Friday, July 16, 2004

Zen Interiors

Posted by Mar at 4:46 PM
Semalam masa kat library aku jumpa satu buku yang agak menarik perhatian aku dan patut aku kongsi dengan korang semua. Tajuk buku tu 'Zen Interiors' yang ditulis oleh Vinny Lee. Buku ni secara keseluruhannya menceritakan tentang konsep dan inspirasi yang diambil dari prinsip Zen serta applikasinya di dalam senibina dalaman.

Perkataan Zen itu sendiri membawa maksud dua unsur dalam kehidupan yang bertentangan tetapi memerlukan di antara satu sama lain. Dengan kata lain ia juga merujuk kepada konsep Ying dan Yang (seperti lelaki dan perempuan, cas postif dan cas negatif).Umumnya, elemen dalam Zen boleh dikategorikan sebagai seimbang (balance), harmoni dan ringkas (simplicity). Berdasarkan tiga unsur ini, Vinny Lee menggunakannya sebagai konsep asas dan mempersembahkannya dalam bentuk yang lebih moden dan segar melalui pengcahayaan, pemilihan fabrik dan penggunaan warna. Jelas dilihat bahawa frasa "Less is More"(Mies van der Rohe-arkitek Jerman), minimalism, asli(pure), kepentingan fungsi sangat menjadi nadi utama dalam konsep Zen ini.

Warna-warna yang digunakan dalam senibina dalaman Zen sangat natural (semulajadi). Warna-warna seperti warna putih, warna kayu, warna krim menjadi latar utama dalam sesebuah ruang manakala perabot-perabot yang digunakan hanyalah yang asas sahaja di samping satu atau dua warna lain sebagai unsur penegasan (focal point). Sesebuah perabot atau barangan yang digunakan harus mempunyai fungsi yang jelas. Fungsi lebih diutamakan manakala nilai estetiknya hanya akan timbul dengan sendiri tanpa dirancang. The aesthetic value only comes when the function play its role.

Tiada hiasan yang berlebihan diapplikasikan di sini, everything straight to the point (tak ada bunga-bunga cinta atau bunga-bunga silatnya). Segalanya mudah, ringkas, praktikal. Sangat sesuai untuk mereka yang memang ingin lari dari keriuhan, kesesakan, kesibukan, huru-hara di luar. Konsep Zen dalam senibina dalaman ini seolah-olah menjadi satu terapi terhadap minda dan jiwa. Apabila kita berada di dalamnya seolah-olah seperti melalui satu proses meditasi yang menenangkan.

0 comments on "Zen Interiors"

 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal