Saturday, September 25, 2010

DiGi iPhone 4 Play

Posted by Mar at 10:12 PM
Saya suka memasak. Itu menerangkan kenapa saya sedikit bam-bam. Sedikit??? Bukan banyak ke? Hahaha. Saya tak nak dah bam-bam sebenarnya. Jadi sekarang saya cuba memasak untuk jamu orang makan. Kalau nak jamu orang makan, rasa makanan mestilah tip top tahap dewataraya punya. Kalau tak sedap malulah weiii.



Nak harapkan saya sorang untuk jadikan makanan rasa terangkat? Mungkin tidak. Sebab tu saya perlukan Apps for Cooks daripada iTunes App Store sebagai pembantu. Paling best kat dalam ni sebab ada 20 Minute Meals-Jamie Oliver. Martha's Everyday Food: Fresh & Easy Recipes pun ada. Bukan setakat resepi tapi ada sekali dengan step-by-step instructions beserta gambar sekali. Pendek kata semua ada la. Sedap dan cepat. Kombinasi yang sangat best dan penting untuk wanita berkerjaya dan sudah berkahwin.



Saya ni kalau boleh semua benda nak cepat sebab banyak kerja menanti kat rumah atau pun kat sekolah. Selama ni saya dok salin resepi atas kertas. Tak pun hangkut laptop atau notebook kat dapur. Payah... payaaahh. Banyak buang masa.



Bila nak pergi beli barang masak, salin pulak shopping list dalam kertas nota kecil. Silap-silap sampai kedai, nota tu pun dah lunyai. Pernah sekali saya dah sampai hypermarket, pastu cari shopping list dalam handbag, boleh tak jumpa la pulak. Nak tak nak kena balik rumah check balik resepi dan salin. Leceh... leceeehhh. Kalau guna Epicurious Recipes & Shopping List kan senang. Bila pergi hypermarket, bawak keluar jer iPhone 4 idaman kalbu, sekelip mata shopping list keluar. Stylo pun stylo, ye tak? Terserlah ciri-ciri wanita urban yang stylish gitu. Hahaha. Perasaaaaaann.

Kalau guna apps ni senang. Resepi semua ada kat dalam ni. Bila nak masak, bawak jer iPhone 4 tu turun dapur. Letak atas meja dapur atau letak dalam poket apron. Tak payah guna kertas. Tak payah buang masa salin menyalin. Atau tak payah nak print resepi. Semua ada kat hujung jari.



Kalau nak masak banyak atau nak masak sikit Kitchen Calculator PRO boleh tolong convert jumlah bahan ikut jumlah serving kita. Contoh, resepi yang kita nak buat tu untuk 5 servings, tapi kita nak masak 2 servings atau 10 servings atau 100 servings sekali pun, apps ni boleh tolong kirakan berapa jumlah bahan yang kita perlu based on resepi asal. So, tak payah la nak guna kertas atau kalkulator semata-mata nak kira darab-bahagi-tambah-tolak untuk pastikan jumlah bahan tepat. Bila guna apps ni, apa saja makanan pasti akan jadi sedap sebab bahan-bahan yang disediakan sangat tepat jumlahnya kan. Hasil bantuan siapa? Tentulah Kitchen Calculator PRO.

Mar ni jenis tak suka sangat guna kitchen scale sebab leceh nak kena timbang-timbang bagai. Mar lebih suka guna cup. Jadi, Kitchen Calculator PRO ni boleh tolong convert daripada weight kepada volume atau vice versa (e.g. grams to cups). Contohnya, resepi kata perlu 300gram tepung, tapi kita tak ada kitchen scale. Jadi, unit gram tepung tu kita tukar kepada cup guna Kitchen Calculator PRO ni.

Jimat masa.
Jimat wang.
Jimat tenaga.
Alam sekitar pun selamat kan.

Semua benda pun jadi mudah dengan apps dari iTunes App Store.

Yeaayyy.

0 comments on "DiGi iPhone 4 Play"

 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal