Monday, December 09, 2013

Sedang mencuba lagi

Posted by Mar at 7:40 PM 7 comments
AF belum datang lagi. Dah lewat. Biasa la kan. Hati berbunga-bunga la sekejap. Tapi takut nak check. Nanti jadi macam hari tu. Lepas check jer terus AF keluar. Usaha ke arah itu dah mula. Langkah pertama, kurangkan berat badan. Bagaimana? Jaga pemakanan dan bersenam. Berharap dapat buat secara natural saja kali ni. Kalau boleh tak mahu jumpa gynae lagi. Kalau boleh la. Kalau tak boleh akan ke sana juga. 

Gambar-gambar progress setakat ni dan apa yang saya makan. Saya dah mula sejak bulan Jun. Bersenam bulan ni baru buat betul-betul.


















Bacaan tekanan darah saya pun dah makin cantik sekarang. No more high bp. Ni bacaan semalam. Semalam sakit kepala. Ingatkan bp tinggi. Sekali ini yang keluar. Alhamdulillah. 


Saturday, November 02, 2013

Once infertile, always infertile

Posted by Mar at 10:29 PM 5 comments
"I may be lucky enough to have my miracle baby sleeping in bed right now, but the memories and scares of infertility still run deep." ~Christine~

*tears*

Friday, August 02, 2013

Allah Knows Best

Posted by Mar at 5:18 PM 0 comments
Period delay dah banyak hari. Sengal perut pun dah banyak hari. Cik abang beli UPT suruh check. Pagi tadi check. 


Hampa dan kecewa. Allah sudah merancang agenda yang terbaik untuk kami. Syukur dengan segala nikmat yang telah diberi. 

Pagi tadi, di tempat kerja, AF pun menjelma. Dah membazir satu UPT. Kalau check pagi esok mungkin boleh simpan UPT untuk bulan-bulan akan datang. Barang yang lepas usah dikenang. Hahaha.

UPT tu terdampar jer dalam bilik air. Mahal kan. Sayang pulak nak buang awal-awal. Petang ni tadi tiba-tiba dapat kotak kecil daripada Mak. Saya syak Mak nampak UPT tu. Mungkin sebab nak ubati hati gundah anak tunggal debab kesayangan dia. Entah. Tapi yang pasti rasa terharu sangat. Terima kasih, Mak.






Wednesday, May 29, 2013

Separuh Dekad

Posted by Mar at 1:09 PM 3 comments
Ada orang kata separuh dekad itu lama
Hakikatnya ia hanya permulaan
Permulaan kepada satu perjalanan
Yang panjang

Ada orang kata separuh dekad itu lama
Hakikatnya seperti baru semalam
Akad dilafaz
Dahi dikucup
Jemari bertaut
Kompang dipalu
Syahdu

Ada orang kata separuh dekad itu lama
Hakikatnya masih hijau
Baru bertunas
Yang belum tentu berkembang
Masih belajar
Untuk memahami dan difahami
Belajar memberi lebih daripada menerima
Belajar memaafkan dan melupakan
Tetap menuju ke hadapan 
Walau hadir getir dan badai

Ada orang kata separuh dekad itu lama
Lama
Kerana duka yang sekejap
Terasa panjang
Seperti direntap takdir
Sakit dan pedih
Mengeluh tidak sekali
Kerana ujian Allah itu pelbagai
Susah itu ujian
Senang juga ujian
Tangan bertaut
Menadah 
Memohon padaNya yang satu
Yang terbaik hanya Dia yang tahu

Ada orang kata separuh dekad itu lama
Hakikatnya singkat
Bukan manis sentiasa
Pahit, masam, kelat dan masin tetap ada
Itu lumrah
Kalau cerdik diadun tetap manis untuk ditelan
Tetap manis dimamah
Kunci pada diri
Bukan pada pemerhati dermaga
Bukan pada pemerhati bahtera

Hari ini
5 tahun
Separuh dekad
Nikmat yang padat
Masih hangat
Walau tidak sempurna
Walau tidak hebat
Cuba menghargai
Sementara sempat

Hari ini
5 tahun
Separuh dekad
Perjalanan itu masih jauh
Sangat jauh
Usah ditanya apa penamatnya
Tanya pada diri
Apa pengisiannya

Hari ini
5 tahun
Separuh dekad
Masih mendambakan kebahagiaan
Untuk hari-hari mendatang
Di bawah berkat dan redaMu

5 tahun
Benci bertukar cinta
Cinta berbunga-bunga
Bahagia tumbuh mekar melata
Alhamdulillah
Untuk 5 tahun yang indah



Tuesday, May 14, 2013

Posted by Mar at 11:31 PM 0 comments


Foto pertama Zahra Khadeeja.
20 Julai 2011.

4 tahun melayari bahtera.
Bersama arjuna kesayangan hamba.
Walau tiada sekelumit tanda.
Bakal bergelar bonda & ayahanda.
Tajam & sinis kata-kata cerca.
Menjadi permainan halwa telinga.
Namun itu lumrah dunia.
Walau pedih ditelan jua.

4 tahun melayari bahtera. 
Bersama arjuna kesayangan hamba.
Doa & harapan termakbul jua.
Walau tidak semudah mereka.
Itulah ujian Yang Maha Esa.
Moga kita tidak lupa. 
Kuasa Allah mengatasi segalanya.

4 tahun melayari bahtera.
Bersama arjuna kesayangan hamba.
Akhirnya hadir jua.
Permata dari syurga.
Allah pinjamkan untuk dijaga.
Moga tidak alpa dan leka.
Dengan nikmat diberi percuma.
Segalanya pinjaman Allah Yang Maha Berkuasa.

4 tahun melayari bahtera.
Bersama arjuna kesayangan hamba.
Kita hanya manusia biasa.
Tak akan dapat semuanya.
Tak mungkin sempurna.
Bersyukur seadanya.

Sunday, May 12, 2013

Posted by Mar at 5:05 PM 1 comments

*hugs*

Friday, February 01, 2013

Main redah tanpa adab

Posted by Mar at 1:07 PM 5 comments
Kawan saya upload gambar ini di FB dengan caption "syiok. bule dpt mcm2 fresh dr pokok. (umah mak.) :D"

Tiba-tiba ada pulak yang main redah tanya, "bila due?" Serius saya rasa nak tampar orang yang bertanya tu. Dia sendiri tak pasti dengan apa yang dia tahu. Dengan berani dan tanpa adabnya tanya soalan tu. Apa dia fikir kawan saya ni tak ada perasaan? Tak terhiris? Tak terguris? Saya emo sangat masa baca komen kat FB kawan saya tu. Saya yang naik angin lebih-lebih. Geram. Sebab soalan tu sangat tak patut untuk diajukan.

Yang warna merah jambu soalan daripada si dia yang main redah. Warna biru jawapan reaksi kawan saya yang penyabar dan baik hati itu.



Paling best adalah komen daripada suami kawan baik saya yang penyabar dan baik hati itu (komen warna merah). Saya seronok sangat suami dia komen macam tu. Semoga si tukang tanya main redah itu sedar dan sentap.


Allah Knows Best

Posted by Mar at 12:10 PM 0 comments
Saya kagum dengan dia.
Wanita yang kuat.
Tabah.
Moga Allah mengurniakan kebahagiaan kepadanya hingga ke syurga.

Dia dulu jiran saya.
Sejak zaman hingusan.
Kemudian dia berkahwin.
Lama.
Saya anggarkan dalam 6-7 tahun usia perkahwinannya.
Tak lama lepas tu saya dapat perkhabaran dia sudah bercerai.
Tiada anak.
Saya kurang pasti adakah perceraian itu disebabkan kerana tiada zuriat atau ada sebab lain.
Saya harap bukan kerana zuriat.

Beberapa tahun selepas itu saya dapat pula khabar dia kahwin buat kali kedua.
Alhamdulillah. Semoga kebahagiaan miliknya bersama suami baharu.
Dan yang paling gembira, perkahwinan kali ini, dia hamil.

Namun kita ini manusia biasa. Kita tak akan dapat semua.
Takdir Allah mengatasi segala-galanya.
Pada usia kandungan 32 minggu, dia melahirkan seorang bayi perempuan.
Namun Allah menghantar bayi itu terus ke syurga.

Sebab itu saya kata dia wanita tabah.
Allah sangat menyayanginya.
Ujian demi ujian. Allah tahu dia wanita hebat.
Semoga dia terus kuat dan tabah.

Semoga kita semua dapat menjadi sekuat dan setabah dia.
 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal