Monday, December 14, 2009

Malay Tea House at FRIM

Posted by Mar at 12:54 PM 5 comments
Lepas trekking kat canopy walkway hari tu, anak dara 2 orang yang bersama-samaku itu nak menyinggah minum-minum dan melepaskan tekak. We all pun singgah la Malay Tea House kat dalam FRIM tu jugak. Cantik tempat dia. Teringin nak ada rumah yang ala-ala kampung macam tu. Mar dan Mimie order air asam paya (roselle). Kucik order teh ais (wangi dan rasa special and different). Makanan yang Mar order adalah lempeng kelapa + gulai lemak. Lempeng tu not bad la tapi gulai lemak tu macam tak sesuai. Better kalau diorang serve dengan sambal kosong atau sambal ikan bilis ke, lagi best. Kucik order mee rebus. Sedap. Mimie order laksa. Pun sedap. Kitorang makan siap pas-pas pinggan keliling meja adalah dekat 5-6 kali share rasa semua-semua tu. Harga agak mahal la. Total kena bayar RM41 berapa sen tah. Tapi agak berbaloi sebab tempat dia sangat cantik dan makanan pun sedap.

Actually kat sini tak boleh ambik gambar tapi sebab we all tak tau dan dah terambik gambar maka halal ajer la kan. Lepas dah kena tegur terus stop ambik gambar. Tak sempat nak snap picture lempeng kelapa itu.

Laksa

Mee rebus


Posted by Mar at 8:16 AM 4 comments
Berat adalah naik yang melampau minggu ni. Tak boleh nak marah sebab memang diakui salah diri sendiri. Sila ketuk kepala diri sendiri. Disebabkan perasaan tak stabil (nak jugak salahkan perasaan tu), ada sedikit (ke sebanyak melampau haha) kemelantakan minggu lepas. Asyik naik turun jer berat ni. Salah sendiri sila tanggung sendiri la ya. Heerrmm.



Baru nampak weight scale ni dah berhabuk rupanya. Kejap lagi nak kena pergi lap sikit. Hehehe.



WEEKLY PROGRES
Starting weight: Early August: 87kg
Week 1: 28 September : 85.1kg (-1.9kg)
Week 2: 05 Oktober : 83.5kg (-1.6kg)
Week 3: 12 Oktober : 80.7kg (-2.8kg)
Week 4: 19 Oktober : 80.9kg (+0.2kg)
Week 5: 26 Oktober : 77.9kg (-3.0kg)
Week 6: 2 November: 79.1kg (+1.2kg)
Week 7: 9 November: 77.5kg (-1.6kg)
Week 8: 16 November: 75.9kg (-1.6kg)
Week 9: 23 November: 76.3kg (+0.4kg)
Week 10: 30 November: 77.3kg (+1.0kg)
Week 11: 7 Disember: 74.4kg (-2.9kg)
Week 12: 14 Disember: 75.6kg (+1.2kg)



TOTAL LOSS
as at 14 Disember 2009: 11.4kg



MONTHLY PROGRESS
Early August 2009: 87kg
28 September 2009: 85.1kg (-1.9kg)
26 October 2009: 77.9kg (-7.2kg)
30 November: 77.3kg (-0.6kg)

Sunday, December 13, 2009

Posted by Mar at 12:37 PM 4 comments
Semalam berjalan-jalan trekking (kononnya) kat FRIM dengan Kucik (ber'cardigan' purple) dan Mimie (berkaca mata). Dah lama tak berjalan dengan diorang ni. Sambil jalan-jalan sambil ambik-ambik gambar. We all jalan-jalan dan mendaki kat Canopy Walkway. Lepas tu kena lalu kat jambatan gantung. Haram Mar nak naik sebab gayat la beb. Dah ler bergoyang-goyang. Mar ikut jalan biasa jer kat bawah. Mimie dan Kucik jer yang bersemangat waja lalu kat jambatan gantung tu. Jenuh jugak la nak menyudahkan perjalanan tapi tetap jugak teruskan hingga sampai balik ke pintu masuk. So layan la gambar-gambar kat bawah ni. Gambar-gambar keletihan dan kegedikan kami. Hehehe.

Next week nak pergi main layang-layang pulak kot. Kalau Encik Suami izinkan la. Kalau Encik Suami ikut lagi best. Bini orang ni memang tak sedar diri tergedik-gedik menyelit jugak nak join anak dara punya aktiviti. Aktiviti untuk menyihatkan badan tak apa kot. Hehehe.

















Saturday, December 12, 2009

Kellogg's Special K Bar

Posted by Mar at 12:02 PM 5 comments

Terjebak membeli ini lepas workout di CF.

Kellogg's buat promotion kat dalam CF sempena CF punya Private Media Launch. Alyn cakap ramai artis-artis datang. Dia kata ada Aril AF, Dina, Vince. Rugi tak datang awal sikit. Masa Mar sampai rasanya ternampak Daphne Iking dah nak balik. Semerbak bau makanan masa workout. Huahuahua. Alyn cakap fattening food semua tu. Ambik bau jer cukup. Hehehe.
Special K ni sekotak RM10.

Beli 2 kotak dapat satu bar percuma. Yang percuma tu Mar dapat blueberry flavour tapi dah kasi Siti Hajar yang kerja kat gift shop sederet dengan CF masa singgah situ beli fridge magnet untuk Mak.

Masa promoter tu bagi rasa habis semua flavour Mar rasa. Ada 4 flavour. Strawberry, vanilla crisp, chocolatey drizzle and blueberry. Mar rasa yang Kellogg's punya ni kurang sikit manisnya compare dengan Nature Valley. Tapi tak tau la kan sebab masa rasa tu sikit jer. Tapi kalau makan 1 bar tu memang confirm terasa la manisnya. Mengikut lidah dan tekak Mar, antara empat-empat flavour ni vanilla crisp paling kurang manis dan blueberry yang paling manis. So, end up Mar beli flavour strawberry, vanilla crisp and chocolatey drizzle. Kopak RM30 di situ.

Saja beli dan tergoda (sila menyesal dan ketuk kepala diri sendiri) sebab promoter tu kata harga RM10, kat luar tak dapat harga tu. Tapi kalau compare harga dengan Nature Valley, murah lagi NV kot. Kalau tak silap NV harga dia RM10.99 (ingat-ingat lupa harga NV ni). Dalam 1 kotak memang ada 6 bungkus sama macam Special K ni. Tapi NV, dalam setiap satu bungkus tu ada 2 bar. Special K, 1 bungkus 1 bar cuma tebal sikit kot daripada NV (tak sure la sebab tak bukak lagi Special K ni). Cuma tebal bar tu beza la rasanya kot. Yang Mar tak tahan dengan NV ni sebab manis ya amat. Special K kurang sikit manisnya.

Mar hanyak akan makan Special K bar ni untuk kes-kes kecemasan sahaja. Kecemasan di sini bermaksud:

1. Kalau rasa nak pengsan atau pitam sebab tak cukup makan, tak cukup gula atau terlebih workout.

2. Kalau pergi jalan-jalan untuk letak dalam handbag atau knapsack in case kalau lapar sangat sebab tak ada makanan diet yang sesuai untuk dimakan pada waktu itu.

3. Kalau tiba-tiba craving untuk makan benda-benda manis.


Jangan pulak lepas ni disental 1 kotak 1 hari yeerrr!!!! (Peringatan untuk diri sendiri ni.) Makan benda ni banyak-banyak pun boleh gemuk tauuu.

Friday, December 11, 2009

Posted by Mar at 12:15 PM 0 comments
Mak teringin nak makan lempeng pisang. Puncanya sebab Cikgu Zon depan rumah ni bercerita dia pergi Sandakan rumah anak dia, dia buat lempeng pisang. Dia kata berselera anak dia dengan housemate anak dia makan.

First time Mar buat lempeng pisang. Sekali lagi main belasah jer la dengan guide dari Mak. Mar letak tepung gandum, gula + garam sikit, pisang lenyek-lenyek, kelapa kering (balance buat biskut raya tahun bila tah) pastu air sikit. Lepas tu goreng la atas non-stick pan smpai hangus-hangus sikit. Siap bagi jiran sebelah rumah 5 keping lagi sebab nak pulangkan piring yang dia bagi kuih hari tu. Sekeping jugak la masuk kat dalam mulut Mar ni. Hancur diet di situ. Lupa nak ambik gambar, so layan la gambar dari Google ni. Rupa lempeng Mar lebih kurang macam ni la jugak.

Picture taken from http://cakcibur.fotopages.com/?&page=2



Untuk lunch pulak Mar buat kurma ayam sebab santan kotak dan rempah kurma tu hampir expired. Sebenarnya banyak lagi barang makanan kat rumah ni dah hampir expired. Tu yang Mar bukan main rajin gerak-gempur memasak tu. Kalau tak digunakan membazir pulak nanti kan. Kurma ayam ni Mar ikut jer resepi kat belakang paket Adabi tu. Lauk tambahan dalamnya Mar letak tomato dan carrot. Yang ni sempat ambik gambar sebab belum habis lagi. Tu pun tinggal 2 ketul jer ayamnya. Tomato, bawang besar potong 4 dan carrot semua dah selesai.

Thursday, December 10, 2009

Spaghetti Olio Campak-campak

Posted by Mar at 12:15 PM 2 comments
Teringin nak makan spaghetti dah lama. Sejak dari belum diet sampai dah diet sekarang. Kat dalam fridge memang dah lama nampak spaghetti tah tahun bila punya. Tak baik membazir kan. Kena la guna.

Dulu mengidam nak makan Seafood Alfredo tapi memandangkan tengah diet, silalah sedar diri kan. Jadi Mar buat Spaghetti Olio Campak-campak ni. Entah betul entah tak cara masaknya. Janji ada rupa sikit-sikit ok la kan. Hehehe.

1. Mula-mula Mar letak olive oil dalam kuali.
2. Bila dah panas Mar tumis bawang besar, cili kering dan bawang putih.
3. Lepas tu Mar letak pulak carrot, daging dan ayam.
4. Letak jugak kiub ayam dan garam secukup rasa tekak.
5. Letak pulak spaghetti yang dah direbus dan ditoskan airnya.
6. Gaul-gaul rata.
7. Kalau suka dan tekak selera Melayu boleh jugak tabur bawang goreng sikit (kalau tengah diet jangan letak laaaa hehehe).

Siaaappp.



Versi dalam pinggan

Versi dalam kuali.

Mar makan dengan salad dan tomato yang dihiris nipis. Orang lain kat rumah ni makan gitu ajer.

Wallaaaaa...

(Kamera Mar lately ni produce gambar yang tak best. Kelabu asap jer. Menyampah betul. Ada sapa-sapa nak bagi hadiah kamera? Hehehehe)

Wednesday, December 09, 2009

Posted by Mar at 12:33 PM 2 comments
BILA KAU SIGN UP MEMBERSHIP DEKAT GYM SEBAB DIA CALL 23KALI SURUH SIGN UP, PASTU DAH TERSIGN UP, TERUS REDHA DAN IKUTI PROGRAM GYM. HA INI MEMANG BERKESAN. SELAIN LEMAK KURANG, DUIT DALAM AKAUN JUGA BERKURANGAN. (http://inibelogsaya.blogspot.com/)Picture taken from http://cruises.about.com/od/emeraldprincess/ig/Emerald-Princess-Press-Photos/Emerald-Princess-Gym.htm


Tergelak Mar bila baca ayat kat blog Hanis Zalikha tu. Tapi memang betul la apa yang Hanis cakap tu. Diorang akan berusaha hingga berjaya. Call la sms la. Macam-macam. Sedangkan Mar yang dah sign up dengan CF pun dok dapat sms-sms yang selalunya dah tak ada kena-mengena dengan Mar lagi dah. Merapu-rapu. Gamaknya dok forward kat semua nombor yang dia ada.
Sama jugak kalau nak suruh beli pakej penginapan kat A***l**n. Selagi tak cakap "OK, setuju" selagi tu la diorang ni akan call dan call dan call. Sangat gigih dan tak putus asa langsung.
Mereka-mereka ni semua sekali paaannggg baru tau.

Tuesday, December 08, 2009

Air kosong, ketenangan dan tidur yang cukup

Posted by Mar at 12:37 PM 4 comments
Air sangat penting untuk turunkan berat badan. Kalau orang yang tak turunkan berat badan pun penting jugak. Dulu masa zaman Mar tak tau apa-apa memang Mar tak suka minum air kosong. Kalau minum pun sikit-sikit jer. Sejak dua menjak dah jadi dewasa atau kertu dan mula diet balik ni barulah sibuk minum air kosong banyak-banyak. Banyak maksudnya bukan la sampai 10 liter satu hari tapi untuk Mar selalunya minum 3-4 liter sehari. Kalau banyak-banyak nanti mati pulak. Mar pernah terbaca kat mana tah ada orang pernah buta sebab dia amalkan minum air sampai 8 liter. 2 kali ganda kuantiti air yang patut diminum. Bahaya tu.



Sangat nampak perbezaannya kalau diet + minum air banyak dengan diet tanpa minum air banyak. Masa Mar jaga Mak seminggu kat hospital hari tu, Mar agak kurang minum air sebab segan nak refill kat hospital sebab haruslah air yang ada kat pantry tu untuk patient kan plus leceh nanti asyik nak membuang jer nanti. Nanti terabai pulak ibuku yang sakit itu. Hehehe. Jaga makan tetap jaga makan tapi berat susah nak turun malah kadang-kadang naik pulak tu.

Tidur pun macam tu. Maksud tidur kat sini ialah tidur malam. Tidur siang kan tak bagus sangat. Mar perasan bila tidur malam tak cukup, berat akan naik atau maintain saja. Mar ada terbaca beberapa kes yang orang mati disebabkan tak cukup tidur walaupun menjalani healthy lifestyle iaitu selalu bersenam dan menjaga pemakanan. Mar jugak terbaca yang tidur yang cukup adalah 6 jam ke atas tapi kalau kita bersukan yang melampau contohnya macam atlit tu perlu lebih daripada tu.


Dan yang paling penting kena sentiasa tenang. Tak boleh stress selalu. Sebab Mar perasaan bila Mar stress atau risau pasal exam ke, pasal interview ke, pasal kesihatan Mak ke apa-apa la, mesti rasa malas nak diet dan workout. Jadi ketenangan tu penting untuk pastikan diet dan workout tidak terhenti.

Ini berdasarkan experience Mar jer. Orang lain tak tau la kan.

Monday, December 07, 2009

Makan 6 kali sehari????

Posted by Mar at 1:23 PM 6 comments
Alyn, coach Mar kat CF kata sehari kena makan 6 kali. Tapi bukan la melantak tak ingat dunia kan enam-enam kali tu. Maksud dia, breakfast, lunch and dinner memang wajib kena ambik. Ambik makanan yang sihat la kan. Avoid terus yang berminyak dan berlemak. Even sos cili pun tak boleh. Bila Mar cerita dengan dia pasal sandwich Mar tu, dia cakap roti wholegrain tu dah betul, sayur-sayur pun dah betul tapi tang mayonis dan sos cili sangat tak betul. Dia suruh tukar letak ayam rebus sekeping kecil, kecil saja tau (potong kecil-kecil masa nak makan). In between breakfast, lunch and dinner tu kalau lapar dia suruh makan epal hijau atau guava atau granola bars cap Natural Valley. Tapinya granola bars tu Mar try flavour apple crisp rasa sangat manis di lidah Mar. Sedap tu memang tersangat sedap la tapi rasa macam manis sangat di tekakku ini. So Mar takkan ambik lagi kecuali kalau mengidam nak makan benda manis baru nak makan.



Picture from http://www.wencle.com/images/SSL22379.jpg



Jadinya, maksud Alyn kat situ makan 6 kali untuk elakkan perut rasa lapar. Alyn kata jangan sekali-kali biar perut lapar dan jangan sekali-kali skip waktu makan sebab nanti end up kita akan makan dengan sangat pelahap pada waktu makan seterusnya. Kalau dah ambik makanan (breakfast / lunch / dinner), tapi sejam atau 2 jam lepas tu lapar, silalah kunyah buah epal hijau atau guava tadi sebab dua buah ni agak mengenyangkan (banyak serat kot) dan kurang kalori. Kalau nak makan granola bars tu jangan pulak telan sampai 6 ketul. Tu melantak namanya. Makan patah sikit-sikit. Manis weeiii.. I tak tahan. Tapi sedaaaaapppp.

Lagi satu Alyn cakap 1/2 jam sebelum tidur pastikan perut tak rasa lapar atau tak kosong. Kunyah la guava atau epal hijau tu. Atau Mar rasa minum air banyak sikit pun ok kot. Alyn kata supaya besok pagi masa bangun ada tenaga sebelum breakfast dan Mar rasa ini pun untuk elakkan kita rasa nak makan macam-macam masa breakfast tu. Secara tak langsung dapat mengelakkan diri daripada makan makanan berat macam nasi lemak, roti canai, nasi goreng etc.
Posted by Mar at 8:34 AM 6 comments
WEEKLY PROGRES
Starting weight: Early August: 87kg
Week 1: 28 September : 85.1kg (-1.9kg)
Week 2: 05 Oktober : 83.5kg (-1.6kg)
Week 3: 12 Oktober : 80.7kg (-2.8kg)
Week 4: 19 Oktober : 80.9kg (+0.2kg)
Week 5: 26 Oktober : 77.9kg (-3.0kg)
Week 6: 2 November: 79.1kg (+1.2kg)
Week 7: 9 November: 77.5kg (-1.6kg)
Week 8: 16 November: 75.9kg (-1.6kg)
Week 9: 23 November: 76.3kg (+0.4kg)
Week 10: 30 November: 77.3kg (+1.0kg)
Week 11: 7 Disember: 74.4kg (-2.9kg)
TOTAL LOSS
as at 7 Disember Nov 2009: 12.6kg
MONTHLY PROGRESS
Early August 2009: 87kg
28 September 2009: 85.1kg (-1.9kg)
26 October 2009: 77.9kg (-7.2kg)
30 November: 77.3kg (-0.6kg)

Sunday, December 06, 2009

10 tips untuk yang ada hypertension (sila tambah jika ada)

Posted by Mar at 10:08 PM 0 comments
Tips ni semua yang Mar dapat dari orang-orang di sekeliling Mar dan of course la dari Google kan. Sila tambah di ruangan komen jika anda ada tips yang lain. Tips tidak terhad kepada cara untuk turunkan tekanan darah tapi apa saja tips yang berkaitan. TQ

1. Kalau nak workout jangan start dengan aktiviti kaki tapi start dengan aktiviti melibatkan bahagian atas badan. Kalau kat CF, Mar warm-up dengan cycling (as per suggested by my coach).

Picture from http://www.istockphoto.com/file_closeup/sports-and-leisure/fitness/5608426-gym-cycling.php?id=5608426

2. Makan buah belimbing atau minum jus belimbing. Tak kisah la belimbing besi atau belimbing buluh. Ini tips dari Mak Ina (Ina is my BFF)

Belimbing besi

Picture from www.saltwaterfish.com/vb/showthread.php?t=318397

Belimbing buluh


3. Beli alat untuk memantau tekanan darah. (Tips daripada http://kolomkesehatan.blogspot.com/2008/03/tips-menurunkan-tekanan-darah.html)

Picture from highdiastolicbloodpressure.com/

4. Menurunkan berat badan dengan bersenam. Setiap 1/2 kg yang diturunkan akan menurunkan BP sebanyak 2 mmHg. (Tips daripada http://kolomkesehatan.blogspot.com/2008/03/tips-menurunkan-tekanan-darah.html)

Picture from http://www.gograins.com.au/images/gograins/weight_management.jpg

5. Jangan berhenti makan ubat sebab kalau berhenti nanti BP akan naik lebih tinggi dari sebelumnya. (Tips daripada http://kolomkesehatan.blogspot.com/2008/03/tips-menurunkan-tekanan-darah.html)

Picture from http://taiwanease.com/features/society/pillpopping-practices.php

Picture from www.reallynatural.com/archives/2009/04/

7. Jangan merokok sebab nikotin dalam rokok boleh naikkan BP. (Tips daripada http://kolomkesehatan.blogspot.com/2008/03/tips-menurunkan-tekanan-darah.html)

Picture from hardiaputra.wordpress.com/2009/01/

8. Makan pisang sebab pisang ada potassium yang boleh turunkan BP. Makanan lain yang ada potassium ialah jus oren, aprikot, kentang, avokado, tomato, brokoli, soya, brown rice, bawang putih. (Sumber daripada http://kolomkesehatan.blogspot.com/2008/03/tips-menurunkan-tekanan-darah.html dan http://en.wikipedia.org/wiki/Potassium)

Picture from http://thoughtsonglobalwarming.blogspot.com/2008/02/energy-from-banana-waste-to-fuel-cars.html

9. Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang. (Tips daripada http://pakarhowto.com/belajar-bisnes-internet/petua-menurunkan-darah-tinggi.html)

Picture from go2smart.co.cc/kunyit-dilahap-kulit-mengilat/

10. Paling penting kena bertenang selalu. Jangan stress sangat. Semua benda kena take positive.

Picture from http://www.faqs.org/photo-dict/phrase/1752/relax.html




Posted by Mar at 8:34 PM 0 comments
Tengok Buletin Utama tadi tiba-tiba rasa ngeri nak jejak kaki kat shopping complex atau mana-mana tempat yang ada roof top parking lot. Mati orang yang tengah naik escalator kat KB Mall tu sebab ada kereta terjunam ke dalam mall.

Rasanya instead of tekan brek, driver kereta tu mungkin tertekan minyak menyebabkan kereta meluncur langgar dan rempuh dinding langsung terjunam dalam mall atas escalator tu.

Ngeri dowwhhh.

EDITED:
Mak cakap rupanya kereta tu rosak tak boleh start pastu orang-orang kat situ tolong kereta tu tah macam mana agaknya boleh jadi macam tu. Benda dah nak jadi kan. Tak boleh nak buat apa.

Berita bergambar di http://niknajminikabdullah.co.cc/?p=154
Posted by Mar at 1:24 PM 1 comments
Tadi baca paper.

Remy Ishak kena pukul. Why???

Kena kejar, kena kena kepung dan kena pukul di bilik persalinan Istana Budaya waktu sedang berehat untuk sesi pementasan seterusnya.

Sumber: Mingguan Malaysia hari ni

Saturday, December 05, 2009

Banjir Muffin

Posted by Mar at 12:33 AM 4 comments
Balik dari CF semalam Mak suruh singgah beli muffin Kenny Rogers kat Jusco AU2. Teringin katanya. Tup tup balik rumah tengok atas meja ada 2 biji chocolate chip muffin dan 1 biji almond muffin. Rupa-rupanya Auntie Margy datang rumah melawat Mak bawa buah tangan. Jadi banjir muffin la kat rumah ni semalam.




Tak sah la kan kalau tak masuk dalam mulutku ini. Hancus dan sia-sia workout dan dietku di situ. Pergi CF bakar kalori seciput tapi tambah kalori sekawah. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Sendiri mau ingat la, Marliza!!!

Petang, Encik Suami balik kerja dia suruh masak sup daging. Masak main campak-campak jer. Janji sedap. Puji diri sendiri nampaknya. Hehehehe.

Friday, December 04, 2009

Posted by Mar at 1:59 PM 0 comments
Since Mak dah balik rumah, maka rutin ke CF akan diteruskan. Tapi without instructor la kan. Appointment dengan instructor 2 kali seminggu sahaja. Hari lain pandai-pandai la bawak diri ya. Buat cardio sudah. Hehehe.
Posted by Mar at 7:10 AM 0 comments
Mak dah balik rumah. Alhamdulillah.

Yeaaayyyy.

Thursday, December 03, 2009

Posted by Mar at 10:28 AM 2 comments
Confirm I ada hypertension uolsss.

Doktor bagi ubat, makan sekali sehari.

Tabah dan redha sajalah.

Sebagai menghapuskan dosa-dosa kecil.

Agenda diet dan dan program di CF masih diteruskan tapi sudah tukar strategi kepada sasaran untuk menurunkan tekanan darah bukan kurus semata-mata.

Dah ada penyakit kan. Haruslah jaga makan dan rajin bersenam.

Tuesday, December 01, 2009

Posted by Mar at 5:44 PM 0 comments
Baru balik dari klinik jumpa doktor.
BP Mar hari ni 150/100.
Doakan yang baik-baik untuk Mar ya.

Encik Suami balik dari kampung malam ni. Sampai KL subuh esok.

Sayang, balik cepat. I miss you so much. Muuaahh.

Monday, November 30, 2009

Posted by Mar at 5:44 PM 0 comments
Khamis lepas pergi CF. Alyn, my coach check BP sebelum dia boleh start program. Dia kata BP sangat tinggi. Lupa nak tanya berapa sebab dah ala-ala panik dan risau bila dia kata BP tinggi. Tapi memang masa tu pening kepala sebab malam tu tak cukup tidur sebab jaga Mak kat hospital. Alyn suruh buat check-up dengan doktor. Tadi pergi klinik. Doktor check BP. Tinggi. 160/100!!! Sangat risau ni. Dah la Encik Suami tak ada. Takuuuttt. Esok dengan lusa kena buat follow-up lagi dengan doktor. Harap-harap semuanya stabil. Arrgghhh tetap takut ni.
Posted by Mar at 5:39 PM 0 comments
WEEKLY PROGRES
Starting weight: Early August: 87kg
Week 1: 28 September : 85.1kg (-1.9kg)
Week 2: 05 Oktober : 83.5kg (-1.6kg)
Week 3: 12 Oktober : 80.7kg (-2.8kg)
Week 4: 19 Oktober : 80.9kg (+0.2kg)
Week 5: 26 Oktober : 77.9kg (-3.0kg)
Week 6: 2 November: 79.1kg (+1.2kg)
Week 7: 9 November: 77.5kg (-1.6kg)
Week 8: 16 November: 75.9kg (-1.6kg)
Week 9: 23 November: 76.3kg (+0.4kg)
Week 10: 30 November: 77.3kg (+1.0kg)

TOTAL LOSS as at 30 Nov 2009: 9.7kg

MONTHLY PROGRESS
Early August 2009: 87kg
28 September 2009: 85.1kg (-1.9kg)
26 October 2009: 77.9kg (-7.2kg)
30 November: 77.3kg (-0.6kg)

Friday, November 27, 2009

Posted by Mar at 4:41 PM 2 comments
Tahun ini berkampung dan berhari raya di Hospital Kuala Lumpur.
Sakit pinggang.
Sakit kepala.
Bahana tidur duduk.
Hahahaha.

Wednesday, November 25, 2009

Posted by Mar at 2:20 PM 0 comments
Berakhir sudah 1 tahun di Institut Perguruan.... Cabaran besar sedang menanti...

Tuesday, November 24, 2009

Posted by Mar at 3:59 PM 0 comments
Nervous macam tak cukup preparation untuk UAK esok. Takuuuutttt.

Result exam tak keluar lagi. Takut jugak.

Result posting pun tak keluar lagi. Takut jugak.

Sekarang nak pergi hospital. Nak mandikan Mak. Kasi wangi-wangi sikit sebelum kena operate esok. Ni yang paling takut. Maaakk, hopefully semuanya ok. Mar takut.

Nak bawak nota sekali la. Nanti boleh tengok-tengok dan baca-baca masa kat hospital.

Nervous seehh tapi cover. Tak nak stress. Tapi takut jugak. Sekarang rasa nak nangis.

Cepat-cepat la selesai semua ni.

Monday, November 23, 2009

Posted by Mar at 8:45 PM 3 comments
Berat adalah naik. Mungkin sebab bendera merah. Mungkin sebab stress nak exam. Mungkin sebab risau Mak nak kena operate. Mungkin sebab risau fikirkan posting. Sedang berdoa supaya cepat kembali ke pangkal jalan. Disebabkan berat naik, so malas nak ambik gambar berat badan.


WEEKLY PROGRES
Starting weight: Early August: 87kg
Week 1: 28 September : 85.1kg (-1.9kg)
Week 2: 05 Oktober : 83.5kg (-1.6kg)
Week 3: 12 Oktober : 80.7kg (-2.8kg)
Week 4: 19 Oktober : 80.9kg (+0.2kg)
Week 5: 26 Oktober : 77.9kg (-3.0kg)
Week 6: 2 November: 79.1kg (+1.2kg)
Week 7: 9 November: 77.5kg (-1.6kg)
Week 8: 16 November: 75.9kg (-1.6kg)
Week 9: 23 November: 76.3kg (+0.4kg)

TOTAL LOSS as at 16 Nov 2009: 10.7kg

MONTHLY PROGRESS
Early August 2009: 87kg
28 September 2009: 85.1kg (-1.9kg)
26 October 2009: 77.9kg (-7.2kg)

Sunday, November 22, 2009

Posted by Mar at 7:10 AM 3 comments
Besok pagi Mak akan masuk wad.

Operation hari Rabu.

Berdebar.

Macam-macam debaran untuk minggu depan.

Debaran operation Mak.

Debaran assignment KISSM.

Debaran exam KISSM.

Debaran result exam.

Debaran posting.

Sedang melalui fasa berdebar-debar ni.

Saturday, November 21, 2009

Posted by Mar at 7:12 AM 0 comments
10 kali nangis tengok Nur Kasih malam tadi.

Gila ke meroyan???

Ke lapar nasi??

Bwahahaha.

Friday, November 20, 2009

Posted by Mar at 8:09 PM 0 comments
Kursus meleret hingga ke esok.

Debaran posting makin memuncak.

Jiwa kacau nak exam KISSM.

Assignment pun tak siap lagi.

Tapi malam ni ada Nur Kasih

So, how?

Sendiri mau ingat la beb!

How's my workout?

Posted by Mar at 5:45 AM 0 comments
Mula hari Ahad sebab CF start bukak on that day. Isnin tak pergi sebab Encik Suami cuti. From Tuesday sampai Khamis dah 3 hari berturut-turut setiap petang ke sana. Hari ni nak pergi lagi sebab mungkin Sabtu dan Ahad tak dapat nak pergi. Agak sakit sikit la kaki dan badan ni sebab entah berapa tahun sekali nak baru workout kan. Tapi nak kurus punya pasal tahan la sikit kan. No pain no gain tapi tak mau gain weight tau. Hahaha.




Thursday, November 19, 2009

Tahniah, Kak Cek

Posted by Mar at 8:20 PM 0 comments
Kak ngah, kak cek dapat 5A upsr.
From: +6013xxxxxxx
01:48pm 19/11/09



Adik ipar iaitu adik perempuan Encik Suami dapat 5A dalam UPSR.


Kak Cek, I'm proud of you. Congratulations!!!




Picture from: http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/e/e7/MA_Route_5A.svg/600px-MA_Route_5A.svg.png

Posted by Mar at 5:59 AM 0 comments
Dapat surat pelantikan sahaja. Penempatan belum lagi. Masih berdebar namun tetap redha dan positif walau ditempatkan di mana pun. Haiii, rezeki Allah kan ada di mana-mana. Probation period adalah antara 1 hingga 3 tahun. Haaa, siap siaga la untuk bekerja keras menggalas tanggung jawab. It's not as easy as other people think. Believe me.

Wednesday, November 18, 2009

Posted by Mar at 9:54 AM 0 comments
Pagi ni pukul 10.30 pagi ada taklimat dengan Bahagian Sumber Manusia. Apa agendanya tidak dapat dipastikan lagi. Ada khabar angin yang kata akan dapat surat posting dengan negeri yang bakal ditempatkan nanti. Ada yang kata hanya taklimat tentang perlantikan sahaja. Yang mana betul pun tak tau la. Tunggu jer la dengan sabar dan berdebar.
Posted by Mar at 12:32 AM 0 comments
Petang tadi berjaya ke CF lagi. Hari ni tak boleh nak pergi sebab kursus habis 6.45pm. Campur jem kat MRR2 confirm la sampai rumah sangat lambat. Akan sambung ke CF hari Khamis dan Jumaat. Sabtu dan Ahad cannot sebab Encik Suami cuti. Masa untuk berdua-duaan.


Tuesday, November 17, 2009

Posted by Mar at 12:31 PM 0 comments
Perut sakit sebab bendera merah sudah mari. Minggu depan punya progress confirm tak best, Tak apa la, Mar. Tabahkan hati dan jangan give up, ok. Nanti sendiri yang rugi. So, sendiri mau ingat la kan. Hahaha.

Peha kiri sakit kesan workout kat gym Ahad hari tu. Almaklum ler, bak kata Encik Suami, "Macam mana la tak sakit kalau 28 tahun sekali baru nak exercise!!!"

I sentap ok. Nasib baik lepas tu dia urut-urut peha gebu I ni. Kalau tak I sentap 28 tahun baru dia tau!!!




Terima kasih pada minyak ini.

Harap-harap cepat hilang sakit sebab petang ni nak pergi CF.
 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal