Wednesday, December 16, 2009

Posted by Mar at 12:42 PM
Encik Suami cuti hari Ahad hari tu. Memandangkan kereta dah sampai waktu untuk diservis, maka dating berdua-duaan la kami ke tempat servis kereta. Pukul 9.30am dah gerak dari rumah supaya ngam-ngam pukul 10am service centre bukak boleh terus servis tak payah nak tunggu sampai 2-3 jam. Bosan wooo nak menunggu. Bukan ada shopping complex kat area tu.

Pukul 10am sampai sana terus Encik Suami bagi buku rekod servis kereta kat staf kat situ(bukan budak sekolah jer ada buku rekod tau, kereta pun ada). Encik Suami suruh servis macam biasa. Macam biasa tu tukar minyak hitam kot. Entah ler. Tak pernahnya Mar nak ambik tau. Tau bawak saja. Lepas tu Encik Suami suruh jugak tukar 2 biji tayar yang dah botak. Tayar belah kanan (driver's side). Tayar depan dan belakang.

Pukul 11am dah selesai semuanya. 1 hour only.

Maka kopaklah RM513.55 pada hari itu. Tayar sebiji jer dah RM186. 2 biji RM372. Next service kurang sikit kot kosnya sebab tak payah tukar tayar lagi la kan. Tapi servis selepas tu kena tukar timing belt pulak. Timing belt tu untuk apa pun Mar tak tau. Hahahaha.


Yang kiri bengang sebab kena bangun awal pagi di hari cuti yang permai beliau. Yang kanan gembira sakan sebab dapat keluar jalan-jalan walau pun sekadar ke car service centre. Ekekeke.


Sedang digodek-godek dengan jayanya.

4 comments on " "

Unknown on 5:21 PM said...

kereta dah mantap lani...sebab dh servis...mia pun harap ayah je..tahu la sesikit je la..mati kuno klu xde laki yg tolong..huhu

Mar on 5:27 PM said...

hehehe..nnt dah kawin suami mia pulak tolong. kalau xde org lelaki mmg mati kutu bab2 kereta ni hehehe

noradzlina.kamdani on 10:54 PM said...

he he..kite pun tau bawak kete jek n isi minyak, cek angin kt tayar...yg lain bayar le...basuh kete pun mls...slalu hubby yg tolong basuh

Mar on 11:01 PM said...

tu la pasal..husband mar siap cakap kereta dah kotor mcm reban ayam tapi mar dok buat dek jer. last2 dia bwk pi kedai basuh hikhikhik

 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal