Saturday, July 24, 2004

Selamatkah kita di negara sendiri?

Posted by Mar at 9:48 AM
Keganasan sekarang ada di mana-mana. Jangan cerita tentang keganasan di Baghdad. Itu semua kita dah memang sedia maklum. Kat negara kita sendiri dah makin menjadi-jadi kes-kes keganasan. 3R (rogol, ragut, rempit). Kes bunuh, pukul, samseng dan macam-macam lagi. Daripada budak sekolah rendah, sekolah menengah, remaja, orang dewasa toksah cakap la. Sampaikan orang tua yang jalan pun dah goyang masih tak mahu insaf dan bertaubat.

Dulu kita dikejutkan dengan kes seorang budak membunuh anak kepada guru tuisyennya. Lepas tu ada pulak kes Mohd Farid dibelasah sampai mati oleh senior sebab cerek (benda remeh). Baru-baru ni pasal kes Darren yang dibunuh sebab mempertahankan kekasih dia. Terbaru sekali (kelmarin), Nur Sofina disembelih oleh jiran sekampungnya yang menghadapi masalah mental tanpa sebab yang diketahui.

Peristiwa-peristiwa di atas terlalu sadis bagi aku. Nyawa mereka diambil sewenang-wenangnya. Apakah hak orang tersebut untuk membunuh orang lain sesuka hati? Mereka bukan Allah. Allah yang Maha Berkuasa. Kerana marah, tak puas hati, kecewa atau apa alasan sekalipun, mereka tak ada hak untuk buat begitu. Pukul, membunuh, belasah orang, bukannya penyelesai masalah. Atau mereka hanya fikir itu sahaja penyelesaiannya? Itu sahaja cara untuk lepaskan rasa marah dan tekanan?

Ini tidak adil pada mangsa-mangsa tersebut. Mereka tak bersalah. Mereka teraniaya. Mereka terlalu muda untuk meninggalkan alam ini. Keluarga masih memerlukan mereka. Negara masih menagih khidmat mereka. Kita telah kehilangan banyak bakal profesional yang akan menerajui negara. Tolonglah berfikir sebelum bertindak. Lepaskankanlah marah dan tekanan dengan cara yang sihat bukannya membabi buta.

0 comments on "Selamatkah kita di negara sendiri?"

 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal