Starting weight: Early August: 87kg
Week 3: 12 Oktober : 80.7kg (-2.8kg)
Week 5: 26 Oktober : 77.9kg (-3.0kg)
Week 7: 9 November: 77.5kg (-1.6kg)

(Gambar curi dari Google)
Selepas tragedi itu, Mar teruskan usaha menebus dosa tersebut dengan makan menu yang sihat (kononnya). So, inilah makanan yang Mar dok telan sekarang untuk lunch. Breakfast Mar akan minum HL Shake (3 sudu besar penuh F1 dibancuh dengan air sejuk 300ml). Actually, sejak seminggu sebelum 99HTN Mar makan benda yang sama untuk lunch tapi tanpa roti. Tapi disebabkan masa hari Isnin tu Mar telan rasa macam jemu dan jelak la pulak. So, on Tuesday Mar makan dengan 2 keping roti wholemeal Gardenia yang plastik hijau tu. Makan ala-ala macam sandwich. Inilah bahan-bahannya.
2 keping roti wholemeal
Salad ni 2 helai
Salad ni 2 helai jugak
Tomato dihiris nipis 1/2 biji
1 cup kecil kobis hiris campur + yogurt natural flavour dan 1 sudu kecil tuna mayonnaise Ayam Brand.
Jadi bila nak pergi maktab pagi-pagi tu Mar akan bawak lunch box macam kat bawah ni. Roti Mar letak dalam plastik lain supaya roti tu tak lembik bila nak makan nanti.
Disebabkan Mar terlampau rajin hari ni, Mar akan cerita step by step macam mana Mar buat sandwich ni.
Mula-mula letakkan roti sekeping. Lepas tu ikut jer la step macam dalam gambar tu ya.
Lepas tu sapu tuna mayonnaise 1 sudu kecil.
Lepas tu letak pulak hirisan kobis + yogurt 1 cup kecil
Tadaaaaaa!!! Ini pulak dah kena telan separuh.
In between Mar wajib habiskan 3liter air masak dan 1liter Teamix
Kalau in between Mar rasa lapar jugak, Mar akan telan benda-benda kat bawah ni.
Untuk dinner Mar minum HL shake (serupa macam breakfast punya menu).
But being me, sudah pasti la akan ada kadang-kadang tersuap benda-benda yang merapu dan mendatangkan dosa pada diri sendiri. Untuk menyedapkan hati sendiri anggap sajalah ia sekadar untuk merasa dan mengelakkan kempunan.

Ubat yang akan ditelan untuk kurangkan bengkak di dagu runcingku (runcing la sangat kan..eermm). Baru kejap ni dah telan 2 biji.
WEEKLY PROGRESS
Starting weight: Early August: 87kg
Week 1: 28 September : 85.1kg (-1.9kg)
Week 2: 05 Oktober : 83.5kg (-1.6kg)
Week 3: 12 Oktober : 80.7kg (-2.8kg)
Week 4: 19 Oktober : 80.9kg (+0.2kg)
Week 5: 26 Oktober : 77.9kg (-3.0kg)
Week 6: 2 November: 79.1kg (+1.2kg)
TOTAL LOSS as at 2 Nov 2009: 7.9kg
MONTHLY PROGRESS
Early August 2009: 87kg
28 September 2009: 85.1kg (-1.9kg)
26 October 2009: 77.9kg (-7.2kg)


Gambar dicuri dari Facebook Remy Ishak.
.jpg)
.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal