Tuesday, October 06, 2009

Posted by Mar at 6:59 PM
Disebabkan saya ini makhluk pemalas, saya sangat suka hati riang ria apabila semester ini tidak perlu ambil subjek Pendidikan Jasmani walaupun Encik Haji itu sangat kacak persis Remy Ishak. (Encik Haji tu bukan ajar Mar pun. Dah dalam satu padang kan. Rugi la kalau tak jeling-jeling manja. Tapi dia pernah dera kami lari naik turun tangga astaka tah berapa kali masa Encik Ishak tak ada tau. Nasib baik handsome, kalau tak I pancitkan tayar kereta you. Ekekeke. Gurau ajer.)

Maka, bagi mengurangkan rasa bersalah kerana tidak bersenam, saya menggunakan idea untuk tidak memasang kipas mahupun air-cond dalam bilik ini sementelah bilik ini memang ala-ala panas seperti sauna. Bukan sekadar mengeluarkan peluh, malah menjimatkan elektrik dan juga tidak perlu mengeluarkan duit membeli set sauna.

Disebabkan saya makhluk pemalas bersenam, saya dengan baik hati dan rajinnya men"volunteer"kan diri untuk membeli hadiah hari lahir untuk 14 rakan sekelas kami walaupun assignment-assignment saya menjerit-jerit minta disiapkan. Langkah pertama hari ini ialah survey barang di Taman Melawati, Taman Permata, Carrefour Wangsa Maju dan Keramat Permai.

Bijak kan saya?

0 comments on " "

 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal