Wednesday, May 29, 2013

Separuh Dekad

Posted by Mar at 1:09 PM
Ada orang kata separuh dekad itu lama
Hakikatnya ia hanya permulaan
Permulaan kepada satu perjalanan
Yang panjang

Ada orang kata separuh dekad itu lama
Hakikatnya seperti baru semalam
Akad dilafaz
Dahi dikucup
Jemari bertaut
Kompang dipalu
Syahdu

Ada orang kata separuh dekad itu lama
Hakikatnya masih hijau
Baru bertunas
Yang belum tentu berkembang
Masih belajar
Untuk memahami dan difahami
Belajar memberi lebih daripada menerima
Belajar memaafkan dan melupakan
Tetap menuju ke hadapan 
Walau hadir getir dan badai

Ada orang kata separuh dekad itu lama
Lama
Kerana duka yang sekejap
Terasa panjang
Seperti direntap takdir
Sakit dan pedih
Mengeluh tidak sekali
Kerana ujian Allah itu pelbagai
Susah itu ujian
Senang juga ujian
Tangan bertaut
Menadah 
Memohon padaNya yang satu
Yang terbaik hanya Dia yang tahu

Ada orang kata separuh dekad itu lama
Hakikatnya singkat
Bukan manis sentiasa
Pahit, masam, kelat dan masin tetap ada
Itu lumrah
Kalau cerdik diadun tetap manis untuk ditelan
Tetap manis dimamah
Kunci pada diri
Bukan pada pemerhati dermaga
Bukan pada pemerhati bahtera

Hari ini
5 tahun
Separuh dekad
Nikmat yang padat
Masih hangat
Walau tidak sempurna
Walau tidak hebat
Cuba menghargai
Sementara sempat

Hari ini
5 tahun
Separuh dekad
Perjalanan itu masih jauh
Sangat jauh
Usah ditanya apa penamatnya
Tanya pada diri
Apa pengisiannya

Hari ini
5 tahun
Separuh dekad
Masih mendambakan kebahagiaan
Untuk hari-hari mendatang
Di bawah berkat dan redaMu

5 tahun
Benci bertukar cinta
Cinta berbunga-bunga
Bahagia tumbuh mekar melata
Alhamdulillah
Untuk 5 tahun yang indah



3 comments on "Separuh Dekad"

PutriesNoora on 1:24 PM said...

wah!!cantik!n congrats sis mar!=)

Bunda_nora on 4:38 PM said...

salam ramadhan dari bunda

yanmaneee on 1:20 AM said...

goyard bags
yeezy wave runner 700
yeezy boost 350
yeezy
converse outlet
michael kors outlet online
yeezy
canada goose
adidas yeezy boost
coach purse

 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal