau ada rezeki boleh menang hadiah-hadiah kat bawah ni. Sebabnya entri yang terbaik akan diberi hadiah.

1st Prize : RM3,000 cash + Vaseline products
2nd Prize : RM2,000 cash + Vaseline products
3rd Prize : RM1,000 cash + Vaseline products
5x Consolation Prizes : RM200 + Vaseline products

75 entri terbaik akan dapat jemputan ke poolside party. Yang datang tu pulak, ada peluang dapat Coach Handbag bernilai RM2,000. Hadiah istimewa untuk blogger wanita dengan "The Most Vibrant Skin" gitu.

Tak sia-sia kan jaga kulit dengan Vaseline :)

Monday, September 13, 2010

Posted by Mar at 6:43 PM 0 comments
Dah lama tak update kan. Macam-macam jadi. Yang manis, yang masam, yang masin, yang pahit. Semua ada. Cukup lengkap. Cuba untuk hidup gembira tapi kadang-kadang susah. Tapi bila difikirkan balik, ada orang yang lebih sukar hidupnya. Saya dan suami hanya diuji dengan kesukaran mendapat cahaya mata. Nikmat-nikmat yang lain Allah tetap beri.

Ya. Adik ipar baru saja kahwin bulan Jun. Isterinya dah pun mengandung. Bunting pelamin. Kami berdua sedikit tersentuh hinggakan status di FB suami membuat saya makin tersentuh. Isteri mana yang tak tersentuh bila suami tulis .... "Direntap takdir."

Mungkin Allah sudah pun merencanakan yang terbaik buat kami. Allah lebih mengetahui. Kami tetap percaya. Yang pahit pasti akan manis akhirnya. Kan?

Sunday, April 11, 2010

Posted by Mar at 9:19 AM 0 comments
Tengah dok selongkar almari Encik Suami sebab nak cari barang. Almaklum la almariku dah penuh. Kadang-kadang tumpang barang letak dalam almari dia. Selongkar punya selongkar jumpa ............



Bila tanya Encik Suami, dia kata, "Alaaaaaa, orang ingat nak surprise masa wedding anniversary."



Opssss...

Thursday, April 08, 2010

Entri Emo

Posted by Mar at 5:02 PM 1 comments
Bukan sengaja tak mau update blog tapi tersangat la sibuk sejak dah jadi cikgu ni. Kerja tak pernah surut. Makin bertambah ada. Nasib baik budak-budak ni semua pandai menghiburkan hatiku. Gym pun dah lama tak pergi. Nasib baik dok naik turun tangga pergi kelas tiap-tiap hari. Ada la sikit senamannya. Konon.

Now siapa cakap kerja cikgu senang? Bukan mengeluh. Sangat seronok kerja cikgu ni. Kerenah anak-anak murid walau pun memeningkan kepala tapi diorang ni pandai ambik hati kita. Sangat seronok tengok perubahan positif mereka walau pun sedikit. Cuma hati jadi sakit dan bengang dengan sorang mamat yang call Hotfm hari tu. Cakap pandai la kan. It's all about responsibility, dear. Sekolah ada dekat 2000 murid. Tanggung jawab terus Cikgu Mar ni saja pada 350 orang budak. Encik-mamat-yang-call-Hotfm-tu .... jangan nak sesedap rasa jer bercakap yer. Malas la nak layan orang pendek akal macam tu. Nanti kita pun masuk golongan orang macam dia. Janji aku buat kerja aku. Biar la si Luncai tu terjun dengan labu-labunya.
 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal