Friday, November 13, 2009

Sejarah Kegemukan dan Kekurusanku

Posted by Mar at 12:02 AM
22 April 1981. Mar lahir dengan berat seperti baby normal yang lain iaitu 2.37kg. Kurus kecil sejak lahir hingga berumur 3 atau 4 tahun. Mar boleh dikatakan kanak-kanak yang kurang gemar makan dan minum susu menyebabkan badan agak kurus tapi bila tengok gambar tak adalah kurus sangat pun. Maka, atas kerisauan melihat anaknya seperti tak cukup makan, maka Abah dan Mak telah mula memberi Mar makan vitamin. Vitamin apa tidak dapat dipastikan dengan sahih. Mungkin vitamin C kot. Sejak itu Mar asyik la kemaruk dengan vitamin itu. Setiap kali nampak almari dalam bilik tidur Mak dan Abah, mulut Mar tak akan jemu menyebut, " Nak lat, nak lat" , yang mungkin membawa maksud nak coklat. Bermula daripada episod dan fasa malang lagi durjana dan menghancurkan itulah badan Mar mula tembam, debab, gemuk, gedempol. Meminjam kata-kata Kak Pnut dalam entri ini ====> http://ceritapnut.blogspot.com/2009/10/jangan-takut-jadi-gemuk-love-yourself.html . Sila salahkan vitamin itu atas kegemukan ku selama ini. Jangan salahkan diri sendiri. Hahahaha.






Salah satu gambar sebelum menelan vitamin durjana itu


Rentetan dari itu Mar langsung tak pernah merasa kurus sepanjang menempuh alam persekolahan tak kira sekolah rendah mahu pun menengah. Hanya gemuk semata-mata gemuk dan gedempol sahaja. Hinggalah tiba-tiba kesedaran untuk kurus dan cantik itu timbul setelah tamat SPM hujung tahun 1998. Kan ada 3 bulan cuti lepas SPM kan? Masa tu la Mar pulun kuruskan badan. 1st step, Mar merengek-rengek dengan Abah suruh beli treadmill dekat Carrefour. Selepas sesi merajuk segala bagai, barulah Abah belikan Mar treadmill tu. Bila treadmill dah berdiri gagah kat hall rumah maka sesi menguruskan badan pun bermula. Mar mula dengan berat 75kg sebelum mula dengan projek kuruskan badan tu. Sejak itu, Mar mula berjalan atas treadmill dari pagi sampai ke petang kadang-kadang bawak ke malam. Hanya rehat in between antara 1/2 jam atau 1 jam kalau rasa tak larat. Mar berjalan saja. Tak daya nak berlari atas tu sebab treadmill tu berfungsi secara manual sahaja. Menu setiap hari masa tu hanyalah air kosong dan epal sahaja. Tiada makanan lain langsung. Program ini berakhir apabila Mar diterima masuk ke UiTM Shah Alam untuk program diploma pada bulan Jun 1999. Waktu tu berat Mar adalah yang paling ringan sepanjang hidup iaitu 58kg.


Gambar bersama Encik Lan (lecturer yang paling best dan sangat kebapaan)


Apabila masuk UiTM maka bermulalah pula episod stress yang melampau dengan study, design, projek dan segala bagai tugasan yang back-to-back almost everyday. Langsung dah tak jaga makan apatah lagi exercise. Hobi paling utama bila ada masa terluang sikit hanyalah tidur, tidur dan tidur selain makan, makan dan makan. Sejak tu Mar jarang naik atas penimbang sebab tak suka nak tengok berat badan sendiri. Yang pasti memang montel dan tak cantik langsung. Ambik gambar pun tak suka bila sedar badan makin gedempol.


Habis diploma pertengahan tahun 2002, Mar kerja sekejap di Desa Tasik, Kuala Lumpur. Waktu kat sini Mar try kuruskan badan guna pil yang doktor bagi dekat klinik area office. Sangat berkesan hingga Mar berjaya menyarung semula kebaya favourite untuk konvokesyen. Ada jugak member yang perasan Mar dah kurus compare masa sebelum meninggalkan UiTM sebelum tu.


Gambar masa konvokesyen untuk diploma



Tak lama lepas tu, hujung tahun 2002, Mar masuk balik UiTM Shah Alam untuk 1st degree. Masih tidak belajar dari kesilapan ditambah dengan tekanan waktu belajar, Mar masih tidak menjaga makan dan tidak bersenam langsung. Keadaan bertambah buruk bila Mar mula bekerja pada tahun 2005. Almaklumlah dah pegang banyak duit. Apa tekak teringin nak makan semua beli melantak tak ingat. Hobi lain adalah tidur, tidur dan tidur. Paling melampau berat Mar masa kerja ialah 83kg.


Beberapa bulan sebelum kahwin Mak PAKSA Mar diet supaya masa kahwin nanti nampak la cantik sikit. Mak akan membebel kalau Mar makan yang bukan-bukan. Nak tak nak ikutkan la jugak plus nak jugak merasa slim sikit masa nikah dan sanding. Dengan diet yang macam nak tak nak dan juga tanpa senaman langsung, berat Mar masa kahwin adalah 75kg iaitu pada 29 Mei 2008.



Lepas kahwin memang tak jaga badan langsung. Makan tak jaga. Senaman pun tak. Bahagia la katakan. Hahahaha. Hinggalah mencanak hingga 87kg iaitu sebelum Mar memulakan kembali diet dengan bantuan Herbalife pada awal Ogos 2009. Kesedaran tu timbul sedikit sebab risau nanti akan ada komplikasi in case kalau Mar pregnant in future tapi semakin bersemangat bila Mar join 99HTN terutamanya bila baca blog kawan-kawan yang sama matlamat macam Mar. Thank you so much kepada Kak Zel iaitu penganjur 99HTN dan semua blogger yang share matlamat sama dengan Mar. Sejak daripada itu Mar promise pada diri sendiri Mar akan jaga pemakanan dan buat senaman selagi sihat hingga akhir hayat. Atas tekad inilah Mar join pulak dengan Celebrity Fitness dengan harapan Mar dapat jaga kesihatan sepanjang hayat. Kurus dan cantik merupakan bonus yang paling manis sekali. Moga tekad kali ini bukan hangat-hangat tahi ayam. Amin.



Gambar masa gemuk tak payah la tunjuk ek. Malu sangat. Tengok gambar yang submit untuk 99HTN tu sudah cukup membuktikan kegemukan melampau Mar. Hehehe.

3 comments on "Sejarah Kegemukan dan Kekurusanku"

eynda on 10:16 AM said...

Insyaallah berbaloi segala usaha Mar :-)

noradzlina.kamdani on 1:30 PM said...

mar..teruskan usaha
mar ble...mar ble...mar ble...

Mar on 7:45 AM said...

thank u, thank u. muaaahhh

 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal