Friday, September 17, 2010

Spekulasi Tak Sudah-sudah

Posted by Mar at 10:47 PM
Saya masih tak faham kenapa ramai sangat orang suka buat spekulasi sendiri. Jangan kata spekulasi terhadap orang-orang popular saja, golongan marhaen macam saya pun kadang kala tak terlepas daripada jadi bahan spekulasi orang terutamanya tentang sistem peranakan saya. Sistem peranakan saya menjadi topik paling sensasi oleh orang kampung suami saya. Kalau boleh diselak kain saya ni, mungkin itulah yang mereka akan buat. Itu belum masuk lagi sindiran sinis bahawa orang luar (bukan dari negeri mereka) ni banyak menyusahkan mereka. Helloooooo. Sejak bila pula saya minta beras buat makanan saya semasa berada di kampung dengan mereka.

Panjang betul intro kan. Yang sebenarnya ni rentetan kegeraman saya tentang orang buat pula spekulasi kononnya M. Rajoli sudah meninggal dunia padahal dia cuma sakit tenat dan masih dirawat di hospital. Serupalah macam sakit hati saya bila orang buat spekulasi Siti Nurhaliza mengandung semalam. Ingat tak dulu kes Radio Era umumkan kemangkatan Sultan Selangor padahal waktu tu Sultan Selangor hanya gering dan masih belum mangkat. Berita-berita tentang jodoh, pertemuan, ajal, maut dan rezeki semua bukan untuk dipermain-mainkan.

Apa tujuan semua ni sebenarnya? Mahu jadi no. 1 dalam segala-galanya? Sudah-sudahlah spekulasi yang bukan-bukan dan tak mendatangkan faedah macam ni. Henti-hentikanlah.

0 comments on "Spekulasi Tak Sudah-sudah"

 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal