Monday, November 09, 2009

Posted by Mar at 8:17 PM 0 comments
Bakal ibu yang comel lote putih melepak, Puan Q telah menegur Mar petang tadi. Dia kata, "Muka Kak Mar nampak putih la sekarang ni." Berseri gitu dia kata la. Q dan Kak Ila tanya ada pakai apa-apa ke?

Macam mana ler tak nampak berseri dan cantik sikit kulitku kalau breakfast telan HL shake, lunch telan sandwich macam kat bawah tu dan dinner pulak telan HL shake lagi. No oily food. Kalau ada pun sikit-sikit jer. Kalau dulu, Mar makan sambal macam makan sup tau. Sila percaya. Mar ni memang hantu sambal sebab tu dulu, jerawat suka sangat membuat pembiakan kat muka Mar ni.

Kembang-kuncup hidung dan bontotku bila kena puji. Hahahaha.

Thank you, Q :)
Posted by Mar at 6:51 PM 0 comments


WEEKLY PROGRESS

Starting weight: Early August: 87kg
Week 1: 28 September : 85.1kg (-1.9kg)
Week 2: 05 Oktober : 83.5kg (-1.6kg)
Week 3: 12 Oktober : 80.7kg (-2.8kg)
Week 4: 19 Oktober : 80.9kg (+0.2kg)
Week 5: 26 Oktober : 77.9kg (-3.0kg)
Week 6: 2 November: 79.1kg (+1.2kg)
Week 7: 9 November: 77.5kg (-1.6kg)

TOTAL LOSS as at 9 Nov 2009: 9.5kg


MONTHLY PROGRESS
Early August 2009: 87kg
28 September 2009: 85.1kg (-1.9kg)
26 October 2009: 77.9kg (-7.2kg)

Sunday, November 08, 2009

Posted by Mar at 7:26 PM 0 comments
Entah hantu raya apa agaknya yang masuk dalam badan ni. Sekejap-sekejap lapar. Dari malam tadi sampai sekarang mulut ni rasa nak mengunyahnya jer kerjanya. Biskut. Mangga. Biskut. Biskut. Biskut. Risau pulak jadinya. Apa hal la pulak ni. Selalu tak ada pulak macam ni. Cepat-cepat la esok. Kalau pergi maktab, potensi asyik nak mengunyahnya tu kurang la sikit. Dok rumah ni huru-hara dietku. Marliza, sila cepat pulang ke pangkal jalan ya.

Saturday, November 07, 2009

What I Eat

Posted by Mar at 1:34 PM 14 comments
Sebelum tu Mar nak buat pengakuan bahawa masa 1st day 99HTN Mar sebenarnya dah melantak nasi ambeng sebungkus masa breakfast. Bukan nasi ambeng sebenarnya tapi ala-ala nasi ambeng tapi yang ini Indon yang buat. Kalau nasi ambeng yang Mar beli kat Mak Tim Corner tu besar gedabak tapi yang ni bungkusan dia besar macam bungkusan nasi kerabu tu. Kenapa Mar makan nasi tu? Sebabnya Kak Peah yang sebulan sekali datang cuci rumah tu akan beli sekali nasi tu untuk satu rumah. Sebulan sekali kira orang kat rumah ni wajib la makan nasi tu. Sangat sedap dan murah. Harga dia RM3.50 sahaja. Lauk dia bukan macam kita makan nasi campur tu. Lauk dia ala-ala nasi ambeng yang kat bawah ni. Sudah berdosa pada hari pertama ok. Sila marah jika anda rasa perlu.




(Gambar curi dari Google)

Selepas tragedi itu, Mar teruskan usaha menebus dosa tersebut dengan makan menu yang sihat (kononnya). So, inilah makanan yang Mar dok telan sekarang untuk lunch. Breakfast Mar akan minum HL Shake (3 sudu besar penuh F1 dibancuh dengan air sejuk 300ml). Actually, sejak seminggu sebelum 99HTN Mar makan benda yang sama untuk lunch tapi tanpa roti. Tapi disebabkan masa hari Isnin tu Mar telan rasa macam jemu dan jelak la pulak. So, on Tuesday Mar makan dengan 2 keping roti wholemeal Gardenia yang plastik hijau tu. Makan ala-ala macam sandwich. Inilah bahan-bahannya.

2 keping roti wholemeal

Salad ni 2 helai

Salad ni 2 helai jugak


Tomato dihiris nipis 1/2 biji


1 cup kecil kobis hiris campur + yogurt natural flavour dan 1 sudu kecil tuna mayonnaise Ayam Brand.

Jadi bila nak pergi maktab pagi-pagi tu Mar akan bawak lunch box macam kat bawah ni. Roti Mar letak dalam plastik lain supaya roti tu tak lembik bila nak makan nanti.

Disebabkan Mar terlampau rajin hari ni, Mar akan cerita step by step macam mana Mar buat sandwich ni.

Mula-mula letakkan roti sekeping. Lepas tu ikut jer la step macam dalam gambar tu ya.



Lepas tu sapu tuna mayonnaise 1 sudu kecil.

Lepas tu letak pulak hirisan kobis + yogurt 1 cup kecil



Tadaaaaaa!!!
Ini pulak dah kena telan separuh.

In between Mar wajib habiskan 3liter air masak dan 1liter Teamix

Kalau in between Mar rasa lapar jugak, Mar akan telan benda-benda kat bawah ni.

Untuk dinner Mar minum HL shake (serupa macam breakfast punya menu).

But being me, sudah pasti la akan ada kadang-kadang tersuap benda-benda yang merapu dan mendatangkan dosa pada diri sendiri. Untuk menyedapkan hati sendiri anggap sajalah ia sekadar untuk merasa dan mengelakkan kempunan.

Makanan-makanan ini akan ditelan hingga rasa jemu dan jelak. Menu hanya akan bertukar apabila tekak dah tak boleh terima lagi.
HARAP MAKLUM

Friday, November 06, 2009

Posted by Mar at 11:51 PM 0 comments
Sedang berkursus sehingga 25 November. Setiap hari Isnin hingga Jumaat, 7.30am - 4.30pm. Hari pertama kursus dah dapat 4 assignment. Hari terakhir adalah hari peperiksaan. Harapnya gigih la Mar hendaknya sehingga 25 November ni.

Balik petang tadi campak baju dalam mesin basuh dan jemur pulak di ampaian. Lepas tu buat pulak agar-agar merah atas permintaan Encik Suami yang dah berkurun dia mintak tu. Terlebih rajin pulak hari ni sebab lepas tu Mar goreng pulak keropok untuk stok makanan Encik Suami bila lapar kecil-kecilan atau ada tetamu datang ke rumah.

Rajin sungguh saya hari ni kan. Kagum tak. Hehehehe.

Thursday, November 05, 2009

He's My Father

Posted by Mar at 9:44 PM 0 comments
Tiba-tiba dia suruh gua baca magazine nih pagi tadi padahal gua ada exam pukul 2pm...eeerrmmm... Layankan saja. Nanti kang kecik hati. Hehehehe.



Wednesday, November 04, 2009

Posted by Mar at 6:19 PM 0 comments
Hari ni Mas (member KPLI) tegur. Bukan tegur yang biasa-biasa tau. Buat pertama kalinya, (selain Encik Suami) Mas telah menegur masa nak ambik wudhuk kat surau.

Mas : Oiiitt. Ko diet ek? Dah kurus la.

Mar : Sikit-sikit jer (sambil tersipu-sipu malu).

Mas : Patut la. Hari tu aku nampak macam ko tapi macam kurus sikit, aku ingat bukan ko. Sekali memang betul ko. Bagus-bagus.


Thanks, Mas atas puji-pujian itu. Hari ni hati berbunga-bunga rasanya.

Tuesday, November 03, 2009

Another 2 days to go...

Posted by Mar at 3:01 PM 0 comments
Baru lepas exam. Sedang pening lalat selepas menjawab soalan exam. Serious tak cukup masa nak menggoreng jawapan tadi. Moga-moga lulus hendaknya. Amin.

Dah lepas satu paper. Ada dua paper lagi. Lepas tu boleh berjimba-jimba seketika sebelum exam KISSM.

Sekarang nak study. Kononnya...

Monday, November 02, 2009

Posted by Mar at 4:43 PM 1 comments
Mungkin ada yang perasan dagu Mar yang bengkak kat dalam gambar kat bawah ni. Ni semua akibat pitam minggu lepas. Macam ni la gamaknya rasa orang yang baru suntik botox atau kolagen kat dagu kot. Hahahaaha. Calar-calar dan luka semua dah kering. Siap Mar dah kopek kasi clear sikit muka. Bila dah tak sakit dan muka pun tak ada parut sangat, Mar pun buat-buat lupa la nak makan ubat. Tapi malangnya Encik Suami sound pasal tak makan ubat lagi sebab Mar dok complaint kat dia bengkak kat dagu tak surut-surut. Lepas ni kena makan balik la kot ubat untuk kurangkan bengkak tu.



Ubat yang akan ditelan untuk kurangkan bengkak di dagu runcingku (runcing la sangat kan..eermm). Baru kejap ni dah telan 2 biji.

Posted by Mar at 8:09 AM 4 comments
Lupa sangat nak email pada Kak Zel from http://loseweight-chaiyok.blogspot.com/. Yang bestnya semalam beriya ambik gambar diri sendiri tapi lupa nak ambik gambar berat badan. Pagi ni baru ambik gambar berat badan dan email pada Kak Zel. Harap-harap Kak Zel terima la hendaknya. Nak tepek kat sini gambar-gambar tu. Tapi macam malu la pulak. Hehehehe. Tepek jer la kan sebagai peringatan pada diri sendiri, "Sampai bila engkau nak gemuk macam ni, Mar??".





WEEKLY PROGRESS

Starting weight: Early August: 87kg
Week 1: 28 September : 85.1kg (-1.9kg)
Week 2: 05 Oktober : 83.5kg (-1.6kg)
Week 3: 12 Oktober : 80.7kg (-2.8kg)
Week 4: 19 Oktober : 80.9kg (+0.2kg)
Week 5: 26 Oktober : 77.9kg (-3.0kg)
Week 6: 2 November: 79.1kg (+1.2kg)


TOTAL LOSS as at 2 Nov 2009: 7.9kg


MONTHLY PROGRESS
Early August 2009: 87kg
28 September 2009: 85.1kg (-1.9kg)
26 October 2009: 77.9kg (-7.2kg)

Sunday, November 01, 2009

Posted by Mar at 9:18 AM 2 comments
Secara rasminya hari ni bermulalah cabaran 99 Hari Tanpa Nasi anjuran Kak Zel dari http://loseweight-chaiyok.blogspot.com/. Mar masuk ni kira suka-suka jer. Bukanlah beriya sangat nak menang. Tapi kalau menang best jugak. Kalau menang dapat hadiah. Kalau kalah pun takkanlah berat tak turun sekilo dua sekurang-kurangnya kan. So, tak rugi apa-apa pun. Malah untung ada. Tak kiralah menang ke kalah.

Tadi dah suruh Encik Suami ambil gambar. Berat belum timbang lagi hari ni. Dah siap-siap ambik gambar tu semua nak kena email pada Kak Zel pulak.

Esok hari menimbang rasmi Mar. Potensi sangat besar untuk lihat angka pada digital scale itu meningkat. Redha jer la gara-gara kes pitam minggu lepas. Harap-harap cabaran 99 Hari Tanpa Nasi anjuran Kak Zel akan membantu kembali proses menurunkan berat badan Mar ni.

Saturday, October 31, 2009

Posted by Mar at 11:30 AM 3 comments
Semalam menangis menonton drama Nur Kasih di TV3. Menangis waktu ni ==>http://www.facebook.com/video/video.php?v=1238477235924&oid=107850046496.










Touching dowh.

Friday, October 30, 2009

PENGUMUMAN PENTING (INI SERIUS, BUKAN MAIN-MAIN)

Posted by Mar at 10:14 AM 0 comments
Nokia 5200 yang kokak sudah jahanam. Sekarang beliau sedang guna Motorola W218 yang kokak jugak. Disebabkan Marliza Mokhtar terlalu genius kerana menyimpan semua nombor telefon kawan-kawan, musuh-musuh, bekas kekasih, bekas mak mertua tak jadi, bekas pujaan hati, bekas moyang tak jadi dan sewaktu dengannya HANYA di dalam phone memory telefon kokak yang jahanam itu SAHAJA, maka sekarang beliau tidak mempunyai nombor telefon kawan-kawan yang disayangi kecuali nombor telefon kawan-kawan beliau yang turut menjadi kawan-kawan Encik Suami sahaja. Sila sms nombor telefon anda kepada beliau. Jangan lupa letak nama sekali. Kalau anda tidak mahu letak nama kerana takut privacy dicabuli, anda dinasihatkan untuk tidak langsung menghantar sms tersebut. Ini bukan paksaan. Tak wajib pun. Boleh dikira makruh sahaja. Hanya jika anda tidak berbuat demikian, sila JANGAN salahkan Puan Marliza Mokhtar jika, apabila anda menghubungi nombor telefon beliau dan beliau dengan suara kerek menjawab tidak mengenali anda. Pilihan terletak di tangan anda. Sila laksanakan tanggung jawab anda dengan rela hati tanpa paksaan. Puan Marliza Mokhtar masih menggunakan nombor telefon bimbit yang sama.

PENGAJARAN: Lain kali dalam simcard pun kena simpan jugak nombor-nombor telefon tu ya tuan-tuan dan puan-puan. Paling afdhal kalau simpan dalam buku 555.

SEKIAN PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT DARIPADA PUAN MARLIZA MOKHTAR.

SEKALI LAGI, INI SERIUS, BUKAN MAIN-MAIN.

Hati berbunga riang

Posted by Mar at 9:31 AM 2 comments

Sangat happy bila pagi-pagi buta dapat tengok Abang Remy Ishak (dan dan panggil Abang Remy bwahahaha). Thank you, Hotfm. Thank you, 8TV. I lap u la, Abang Remy.


Gambar dicuri dari Facebook Remy Ishak.

Thursday, October 29, 2009

Posted by Mar at 6:10 PM 0 comments
Memang ke laut sungguh diet minggu ni. Mula dengan pitam hari Isnin, interview hari Selasa, jamuan kelas hari Rabu, Puan Lecturer sedekah carrot cake hari Khamis (tadi ler tu). Macam berpotensi untuk naik jer berat badan minggu ni. Haiisshh moga-moga tidak. Amin.

Esok tak ada kelas, potensi untuk diet ke laut sangat kurang. Moga dapat back on track selepas beberapa hari hilang arah. Hehehe.

Minggu depan exam. 3, 4 dan 5 November. Kena start baca buku nih. Lemah betul kena baca buku untuk exam nih.

Tuesday, October 27, 2009

Posted by Mar at 11:52 PM 0 comments
Selesai sudah sesi temuduga dengan SPP pagi tadi. Harap berjayalah hendaknya. Disebabkan kes semalam maka semalam dan hari ni diet ke laut sebentar kerana tidak mahu memudaratkan diri. Insyaallah esok akan kembali berdiet dengan HL.

Baru kejap tadi siapkan puding cocktail berkuah untuk dibawa ke jamuan esok. Tukang rasa ialah Encik Suami. Dia kata sedap. Selesai satu cup puding masuk perut dia.

Monday, October 26, 2009

Malang tak berbau

Posted by Mar at 9:40 PM 2 comments
Pagi ni macam biasa minum HL shake pukul 7.00 pagi. Lepas tu drive ke school yang dicintai. Pakai uniform sebab ada majlis perhimpunan sempena Minggu Unit Beruniform. Mar kena kawad untuk perbarisan tapi tak ada la berkawad ke mana pun. Kawad gitu-gitu jer. Berdiri jer lebih. Mar kena berdiri di barisan depan sekali. Cuaca makin lama makin panas terik. Punya la lama berdiri tunggu perhimpunan habis. Dekat 1 jam jugak la. Mana nak control ayu jelita lagi. Hehehehe. Kaki makin lenguh dan kebas tapi ambil langkah berjaga-jaga dengan menggerak-gerakkan kaki dan ibu jari. Tiba-tiba rasa macam ringan terawang-awang. Rasanya nak kena keluar barisan ni sebab macam dah tak larat nak berdiri lagi. Tapi tak sempat nak keluar Mar suddenly jatuh tersembam ke depan. Kelam-kabut semua orang. Tiba-tiba Mar jadi tumpuan semua orang masa perhimpunan tadi. Glamour I sekejap gitu. Rasanya Mar macam blackout kejap tadi. Tapi sedar dan ingat la masa jatuh dan ada orang bangunkan bawa ke bilik untuk rehat kejap.

Langsung tak jadi pergi kelas pun hari ni. Muka bengkak dan bercalar merah-merah. Diana, Linda dan lecturer semua suruh balik ambik MC. At last, Linda drive kereta Mar sampai rumah and Diana drive kereta dia follow kat belakang. Lepas tu diorang rushing pulak balik school sebab ada kelas. Thanks a lot my dear friends. Mmmuuaahh.

Encik Suami asalnya dah pergi keja tapi kena halau balik dengan boss dia sebab boss dia nampak muka dia macam risau sangat masa kat office. Encik Suami berstatus EL hari ni kerana Puan Isteri pitam. Kecoh jer kan. Hahaha. Encik Suami balik terus la kitorang pergi klinik. Gusi luka yang agak besar dan berdarah. Doktor suggest untuk pergi jumpa dentist for further check-up tapi tak pergi pun lagi sebab besok ada interview dengan SPP. Takut dentist jahit ke gusi tu nanti kang langsung tak boleh nak bercakap masa interview nanti. Nanti-nanti la kot. Doktor kat klinik bagi ubat kurangkan bengkak, ubat tahan sakit dan krim untuk luka.

1st time dalam hidup blackout macam ni. Puan lecturer suspect Mar pregnant tapi baru jer lepas period hari tu. Nak kata Mar tak cukup makan padahal semalam siap makan nasi goreng dan mee hokkien lagi tu. Benda dah nak jadi kan. Pasti ada hikmahnya.

Diet Progress

Posted by Mar at 6:26 AM 0 comments
Starting weight: Early August: 87kg

Lepas tu diet main-main ikut mood ikut suka saja sebelum kembali pulang ke pangkal jalan.

Week 1: 28 September : 85.1kg
Week 2: 05 Oktober : 83.5kg
Week 3: 12 Oktober : 80.7kg
Week 4: 19 Oktober : 80.9kg (RED FLAG) - perhatikan naik sebanyak 200 gram di situ ggrrr...
Week 5: 26 Oktober : 77.9kg

TOTAL LOSS : 9.1kg

Sunday, October 25, 2009

Posted by Mar at 9:12 PM 0 comments
Rezeki rumah Mar ni memang murah betul. Boleh dikatakan hampir setiap kali ada tempahan katering, jiran sebelah rumah Mar ni mesti akan hulur sepinggan dua pada kami. Hari ni dihulurnya pula sepinggan nasi goreng cina dan 2 ketul ayam goreng berempah. Tak lama lepas tu Busu, Pak Usu dan Athirah pulak datang rumah. Bila jiran sebelah nampak je Busu and family datang terus dia hulur pulak lagi sepinggan nasi goreng cina.

Petang pulak Acu datang rumah bawa mee hokkien. Memang tak membeli atau masak makanan langsung hari ni. Beras kat rumah ni pun kebetulan dah habis. Elok sangat la tu kan. Rezeki jangan ditolak. Malam bila Encik Suami balik kerja, dinner dia adalah nasi goreng cina, telur goreng, mee hokkien, keropok, teh O di samping biskut raya (ya, biskut raya Mar ada yang tak habis lagi).

Namun yang pasti Mar masih gigih dengan menu salad. Makanan yang Acu dan jiran sebelah bagi Mar cuit sikit je untuk rasa.

Saturday, October 24, 2009

Posted by Mar at 3:43 PM 0 comments
Jiran sebelah rumah bagi sup tulang tadi. Encik Suami masuk kerja pukul 2pm hari ni. Jadinya, Mar panaskan sup tulang, masak saja nasi, goreng telur dadar, goreng keropok dan buat teh tarik sebagai breakfast+lunch dia. Misi salad Mar masih lagi diteruskan.

Oh, ya. Beras dah habis. Nanti nak kena beli ni.

Friday, October 23, 2009

Posted by Mar at 7:10 AM 0 comments
Kawan baik bulan ni sudah habis. Nampaknya berat badan semakin senang menurun. Terbuktilah bahawa red flag memang mempengaruhi penurunan berat badan. Jadi, silalah jangan frust and disappointed kalau berat susah nak turun pada masa itu malah kadangkala naik pula. Gigih jangan tak gigih ya.

Disebabkan Mar rasa penurunan makin hari semakin macam kura-kura, Mar telah tukar menu untuk lunch. Kalau sebelum ni Mar makan nasi 1/4 pinggan, protein 1/4 pinggan dan sayur-sayuran 1/2 pinggan tapi kali ni untuk lunch, Mar makan salad sahaja. Salad Mar terdiri daripada lettuce, tomato dan homemade coleslaw (campuran carrot, kobis, coleslaw dressing dan sos thousand island). Sepatutnya tak perlu guna coleslaw dressing dan sos thousand island tapi disebabkan Mak dah terbeli, maka terpaksalah Mar terguna. Hehehehe. Mar ada baca dalam majalah Rapi (muka depan gambar Dira Abu Zahar), dalam tu tulis, kita boleh gantikan mayonis dengan low fat yogurt (natural flavour). Berangan nak guna yogurt tapi terpaksa cancel dulu la. Takkan nak membazir pulak kan. Mampus kena cekik dengan Mak kang. Semalam Mar baru mula dengan menu lunch yang baru ni. Perasaan yang sangat best tambahan pula baru kejap ni timbang dan berat adalah 78.9kg.

Menu pilihan yang dirancang buat masa ini:

BREAKFAST :
HL Shake

LUNCH :
Lettuce, tomato dan homemade coleslaw (campuran carrot, kobis, coleslaw dressing dan sos thousand island).

DINNER:
HL Shake

In between: A lot of plain water and 1000ml Teamix

Tapi Mar tak ada la extreme sangat menahan nafsu. Bila ada makanan merapu depan mata Mar cuit jugak sikit untuk rasa. Bukan apa, kalau tahan sangat nanti, nafsu makan jadi membuak-buak, tu yang bahaya tu. Nanti tiba-tiba tak boleh tahan perasaan tu terus pergi makan sepinggan hentak kan susah. So, cuit sikit supaya dapat rasa sahaja bagi mengelakkan kehancuran diet pada masa hadapan. Hehehehe.

Thursday, October 22, 2009

Confirm, operation needed

Posted by Mar at 5:09 PM 0 comments
Doktor pakar dah bagi tarikh untuk operation. 25 November 2009. Doctor will proceed with the operation. Sedikit tulang belakang Mak yang dah rosak dan patah akan dibuang. Kemudian doktor akan masukkan besi sebagai ganti. We are hoping for the best. Amin.

Tuesday, October 20, 2009

Posted by Mar at 2:24 PM 0 comments
Baru selesai buat group presentation tadi. Perasaan sangat la best sampai Puan Pensyarah tak ada bagi apa-apa komen sebab katanya semua kami dah bagitau. Sekarang sedang fokus untuk perkara lain pulak. Minggu depan ada interview session dengan SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan). Sangat takut woooo. Kalau sesiapa ada apa-apa tips sila share. Sharing is caring. Mmmuuaahh.

Monday, October 19, 2009

Posted by Mar at 3:47 PM 0 comments
Minggu lepas punya penurunan sangat la teruk malah naik pulak lagi. Rasa nak marah diri sendiri pun ada jugak ni. Mungkin cheating sana sini plus kawan baik tiap-tiap bulan pun sedang mari. Anyway, tetap jugak nak tulis kat sini walaupun rasa macam malu. Kalau tak nak malu diet betul-betul la Mar oiiiii.

Starting weight: Early August: 87kg

Lepas tu diet main-main ikut mood ikut suka saja sebelum kembali pulang ke pangkal jalan.

Week 1: 28 September : 85.1kg
Week 2: 05 Oktober : 83.5kg
Week 3: 12 Oktober : 80.7kg
Week 4: 19 Oktober : 80.9kg (RED FLAG) - perhatikan naik sebanyak 200 gram di situ ggrrr...

TOTAL LOSS : 6.1kg

Sunday, October 18, 2009

Posted by Mar at 8:54 PM 0 comments
Jalan-jalan di Berjaya Times Square dengan famili Encik Suami. Lepas tu ke Kampung Bharu makan nasi campur di pintu gerbang. Then, ke Serdang pulak hantar adik Encik Suami di UPM. Sampai Keramat dah 6.30pm. Singgah Jusco AU2 kejap cari blazer untuk interview next week. Sampai rumah uruskan hal-hal domestik. Bawak Mak pergi withdraw duit, tapau makanan untuk Mak, angkat kain baju, lipat kain baju. Ni dah ala-ala lembik melepek hatta nak pergi toilet bukak contact-lens pun macam malas. Habis cemana ni?

Saturday, October 17, 2009

Posted by Mar at 8:24 AM 0 comments
Ibu mertua, bapa mertua dan 4 orang adik ipar datang ke rumah malam tadi. Mar bersilat masak gulai lemak nenas ikan masin, sambal udang, sotong goreng sos tiram, sayur campur dan ayam goreng. Abang ipar and family tak ada. Adik ipar yang belajar di UPM pun tak ada. Ingatkan diorang ada. So, banyak lauk dan nasi yang berlebih. Pagi ni bangun Mar masak nasi goreng dan panaskan lauk-pauk. Boleh diorang buat lauk makan tengah hari ni.


Kawan baik sudah mari. So, berat badanku kini adalah ting tong. HARAP MAKLUM.

Friday, October 16, 2009

Posted by Mar at 8:16 AM 0 comments
Strategi yang dibuat semalam berjaya dilaksanakan.

Hasilnya juga tak mengecewakan. Bangun pagi ni berat adalah 79.9kg.

Makanya strategi itu akan diteruskan hari ini. Semoga berjaya hendaknya.

Thursday, October 15, 2009

Posted by Mar at 8:08 AM 0 comments
Encik Suami kata, "I dah tak ada teman makan malam dah sekarang..." sambil buat muka merajuk sedih la konon.

Puan Isteri pun bagi kata dua, "You nak teman makan ke you nak I kurus?"

Encik Suami jawab, "I cakap jer. Nak mengadu kat you. Tak suruh pun you makan malam."

Alolololololo.... I love you lah hehehehe
Posted by Mar at 7:49 AM 0 comments
Weight reduce sangat slow. Malah naik ada la. Hari Isnin 80.7kg. Hari ini adalah 81.0kg. Naik 300 gram yer kawan-kawan. Why? Why? Why?

(EDITED: Baru lepas membuang yang besar tadi. Berat selepas membuang ialah 80.7kg. Mar consider berat adalah maintain. Hahahaha. Tetap tak nak kata berat naik. Yer la, kalau kata berat naik, self-motivation nanti turun tau. Tapi strategi tetap strategi jugak.)

Mungkin hari ni nak tukar strategi.

Breakfast: HL Shake
Lunch: HL Shake
Dinner: HL Shake

Moga strategi ini dapat direalisasikan hari ini. Paling penting moga hasilnya tidak mengecewakan.


PENGAJARAN:
1. JANGAN tak tidur malam (dengan kata lain siapkan la assignment awal-awal, jangan last minute).
2. JANGAN tidur petang yang kononnya untuk qada' tidur malam tuh.

Wednesday, October 14, 2009

Posted by Mar at 6:49 PM 0 comments
Selesai berseminar sehari suntuk tadi. Maka hari ini tiada lagi sesi qada' tidur di siang hari. Semoga jadual tidur kembali seperti sedia kala agar kadar penurunan berat badan yang montel ni terus berlaku.

INI PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI:
Bila tak cukup tidur qada'nya melampau-lampau. Bila tak cukup solat qada'nya sambil lewa saja. Marliza, sila insaf. Jangan nak lewat-lewatkan sembahyang. Cukup time, berdesup terus pergi sembahyang. Jangan nak mengada-ngada kata kejap lagilah, kejap lagilah... lepas nilah, lepas nilah. Umur dah memang layak jadi mak orang. Ni macam mana nak jadi mak orang kalau perangai macam ni? Marliza, lu pikir la sendiri!!!
Posted by Mar at 3:17 AM 2 comments
Sejak masuk minggu ni asyik susah nak tidur malam. Ni bahana siapkan assignment sampai pagi dan qada' tidur hari tu la ni.

Maka akibatnya berat badan sangat sukar untuk turun.

Benci la macam ni.

Kudap-kudapan di malam hari memang berjaya dihindari sebab asal lapar saja teguk air kosong.
Happy jugak la walaupun berat macam susah jer nak turun minggu ni. Tak boleh stress sangat nanti asyik nak makan saja kerjanya. So, be happy. Slow and steady.

Tuesday, October 13, 2009

Posted by Mar at 3:44 PM 2 comments
Bengang betul dengan cik kak seorang tu.
Bila dia buka mulut jer rasa nak sekeh-sekeh kepala dia.
Jalan terbaik adalah diam.
Malas nak layan.

Monday, October 12, 2009

Posted by Mar at 3:37 PM 1 comments
Selamat menghantar 3 assignment hari ini.

2 individual task.

1 group task.

Next task is a group presentation.

Power Point slide presentation (not yet done).

Diet Progress

Posted by Mar at 3:28 PM 2 comments
Starting weight: Early August: 87kg

Selepas tak sampai sebulan tapi hampir sebulan diet dengan agak berdisiplin, diet Mar mula tak konsisten atas sebab-sebab peribadi. HL shake pun tak berapa ambil. 1 week after Raya (28 September to be exact), Mar start diet semula.

Week 1: 28 September : 85.1kg
Week 2: 05 Oktober : 83.5kg
Week 3: 12 Oktober : 80.7kg

TOTAL LOSS : 6.3kg

Mar tetapkan hari menimbang rasmi adalah pada setiap hari Isnin.

Sesi menimbang tidak rasmi masih lagi setiap hari supaya Mar boleh keep track my weight dan sentiasa berwaspada.

Moga azam kali ini untuk kurus bukan separuh jalan. Amin.

Sunday, October 11, 2009

Posted by Mar at 7:38 AM 0 comments
Walaupun diet tengah hari semalam ke laut, dengan makanan yang mengandungi lemak semata-mata lemak tiada yang tidak lemak melainkan lemak masuk ke tekak, namun bila timbang pagi ni berat adalah 80.6kg.

Terima kasih pada HL Shake dan Teamix yang membawa Mar ke jalan yang benar malam tadi.

Saturday, October 10, 2009

Posted by Mar at 8:54 PM 0 comments
Misi chicken pie, mashed potato dan coleslaw berjaya.

Siap dengan puding kastard kuah cocktail pula.

Puji-pujian merata.

Hati gembira tak terkata.

Diet pun ke laut juga.




(Resepi mashed potato dan coleslaw adalah ihsan Cik Daun, http://cikdaun.blogspot.com/2007/05/resepi.html )

Friday, October 09, 2009

Posted by Mar at 7:15 AM 2 comments
Berat 1 minggu selepas Raya ialah 85.1kg.
Berat pagi ini ialah 80.9kg.
Jumlah penurunan setelah 2 minggu berdiet kembali ialah 4.2kg.
Minggu depan berazam mahukan angka 8 itu berubah ke 7.
Tak nak la aim jauh-jauh sangat. Nanti tak tercapai sendiri yang frust dan stress.

Hari ini rasa sangat happy.

Yippieeee.

Thursday, October 08, 2009

Durhakakah Puan Isteri?

Posted by Mar at 1:22 PM 0 comments
Baru lepas membeli-belah di TESCO Ampang bersama Encik Suami.

Hajat di hati nak buat chicken pie, mashed potato dan coleslaw. Mungkin nak buat agar-agar juga sebab nak habiskan agar-agar dan susu cair yang masih berbaki (beli masa bulan puasa hari tu).

Inilah menu yang bakal dijamu kepada Kucik dan Mimi yang bakal bertandang ke rumah Sabtu ini di samping memenuhi hajat Encik Suami yang mengidam nak makan chicken pie SEJAK TAHUN LEPAS.
Posted by Mar at 1:25 AM 2 comments
2 assignment kena submit Isnin ni.

Sempat ke tak nak buat ni?

Wednesday, October 07, 2009

Posted by Mar at 12:51 AM 0 comments



Encik Suami dapat increment. Terima kasih, ASTRO. I love you, ASTRO.


Boleh Puan Isteri ni tumpang sekaki berjimba-jimba. Senyum daku sampai ke telinga.


Sayang, I dah setahun lapar TGI Fridays. Sayang jangan lupa tau. Kalau sayang lupa I tak kira. I tetap tuntut jugak.


Yabedabeduuuuu!!!!!


Orang lain dapat increment, orang lain yang seronok sakan.


Almaklumlah, kita kan suami isteri.

Tuesday, October 06, 2009

Posted by Mar at 6:59 PM 0 comments
Disebabkan saya ini makhluk pemalas, saya sangat suka hati riang ria apabila semester ini tidak perlu ambil subjek Pendidikan Jasmani walaupun Encik Haji itu sangat kacak persis Remy Ishak. (Encik Haji tu bukan ajar Mar pun. Dah dalam satu padang kan. Rugi la kalau tak jeling-jeling manja. Tapi dia pernah dera kami lari naik turun tangga astaka tah berapa kali masa Encik Ishak tak ada tau. Nasib baik handsome, kalau tak I pancitkan tayar kereta you. Ekekeke. Gurau ajer.)

Maka, bagi mengurangkan rasa bersalah kerana tidak bersenam, saya menggunakan idea untuk tidak memasang kipas mahupun air-cond dalam bilik ini sementelah bilik ini memang ala-ala panas seperti sauna. Bukan sekadar mengeluarkan peluh, malah menjimatkan elektrik dan juga tidak perlu mengeluarkan duit membeli set sauna.

Disebabkan saya makhluk pemalas bersenam, saya dengan baik hati dan rajinnya men"volunteer"kan diri untuk membeli hadiah hari lahir untuk 14 rakan sekelas kami walaupun assignment-assignment saya menjerit-jerit minta disiapkan. Langkah pertama hari ini ialah survey barang di Taman Melawati, Taman Permata, Carrefour Wangsa Maju dan Keramat Permai.

Bijak kan saya?

Monday, October 05, 2009

Posted by Mar at 2:05 PM 0 comments
Hari ada class 1 jam sahaja.

Selebihnya berseronok-seronok sahaja.

Lepas tu dapat makan free pulak.

Yeeeeehaaaaaa!!!!!!

Sunday, October 04, 2009

To A Dear Friend

Posted by Mar at 9:19 AM 2 comments
Dear,

I've been there. When we reached certain ages, we feel afraid to be alone. Dengan relationship yang asyik tak menjadi. Confident level jadi sangat rendah. Macam-macam. Yes, Mar pernah rasa.

It was about 2 years ago. 2007. Mar ada masalah dengan Mr N. I can't accept he want to end the relationship. Padahal dia bukanlah baik sangat pun yang Mar nak kecewa sangat kan. But I still felt frustrated at that time just because I'll became alone again. Itulah fasa di mana I'm so afraid to end up alone in this world.

Sampai satu tahap, Mar bagitahu pada diri sendiri bahawa Mar tak perlukan lelaki dalam hidup. I can have my own life without a man. Mar boleh berdikari. Mar ada Abah dan Mak yang akan sentiasa bersama Mar. Mar tak perlukan orang lain lagi dalam hidup ni. That's how I move on. Tak nak fikir hal remeh-temeh lagi. I managed to handle everything. My life back to normal when I just accept what I have in life. Masa tu dah tak nak fikir dah kahwin ke tak. Most important is I have my own creation life. Remember, masa tu kan Mar tengah gila buat kek, brownies, muffin, cookies. Macam-macam la. Serius macam Izzie Stevens dalam Grey's Anatomy. That's also how I move on. Do what I like most. Divert all the sadness towards baking. Padahal bukannya pandai pun. Semua resepi tengok kat internet. Belajar kat situ jer. Sampaikan officemate pakat-pakat asyik order sebab sedap sangat. I'm happy. At least I felt appreaciated in a different way.

Dalam keadaan dah boleh terima kehidupan yang Mar create sendiri dan bersedia untuk hidup sendiri tanpa lelaki, suddenly someone appeared in my life. That was suddenly Mr Ahzahafiz knocked my heart. Padahal dah 2 tahun kerja satu office. Workstation sebelah-sebelah pulak tu. Hari-hari gaduh. Hari-hari bertekak. Siap kadang-kadang tak bertegur-sapa. Bertepuk-tampar. Bergelak-ketawa. Macam-macamlah. Officemate kan. Entah macam mana one day dia kata dia ada hati pada Mar. Can you imagine that? Someone you did not expect at all. Dan entah macam mana jugak suddenly we end up together. Suddenly jugak rombongan merisik sampai kat rumah. Akhirnya tahu-tahu Mar dah jadi someone's wife. It all happened so fast. Mar langsung tak terfikir pun akan jadi sebegitu pantas.

So dear, just enjoy what you have now. Don't think too much of what will happen next. You wouldn't know what will happen or whom you will meet later in your life. Do whatever you want when you still have time. In between maybe you will meet someone special. I'll pray for you.

Dear,
The most important thing is, be patient and don't stop praying.


Regards,
Mar.

Saturday, October 03, 2009

Posted by Mar at 9:36 AM 0 comments
Hujan dan nyaman pagi.
Mujur tak membasuh.
Sejuk-sejuk begini yang sedapnya tidur.

Selamat bekerja, Encik Suami.

Friday, October 02, 2009

Posted by Mar at 1:54 PM 0 comments
Group presentation done was superb. Our lecturer was impressed.

The best part is she recognized and remember my name only after 2 session with her.

I'm happy.

Thursday, October 01, 2009

Posted by Mar at 7:26 AM 0 comments
Hari ini tak ada class.

Horrayyyy!!!!

Tuesday, September 29, 2009

Posted by Mar at 5:12 PM 0 comments
Sejak balik ke school sambung kuliah ni aku perasan yang aku banyak diam daripada bercakap dengan kawan-kawan. Entah kenapa. Mungkin sebab pening yang tak hilang-hilang ni. Kenapa ek aku pening daripada semalam sampai hari ni? Ke sebab dah start diet balik? Takkanlah kot.

Encik Pening, cepat-cepatlah hilang ya.
Posted by Mar at 6:25 AM 0 comments
First day school semalam dah dapat assignment bertimbun.

Stress.

Sangat.

Sampai pening kepala.

Pagi ni bangun pun tengah pening lagi ni.

Marliza, tabahkan hatimu.

Sunday, September 27, 2009

Posted by Mar at 10:13 PM 0 comments
Tamat sudah tugas sebagai guru pelatih di SK Taman Keramat 1.
Esok kembali belajar di Cheras.

IPGM Kampus Pendidikan Teknik,
I'm comiiiiiiiiinnngggg!!!!!!

Friday, September 25, 2009

Posted by Mar at 1:31 PM 0 comments
Sedang meroyan dan meratapi ketiadaan Nur Kasih di TV3 malam ini.
Patutkah kita menerajang TV3 kerana meniadakan Nur Kasih malam ini?

Thursday, September 24, 2009

Home Sweet Home

Posted by Mar at 8:09 AM 0 comments
Dengan sebeban kain baju yang menjerit-jerit minta dibasuh.

Dengan assignment yang langsung tak disentuh.

Semoga Mar gigih hendaknya.

Friday, September 18, 2009

Ready To Take Off

Posted by Mar at 4:31 PM 0 comments
Excited nak balik kampung dah mula terasa.

Excited nak pakai luggage baru dan nak naik kapal terbang sebenarnya.

Ngeeee.

Wednesday, September 16, 2009

Posted by Mar at 8:56 PM 0 comments
Merdeka seketika la sangat kan. Sampai blog sendiri pun tak update. Lupa diri sungguh Mar ni. Raya dah nak dekat. Macam tak excited sangat nak Raya ni. Almaklumlah dengan keadaan Mak sekarang rasa macam tak best jer. Lagi pulak Raya kali ni terpaksa tinggalkan Mak sebab tahun ni giliran beraya di kampung Encik Suami. Dengan keadaan Mak sekarang rasa tak sampai hati pulak nak tinggalkan dia tapi nak buat macam mana kan. Hidup bersuami isteri ni terpaksalah bertolak-ansur walaupun kadang kala rasa bersalah pulak dengan Mak. Encik Suami pun ada mak ayah jugak kan. Harap-harap Mak ok raya nanti. Tinggallah Mak dan Abah bila kami balik Machang malam raya nanti. Sedih la. Tak tau nak cakap apa. :)

Monday, September 14, 2009

Merdeka Seketika

Posted by Mar at 9:21 PM 0 comments
Latihan praktikum telah hampir sampai ke penghujung. Puan Pensyarah bersama Guru Pembimbing selesai buat final observation tadi. Merdeka seketika jiwa Mar. Mujur anak-anak muridku berkelakuan sangat mententeramkan jiwa. Kalau tidak mahu meroyan Mar lepas tu. Hehehe.

Sedih pula rasanya nak berpisah dengan murid-murid comelku ini.

Saturday, September 12, 2009

Remy Ishak

Posted by Mar at 8:49 PM 2 comments
Remy Ishak itu kacak.

Sekian.
Posted by Mar at 9:50 AM 0 comments
Beraya awal seminggu. Ingatkan dapat la puasa penuh tahun ni sebab selalunya mesti lewat seminggu tiap-tiap bulan. Nampaknya bulan ni awal pulak.

Friday, September 11, 2009

Posted by Mar at 6:54 PM 0 comments
Sejak 2 atau 3 tahun yang lepas Mar dengar tentang air katira ni. Tahun ni baru jumpa dan terus beli. Atau lebih tepat, hari ini. Saja nak rasa sedap ke. Kalau sedap boleh la beli lagi. Tak sabarnya nak rasa kejap lagi.Yeaaayyy.

Thursday, September 10, 2009

Posted by Mar at 5:08 PM 2 comments
Bulan puasa kali ni ada 2 makanan (setakat ini) yang sangat diidam-idamkan tapi masih tak dapat lagi. Kalau la tengah mengandung dan terberanak ni sure anak meleleh jer air liurnya sebab kempunan tak dapat makan ikan pekasam dan mee kolok.

Ya, saya sedang mengidam nak makan ikan pekasam dan mee kolok.

Ikan pekasam hampir dapat tapi masih tak dapat.

Mee kolok nak cari kat mana ya kat KL area ni?

Mengalahkan orang mengandung la Mar ni. Hahahaha.

Wednesday, September 09, 2009

Posted by Mar at 3:05 PM 0 comments
Sejak Mak accident dan masuk hospital kejap hari tu memang ke laut dalam sungguh diet Mar. HL shake pun kadang minum kadang tak minum. Makan jaga la jugak tapi ala ala jer. Tak strict sangat. Tapi sangat la happy hari ni baru kejap tadi timbang dan berat terbaru Mar adalah 81.0kg. Tak apa la kan. Slow and steady.

Nak kurus.

Nak kurus.

Tuesday, September 08, 2009

Posted by Mar at 2:47 PM 2 comments
Semalam adik beradik Encik Suami datang rumah berbuka puasa ramai-ramai. Encik Suami yang memasak. Ya, saya tak salah taip. Memang Encik Suami yang masak. Saya hanya assistant. Tukang potong sayur, potong bawang, basuh periuk dan kuali dan seangkatan dengannya.

Menu berbuka yang Encik Suami masak semalam,

Kari ayam
Sayur kacang panjang goreng
Daging goreng kunyit
Kentang goreng garing (Ini Mar yang masak. Sumpah. Percayalah.)
Agar-agar longan (balance Mar buat hari Sabtu hari tu)

Semuanya sudah langsai ke dalam perut. Burrppp (Malam tadi).

Monday, September 07, 2009

Posted by Mar at 6:01 PM 0 comments
Encik Zubir penulis gosip kat Berita Harian tu berjiran dengan Mar. Sejak-sejak rumah dan kereta dia kena simbah cat merah dan kena baling dengan bangkai ayam ni, glamour sungguh alamat lorong rumah Mar. Asyik disebut-sebut dalam berita. Bwahahaha

Patut lah masa malam dia kata rumah dia kena simbah dengan cat merah tu Mar dengar bunyi bising-bising dan kecoh kat luar rumah. Tapi malas nak layan sebab takut. Almaklumlah dah pukul 2 pagi gitu. Dok diam-diam sudah. Hehehehe

Tapi Mar memang tak berkenan pun dengan si Zubir ni. Nama jer jiran tapi muka dia tu muncung jer sepanjang masa. Tak reti nak senyum langsung. Macam la dia tu artis popular padahal wartawan cabuk jer. Tak mustahillah orang macam ni banyak musuh. Harap-harap insaflah anda lepas ni Encik Zubir. Bawak-bawak la senyum dengan jiran-jiran awak semua ni.



Biarkan Si Luncai terjun dengan labu-labunya.

Sunday, September 06, 2009

Posted by Mar at 1:35 PM 0 comments
Orang lain kalau bulan puasa mesti berkobar-kobar nak diet kan. Yang Mar ni bila bulan puasa ke laut la nampaknya dietku. Ini namanya tak tahan godaan. Senyum ajer la kan. Sendiri punya salah. Sendiri mahu ingat leerrr.

Saturday, September 05, 2009

Posted by Mar at 12:19 AM 0 comments
Sejak Mak dah balik rumah ni, ramai pulak yang datang bertandang kat rumah nak melawat Mak. Rasa macam dah Hari Raya la pulak. Padahal baru 2 minggu puasa. Hahaha. Kalau datang siang selamat la Mar tak payah nak bancuh-bancuh air bagai. Tapi kalau datang malam, dok mencuci gelas-gelas la pulak lepas tu. Nak-nak kalau tiba-tiba datang bertali arus.

Penat den....

Friday, September 04, 2009

Posted by Mar at 4:52 PM 0 comments
Hari ni buat agar-agar longan pulak. Encik Suami tak balik kerja lagi. Kalau tak dia la yang sibuk nak buat. Ni kalau tak sedap agar-agar ni mau kena gelak sampai puasa tahun depan oleh Encik Suami. Hehehe.

Thursday, September 03, 2009

Posted by Mar at 2:07 PM 0 comments
Cepat-cepatlah habis. Penat tau!

Tuesday, September 01, 2009

Posted by Mar at 4:03 PM 0 comments
Apa masalahnya kalau aku sibuk mengira markah. Ikut suka aku la kan. Kalau kau dah siap, duduk diam-diam sudah la. Tak payah la nak menyibuk. Aku memang bengang betul dengan kaum sesepesis dengan kau ni. BENCI.

Monday, August 31, 2009

Posted by Mar at 5:03 PM 0 comments
Hari ni buat puding nenas sebab nak menghabiskan nenas dalam tin tu. Dah nak expired. Kerjasama dengan Encik Suami. Harap-harap sedaplah hendaknya. Kalau tak sedap Encik Suami la yang punya angkara.

Hehehe.

Sunday, August 30, 2009

Posted by Mar at 4:01 PM 0 comments
Mak dah balik rumah. Next appointment dengan Klinik Ortopedik pada 1 Oktober 2009. Pembedahan memasukkan besi pada tulang belakang yang patah akan dibuat selepas itu. Harap-harap dalam sebulan ni akan adalah keajaiban tanpa perlu ada apa-apa pembedahan.

Saturday, August 29, 2009

Posted by Mar at 11:03 AM 0 comments
FOKUS.

Itu yang aku perlukan sekarang.

Friday, August 28, 2009

Posted by Mar at 10:37 AM 0 comments
Perasaan bercampur-baur.

Resah.

Gelisah.

Rasa macam nak tidur tak mahu bangun-bangun.

Thursday, August 27, 2009

Posted by Mar at 11:06 AM 0 comments
Semalam belasah mi Maggi perisa ayam. Hancur sudah! Moga-moga hari ni kembali insaf.

Wednesday, August 26, 2009

Posted by Mar at 10:42 AM 2 comments
Mak mungkin kena operate masukkan besi pada tulang belakang. Doktor pakar kata tulang belakang Mak ada patah sikit atau lari sikit. Kos pembedahan RM20,000. Doktor kata kalau nak claim dengan JPA pun kena bayar sendiri dulu lepas tu baru boleh claim. Seriau betul bila dengar nak kena operate tulang belakang ni. Mana nak cari RM20,000 lagi. Ya, Allah... semoga segalanya dipermudahkan.

Tuesday, August 25, 2009

Posted by Mar at 2:54 AM 0 comments
According to http://www.friendshipstats.com I have 215 friends, 95 more than average. 33% are male, 67% are female. 34 are single, 113 are dating or married. If I contracted a deadly variant of flu, I would likely infect 10 people, 1 of whom would di...e. When I share something on Facebook, it is typically viewed by 19 people. If I died today, an estimated 408 people would try to attend my funeral. Based on my Facebook profile, I have a 90% probability of getting married. I am likely to earn US$5.4 million and have 2.2 children over my lifetime. Calculate your own stats at http://www.friendshipstats.com.

Monday, August 24, 2009

Posted by Mar at 10:59 AM 0 comments
Sejak puasa tak sempat nak minum HL shake 2 kali sehari. Kalau ikut menu yang diberi kena minum HL shake tengah malam dan sahur. Tapi sebelum sampai tengah malam dah belayar. Is it ok kalau minum HL shake sekali sehari waktu puasa ni?

Sunday, August 23, 2009

Hari Pertama Puasa

Posted by Mar at 5:18 AM 0 comments
Sahur - tidur mati.
Berbuka - Sayur 1/2 pinggan, ikan keli bakar 1 ekor, ais kosong 2 gelas.
Supper - tidur.

Berat bangun dari tidur tadi adalah 82.4kg. Naik 0.1kg.

Stress.

Saturday, August 22, 2009

Posted by Mar at 8:55 AM 0 comments
My weight as at this morning, 82.3kg.

Friday, August 21, 2009

Posted by Mar at 11:01 PM 0 comments

Pokok yang Mak langgar.

Mak kemalangan.

Pagi tadi hujan. Mungkin sebab jalan licin. Kereta Mak terbabas dan melanggar sebatang pokok di sekitar Jalan Parlimen. Tulang belakang tengkuk Mak retak. Mak tak dibenarkan bergerak untuk mengelakkan risiko lumpuh. Hanya dibenarkan berbaring di atas katil yang rata tanpa bantal dengan leher disokong satu alat yang Mar sendiri tak tahu namanya.

Mak currently admitted at 2nd Floor, HKL.

Please pray for her...
Posted by Mar at 6:07 AM 0 comments
Bahana makan di waktu malam tadi, berat pagi ini ialah 83.0kg. Naik 0.1kg berbanding pagi semalam. Sedih.

Thursday, August 20, 2009

Posted by Mar at 10:51 PM 0 comments
Kantoi diet Mar malam ni. Habis baca Yassin dan solat hajat confirm la ada jamuan kan. Memang dah elak-elak dah tak mau makan sebab dah minum HL shake pukul 7pm tadi.

Kak Hajama ajak, Mar tepis.
Kak Azimah ajak, Mar tepis.
Kak Ani ajak, Mar tepis.

Tiba-tiba....
Guru Besar pulak ajak. Takkan la nak tepis jugak kan. Nanti dicop mendurhaka dan mengada-ngada pulak. Nanti Guru Besar kecil hati tak pasal-pasal pulak fail praktikum Mar hehehe. Terpaksa la makan juga.

Nasi 1 senduk.
Sayur kerabu taugeh dan kacang botol 1 senduk.
Telur dadar 1 keping kecil.
Ayam masak lemak 1 ketul.
Air sirap 1 gelas polisterine.

Arrrgggghhh..tidaaaaaakkkkk.

Berapa la berat besok pagi agaknya. Baru kejap ni tadi timbang, berat selepas melantak adalah 83.8kg. Harap-harap besok pagi berat turun la hendaknya. Ni tengah bantai Teamix moga-moga dapat membakar segala benda yang ditelan tadi. Bad mood betullah malam ni.
Posted by Mar at 3:34 PM 0 comments
Entah berapa banyak biskut raya yang Mar order dan order lagi. Puasa pun belum lagi tapi biskut raya dah macam-macam jenis Mar order. Selagi ada yang tunjuk sampel selagi tu la Mar tergoda nak order. Maklumlah tahun-tahun sebelum ni buat sendiri biskut raya tapi tahun ni rasanya tak mampu nak buat. Sibuk dengan kerja sekolah pun ya. Bekalan gula yang susah sangat nak dapat lately ni pun menyebabkan Mar decide untuk tak nak buat biskut raya. Biskut-biskut ni semua bukannya nak makan sendiri atau letak kat rumah sendiri. Kebanyakannya untuk bawa balik rumah mertua di Machang raya nanti. Tahun ni Mar buat pertama kalinya akan raya di rumah mertua dan pertama kalinya tidak beraya dengan Emak. Tahun pertama bergelar isteri orang, suamiku dengan baik hatinya merelakan diri beraya di KL dengan famili Mar. Harap-harap Mar tak menangis pagi raya nanti hehehe.

Malam ni ada Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat sempena UPSR di sekolah. Seronok sangat nak pergi tapi harap-harap jangan diet aku ke laut malam ni. Almaklum la kadang-kadang bila ada cikgu-cikgu lain ajak makan, Mar macam tak sedap hati kalau tak jamah langsung. Nanti takut orang cakap sombong dan tak sudi pulak. Dalam dilema betul kan bab-bab diet ni. Harap-harap malam ni boleh mengelak daripada makanan dan diajak makan dengan cara yang paling berhemah dan manis dipandang.

Salah seorang (2 orang sebenarnya) murid Mar kehilangan ayah hari ni. Ayah mereka meninggal dunia akibat komplikasi daripada penyakit kencing manis. Shahrul Irhami dan Shariful ni adik-beradik. Shahrul bakal menduduki UPSR bulan September ini. Bila terkenangkan wajah dan mata dia yang redup tu sayu pulak rasa hati Mar mengingatkan dia yang dah tak ada ayah lagi. Harap Shahrul tabah menghadapi dugaan tambahan pula kini dia memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga lantaran dirinya adalah anak sulung dalam keluarga. Teringat waktu jaga kelas dia untuk exam semalam. Dialah yang paling kerap angkat tangan tanya itu dan ini. Tak sangka hari ni Mar terima berita yang tak disangka mengenai ayah dia. Shahrul, cikgu doakan Shahrul dan keluarga sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah.
Posted by Mar at 6:08 AM 0 comments
My weight as at this morning is 82.9kg.

Wednesday, August 19, 2009

Drama Nur Kasih dan Misi Menguruskan Badan

Posted by Mar at 4:45 PM 0 comments
Bukan tak nak update blog ni tapi masa sangat la tak mengizinkan sejak-sejak buat KPLI kat Cheras ni. Bakal cikgu la katakan, hehehe. Maklumlah dah lama tak jadi student bila jadi student balik huru-hara la sikit. Umur pun dah tak muda sangat (masih tak mau guna perkataan tua tu hahaha). Jadinya badan ni kurang la sikit staminanya. Asyik letih memanjang. Maafkanlah diri patik ni ya.

Sekarang Mar dalam misi menguruskan badan dengan bantuan Herbalife. Harap-harap berjayalah hendaknya. Setakat ini misi menunjukkan hasil yang positif. Sebelum ambil Herbalife 2 minggu lepas, berat badan Mar 87kg. Sekarang dah 2 minggu ditemani Herbalife, berat Mar dah turun kepada 83.2kg. Harap-harap akan terus turun dan turun dan turun dan turun sampai boleh menyarung kembali kebaya kain sari jingga kesayanganku yang dah 3-4 tahun sendat tak boleh butang.

Sekarang tengah gila dan meroyan dengan drama Nur Kasih kat TV3. Sabtu lepas Mar dok marathon Nur Kasih daripada episod 1 sampai 12. Aduuuuhhhh, Adam a.k.a Remy Ishak tu memang kacak banget. Boleh cair dibuatnya. Tak tidur malam terbayang-bayangkan dia. Tapi tidur malam tetap peluk suamiku yang tercinta. Sayang tak jealous kan. Sayang tetap di hati Mar..mmuuaahh.

Saturday, January 10, 2009

Langkah Pertama

Posted by Mar at 4:39 PM 0 comments
Langkah pertama bakal disusuli dengan seribu malah berjuta langkah seterusnya. Tahun 2009 bakal membuka lembaran baru dalam hidup ini. Sehari lagi fasa kehidupan Mar bakal berubah. Kalau tahun 2007 status single & available megah disandang. Bulan Ogos tahun yang sama juga status berubah kepada single but not available merubah kesunyian hidup bersendiri kepada kehidupan indah disayangi dan menyayangi, dirindui dan merindui.

2008. Imej baru dengan harapan dan mimpi-mimpi baru. Moga kekal abadi hendaknya. Status juga berubah kepada married & not available. Tidur malam tidak lagi ditemani kesunyian, bunyi cengkerik mahupun bulan di langit yang hitam dan kusam. Malam-malam sepi berubah menjadi malam yang indah umpama munculnya pelangi selepas hujan yang maha lebat. Bangun pagi tidak lagi sendiri. Bak kata Acha Septriasa, “Berdua Lebih Baik”. Lebih manis. Indah. Maha indah.

2009. Fasa baru dalam kerjaya bakal berubah selepas ini. Hati rasa berdebar namun ini adalah jalan dan impian yang diidam-idamkan selama ini. Hati, tenanglah. Doakan yang baik-baik saja. Moga Allah memudahkan perjalanan ini.

Tuesday, May 08, 2007

Lara yang panjang...

Posted by Mar at 1:49 AM 0 comments










... tanpa nota





















Monday, February 12, 2007

Hani Dearie

Posted by Mar at 11:16 PM 0 comments
This entry dedicated to Hani who've been asking.

I'm not going anywhere, dear.
Not even "dating" with my boyrfriend for almost 2 months. Sad, right.
He's been busy working and I don't want to be a "queen control" demanding this and that.
So, to divert my sadness and loneliness, for all these while, I've been here.
Enjoying myself.

:-)

Hani, dearie. I know you miss me. I miss you too. Hahahaha


Me,
yang perasan

Saturday, January 13, 2007

Wedding Anniversary

Posted by Mar at 1:37 AM 0 comments
Sivam tersengih-sengih. Senyum memanjang. Sampai ke telinga.

Roshi:
Sivam, kenapa you asyik senyum saja hari ni? Lain macam saja.

Sivam:
Hari ni I punya wedding anniversary la.

Roshi:
Oooo, ye ke? Wedding anniversary dengan siapa?

Sivam:
Wedding anniversary dengan bini orang lain. Ayoyooo, lagi mahu tanya. Dengan bini I la.





Aku pun pelik macam mana si Roshi boleh tanyan soalan tu. Mamai agaknya minah ni.

Tuesday, January 02, 2007

Mana Diari?

Posted by Mar at 1:47 PM 0 comments
Farah teruja dengan semangat tahun baru 2007.

"Mar, dah masuk tahun baru dah ni. Mana nak cari diari ha?"

"Kau nak aku tolong carikan diari? Kejap ek? Diariiii!!!! Diariiiiii!!! Diariiiii!!!!"
Aku. Sambil mengetuk-ngetuk dan menjenguk bawah meja, bawah kerusi dan belakang pintu.

Farah. Aku rasa dia nak cekik batang leher aku.

Friday, December 29, 2006

Selamanya...

Posted by Mar at 1:54 PM 4 comments
Ku harap mentari pagi tak menyambutku
Ku harap sinar rembulan tutup mataku
Selamanya

Sejak kau pergi tinggalkan bumi, tinggalku di sini
Turunkan matahari, usir bintang bintang
Putarlah utara ke selatan, untuk apa lagi semuanya
Ambilah jiwa retak ini

Ku tak ingin lagi
Putuskan ari ari bumi
Aku ingin pergi menuju abadi
Selamanya


Selamanya by Anggun

Thursday, December 14, 2006

Naik

Posted by Mar at 10:29 PM 0 comments
Naik lagi.
Asyik-asyik naik.
Naik, naik, naik.
Semua nak dinaikkan.
Bila nak naik, laju bukan main.
Macam kilat.
Tak menyempat-nyempat.
Cuba kalau ada ura-ura turun.
Senyap.
Senyap sesenyap-senyapnya.
Tiba-tiba telinga jadi pekak.
Mulut jadi bisu.
Badan jadi keras.
Macam patung cendana.
Bila nak naik.
Mulut macam bertih jagung.
Pok pek pok pek pok pek.
Alasan yang keluar sama macam dulu-dulu juga.
Fakta penyedap hati macam dirakam.
Lepas tu dipasang balik.
Berulang-ulang.
Sampai aku naik muak.
Sampai telinga aku naik bernanah.
Berdarah-darah.
Bosan.

Wednesday, December 13, 2006

Demam aku dah kebah

Posted by Mar at 10:24 PM 0 comments
Minggu ni aku dipaksa habiskan dua hari cuti tahunan. Campur dua hari cuti rehat mingguan. Jumlah, empat hari.

Malam sebelum cuti. Redah hujan lebat. Kepala pening.

Cuti hari pertama. Demam. Selsema. Batuk yang memang dah sebulan tak baik-baik.

Cuti hari kedua. Masih demam. Masih selsema. Masih batuk yang memang dah sebulan tak baik-baik.

Cuti hari ketiga. Masih demam lagi. Masih selsema lagi. Masih batuk yang memang dah sebulan tak baik-baik lagi. Aku keluar. Letak kereta di Jelatek. Naik LRT. Ke KLCC. Tengok wayang.

Sekarang. Demam aku dah kebah.

Tuesday, December 12, 2006

Ikut meter, tak ikut meter

Posted by Mar at 12:19 PM 0 comments
Dia jatuh motor. Buat kesekian kalinya. Tahun ini. Cuma kali ni agak serius sebab kali ni dia beriya-iya nak ke GH. Periksa apa yang patut. Kalau tidak tu puas la aku berkhutbah dia akan keras macam patung cendana. Haram nak dengar. Buat membazir air liur. Kali ni. Buku lali membengkak. Jalan bertongkat.

Jumpa doktor. X-ray selesai. Tak ada yang retak. Tak ada yang patah. Ambil ubat.

Masuk kereta. Hidupkan enjin. Pasang tali pinggang keledar. Dan aku pun mulakan soal-siasat.
"Macam mana boleh jatuh? Itulah orang selalu cakap. Bawa motor elok-elok. Sebab tak nak jadi macam ni la."

Kau tau apa dia jawab?
"Memang la bawa elok-elok cuma laju sikit jer."

Aku tau la. Bila dah bawa motor laju dan kelam-kabut tu maknanya dah lambat nak pergi kerja.
"Betul tak?"

Dia. Diam. Macam patung cendana. Macam selalu.



Lama.



Dia bersuara.
"Awak, lapar. Pergi makan jom."

Aku.
"Kat mana? Pintu gerbang? Kg. Baru? Ikut meter RM3.50. Tak ikut meter RM5.00. Boleh?"

Dia. Senyum kelat. Tahan sakit.

Aku. Jahat macam selalu. Dalam hati. "Padan muka."

Tuesday, December 05, 2006

Cinta The Movie

Posted by Mar at 11:14 AM 0 comments
I just love it.
Love it like crazy.
The script.
The mood.
The actors.
The actresses.
The cinematography, for sure.
The colours.
The songs.
And I end up buying the soundtrack.
Playing the CD again and again.
Each & every night until fell asleep.
Smiling.

Cinta make me laugh.
Cinta make me smile.
Cinta make me cry.
And Cinta make me miss him, already.
Just go & buy the ticket.
You'll know how i feel.


Sering kita terlalai
mengejar apa yang
belum pasti
hingga
kita lupa meraikan
satu-satunya perkara
yang menjanjikan kebahagiaan.... cinta
- Dyan (Nanu Baharudin)-

Sunday, December 03, 2006

Situ Sana Sini

Posted by Mar at 11:11 PM 0 comments
Ada orang merungut kata aku malas update blog. Tapi yang sebenarnya kalau aku malas di sini, aku akan rajin di situ. Bak kata Datuk Siti Nurhaliza, "Siti situ sana sini."

Tuesday, November 28, 2006

Datukku Datukmu Jua

Posted by Mar at 2:51 AM 0 comments
Abah cari artikel pasal asal usul nama-nama jalan di Kuala Lumpur. Abah sekarang bukan Abah yang dulu. Abah sekarang adalah ahli Persatuan Sejarah Kuala Lumpur. Hari-hari mesyuarat. Hari-hari mesyuarat. Tiada hari yang tanpa mesyuarat. Konon.

Dulu arwah Nenek cakap nama Haji Taib yang kat Lorong Haji Taib tu datuk kepada datuk aku. Aku pun respon, "Oooo, ye ke?". Menjawab tanpa respon untuk tahu lebih mendalam dan kisah itu mati di situ saja.

Tak lama selepas KPN baru dilantik, keluar artikel di surat khabar. Dia kata nama Haji Taib yang kat Lorong Haji Taib tu datuk dia la pulak.

Aku rasa la kan, Haji Taib ni kahwin empat atau lima atau enam atau tujuh atau lapan atau sembilan atau sepuluh. Tak pun lapan belas. Itu yang jadi datukku datukmu jua tu. Ni teori aku. Fiksyen dan khayalan semata-mata.

Abah, rasa-rasanya teori ni Abah boleh masuk dalam kajian Abah tak? Hahahahaha. Aku rasa lepas ni nanti bila Abah merayau-rayau cari Lorong Haji Taib kat Yahoo (ni jer search engine yang Abah tau buat masa ni,hehehe) mesti jumpa blog aku. Uhuk..uhuk..

Sunday, November 26, 2006

Syoknya Melenjan Laptop Baru Abah

Posted by Mar at 1:58 PM 0 comments
Abah baru beli laptop dan baru mula berjinak-jinak dengan dunia internet. Maka aku dengan rasminya menjadi cikgu yang sangat garang. Hahaha.

Hari ini Abah tak ada di rumah. Laptop dirantai pada kaki meja komputer yang berat nak mampus. Ini semua gara-gara menjadi paranoid dan trauma bila mendengar kisah rumah bujang jiran selang serumah dimasuki perompak laptop.

Dan sekarang aku sedang melenjan laptop baru Abah dalam radius yang sangat terhad, hanya 2 kaki setengah dari kaki meja komputer. Syoknyaaaaaaaaaa.


Abah, kalau orang dah memang nak curi laptop Abah ni, rantai la macam mana pun akan kena curi jugak. Abah tak takut ke kalau anak kesayangan Abah ni yang curi laptop Abah? Oppppsss, bukan curi. Tumpang guna jer. Hehehehe.

Saturday, November 04, 2006

Kucik, Mar Rindu

Posted by Mar at 1:59 AM 0 comments
Kucik.
Lembut gemalainya kadang-kadang menyesakkan jiwa.
Tapi bila sesekali marah.
Hang Jebat pun kalah.

Kucik.
Walau kecil molek tapi hatinya besar.
Dulu aku risau bila dia terlalu mendambakan diri dan cinta pada sang arjuna yang tak tau menghargai.
Aku risau sebab dia sahabat.
Yang aku sayang.
Yang aku rindu.

Kucik.
Walau kini luka parah panahan sang arjuna sudah lama sembuh.
Aku tau dia makin tabah dan tegar mendepani laluan hidup yang sudah ditakdirkan.
Walau kisah luka kami sudah lama kami kuburkan.
Walau panahan sang arjuna baru sudah mula melorek ceria hati.
Namun aku masih rindu.
Sangat rindu.
Pada Kucik.
Pada memori dulu.

Dan bila dia menitipkan ini buat aku.
Aku makin rindu.

she once said to me "live life to the fullest".i jz dun get it.now i know what she'd meant to say.tq dear!sunday morning with mar...alwz see her as a creative,mysterious person..sumtimes its hard to read whats on her mind but dun mind it!loads of lucks for her. -KUCIK-



........

Kucik, Mar rindu

Sunday, October 29, 2006

Aku Ingin Pulang (Ebiet G. Ade)

Posted by Mar at 10:34 PM 0 comments
Kemanapun aku pergi
Bayang - bayangmu mengejar
Bersembunyi dimanapun
S'lalu engkau temukan
Aku merasa letih dan ingin sendiri
Ku tanya pada siapa
Tak ada yang menjawab
Sebab s'mua peristiwa
Hanya di rongga dada
Pergulatan yang panjang dalam kesunyian

Aku mencari jawaban di laut
Kuseret langkah menyusuri pantai
Aku merasa mendengar suara
Menutupi jalan
Menghentikan petualangan
Du... du... du...

Kemanapun aku pergi
Selalu ku bawa - bawa
Perasaan yang bersalah datang menghantuiku
Masih mungkinkah pintumu ku buka
Dengan kunci yang pernah kupatahkan
Lihatlah aku terkapar dan luka
Dengarkanlah jeritan dari dalam jiwa

Aku ingin pulang...
U... hu...
Aku harus pulang...
U... hu...
Aku ingin pulang...
U... hu...
Aku harus pulang...
U... hu...
Aku harus pulang...

Thursday, October 26, 2006

I'm Queen Of The Road

Posted by Mar at 11:30 AM 0 comments
Bila Raya datang
KL pun lengang

Yahoooooooooooo

Thursday, October 19, 2006

Mengidam Di Bulan Ramadhan (Lagi)

Posted by Mar at 1:54 AM 0 comments
Lagi-lagi kisah mengidam.
Dia pulak nak mengidam juga.

Dia cakap,
"Awak, saya mengidam nak makan bubur lambuk Masjid Kg. Baru la."

Aku kata,
"Awak tahu tak berapa ramai orang beratur nak ambik bubur tu? Larat ke nak beratur lama-lama?"

Dia jawab,
"Tak apa. Nanti saya pergi jugak. Kang kalau saya mati kempunan macam mana?"

Petang tadi dia SMS aku.
awk,saya dh nk pegi ambik bubur dh ni

Aku balas SMS dia.
ambik bubur ambik bubur jgk.jgn asyik pjgkan saf ambik bubur jer.saf solat asar jemaah jgn buat2 lupa plk

Dia senyap. Tak balas-balas. Sakit hati la tu. Hahahahahahahahahahahaha.

Selamat beratur, sayaaaaaaaang. Hehehe

Sunday, October 01, 2006

Mengidam Di Bulan Ramadhan

Posted by Mar at 1:44 PM 0 comments
Aku mengidam.
Kuih peneram
yang baru keluar dari kuali
Panas-panas.

Farah tanya,
"Kuih peneram tu apa?"
Aku jawab,
"Kuih peneram tu kuih telinga ke***g."
Farah balas,
"Ooooo"

Dia tanya,
"Awak mengidam-ngidam ni kenapa?Risau saya."
Sekarang aku rasa nak karate dia.
 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal