Friday, October 30, 2009

PENGUMUMAN PENTING (INI SERIUS, BUKAN MAIN-MAIN)

Posted by Mar at 10:14 AM
Nokia 5200 yang kokak sudah jahanam. Sekarang beliau sedang guna Motorola W218 yang kokak jugak. Disebabkan Marliza Mokhtar terlalu genius kerana menyimpan semua nombor telefon kawan-kawan, musuh-musuh, bekas kekasih, bekas mak mertua tak jadi, bekas pujaan hati, bekas moyang tak jadi dan sewaktu dengannya HANYA di dalam phone memory telefon kokak yang jahanam itu SAHAJA, maka sekarang beliau tidak mempunyai nombor telefon kawan-kawan yang disayangi kecuali nombor telefon kawan-kawan beliau yang turut menjadi kawan-kawan Encik Suami sahaja. Sila sms nombor telefon anda kepada beliau. Jangan lupa letak nama sekali. Kalau anda tidak mahu letak nama kerana takut privacy dicabuli, anda dinasihatkan untuk tidak langsung menghantar sms tersebut. Ini bukan paksaan. Tak wajib pun. Boleh dikira makruh sahaja. Hanya jika anda tidak berbuat demikian, sila JANGAN salahkan Puan Marliza Mokhtar jika, apabila anda menghubungi nombor telefon beliau dan beliau dengan suara kerek menjawab tidak mengenali anda. Pilihan terletak di tangan anda. Sila laksanakan tanggung jawab anda dengan rela hati tanpa paksaan. Puan Marliza Mokhtar masih menggunakan nombor telefon bimbit yang sama.

PENGAJARAN: Lain kali dalam simcard pun kena simpan jugak nombor-nombor telefon tu ya tuan-tuan dan puan-puan. Paling afdhal kalau simpan dalam buku 555.

SEKIAN PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT DARIPADA PUAN MARLIZA MOKHTAR.

SEKALI LAGI, INI SERIUS, BUKAN MAIN-MAIN.

0 comments on "PENGUMUMAN PENTING (INI SERIUS, BUKAN MAIN-MAIN)"

 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal