Tuesday, September 21, 2010

Bread Maker

Suami belikan saya breadmaker sebab isterinya beriya-iya nak buat roti sendiri.





Ini roti pertama yang saya buat. Roti kentang. Tak lembut sangat sebab tak letak bread softener. Gambar memang kelabu asap sebab ambil guna handphone cap ayam saya. Kamera yang canggih tak berapa canggih saya kehabisan bateri.

Roti kedua saya ialah mix vege sausage bun. Tak sempat ambil gambar sebab sedap sangat. Terus telan tanpa belas kasihan. Kali ni lembut sebab letak bread softener. Cuma mix vege tu jadi keras sebab bakar lama sangat kot.

Roti ketiga saya ialah coconut butter bun. Rasa dia ok la kot. Mungkin tak menepati tekak saya. Gambar tak ada sebab malas nak ambil.
Semua resepi roti saya ambil daripada sini.

Saya rasa badi roti ni membuatkan badan saya pun kini gebu seperti roti. Ya, sila salahkan breadmaker dan roti kerana kegebuan badan saya ya.

3 comments: